Anda di halaman 1dari 7

PENGURUSAN INDUSTRI

Mendisiplinkan Staf.

Disiplin staf atau tenaga kerja membawa maksud sebagai satu usaha ke arah membentuk satu peraturan tersurat atau tersirat dan ianya menjadi satu garis panduan piawai yang serasi dengan amalan, etika dan budaya kerja sesebuah organisasi. Ia perlu diamal serta ditaati oleh setiap staf dan mana-mana staf yang melanggar peraturan ini biasanya akan dikenakan tindakan tatatertib atau hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Membentuk disiplin staf

Proses mendisiplinkan staf merupakan sebahagian daripada aktiviti makmal atau organisasi yang penting dan amat kompleks. Ia merupakan satu perkara yang boleh membebankan organisasi dan sukar dibincangkan tanpa wujudnya perasaan kurang senang di kalangan staf yang terlibat dengan isu ini. Umumnya, apabila isu disiplin diperkatakan, ia merupakan satu bentuk tindakan yang diambil ke atas staf yang tidak mematuhi peraturan atau undang-undang yang telah digariskan oleh organisasi. Namun disebabkan oleh peredaran masa dan tuntutan persekitaran yang sentiasa berubah, disiplin staf bukan sahaja bermaksud untuk staf yang bermasalah tetapi juga berkaitan dengan segala usaha setiap staf dalam makmal atau organisasi secara menyeluruh.

Ramai pengurus cuba mengelak daripada berbincang tentang disiplin staf kerana secara positifnya manusia lebih suka membicarakan tentang perkara yang baik dan menyenangkan sahaja. Oleh kerana disiplin staf selalu dikaitkan dengan hukuman atau denda, maka pengurus sering kali cuba untuk tidak berhadapan dengannya dengan harapan masalah disiplin itu akan lenyap dengan sendiri. Apabila permasalahan ini menjadi ketara dan mengganggu perjalanan organisasi, barulah pengurus berusaha untuk mengatasinya.

Sehingga kini tiada unit atau skala yang tepat yang boleh digunakan untuk mengukur atau menunjukkan tahap disiplin seseorang staf. Semua ini bergantung kepada bagaimana seorang staf itu dapat melihat isu disiplin secara yang positif. Namun begitu, lazimnya isu disiplin tidak dilihat sebagai positif kerana sudah berabad lamanya disiplin ini lebih dikaitkan dengan perasaan marah dan penuh dengan tanggapan negatif.

Begitu pun, ada beberapa ciri-ciri dan objektif disiplin yang perlu ditanamkan di kalangan staf agar mereka dapat melihat disiplin dari perspektif positif, antaranya: i. Disiplin perlu dilihat sebagai satu usaha yang bertujuan untuk memperbaiki keadaan yang tidak diingini dalam organisasi. ii. Persepsi disiplin yang menghukum adalah untuk menghukum manakala disiplin mencegah pula ialah bertujuan menyelesaikan masalah dan pengawalan diri. iii. Disiplin yang menghukum akan membentuk perasaan takut dan benci, manakala yang mengikuti disiplin mencegah dapat memotivasikan staf.

iv.

Kesan daripada disiplin menghukum selalunya dalam bentuk sabotaj, apati, interaksi yang kurang dan produktiviti yang menurun.

v.

Disiplin yang mencegah pula akan terbinanya kepercayaan, komitmen, suasana yang kreatif dan peningkatan dalam aktiviti-aktiviti yang positif.

vi.

Disiplin menghukum selalunya berlaku setelah sesuatu tingkah laku sampai ke satu tahap yang tidak dapat diterima, sedangkan pendekatan disiplin mencegah ini cuba berusaha untuk mengelakkan tingkah laku yang akan mengganggu produktlviti organisasi seawal lagi.

Pembetulan Kilat

Tindakan yang segera perlu diambil terhadap seseorang staf sebaik sahaja kesalahan itu dilakukannya. Ini adalah kerana secara psikologi, tenaga kerja akan mengaitkan perbuatan yang telah dilakukannya dengan apa yang diharapkan oleh pengurusan. Kepantasan dalam bertindak ini dapat mengelakkan staf berasa marah terhadap individu yang mengenakan hukuman tetapi sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya.

Manakala jika tindakan lewat diambil, maka besar kemungkinan staf

tidak dapat

mengingati dengan jelas apa-apa kesalahan yang telah dilakukannya. Oleh sebab sesuatu perbuatan yang salah di tempat kerja adalah penting untuk keseluruhan organisasi , maka lebih cepat pengurus bertindak lebih cepat tenaga kerja memahami dan mengambilnya sebagai suatu pengajaran dan mereka tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Mengikut peraturan

pembetulan kilat, empat perkara yang perlu diingat ketika melaksanakan disiplin staf adalah seperti berikut: i. ii. iii. Disiplin perlulah dilakukan serta-merta selepas kesalahan itu dilakukan. Penggunaan disiplin itu perlulah sarna untuk kesalahan yang sama. Perlu diberi amaran terlebih dahulu tentang kesalahan itu dan hukuman yang akan diterima. iv. Balasan atau hukuman itu hendaklah dilaksanakan secara profesional dan bukan peribadi kepada semua yang melanggar hukuman.

Keselarasan Dalam Melaksanakan Tindakan Disiplin

Keselarasan dalam melaksanakan tindakan disiplin amat penting dan perlu dipandang secara positif dan serius. Jika hukuman yang berbeza-beza dikenakan terhadap seseorang staf di atas satu kesalahan yang sama, keputusan ini hanya akan mengelirukan mereka. Selain dari itu, ketidakselarasan ini juga akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan staf kerana mereka akan tertanya-tanya mengapa sesetengah staf dihukum dan sesetengah staf yang lain pula tidak dihukum bagi kesalahan yang sama.

Sebagai contohnya, apabila ada staf yang datang lambat, setengahnya dihukum dan yang lain pula tidak. Oleh itu staf akan mula mempersoalkan isu keadilan dalam organisasi dan pengurus akan dilabel sebagai seorang tidak adil. Dengan itu staf akan melihat pengurusnya

lebih bersikap berat sebelah dan mempunyai staf 'kesayangan' manakala sebahagian tenaga kerja yang lain akan merasai diri mereka tidak disukai oleh pengurus.

Amaran peraturan

Notis tentang peraturan dan undang-undang organisasi untuk setiap staf juga adalah penting dan perlu disebarkan dengan berkesan. Tiada gunanya jikalau peraturan dan undangundang itu hanya ditulis, dipaparkan atau disebarkan kepada staf tetapi tidak diterangkan sejelasnya kepada mereka tentang peraturan dan atur caranya. Penyebaran peraturan-peraturan ini perlu menggunakan instrumen dan bahasa yang mudah difahami oleh keseluruhan staf. Adalah tidak adil bagi seseorang pengurus menghukum seseorang staf di mana pada hakikatnya mereka tidak begitu memahami peraturan atau undang-undang yang dikenakan ke atasnya.

Sesuatu hukuman yang dilaksanakan itu perlu ada rasional dan asasnya, dan tidak boleh dipengaruhi oleh perasaan pengurus itu sendiri. Setiap hukuman yang diputuskan perlu dilakukan atas dasar kesalahan yang dilakukan dan bukannya disebabkan oleh hal-hal peribadi yang berkaitan dengan seseorang staf tersebut. Ini adalah bagi mengelakan wujudnya suasana ketidakadilan dan berlaku di mana staf dihukum tanpa melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa.

Asasnya, terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah disiplin selain daripada cara menghukum. Setiap hukuman yang dikenakan terhadap seseorang staf di atas kesalahannya, kesannya hanya lebih dirasai oleh individu tersebut sahaja, tidak pada yang lain Penggunaan kaedah latihan semula dan kaunseling dilihat lebih bersifat preventif dan praktikal dalam menangani isu disiplin dan boleh digunakan pada sebelum atau selepas sesuatu kesalahan itu dilakukan. Kesannya lebih meluas dan positif, khususnya ke atas individu yang terbabit dan amnya terhadap keseluruhan ahli organisasi itu. Kaedah ini juga mampu membantu memperbaiki masalah disiplin secara total sama ada dipihak pengurusan maupun di pihak staf dan organisasi secara keseluruhannya.

Disiplin yang baik dan berkesan selalunya berlaku pada tahap interaksi individu ke individu. Keadaan ini adalah kerana pada tahap individu ke individu terdapat sedikit sahaja peraturan yang menjadi halangan dalam sesuatu perbincangan. Oleh itu, pengurus harus sedar bahawa staf bukan sahaja dipengaruhi oleh setiap tindakan pengurus terhadap mereka, tetapi secara keseluruhan cara, tingkah laku, dan gerak geri pengurus juga amat mempengaruhi staf bawahnya.

Rumusan

Sekiranya sesebuah makmal atau organisasi, tanpa mengambil kira besar atau kecil saiznya, melihat staf sebagai mesin yang dapat mengeluarkan sesuatu pengeluaran yang banyak dengan membayar gaji atau upah yang rendah, ataupun pengecilkan kuantiti staf secara peningkatan penggunaan mesin atau perubahan di dalam teknik bekerja, maka ia akan menimbulkan masalah pengurusan di dalam makmal atau organisasi itu. Pembuangan staf yang melampau akan mendorong suasana huru-hara, sabotaj dan kejadian yang melambatkan masa pengeluaran akan berlaku. Senario ini akan mengurangkan semangat dan perasaan kemegahan diri staf itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai