Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK Konsep Kemahiran Belajar.

Terdapat pelbagai pendapat mengenai konsep kemahiran belajar, antaranya: Belajar merupakan salah satu kegiatan yang melibatkan penghafalan. Belajar memerlukan pelaksanaan latih tubi yang berterusan. Belajar adalah hasil pengumpulan maklumat dan membuat rujukan. Pandangan seseorang trhadap konsep belajar ini boleh mempengaruhi tingkah lakunya. Contohnya: Bagi orang yang mempunyai pengertian bahawa belajar itu adalah menghafal semata-mata maka tingkah lakunya di dalam belajar banyak ke arah menghafal sesuatu. Jika pandangan belajarnya ke arah latih tubi pula maka tindakannya banyak kearah membuat latihan, membuat ulangkaji dan seumpanya. Pengertian Belajar Belajar adalah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untukmendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Belajar juga adalah merupakan satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi dan mengaplikasikannya kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran. Woolfolk, A. (2001) mendefinasikan belajar itu sebagai apabila berlakunya perubahan dari segi pengetahuan dan tingkah laku seseorang secara tekal. Perubahan itu mungkin secara disengajakan ataupun tidak disengajakan. TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK Mengikut kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992), perkataan belajar diertikan sebagaimemperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Manakala proses belajar itu sendiriberlaku dalam beberapa peringkat antaranya: Adanya rangsangan-rangsangan Pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deria Pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak Membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan

Mengamalkan dalam situasi yang sepadan Perubahan tingkah laku. Belajar adalah merupakan memproses maklumat yang membawa kepada perubahan pengetahuan, tingkah laku dan juga kemahiran seseorang. Pelbagai sifat yang boleh didapati dalam diri manusia. Cara belajar, mahupun persepsi manusia terhadap belajar juga turut berlainan. Walaupun belajar telah menjadi satu kebiasaan dan kewajipan bagi manusia pada zaman ini, namun masih terdapat segelintir manusia yang menganggap belajar itu adalah suatu proses yang susah.maka secara tidak langsung wujudlah kelompok masyarakat yang tidak gemar belajar dan seterusnya tidak belajar sehingga mana-mana peringkat kelulusan pun. Namun, dalam keadaan sedar atau pun tidak, belajar bukan sahaja untuk golongan bijak pandai, golongan kaya dan ia juga tidak dijalankan pada setiap hari dan setiap masa secara formal. Sebenarnya, tiada alasan bagi sesiapa pun untuk tidak belajar kerana manusia mengalami proses belajar pada bila-bila masa sahaja termasuklah belajar dari pengalaman hidup. Ramai menganggap belajar hanya boleh berlaku di dalam kelas,ada guru yang mengajar, mengambil nota, dan mengulangkaji untuk peperiksaan hakikatnya, belajar boleh berlaku dimana-mana dan bila-bila malah dengan sesiapa pun. Contohnya, sejak kecil lagi manusia telah mula belajar. Belajar untuk bertatih, berjalan dan bercakap. Proses awal ini berlaku apabila manusia belajar mendengar suara ibu bapa, mengenal persekitaran dan seterusnya belajar menggunakan sentuhan, pandangan, pendengaran, bau dan rasa. TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK. Ciri-ciri Proses Belajar. Terdapat beberapa ciri berlakunya proses pembelajaran: 1.Perubahan yang berlaku secara sengaja. Proses berlaku apabila individu sendiri yang berusaha mengubah sesuatu melalui apa yang telah dipelajari. Contohnya, seorang pelajar yang sedar kelemahannya dalam pelajaran, lalu dia berazam untuk mendapat markah yang lebih baik dalam peperiksaan akan datang. Maka, pelajar itu mengambil inisiatif dalam proses belajarnya yang dahulu kepada yang lebih baik seperti menghafal, membuat latihan, membuat ulangkaji, dan akhirnya ia mendapat markah yang memuaskan. Tanpa disedari, pengetahuan dan kecekapan pelajar itu turut meningkat. 2.Perubahan secara berterusan dan tetap. Hasil dari belajar, individu akan merasakan peningkatan pengetahuan, perasaan, tingkah laku dan kemahiran masing-masing. Oleh itu, individu tidak akan mengulangi kesilapan sebelum ini. Contohnya, individu itu tidak tahu mengeja sesuatu dan sering salah mengeja perkataan tetapi dia mula tidak mengulangi kesalahan apabila belajar ejaan perkataan yang betul. 3.Perubahan bersifat aktif dan positif. Hasil dari belajar, berlaku peningkatan dari segi kecekapan dalam diri seseorang. Peningkatan perubahan berlaku apabila adanya unsur

baharu di dalam mendapatkan maklumat dan kemahiran. Seseorang itu akan lebih yakin dengan diri masing-masing dan tidak terlalu mengharap kepada orang lain dalam melakukan sesuatu. TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK 4.Perubahan bermatlamat dan terarah. Proses belajar berlaku apabila terjadi perubahan tingkah laku di dalam diriseseorang. Untuk memudahkan perubahan tingkah laku terjadi maka seseorang itu perlulah ada matlamat dan terarah. Sebagai contoh, di dalam sesuatu pembelajaran seseorang itu menyatakan matlamat yang perlu dicapai di akhir pembelajaran itu. Apabila berlakunya tingkah laku yang dikehendaki hasil dari matlamat dan arah yangtelah ditentukan maka berlakulah proses pembelajaran yang lebih berkesan. 5.Perubahan tingkah laku secara Holistik. Perubahan tingkah laku secara Holistik bermaksud perubahan yang menyeluruh dalamdiri seseorang.ia terdiri dari semua aspek seperti cara hidup,carapemikiran,kepercayaan,matlamat dan lain-lain lagi.Jika individu menanam matlamatdalam diri untuk mencapai suatu matlamat nya,secara tidak langsung ia akanmengubah cara pemikiran,strategi dan cara belajar untuk mencapai kejayaantersebut.