Anda di halaman 1dari 31

Log In

Enter OpenID URL Sign In

default

Sign Up


F0LIO GEOGRAFI PMR 2009-
PETEMPATAN
PETA SINGAPURA
Peta Singapura

Singapura didirikan sebagai koloni perdagangan Inggris pada 1819. Bergabung dengan Federasi
Malaya pada 1963 namun berpisah 2 tahun kemudian dan menjadi negara merdeka.

Kemudian menjadi salah satu negara makmur dunia dengan hubungan perdagangan internsional
yang kuat (pelabuhannya merupakan salah satu yang tersibuk di dunia dilihat dari sudut tonase
yang dijual) dan dengan PDB per kapita yang sama dengan negara maju Eropa Barat. Singapura
merupakan negara kota pulau yang kecil, dan dijadikan kota di Asia Selatan, terletak antara
Malaysia dan Indonesia. Singapura memiliki jumlah daerah daratan 692,7 km² dan 193 km garis
pantainya. Terpisah dari Indonesia oleh Selat Singapura dan dari Malaysia oleh Selat Johor.

[sunting] Dalam sekejap mata

Koordinat geografi: 1°18′ LU 103°51′ BT (kebanyakan peta tak akurat, sebab tak
menunjukkan Tuas Second Link 1997; [1] menunjukkannya, namun skala besarnya tidak)

zona perikanan eksklusif: dalam dan melampaui laut teritorial, sepetrti terdefinisi dalam
perjanjian dan praktek
laut teritorial: 3 mil laut (5,6 km)

Iklim: equatorial; panas, lembab, berhujan; tiada peristilahan musim hujan atau panas; hujan
angin ribut disertai petir dan guruh terjadi pada 40% seluruh hari (67% hari di bulan April)

Daerah: tanah rendah; plato pusat berlembah memuat wilayah penangkapan air dan
perlindungan alam

Perbedaan ketinggian:
titik terendah: Selat Singapura 0 m
titik tertinggi: Bukit Timah 164 m

SDA: ikan, pelabuhan air dalam Penggunaan tanah:


tanah yang bisa ditanami: 2%
panen tetap: 6%
padang rumput tetap: 0%
hutan: 5%
lainnya: 87% (perkiraan 1993)

Tanah teririgasi: Tiada

Bahaya alam: tiada Geografi - catatan: titik fokus untuk jalur laut Asia Tenggara
 Skip to content
 Skip to main navigation
 Skip to 1st column
 Skip to 2nd column

Carian   Saiz Pilihan Text 


search

com_search

18 Oct 2009

 Utama
 Mengenai PMR
 Profil Malaysia
 Maklumat Kenegaraan
 Laman Jabatan
 Pautan

Ingin Tahu Geografi

Malaysia merupakan sebuah Negara Bangsa yang terdiri daripada Semenanjung


 Politik
Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ia meliputi 13 buah Negeri (Perlis, Kedah, Pulau
Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Johor, Kelantan,
 Ekono
mi
Terengganu, Sabah dan Sarawak) dan 1 Kerajaan Persekutuan yang terdiri
daripada 3 buah Wilayah (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
 Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).
Sosial

 ICT Lokasi

 Antara Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa iaitu Garisan


bangsa Lintang 2º dan 7º Utara dan Garisan Bujur 100º dan 119º Timur. Keluasan
Malaysia meliputi 330,252 kilometer persegi. Semenanjung Malaysia sahaja
 Agama meliputi seluas 131,598 kilometer persegi, manakala, Sabah meliputi
 Alam keluasan 73,710 kilometer persegi dan Sarawak seluas 131,598 kilometer
Sekitar persegi.
 Budaya
Semenanjung Malaysia bersempadan dengan Negara Thailand (utara),
 Pendidi
Singapura (selatan), Sarawak bersempadan dengan Negara Brunei
kan Darussalam dan Sabah bersempadan dengan Filipina. Laut China Selatan
seluas 531.1 kilometer persegi memisahkan Semenanjung Malaysia dengan
 Umum Sabah dan Sarawak, Selat Melaka memisahkan Semenanjung dengan
Sumatera, Indonesia dan Selat Teberau memisahkan Malaysia dengan
 1 Singapura.
Malaysia
Negeri-Negeri di Malaysia

Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)

Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Diisytiharkan sebagai Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur dan Pusat Pentadbiran Persekutuan pada 1
Februari 1974. Kuala Lumpur mempunyai keluasan 243.65 kilometer
persegi dan mempunyai 11 kawasan Parlimen.

Semangat cintakan
negara di kalangan
individu semakin
luntur.

Setuju

Tidak

Undi
 
Labuan
com_poll

vote

2
1

Radio FM Sabah

 Sabah FM
 Sabah V FM

SENARAI KABINETWilayah Persekutuan Labuan merupakan wilayah ke-2, Malaysia. Pulau


Labuan mempunyai keluasan 98 kilometer persegi dan mempunyai 1
  Senarai kawasan Parlimen.
Kabinet
2009 Putrajaya
KERTAS
PEPERIKSAAN

 Kertas
Peperiksaan

Program Sekolah
Rakan Alam Pada 1 Februari 2001, Putrajaya yang mempunyai keluasan 4,932 hektar
Sekitar (SERASI) telah diisytiharkan secara rasminya sebagai Wilayah Persekutuan ke-3,
selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan
Labuan.
Program Sekolah
Rakan Alam
Negeri-Negeri
Sekitar (SERASI)
Perlis Darul Sunnah

Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Malaysia dengan


keluasan kira-kira 795 kilometer persegi. Ia terletak di utara Semenanjung
Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Ibu Negeri Perlis ialah Kangar
dan Arau merupakan Bandar Diraja.

Perlis mempunyai 3 Kawasan Parlimen dan 15 Kawasan Dewan Undangan


Negeri. Bandar-bandar lain ialah Chuping, Jejawi, dan Simpang Empat.
Perlis merupakan sebuah negeri yang tidak bersultan tetapi beraja. Ketua
pentadbiran Negeri Perlis dipanggil Menteri Besar. Populasi penduduknya
adalah kira-kira seramai 198,335 orang.
Kedah Darul Aman

Kedah Darul Aman mempunyai keluasan negeri kira-kira 9,426 kilometer


persegi dan terletak di utara Semenanjung Malaysia. Ibu Negeri Perlis ialah
Alor Setar dan Anak Bukit merupakan Bandar Diraja. Kedah mempunyai 15
Kawasan Parlimen, 36 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 11 Daerah
iaitu Baling, Bandar Baharu, Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kulim,
Padang Terap, Pendang, Sik, Yan, Daerah Kecil Pokok Sena dan Pulau
Langkawi yang merupakan pulau yang terbesar dan terindah di Kedah.
Gunung Jerai merupakan gunung yang tertinggi iaitu 1217 meter. Populasi
penduduknya adalah kira-kira seramai 1,779,100 orang.

Pulau Pinang

Pulau Pinang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia mempunyai


keluasan negeri kira-kira 1,056 kilometer persegi. Ibu Negeri Pulau Pinang
ialah George Town. Pulau Pinang mempunyai 13 Kawasan Parlimen, 40
Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 5 Daerah iaitu Barat Daya (Balik
Pulau), Timur Laut (George Town), Seberang Perai Selatan (Nibung Tebal),
Seberang Perai Tengah (Bukit Mertajam) dan Seberang Perai Utara
(Butterworth).

Bandar-bandar lain yang terdapat di Pulau Pinang ialah Bukit Mertajam,


Butterworth, Perai, Air Itam, Nibong Tebal, Kepala Batas, Bayan Lepas dan
sebagainya.

Perak
Perak Darul Ridzuan mempunyai keluasan kira-kira 21,005 kilometer
persegi (6.4% daripada jumlah keluasan Malaysia) dan merupakan negeri
yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Ibu Negeri Perak ialah Ipoh
dan Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja. Perak mempunyai 24
Kawasan Parlimen, 59 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 9 Daerah
iaitu Kerian, Gerik, Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang, Larut dan
Matang, Hilir Perak, Manjung dan Perak Tengah. Sungai Perak merupakan
sungai yang terpanjang di Negeri Perak. Bandar-bandar lain adalah seperti
Bidor, Tapah, Teluk Intan, Sungkai, Lumut dan Taiping. Populasi
penduduknya adalah kira-kira seramai 2.1 juta orang.

Selangor Darul Ehsan

Selangor Darul Ehsan mempunyai keluasan kira-kira 7,956 kilometer


persegi. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di Pantai Barat
dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ibu
Negeri Selangor ialah Shah Alam dan Klang sebagai Bandar Diraja. Negeri
Selangor mempunyai 22 Kawasan Parlimen, 56 Kawasan Dewan Undangan
Negeri dan 9 Daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala
Langat, Sepang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor.
Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 4,613.9 juta orang iaitu
yang paling ramai di Malaysia.

Negeri Sembilan Darul Khusus

Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan gabungan 9 buah negeri yang


kecil. Keluasan Negeri Sembilan kira-kira 6,645 kilometer persegi dan ia
terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ibu negerinya ialah
Seremban dan Seri Menanti sebagai Bandar Diraja.

Negeri Sembilan mempunyai 8 Kawasan Parlimen, 36 Kawasan Dewan


Undangan Negeri dan 7 Daerah iaitu Jelebu, Jempol, Tampin, Kuala Pilah,
Rembau, Port Dickson dan Seremban. Bandar-bandar yang lain ialah Kuala
Kelawang, Lukut, Titi, Tampin dan Gemas.

Bandar-bandar lain yang terdapat di Pulau Pinang ialah Bukit Mertajam,


Butterworth, Perai, Air Itam, Nibong Tebal, Kepala Batas, Bayan Lepas dan
sebagainya.

Melaka Bandaraya Bersejarah

Melaka dikenali sebagai Melaka Bandaraya Bersejarah. Negeri yang kedua


kecil di Malaysia dengan keluasan tanah sebanyak 1,650 kilometer persegi.
Melaka mempunyai 6 Kawasan Parlimen, 28 Kawasan Dewan Undangan
Negeri dan 3 Daerah iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah. Sungai
Melaka merupakan sungai yang terpanjang di negeri tersebut. Populasi
penduduknya adalah kira-kira seramai 650,500 orang.

Johor Darul Takzim

Negeri Johor mempunyai keluasan 19,984 kilometer persegi. Ia terletak


paling selatan di Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Melaka,
Negeri Sembilan dan Pahang di utara dan dipisahkan dengan Singapura di
selatan oleh Selat Johor Teberau. Johor Bahru merupakan ibu negeri dan
bandar Diraja. Negeri Johor mempunyai 26 kawasan Parlimen, 56 kawasan
Dewan Undangan Negeri dan lapan daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi,
Johor Bahru, Pontian, Kluang, Mersing, Batu Pahat dan Muar. Anak bulan
dan bintang tanda Raja yang berdaulat. Warna merah bermakna hulu balang
yang mempertahankan negeri. Warna biru tua melambangkan kerajaan
negeri. Populasi penduduknya adalah kira-kira 2.8 juta orang.

Pahang Darul Makmur

Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung


Malaysia iaitu kirakira 35,965 kilometer persegi dan terletak di Pantai
Timur Malaysia. Sebahagian besar daripada Negeri Pahang diseliputi hutan
dan sebahagian besar Taman Negara terletak dalam Negeri Pahang. Sungai
yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu Sungai Pahang. Gunung
Tahan, gunung yang kedua tertinggi di Malaysia iaitu 2,190 meter. Ibu
negeri dan pusat pentadbirannya terletak di Kuantan sementara Pekan
adalah Bandar Diraja.

Terengganu Darul Iman

Terengganu Darul Iman mempunyai keluasan meliputi 12,955 kilometer


persegi dan terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di bahagian
utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala, di
bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Ibu
negeri dan Bandar Diraja ialah Kuala Terengganu. Terengganu terbahagi
kepada 8 Kawasan Parlimen, 32 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 7
Daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu,
Dungun dan Kemaman. Warna putih melambangkan Sultan. Anak bulan
dan bintang melambangkan Agama Islam. Populasi penduduknya adalah
kira-kira seramai 1.5 juta orang.

Kelantan Darul Naim


dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand. Ibu negeri
dan Bandar Diraja ialah Kota Baharu. Kelantan mempunyai 14 Kawasan
Parlimen, 45 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan terbahagi kepada 10
Daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Machang,
Pasir Putih, Bachok, Kota Bharu dan Gua Musang. Bandar-bandar yang lain
ialah Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.

Sabah

Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau


Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas
72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan
Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut
dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah juga dikenali sebagai Negeri Di
Bawah Bayu . Gelaran ini diberi disebabkan kedudukan Negeri Sabah yang
berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.

Sarawak

Negeri Sarawak atau juga dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang


merupakan negeri yang terbesar di Malaysia yang mempunyai keluasan
kira-kira 131,598 kilometer persegi dan terletak di Malaysia Timur di pulau
Borneo. Ibu negerinya ialah Kuching. Sungai Rajang merupakan sungai
yang terpanjang di Malaysia terdapat di negeri ini. Sarawak mempunyai 31
Kawasan Parlimen, 71 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 11 Bahagian
meliputi 28 Daerah iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang,
Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.

Iklim

Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang


tahun. Lazimnya, iklim tersebut dipengaruhi oleh dua Angin Monsun
(Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut). Purata suhu harian di
seluruh Malaysia ialah antara 21º C hingga 32º C. Cuaca Malaysia tertakluk
kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan
Hindi (Angin Monsun Barat Daya - Mei hingga September) dan Laut China
Selatan (Angin Monsun Timur Laut - November hingga Mac). Hujan
tahunannya adalah di antara 80 peratus setahun iaitu 2000mm hingga
2500mm.

Flora

Hutan Hujan Khatulistiwa (Tropika) di Malaysia dianggap yang tertua di


dunia. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 peratus Hutan
Hujan Khatulistiwa. Malaysia mempunyai keluasan hutan kira-kira 77.2
peratus daripada jumlah keluasan keseluruhannya iaitu lebih daripada 20.36
juta hektar.

Di Semenanjung Malaysia sahaja hutan meliputi 4.8 peratus iaitu Pahang


(37.6 peratus), Kelantan (15 peratus), Perak (14.4 peratus) dan Terengganu
(37.6 peratus). Manakala, keluasan hutan di Sabah meliputi 62.5 peratus dan
Sarawak mempunyai keluasan hutan terbesar iaitu meliputi 75 peratus.

Di samping itu, terdapat hutan bakau serta hutan dipterokrapa yang boleh
dikelaskan berdasarkan ketinggian kawasan di atas aras laut seperti Hutan
Pamah Dipterrokarpa (Hutan di kawasan tanah rendah dan di kaki bukit
sehingga ketinggian 300 meter), Hutan Dipterokarpa Bukit (Hutan bukit
antara ketinggian 300 meter – 762 meter), Hutan Dipterokarpa Atas (Hutan
di antara ketinggian 762 meter – 1200 meter), Hutan Oak-Gunung (Hutan di
antara paras ketinggian 1200 meter – 1500 meter) dan Hutan Ericaceous
Gunung (Hutan melebihi 1500 meter).

Fauna

Hutan hujan di Malaysia menjadi habitat kepada beribu-ribu spesies


binatang yang kebanyakannya bukan sahaja unik bagi kawasan ini malahan
juga di dunia. Terdapat lebih 185,000 spesies binatang (16 peratus daripada
jumlah di dunia) terdapat di Malaysia. Sebanyak 286 spesies mamalia, 736
spesies burung, 406 spesies amfibia dan reptilia, 200 spesies binatang liar
dan lebih daripada 100,000 spesies serangga telah dapat direkodkan. Antara
spesies mamalia yang tinggal di hutan Malaysia termasuk orang utan,
harimau, gajah, badak sumbu, tapir, kerbau liar, musang, harimau bintang,
beruang dan dua jenis rusa iaitu sambar dan kijang.

Pantai Timur Semenanjung merupakan kawasan pendaratan penyu


terutamanya penyu belimbing. Rantau Abang di Terengganu adalah
kawasan yang penting pendaratan penyu. Turtle Islands Marine Park di
Sabah juga merupakan kawasan yang penting untuk pemuliharaan penyu di
rantau ini. Terdapat hanya dua spesies buaya di Malaysia iaitu buaya
tembaga dan buaya jolong-jolong. Buaya boleh didapati di sungaisungai
besar terutamanya di Sarawak. Tuntung sungai boleh didapati di
kebanyakan sungai di Semenanjung Malaysia dan populasi utama didapati
di sungai-sungai di Negeri Perak, Kedah, Terengganu dan Pahang.

| Jenis Awan | | Peralatan Cuaca | Lapisan Ozon | Langkah Keselamatan Gempa Bumi |

 Geografi Malaysia
  
 GEOGRAFI
 Malaysia meliputi keluasan 330,252 kilometer persegi terdiri dari
SemenanjungTanah Melayu serta kawasan pantai barat daya Pulau Borneo
(Sabah dan Sarawak).

Kedua-dua wilayah ini dipisahkan oleh Laut China Selatan seluas 531.1
kilometer persegi. Semenanjung Malaysia, meliputi seluas 131,805
kilometer persegi bersempadan dengan Negara Thai di utara dan
Singapura di selatan. Sabah meliputi keluasan 73,997 kilometer persegi
dan Sarawak seluas 124,450 kilometer persegi.
 Negeri dan Wilayah
 Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah Perlis, Kedah, Pulau
Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembi Ian, Pahang, Melaka, Johor,
Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya. Negeri Pahang mempunyai keluasan 35,965
kilometer persegi adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.
 Negeri Sabah terdiri dari lima bahagian iaitu Tawau, Sandakan, Kudat,
Pantai Barat dan Pedalaman. Wilayah Persekutuan Labuan, terletak di
pantai barat Sabah mempunyai keluasan 91 kilometer persegi. Sarawak
terdiri dari sebelas bahagian iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei,
Limbang, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.

Iklim

Malaysia terletak berhampiran dengan Khatulistiwa antara garisan lintang


10° dan 70° Utara dan garisan bujur 100° dan 119°limur. Lazimnya iklim
di sini terbahagi kepada dua musim, iaitu musim monsun barat daya dan
musim monsun timur laut. Purata suhu harian di seluruh Malaysia ialah
antara 21 ° C hingga 32° C. Cuaca Malaysia tertakluk kepada pengaruh
laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan Hindi dan Laut
China Selatan. Kelembapannya adalah tinggi, iaitu 80% dan purata hujan
lebih kurang 200cm setahun.
 Flora

Hutan Hujan Tropika di Malaysia dianggap yang tertua di dunia. Bumi


Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 peratus Hutan Hujan Tropika.
Dengan terdapatnya pelbagai spesis binatang dan tumbuh-tumbuhan ianya
menjadi daya penarik kepada para penyelidik sains.

Adalah dianggarkan terdapat lebih 15,000 spesis bunga-bungaan (9


peratus daripada jumlah di dunia) dan 185,000 spesis binatang (16 peratus
daripada jumlah di dunia) terdapat di Malaysia. Di Malaysia terdapat lebih
kurang 2,000 jenis pokok yang mengeluarkan bunga, termasuk 200 jenis
pelbagai palma dan 3,000 jenis orkid.

                 

  
 Bunga paling besar di dunia, Raflesia adalah sesuatu yang unik di kawasan
ini. Satu lagi pemecah rekod ialah pokok tropika yang paling tinggi iaitu
Pokok Tualang yang tinggi menjulang. lanya boleh
mencecah ketinggian sehingga 80 meter (260 kaki).
 Fauna

Hutan Hujan di Malaysia menyimpan beribu-ribu spesis binatang yang


kebanyakannya bukan sahaja unik bagi kawasan ini malahan juga di
dunia. Sebanyak 286 spesies mamalia, 736 spesies burung, 406 spesies
amfibia dan reptilia dan lebih daripada 100,000 spesies serangga
telah dapat direkodkan.
 Antara spesis mamalia yang tinggal di sini termasuk harimau, gajah, badak
sumbu, tapir, musang, harimau bintang, beruang dan dua jenis rusa iaitu
sambar dan kijang. Malaysia juga merupakan tempat tinggal kancil yang
besarnya seperti seekor kucing. Terdapat juga binturong dan pelbagai jenis
ungka dan monyet. Sabah dan Sarawak merupakan tempat asal Orang
Utan yang luar biasa.

Terdapat hanya dua spesies buaya di Malaysia iaitu buaya tembaga dan
buaya jolong-jolong. Buaya boleh didapati di sungai-sungai besar
terutamanya di Sarawak. Tuntung sungai boleh didapati di kebanyakan
sungai di Semenanjung Malaysia dan populasi utama didapati di
sungaisungai di Negeri Perak, Kedah, Terengganu dan Pahang.


              

Pantai Timur Semenanjung merupakan kawasan pendaratan penyu
terutamanya penyu belimbing. Rantau Abang di Terengganu adalah
kawasan yang penting pendaratan penyu. Pulau Penyu di Sabah juga
merupakan kawasan yang penting untuk pemuliharaan penyu di rantau ini.

Terdapat juga hampir 600 jenis burung yang dicatatkan di Semenanjung


Malaysia. Burung-burung migratori banyak terdapat di kawasan pantai
berlumpur di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak. Kawasan yang penting untuk burung-burung berhijrah ialah di
Kuala Gula di Perak, Pulau Bruit di Sarawak dan kawasan pantai di Sabah.

Ikan air tawar yang banyak terdapat di Malaysia ialah ikan kap. lain-lain
jenisnya ialah kelesa, sebarau, toman dan haruan.
  


Laman Utama | Jenis Awan 1 | Jenis Awan 2 | Jenis Awan 3 | Jenis Awan 4 | Jenis Awan 5 | Jenis Awan 6 | Jenis Awan 7 |

PEMBENTUKAN AWAN DI MALAYSIA

Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah atmosfera yang
dikenali sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar : iaitu yang berbentuk
kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-lapis(stratiform). Saiz, bentuk dan warna
awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan kesetabilan atmosfera. Atmosfera pada
amnya dibahagi kepada tiga peringkat didifinasikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan
kekerapan kewujudan awan-awan tertentu seperti berikut:

 Peringkat  Kawasan Tropika Kawasan Berhawa  Kawasan Kutub


Sederhana
 Tinggi 6 – 18km 5 – 13 km 3 – 8 km
 Pertengahan 2 – 8 km 2 – 7 km 2 – 4 km
 Rendah Dari paras muka Dari paras muka Dari paras muka
bumi ke 2 km bumi ke  2 km bumi to 2 km

Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut


diatas seperti berikut:

1. Awan peringkat rendah         :  Stratokumulus dan stratus.


2. Awan peringkat pertengahan :  Altokumulus.
3. Awan peringkat tinggi           :  Sirus, Sirokumulus, dan 
Sirostratus.

Genera selebihnya tidak tergolong kedalam peringkat – peringkat tersebut diatas sepenuhnya.
Awan-awan ini mempunyai kecenderungan  mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain
seperti berikut:      

1. Altostratus biasanya terjadi pada peringkat pertengahan tetapi


boleh mengembang ke peringkat  tinggi.
2. Nimbostratus  berkembang dari peringkat pertengahan ke
peringkat tinggi dan rendah .
3. Awan-awan Kumulus dan Kumulonimbus lazimnya mempunyai
tapak di peringkat rendah tetapi mengembang ke peringkat
pertengahan dan tinggi.

Gambar-gambar  awan  berikut  diambil di Semenanjung  Malaysia, kebanyakannya di Negeri


Selangor pada bulan Mei, Jun dan  Julai 2002. Warna  kekuningan  oren  sesetengah  awan 
adalah  disebabkan pemantulan sinaran suria pada waktu matahari terbit atau matahari terbenam.
Gambar-gambar ini tidak meliputi  semua  genera  tersebut  diatas  tetapi  akan  ditambah 
dan/atau disemak semula dari masa kesemasa  dan  diganti  dengan gambar-gambar awan lain
berserta komen yang dapat diperolehi untuk memaparkan keadaan cuaca dan pola awan
berkaitan di Malaysia. 

Awan Peringkat Rendah (Low Clouds): 

LL1.- Kumulonimbus (Cb)

LL1.  Ini  adalah   satu  pandangan  jarak  jauh   deretan  awan  Kumulonimbus (Cb)  di  Selat 
Melaka. Awan-awan ini  tinggi  berwarna  putih / gelap. Tapaknya  terletak  pada ketinggian 
kira-kira  1000 kaki manakala puncaknya boleh mencapai  ketinggian  melebihi 35000 kaki.
Pembentukan deretan awan ini merupakan  satu  ciri  biasa  pada awal  pagi  Monsun  Barat
Daya. Kedudukan Sel-sel Cb yang begitu rapat  menyebabkan  awan-awan itu  kelihatan 
bersambung. Warna kuning  keemasan itu  disebabkan pantulan sinar suria pagi yang sedang
terbit di timur. Awan nipis berbentuk topi kelihatan diatas puncak awan Cb  menunjukan
kewujudan udara stabil mengalir diatas puncak awan itu (Cb). Awan-awan Cb ini kerap bergerak
masuk ke pedalaman melalui kawasan pantai pada peringkat akhir Monsun Barat Daya. Apabila
ketidakstabilan atmosfera mencapai lebih tinggi, awan-awan ini membawa hujan lebat dan ribut
petir kepada kawasan terlibat. 

 
Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis.
Tetapi dari segi bilangan penduduk Pulau Pinang mempunyai penduduk
kesembilan terbanyak di Malaysia. Dari segi geografi Pulau Pinang
terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. Pulau Pinang , sebuah pulau dengan keluasan 293 km persegi.

2. Seberang Perai , sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan


dengan Kedah di utara dan timur dan Perak di selatan .

Usahlah memandang semua dgn pandangan mata


semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan
hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana
tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....
Kebudayaan dan ekonomiPulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai
"Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), merupakan sebuah syurga
bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia
dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa.
Makanan Pulau Pinang yang membayangkan pergaulan di antara
kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh makanan
Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja
yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan
makanan laut.
Gambar ini menunjukkan seorang pembawa beca bersama
pelancong menaiki beca

Batu Ferringhi, yang terletaknya di pantai utara Pulau Pinang,


mempunyai banyak hotel yang moden dan merupakan pantai
peranginan yang amat popular. Ramai pelancong juga melawati
Georgetown, sebuah bandar yang bersejarah dan yang mengandungi
rumah-rumah pelbagai kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu
dan India, yang dibina pada abad kesembilan belas. Bangunan-
bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-kuil
Cina dan India, dan masjid orang Melayu Islam. Kuil Kek Lok Si di
Air Itam, Rumah Besar Cheong Fatt Tze di bandar, dan Kuil Ular di
Bayan Lepas merupakan destinasi pelancong yang masyhur. Salah
satu daripada mercu tanda yang utama ialah bangunan KOMTAR,
bangunan yang tertinggi di Pulau Pinang.

Kegiatan perdagangan di negeri Pulau Pinang telah merosot dengan


hebat bukan sahaja disebabkan oleh kehilangan taraf pelabuhan
bebas, tetapi juga kerana kemajuan yang aktif di Pelabuhan Klang
berdekatan ibu negara Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, masih
terdapatnya sebuah terminal kontena di Butterworth yang
meneruskan perkhidmatannya disebelah utara.

Pada hari kini, negeri Pulau Pinang merupakan ekonomi yang ketiga
terbesar di antara negeri-negeri Malaysia, iaitu selepas Selangor dan
Johor. Sektor pengeluaran merupakan sektor terutama dalam
ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 45.9% kepada
keluaran negeri kasar pada tahun 2000. Perkembangan
industrialisasi di bahagian selatan pulau amat pesat, dengan banyak
kilang elektronik teknologi tinggi (seperti Intel, AMD, Motorola,
Agilent, Hitachi, Osram, Bosch dan Seagate) yang terletaknya di Zon
Perindustrian Bebas Bayan Baru.
Sektor-sektor utama yang lain dalam ekonomi Pulau Pinang
termasuk sektor pelancongan, kewangan dan lain-lain perkhidmatan.

PengangkutanPulau Pinang dikaitkan dengan tanah besar


Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang yang
disiapkan pada tahun 1985. Dengan panjangnya sebanyak 13.5
kilometer, jambatan ini merupakan salah satu daripada jambatan
yang terpanjang di wilayah Asia. Perkhidmatan feri masih
disediakan di antara:

    * Georgetown dan Butterworth (yang mana stesen keretapi yang


terdekat ditempatkan) di tanah besar; dan
    * Georgetown dan Pulau Langkawi, sebuah pulau peranginan di
utara.

Gambar Jambatan Pulau Pinang

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ditempatkan di


selatan pulau dan memberi kemudahan penerbangan antarabangsa
ke London, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei, Bangkok, Seoul,
Riau, Xiamen, dan Guangzhou.

Beca masih lagi boleh didapati dibeberapa tempat di Georgetown.


Walau bagaimanapun, dengan ketibaan pengangkutan moden, beca
semakin menjadi daya tarikan utama kepada pelancong. Malangnya,
pengangkutan moden telah membawa masalah kesesakan trafik
kepada lebuhraya Pulau Pinang, disebabkan kebanyakan jalan di
pusat bandaraya terlalu sempit kerana ketiadaan perancangan yang
baik.
Wikimapia Search
Bukit Timah, juga dikenal sebagai District 11, ialah salah satu daerah rasmi dalam pulau negara
bandar Singapura. Bukit Timah juga tempat yang menempatkan banyak tanah milik yang mahal
seperti kondominium. Banyak ekspatriat (khususnya dari Barat) tinggal di daerah ini. Lalu
daerah ini diperluas dan Upper Bukit Timah (District 21) terbentuk. Keretapi Tanah Melayu dari
Malaysia memiliki stesen putaran di sini sepanjang jaringan relnya dari Johor Bahru ke Tanjong
Pagar.

Bukit Timah juga adalah nama sebuah bukit di Singapura. Dengan ketinggian 164 meter
merupakan titik tertinggi di Singapura.

Geografi Pulau Pinang

(1/2) > >>

umsha:
Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis. Tetapi dari segi bilangan
penduduk Pulau Pinang mempunyai penduduk kesembilan terbanyak di Malaysia. Dari segi
geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. Pulau Pinang , sebuah pulau dengan keluasan 293 km persegi.

2. Seberang Perai , sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan dengan Kedah di utara
dan timur dan Perak di selatan .

Ummi Munaliza:

Diriku teruja
Ummi pantang tengok tajuk geografi, mesti terus nak buka dan jawap. Ini kerana 15 tahun
mengajar geografi, maka hati masih teruja nak membaca semula geografi. Kedudukan Pulau
PinangPulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung
Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta). Negeri ini
merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia. Nama pulau ini diambil
daripada nama pokok pinang (areca catechu).

Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis. Tetapi dari segi bilangan
penduduk Pulau Pinang mempunyai penduduk kesembilan terbanyak di Malaysia. Dari segi
geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

    * Pulau Pinang , sebuah pulau dengan keluasan 293 km persegi .


    * Seberang Perai , sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan dengan Kedah di
utara dan
       timur dan Perak di selatan .Bandar-bandar utamaIbu negeri dan bandar terbesar di Pulau
Pinang ialah George Town, dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light. George Town
adalah bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. George Town adalah
bandaraya tertua di Malaysia apabila Ratu Elizabeth II menganugerahkan taraf bandaraya pada 1
Januari 1957. Butterworth adalah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Butterworth hanya
dipisahkan oleh Selat Utara dari George Town yang selebar 3km. Kedua-dua buah bandar ini
juga terletak berdekatan dengan bandar-bandar satelit seperti Sungai Petani dan Kulim di Kedah,
Kepala Batas, Bukit Mertajam, dan Batu Kawan di Seberang Perai serta bandar-bandar di utara
negeri Perak. Bandar-bandar ini membentuk kawasan metropolis dengan jumlah penduduk
melebihi 2 juta orang, menjadikannya kawasan metropolis kedua terbesar selepas Lembah
Klang.

Ummi Munaliza:
PendudukNegeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di Malaysia,
dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer
persegi di Seberang Perai. Komposisi kaum mengikut bangsa pada 2006 ialah:

    * Cina: 635,500 (42.5%)


    * Melayu: 612,300 (41.0%)
    * India: 148,000 (9%)
    * Lain-Lain:
          o Bumiputra Bukan Melayu: 5,600 (0.38%)
          o Bukan Warganegara: 91,200 (6.1%)

Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan etnik Melayu dan penganut Islam
terendah di Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang juga mempunyai komuniti Yahudi dan
Armenia, tetapi selepas Perang Dunia Kedua dan penubuhan negara Israel, komuniti Yahudi dan
Armenia Pulau Pinang hampir lenyap. Terdapat juga komuniti peniaga Arab, Jerman, Inggeris,
dan Belanda di Pulau Pinang, selain itu Pulau Pinang mempunyai golongan ekspatriat yang
besar, kebanyakkannya berasal dari United Kingdom, Australia, negara-negara Eropah, dan
Jepun.

Ummi Munaliza:
Kebudayaan dan ekonomiPulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of
the Orient), merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh
Malaysia dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang
yang membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat
oleh makanan Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan
dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan makanan laut.
Gambar ini menunjukkan seorang pembawa beca bersama pelancong menaiki beca

Batu Ferringhi, yang terletaknya di pantai utara Pulau Pinang, mempunyai banyak hotel yang
moden dan merupakan pantai peranginan yang amat popular. Ramai pelancong juga melawati
Georgetown, sebuah bandar yang bersejarah dan yang mengandungi rumah-rumah pelbagai
kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu dan India, yang dibina pada abad kesembilan belas.
Bangunan-bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-kuil Cina dan India, dan
masjid orang Melayu Islam. Kuil Kek Lok Si di Air Itam, Rumah Besar Cheong Fatt Tze di
bandar, dan Kuil Ular di Bayan Lepas merupakan destinasi pelancong yang masyhur. Salah satu
daripada mercu tanda yang utama ialah bangunan KOMTAR, bangunan yang tertinggi di Pulau
Pinang.

Kegiatan perdagangan di negeri Pulau Pinang telah merosot dengan hebat bukan sahaja
disebabkan oleh kehilangan taraf pelabuhan bebas, tetapi juga kerana kemajuan yang aktif di
Pelabuhan Klang berdekatan ibu negara Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, masih
terdapatnya sebuah terminal kontena di Butterworth yang meneruskan perkhidmatannya
disebelah utara.

Pada hari kini, negeri Pulau Pinang merupakan ekonomi yang ketiga terbesar di antara negeri-
negeri Malaysia, iaitu selepas Selangor dan Johor. Sektor pengeluaran merupakan sektor
terutama dalam ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 45.9% kepada keluaran negeri
kasar pada tahun 2000. Perkembangan industrialisasi di bahagian selatan pulau amat pesat,
dengan banyak kilang elektronik teknologi tinggi (seperti Intel, AMD, Motorola, Agilent,
Hitachi, Osram, Bosch dan Seagate) yang terletaknya di Zon Perindustrian Bebas Bayan Baru.

Sektor-sektor utama yang lain dalam ekonomi Pulau Pinang termasuk sektor pelancongan,
kewangan dan lain-lain perkhidmatan.

Ummi Munaliza:
PengangkutanPulau Pinang dikaitkan dengan tanah besar Semenanjung Malaysia melalui
Jambatan Pulau Pinang yang disiapkan pada tahun 1985. Dengan panjangnya sebanyak 13.5
kilometer, jambatan ini merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di wilayah
Asia. Perkhidmatan feri masih disediakan di antara:

    * Georgetown dan Butterworth (yang mana stesen keretapi yang terdekat ditempatkan) di
tanah besar; dan
    * Georgetown dan Pulau Langkawi, sebuah pulau peranginan di utara.

Gambar Jambatan Pulau Pinang

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ditempatkan di selatan pulau dan memberi
kemudahan penerbangan antarabangsa ke London, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei,
Bangkok, Seoul, Riau, Xiamen, dan Guangzhou.

Beca masih lagi boleh didapati dibeberapa tempat di Georgetown. Walau bagaimanapun, dengan
ketibaan pengangkutan moden, beca semakin menjadi daya tarikan utama kepada pelancong.
Malangnya, pengangkutan moden telah membawa masalah kesesakan trafik kepada lebuhraya
Pulau Pinang, disebabkan kebanyakan jalan di pusat bandaraya terlalu sempit kerana ketiadaan
perancangan yang baik.

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page


F0LIO GEOGRAFI PMR 2009-
PETEMPATAN

Anda mungkin juga menyukai