Anda di halaman 1dari 6

Pengucapan Awam Tazkirah: Ukhuwah Fillah

Analogi: 1. Sebatang lidi/pensel dipatahkan mudah 2. Beberapa batang lidi/pensel dipatahkan payah

Firman Allah s.w.t dalam Surah ali-Imran Ayat 103, WA'TASIMU BIHABLILLAHI JAMEE'A WALA TAFARRAQU......

Mafhum-Nya; Berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah, dan janganlah bercerai berai.

Kita selalu dengar orang cakap, salam ukhuwah fillah di laman sosial. Tapi adakah kita tahu apa yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan UKHUWAH FILLAH??

Kita cakap dia kawan kita, tapi bila dia susah kita tinggalkan dia. bila dia tersesat, kita biarkan dia hanyut. Bila dia buat kesalahan kita tidak menegur dan membetulkan, malah menyokong dan mengikuti pula kesalahan dan kejahatan yang dilakukan. Bila dia lemah, kita tidak menguatkan. Kita khianat. Apakah itu yang dinamakan UKHUWAH FILLAH?? Sudah tentu tidak!

Jadi apa takrifan bagi UKHUWAH FILLAH yang sebenar?? Dan apakah ciri-ciri yang sebenar ukhuwah fillah??

Maksud UKHUWAH FILLAH adalah persahabatan kerana Allah. Jadi, apakah persahabatan yang kita bina diantara kawan-kawan kita sekarang ni benar-benar kerana Allah ataupun kerana kepentingan peribadi??

Ayuh! Mari sama-sama kita periksa status persahabatan kita semua!

Firman Allah SWT yang bermaksud, Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Dari Numan bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur. (Hadis Riwayat Muslim)

Sirah Nabi Muhammad SAW: Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w berhijrah dengan Saidina Abu Bakar as-Siddiq, mereka berdua singgah disebuah gua. Dan sebelum memasuki gua tersebut Saidina Abu Bakar as-Siddiq meminta izin kepada Rasulullah s.a.w, Ya Rasulullah s.a.w, izinkan aku masuk dahulu untuk membersihkan gua ini. Lalu, Rasulullah s.a.w membenarkan. Saidina Abu Bakar as-Siddiq pun membersihkan gua itu sebersih-bersihnya kerana gua itu bakal menjadi tempat tidur manusia paling mulia di dalam dunia. Kemudian, Saidina Abu Bakar As-Siddiq nampak ada lubang-lubang di dalam gua tersebut, lalu dikoyakkan sedikit kain bajunya kepada cebisan-cebisan kecil lalu disumbatkan ke dalam lubang-lubang tersebut untuk menutupnya. Dan sewaktu mereka berdua beristirehat, Rasulullah s.a.w tidur dengan meletakkan kepala diatas riba Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Dan waktu itu, tempat yang mereka duduk itu ada sebuah lubang yang didalamnya terdapat ular. Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang menyadarinya, dia meletakkan kakinya untuk menutup lubang tersebut. Demi melindungi Rasulullah s.a.w. Akibat tidak dapat keluar dari lubang tersebut, ular itu mematuk kaki Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Saidina Abu Bakar as-Siddiq kesakitan. Tapi dia tidak mengejutkan Baginda yang sedang nyenyak tidur. Dia menahan kesakitannya. Air matanya juga ditahan semahunya. Namun, tanpa sengaja air mata Saidina Abu Bakar as-Siddiq jatuh ke pipi mulia Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w tersedar dari tidurnya. Lalu bertanyakan kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq; Kenapa kamu menangis Abu Bakar?. Abu Bakar menjawab, tiada apa-apa Rasulullah s.a.w. Dia cuba menyembunyikan kesakitannya. Namun, Rasulullah s.a.w menyedari hal itu, lalu Rasulullah s.a.w (lagi)

(Kisah Saidina Abu Bakar as-Siddiq mengorbankan dirinya sehingga dipatuk seekor ular di dalam gua dan menahan kesakitannya demi menjaga Rasulullah s.a.w dan tidak mahu mengganggu rehat Rasulullah s.a.w)

Cuba tanya pada diri kita sendiri. Apakah kita seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq? Masih adakah lagi seorang sahabat seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq? Yang sanggup mengorbankan dirinya sendiri untuk seorang sahabat? Itulah yang dinamakan UKHUWAH FILLAH yang benar-benar sejati. Menyayangi sahabat lebih daripada dirinya sendiri.

Jadi, apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Yang boleh membina UKHUWAH FILLAH yang sebenar, tulen dan sejati? Dan bukan sekadar persahabatan yang disulami dengan agenda tersembunyi dan kepentingan peribadi.

Islam telah menyuruh umatnya untuk memilih dan meneliti siapa yang kita jadikan sahabat dan teman;

Hadis Rasululah SAW yang bermaksud, Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya. (Hadis riwayat Abu Daud).

1) Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.

2) Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya. (Hadis riwayat Muslim)

3) Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.

4) Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut; Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu

mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. 5) Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.

Ayat Al Quran Mengenai Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat (Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

Hadis Persahabatan: Memilih Kawan "Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)

Kesimpulannya, Jika benar kita bersahabat kerana Allah, kita akan menerima segala kekurangan yang ada pada sahabat-sahabat kita, kita akan tutup aib mereka, kita akan selalu ajak mereka kearah kebaikan dan cuba menjauhkan mereka dan diri kita daripada kemaksiatan. Selalu menegur kesalahan mereka dan tidak pula takabbur sekiranya kita ditegur. Kita juga tidak khianat diantara satu sama lain, memahami sikapnya dan cuba bersangka baik dengannya. Jika kita bersahabat kerana Allah, pastinya kita akan berusaha untuk membawa sahabat kita itu bersama-sama menuju Jannah Allah s.w.t.

Anda mungkin juga menyukai