Anda di halaman 1dari 1

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar.

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ialah senarai semak pemerhatian dan ujian. Instrumen ini digunakan untuk mengesan perubahan pencapaian murid dalam kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar. Data yang diperoleh diproses dalam bentuk peratusan dan kekerapan. 20 orang murid tahun 5 sebuah sekolah di Kuala Lumpur terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Hasil tinjauan awal, murid didapati bermasalah dalam membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan. Jadual S.K.A.B. diperkenalkan dan diajarkan kepada mereka untuk melatih mereka membina ayat berdasarkan gambar. Kajian ini menggunakan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) dan dijalankan selama 1 bulan. Hasil kajian mendapati murid menunjukkan peningkatan dalam kemahiran membina ayat berdasarkan gambar. Murid mampu untuk membina ayat yang gramatis menggunakan maklumat yang terdapat di dalam gambar. Kaedah S.K.A.B. ini disarankan untuk diguna pakai kerana ia dapat melatih murid untuk membina ayat yang gramatis dan menepati maklumat dalam gambar. Aplikasi kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di bilik darjah akan meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran menulis khususnya kemahiran menulis ayat dan karangan.

Anda mungkin juga menyukai