Anda di halaman 1dari 7

KEMARAU

Dalam duina yang serba canggih ini, kita semakin lupa bahawa dunia kini semkain tua. Terdapat pelbagau kejadian bencana alam berlaku di dunia ini, antaranya ialah bencana alam Kemarau. Kemarau merupakan bencana alam yang tidak sangat kerpa berlaku dan tidak berlaku disemua kawasan atau negara. Kemarau ialah suatu keadaan di mana kandungan air di dalam tanah adalah sangat kurang menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersang. Cuaca di sekeliling sangat kering dan berlanjutan dalam tempoh yang panjang. Kadar kelembapan udara juga adalah rendah. Semasa kemarau, hujan turun dengan dengan sedikit atau tiada langsung hujan yang turun. Kemarau dapat dibahagikan kepada beberapa kategori. 4 KATEGORI KEMARAU (i) (ii) (iii) Kemarau kekal - iaitu kemarau yang berpanjangan di gurun yang panas dan tandus (ii) Kemarau bermusim - iaitu berlaku mengikut musim tertentu dalam setahun Kemarau kontigen- kemarau yangberlaku kerana hujan tidak turun pada waktu yang sepatutnya hujan turun (iv) Kemarau tidak nyata - kemarau yang berlaku tanpa dijangka dan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA KEMARAU Perkembangan perindustrian yang pesat Kepesatan sektor perindustrian menyebabkan masing-masing bersaing untuk mendapatkan keuntungan sehingga mengabaikan alam sekitar. Industri logam, industri nuklear, dan industri petrokimia adalah antara industri yang dapat menjejaskan kualiti udara. Misalnya, dalam industri petrokimia, asap yang dilepaskan mengandungi gas-gas seperti Polycyclic Hydrocarbon (PAH), Polychlorinated Biphenyis (PCB), sulfur dioksida dan karbon diaoksida. Apabila gas-gas seperti ini dibebaskan terlalu banyak ke udara, maka gas-gas akan terkumpul dan haba dibumi terperangkap serta seterusnya suhu bumi akan meningkat. Udara di persekitaran menjadi kering, kelembapan rendah dan keberangkalian untuk hujan turun adalah tipis. Keadaan ini akan menyebabkan permukaan bumi menjadi panas dan jika berterusan akan membawa kepada kemarau.

Pencerahan hutan Aktiviti pembalakan dan pencerahan hutan sering dilakukan dengan tujuan pertanian dan pembangunan misalnya seperti pembinaan penempatan dan pembinaan empangan. Pokokpokok berperanan penting dalam menstabilkan suhu bumi dengan cara menyerap gas karbon dioksida di udara dan menghasilkan oksigen. Selain itu, tumbuh- tumbuhan berperanan menyimpan atau memegang air hujan. Apabila hujan turun, pokok akan menyerap air hujan ke dalam tanah, namun sesetangah air hujan akan disejat kembali supaya perbezaan hujan

semasa musim kemarau dan musim hujan tidak terlalu besar. Aktiviti pembalakan dan pencerahan hutan akan menyebabkan tumbuh-tumbuhan gagal menjalankan fungsinya sebagai penstabil suhu bumi.

Faktor semula jadi/ fizikal Sesuatu bencana alam boleh berlaku secara semula jadi tanpa mampu kita menghalangnya. Kemarau boleh disebabkan oleh bencana alam yang lain seperti fenomena la-nina dan el-nino. Fenomena la-nina dan el-nino terjadi terutamanya di Lautan Pasifik di mana semasa el-nino, ia akan memanaskan suhu permukaan laut dan laut akan membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya hujan lebat di kawasan laut berkenaan. Manakala, di bahagian di daratan, tekanan atmosfera meningkat dan kelembapan berkurangan menyebabkan kawasan daratan menjadi panas dan kering.

AKIBAT DAN KESAN BENCANA ALAM KEMARAU


Aktiviti pertanian dan penternakan terjejas Apabila berlakunya kemarau, tanah akan menjadi kering dan kurang lembap. Ianya menjadi tidak sesuai untuk aktiviti pertanian. Bekalan air juga tidak mencukupi untuk disalurkan ke kawasan penanaman menyebabkan tumbuhan mati. Begitu juga dengan haiwan ternakan yang banyak mati kerana tiada makanan, air serta tidak dapat tahan dengan cuaca yang panas. Keadaan ini akan menyebabkan bekalan makanan menjadi terhad sedangkan bilangan mereka yang memerlukan makanan adalah ramai. Seterusnya, ia akan menyebabkan kebuluran terutamanya bagi negara yang mengalami kemarau yang berpanjangan seperti Somalia.

Penyebaran wabak penyakit Kekurangan makanan dan minuman menjejaskan kesihatan mangsa-mangsa kemarau. Mereka akan mudah dijangkiti penyakit kerana daya imunisasi badan adalah lemah. Penyakit yang lazim sekali dihidapi oleh mangsa kemarau ialah kekurangan gizi, taun, malaria dan campak. Misalnya di Somalia, beribu-ribu orang yang mati setiap tahun kerana tidak mendapat rawatan kesihatan yang baik apabila menghidapi sesuatu penyakit.

Menyumbang kepada kemusnahan lain Kemarau menyebabkan kemusnahan lain berlaku seperti kebakaran hutan dan fenomena penggurunan. Cuaca yang kering dan panas serta ditambah pula dengan tiupan angin kencang menyumbang kepada kebakaran hutan. Rumput dan hutan yang kering akibat teriknya matahari akan menyebabkan api bertambah besar. Kawasan gurun akan bertambah menjadi lebih luas apabila kemarau berlaku. Keadaan ini dipanggil sebagai fenomena penggurunan yang mana sering melanda kawasan-kawasan tropika seperti Gurun Sahel Afrika. Fenomena ini menyebabkan punca sumber air seperti tasik, kolam dan sungai tertutup dan semakin sukar ditemui.

KEJADIAN BENCANA ALAM DI PAHANG


JERANTUT 10 Mac - Sejak sebulan dua ini, rakyat di seluruh negara menderita keperitan akibat tiada setitik pun hujan di kawasan tertentu akibat dilanda musim kemarau.Keadaan itu mengakibatkan beberapa empangan dan loji di negara ini menyurut ke paras kritikal.Lebih buruk lagi, ada negeri yang mula mencatu bekalan air kepada rakyatnya seperti yang berlaku di Sabah dan Negeri Sembilan.Masalah yang dihadapi di kedua-dua negeri terbabit berkemungkinan besar akan menular ke negeri lain termasuk Pahang jika keadaan kemarau berterusan dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini memaklumkan bahawa Empangan Chereh di Sungai Lembing, Kuantan yang menjadi sumber bekalan air kepada lebih 200,000 penduduk Kuantan akan terjejas jika kemarau berpanjangan dalam tempoh tiga bulan lagi.Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa sungai terutama Sungai Pahang dan Sungai Tembeling hari ini mendapati ia mulai cetek sehingga hampir menampakkan dasarnya.Bagi penduduk di kawasan pedalaman Hulu Tembeling pula, kehadiran musim kemarau benar-benar menguji kesabaran mereka yang kebanyakannya bekerja sebagai pengusaha bot penambang, nelayan sungai, petani dan peniaga kecil.Pemerhatian di Sungai Tembeling mendapati banyak bot penambang menghadapi kesukaran dan terpaksa mengehadkan operasi membawa penumpang dan barangan ke beberapa destinasi.Kemarau yang melanda daerah ini terutama pedalaman Hulu Tembeling sejak sebulan lalu memberi kesan terhadap operasi pengangkutan bot penambang yang beroperasi di Sungai Tembeling ke bandar Jerantut.Masalah sama juga dihadapi pengusaha bot penambang di Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini yang beroperasi di Sungai Tahan ke kawasan pelancongan dan perkampungan di Hulu Tembeling.Musim kemarau menyebabkan air sungai menjadi cetek yang menimbulkan pasir, batu-batan besar dan batang-batang pokok yang tumbang di permukaan air sekali gus menghalang laluan bot penambang.Keadaan itu menyebabkan pemandu bot penambang terpaksa menolak bot yang tersangkut di dasar sungai untuk sampai ke destinasi penumpang.Beberapa pengusaha yang

ditemui mengeluh apabila terpaksa mengerah kudrat untuk menolak bot penambang yang tersangkut di pasir ketika membawa penumpang.Menurut seorang pengusaha bot, Ahmad Nipah, 53, dari Kampung Pengau, air sungai yang cetek menyebabkan kerosakan di bahagian kipas dan enjin akibat bergesel dengan batu dan pasir.''Kita terpaksa berbelanja hampir RM300 setiap kali membeli kipas dan peralatan bot. Bayangkanlah jika setiap hari kipas rosak, kami terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi sedangkan pendapatan tidak seberapa," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Tahan hari ini.Katanya, kemarau kali ini dianggap paling panjang kerana memakan masa sehingga lebih sebulan berbanding sebelum ini hanya dua atau tiga minggu.Rakannya yang beroperasi di Sungai Tembeling, Abdul Rani Saidi, 52, berkata, mereka terpaksa berhati-hati ketika mengemudi bot melalui laluan di jeram berbatu bagi mengelakkan badan bot tersangkut dan membahayakan keselamatan penumpang.''Saya serba salah untuk membawa penumpang ke bandar Jerantut sejauh 90 kilometer di laluan Sungai Tembeling memandangkan bakal berhadapan risiko keselamatan dan kerosakan bot," katanya.Oleh kerana bot penambang merupakan pengangkutan utama ke bandar ini, ujarnya, mereka tiada alternatif lain dan terpaksa beroperasi di laluan yang cetek.Seorang lagi pengusaha bot dari Kampung Pengau, Zainuddin Nong, 45, berkata, setiap kali bot tersangkut di jeram berpasir, dia dan penumpang terpaksa turun ke dalam air untuk menolak botnya.''Keadaan ini melengahkan tempoh perjalanan sehingga lapan jam berbanding sepatutnya iaitu antara empat hingga lima jam ke kampung kami sebelum ini," katanya.Pemandu bot juga, menurut Zainuddin, terpaksa berhadapan dengan risiko keselamatan seperti terperangkap di kawasan pasir jerlus atau lebih buruk lagi, bot bocor akibat terlanggar batu.Sementara itu, seorang peniaga, Mohd. Haiqal Zakaria, 23, memberitahu, dia menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan balak di hutan Hulu Tembeling untuk berulang alik ke bandar ini bagi membawa barang yang dipesan oleh pelanggan.''Walaupun kemarau ini ketentuan Allah SWT, kita berdoa supaya hujan turun sekurang-kurangnya untuk memberi kelegaan kepada penduduk di sini menjalankan urusan harian mereka," katanya yang berasal dari Kampung Pagi.Sepanjang musim kemarau itu, kata Mohd. Haiqal, penduduk di pesisiran Sungai Tembeling turun ke sungai untuk bergotongroyong memindahkan batu-batan di kawasan alur dan jeram bagi memudahkan laluan bot penambang.Seorang nelayan sungai, Adanan Nipah, 56, berkata, musim kemarau bukan sahaja menimbulkan kesulitan kepada pengusaha bot penambang, malah menjejaskan hasil tangkapan sekali gus menjejaskan pendapatan kaum nelayan sepertinya.Jelasnya, keadaan air yang tohor menyebabkan ikan sungai turut berkurangan.''Kita sukar membawa hasil kampung ke bandar kerana bot yang sarat dengan muatan akan mudah tersangkut di kawasan cetek,"

katanya yang berasal dari Kampung Tempan dekat sini.Namun katanya, demi sesuap nasi, nelayan dan petani di kawasan itu terpaksa menyewa kenderaan pacuan empat roda dengan menggunakan laluan balak di hutan Hulu Tembeling untuk membawa hasil kampung ke bandar dengan beban kos tambang yang lebih mahal.

Anda mungkin juga menyukai