Anda di halaman 1dari 7

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

Independent Self Learning Asas Pendidikan Teknik Dan Vokasional RBT 3101
NAMA: FANLY SOH SWEE FONG NO. K/P: 921007-13-6338 AMBILAN: PISMP SEM 1 JANUARI 2012 RBT2 NAMA PENSYARAH: EN. BAHARUDIN BIN SALEH

Soalan 1: Pelaksanaan PTV di luar Kementerian Pelajaran Malaysia a. Kerajaan b. Swasta

Pendidikan teknik dan vokasional merupakan pendidikan yang diasaskan daripada Jabatan Pendidikan Teknikal pada tahun 1964. Tujuan utama penubuhan pendidikan ini adalah untuk menentukan pelaksanaan dan kemajuan pendidikan secara teknikal berterusan di negara ini. Secara umumnya,pendidikan teknikal dan vokasional ini telah diberi harapan dan peluang yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan sains dan teknologi. Ini berfungsi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam pelbagai bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, pelbagai alternatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Usaha tersebut ialah menubuhkan agensi-agensi yang bertauliah seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pembangunan dan Koperasi.

Seperti sedia maklum,agesi Kementerian Pelajaran Malaysia telah menawarkan pendidikan teknikal di sekolah-sekolah rendah dan menengah adalah memberi peluang kepada individu untuk bergiat aktif dalam bidang teknikal. Agensi lain yang juga menawarkan pendidikan teknik dan vokasional ialah Kementerian Pengajian Tinggi atau pendidikan di universiti-unversiti Malaysia. Agensi ini telah menubuhkan beberapa institusi pendidikan seperti kolej komuniti, politeknik, Adtec dan sebagainya. Melalui penubuhan ini, kerajaan telah meluluskan beberapa kursus dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional seperti kejuruteraan awam, elektrik dan elektronik, pembinaan, fesyen, masakan, rekacipta dan sebagainya. Inisiatif kerajaan ini telah memberikan peluang kepada individu atau pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional setelah tamat di peringkat sekolah menengah biasa dan teknikal.

Kementerian Sumber Manusia juga telah ditubuhkan dibawah agensi kerajaan untuk melaksanakan pendidikan teknik dan vokasional secara luar daripada pendidikan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui agensi ini, terdapat banyak pusat latihan telah diwujudkan khas dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional iaitu Institut Latihan Perindustrian, Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan, Institut Teknikal Jepun-Malaysia. Daripada pusat-pusat latihan ini, golongan masyarakat akan dapat meneruskan pengajian mereka dari segi kemahiran dan teknologi moden luar negara. Sebagai contohnya pelajar berpeluang untuk melanjutkan pengajian di Institut Teknikal Jepun-Malaysia. Ini mampu mendedahkan pelajar akan kemudahan enjin, teknologi atau kaedah pembuatan yang lebih baik dan mempratikan kemahiran tersebut di negara sendiri.

Seterusya ialah penglibatan agensi Kementerian Belia dan Sukan negara. Kementerian ini juga berfungsi untuk menaiktaraf ekonomi atau sara hidup masyarakat iaitu dengan melahirkan belia-belia yang berpotensi dan berbakat dalam bidang teknikal dan vokasional. Terdapat dua institusi dalam Kementerian Belia dan Sukan iaitu Institusi Kemahiran Belia Negara dan Institusi Kemahiran Belia Tinggi Negara. Kedua-dua institusi ini telah menawarkan pelbagai jenis kursus dan program pembelajaran secara teori dan praktikal. Rata-rata program yang ditawarkan adalah berasaskan program kemahiran seperti jentera, elektronik (mekatronik dan robotic) dan sebagainya.

Dalam pendidikan teknik dan vokasional bukan menawarkan bidang secara kemahira latihan teknikal semata-mata tetapi juga merangkumi bidang pertanian ataupun asas tani. Oleh yang demikian, pihak kerajaan juga telah mengambil langkah menubuhkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai lanjutan pengajian bagi pelajar yang berminta dan berbakat dalam bidang pertanian, tumbuhan-tumbuhan, perikanan dan perusahaan berasaskan tani. Ramai yang berpendapat bahawa sektor pertanian merupakan bidang yang kurang menarik dan bosan tetapi kenyataannya bidang asas tani ini yang

memberikan banyak manfaat dalam sektor ekonomi negara. Walaupun masih kurang pelajar ataupun golongan muda yang ingin melibatkan diri secara langsung dalam sektor pertanian dan perikanan ini. Namun begitu, pihak kerajaan masih juga meneruskan pelbagai usaha untuk memajukan bidang agar ramai lagi yang akan sedar akan kepentingannya pada masa hadapan. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mewujudkan beberapa Institut Pertanian Malaysia, Kolej Pertanian Malaysia, Institut Latihan Veterinar, Institut Latihan Perikanan dan Pusat Latihan Pertanian. Usaha ini sebagai satu pelaksanaan yang membantu memperkembangkan lagi kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar yang ingin meneruskan pengajian mereka berkaitan dengan bidang pertanian dan perikanan ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam institusi ini, pelajar-pelajar akan mempelajari kaedah dan kemahiran yang lebih efektif dan inovatif bagi menghasilkan pulangan yang lebih tinggi dalam pertanian dan perikanan.

Agensi yang terakhir ialah Kementerian Pembangunan dan Koperasi yang bergerak di bawah lingkungan kerajaan. Kementerian ini telah menubuhkan Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pusat Giat MARA, Universiti Kuala Lumpur, German-Malaysian Institut dan Institut Kraf Negara. Melalui beberapa pusat yang diwujudkan telah menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.sebagai contoh, Pusat Giat Mara merupakan tempat bagi pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran selepas peperiksan PMR atau tercicir utk meneruskan ke sekolah menengah. Ianya juga memberikan pinjaman atau pembiayaan pengajian yang khas diberikan kepada pelajar-pelajar bgi meringankan beban yuran dan perbelajaan semasa pengajian di institusi tersebut. Institusi ini juga bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang amat mahir dan professional bagi pembangunan negara. Pelaksanaan pendidikan teknik dan vokasional dalam kementerian ini berupaya mengeluarkan tenaga manusia yang berilmu pengetahuan tinggi,

berkebolehan dalam bidang kemahiran dan bersiap sedia untuk digunapakai di dalam alam pekerjaan.

Bagi memantapkan lagi hasrat untuk menjadi negara maju dn moden, pelbagai pihak telah melibatkan diri untuk meningkatkan pendidikan teknik dan vokasional di seluruh negara. Pihak yang telibat juga merangkumi pihat pertubuhan swasta yang juga membantu melaksanakan pendidikan teknik dan vokasional diluar daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seerti yayasan tajaan, sekolah-sekolah swasta, kolej atau universiti swasta dan sebagainya. Ini sebagai inisiatif baru untuk mencapai kejayaan bagi melahirkan graduan diploma dan sarjana dalam bidang teknikal dan vokasional. Dalam agensi swasta juga mempunyai Institusi Latihan kemahiran Swasta yang sama seperti awam tetapi berbeza mengikut pengajian. Program yang ditawarkan juga berpandukan bidang teknikal seperti kejuruteraan, arkitek, jurukur, pembuatan, pemprosesan maklumat, akauntasi dan pemasaran. Peringkat swasta juga ada melaksanakan kursus secara hands-on iaitu penglibatan pelajar secara langsung atau secara praktikal dan latihan. Melalui program ini telah melatih diri pelajar untuk berhadapan dengan situasi sebenar alam pekerjaan dan memupuk pegalaman bekerja yang tinggi. Pembelajaran tersebut sering dijalankan di peringkat institusi, pusat latihan atau unversiti swasta.

Sebagai kesimpulannya, pendidikan teknik dan vokasional ini memainkan peranan yang penting dalam pembangunan industri ekonomi negara. Maka itu, pelaksanaan pendidikan teknik dan vokasional ini haruslah dilaksanakan lebih mendalam di luar lingkungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui usaha pelaksanaan daripada pelbagai pihak telah membuka ruang dan peluang kepada masyarakat untuk membuat pilihan mengikut kesukaan individu itu sendiri. Secara tidak langsung, pelaksanaan melalui agensi kerajaan dan swasta ini telah memupuk dan memperkembangkan lagi kebolehan potensi yang ada pada individu tersebut.

2. Peranan Jabatan Pembangunan Kemahiran dalam sistem PTV.

Keupayaan sistem pendidikan teknik dan vokasional ini untuk dilaksanakan dengan jayanya akan menentukan nasib masa depan wawasan negara bagi mencapai sebuah negara maju. Bagi merealisasikan hasrat negara ini, pelbagai jabatan telah menyumbangkan peranan dan tanggungjawab untuk membantu usaha murni yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Jabatan pembangunan kemahiran (JPK) merupakan salah satu jabatan yang berperanan pentinga dalam sistem pendidikan teknik dan vokasional. Peranan yang paling utama yang dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran ini ialah sebagai badan yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan membuat pengesahan kualiti kurikulum pendidikan teknik dan vokasional. Badan ini akan menjalani beberapa penilaian ke atas setiap kurikulum dan latihan yang dijalankan dalam sistem pendidikan teknik dan vokasional ini. Secara tidak langsung, ianya membantu menaiktarafkan sistem pendidikan teknik dan vokasional yang telah sedia ada menjadi lebih baik. Dengan peranan ini, pelajar akan mendapat pengesahan atau pensijilan mengenai hasil kemahiran yang telah mereka pelajari. Ini adalah perlu bagi memastikan lulusan pendidikan teknik dan vokasional berupaya mengikuti perubahan teknologi dan memenuhi keperluan pasaran kerja semasa. Oleh itu, kerjasama semua pihak adalah diharapkan bagi merealisasikan cita-cita negara kita ke arah menjadi sebuah negara yang setanding dengan negaranegara maju yang lain. Jabatan Pembangunan Kemahiran ini juga berfungsi untuk membuat segala perancangan, menentukan cawangan, latihan dan pembangunan dalam institusi, pusat latihan ataupun sekolah. Dalam perkara ini, pihak jabatan akan merancang setiap keperluan tenaga kerja dan keperluan pasaran tenaga kerja yang diperlukan. Selain itu, ianya juga merancang dan menyelaras pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kurikulum yang dibangunkan dalam pendidikan teknik dan vokasional. Seterusnya, pihak jabatan akan Memantau pelaksanaan latihan berpandukan kepada kurikulum, teaching material, teaching aid dan learning guide

yang dibangunkan. Pelaksanaan segala aktiviti, latihan dan penilaian akan dijalankan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk memastikan pengeluaran sumber manusia yang berkuailiti, berkemahiran dan professional dalam setiap bidang yang telah diceburi.

Secara amnya, Jabatan Pembangunan Kemahiran merupakan badan yang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan kecemerlangan pendidikan teknik dan vokasional. Ianya memberikan pengiktirafan bagi usaha-usaha dan kejayaan yang telah masyarakat perolehi dalam pengajian mahupun pembelajaran mereka. Ini dapat membuka rezeki mereka untuk mendapatkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor industri negara dengan tahap pencapaian cemerlang mereka.

Anda mungkin juga menyukai