Anda di halaman 1dari 5

[ PENYATAAN PROFESIONAL ]

PENYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM.

Praktikum merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran. Pelaksanaan Praktikum berkait rapat dengan mengenal pasti perkaitan antara subjek pentaksiran bahasa Melayu dengan sistem pendidikan disekolah pada hari ini. Maka, fokus utama aktiviti Praktikum ialah kenal pasti sejauh mana pengaplikasian amalan penilaian yang diukur bagi setiap murid di sekolah menggunakan aplikasi subjek bahasa Melayu. Pernyataan profesional merujuk kepada harapan/aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh Praktikum. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus aktiviti hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir. Aktiviti Praktikum juga mempunyai tujuan atau objektifnya iaitu

i.

Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah

Aktiviti PBS ini membantu pelatih guru untuk memahami dan meyesuaikan diri dengan budaya sekolah. Aktiviti tersebut menjadi landasan persediaan sebelum menjalankan tugas sebagai guru sebenar kelak. Budaya sekolah memiliki identiti dan keistimewaannya yang tersendiri dapat membantu guru pelatih bersedia dari segi mental dan fizikal. ii. Menghayati kerjaya seorang guru

Sesetengah pelatih guru masih belum mengerti hakikat kerjaya seorang tugas. Melalui aktiviti ini, dapat mendedahkan perjalanan sebenar kerjaya seorang guru sekaligus melatih untuk menghayati profesion tersebut. Dengan memerhati para guru di sekolah tersebut menjalankan tugas sebagai pendidik dapat memberikan pemahaman yang terbaik

iii.

Memperolehi pengetahuan mengenai pengurusan dan sekolah

Pendedahan mengenai cara pengurusan dan sekolah memberikan pengetahuan baru kepada pelatih guru. Sebagai seorang bakal guru, pengetahuan tidak terhad kepada proses pembelajaran dan pengajaran semata-mata. Seorang guru sewajarnya mengetahui semua perkara termasuklah mengenai pengurusan dan hal ehwal sekolah.

iv.

Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid

Setiap murid mengalami proses pembelajaran yang berbeza. Melalui aktiviti PBS ini, guru pelatih dapat megetahui serba sedikit mengenai cara pembelajaran murid dan dapat aplikasikan apabila mengajar kelak. Pendedahan ini sememangnya berguna dan mungkin guru pelatih dapat membuat kajian serta penyelidikan untuk memikirkan tahap pengajaran yang bersesuaian dengan cara pembelajaran murid.

v.

Memahami pengurusan dan strategi pengajaran dan pembelajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting bagi menarik minat dan perhatian murid. Guru pelatih dapat memahami pengurusan dan strategi proses p&p yang dilaksanakan oleh para guru tersebut di sekolah tersebut. Setiap guru mempunyai caranya yang tersendiri dan diminati oleh murid.

vi.

Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan pengurusan sekolah

vii.

Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah

viii.

Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan anatikal

ix.

Membina sikap positif terhadap profesion keguruan

x. xi.

Membuat refleksi mengenai tugasan dan tanggungjawab guru Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

xii. xiii.

Menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas. Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik.

xiv.

Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan.

xv.

Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakantindakan susulan atau penambahbaikan

Untuk melaksanakan aktiviti Praktikum ini sememangnya memerlukan persiapan dan strategi yang baik bagi memastikan pengumpulan data mencukupi serta dapat menghasilkan laporan aktiviti yang tepat. Antara strategi dan persiapan yang telah saya lakukan ialah saya telah menyemak segala persiapan Praktikum saya dengan bertanyakan kepada rakan rakan yang lain. Hal ini kerana, saya agak risau sekiranya saya tertinggal mana mana tugasan mengenai Praktikum ini oleh kerana saya melakukan aktiviti Praktikum ini secara individu. Fokus utama saya ialah rujukan mengenai senarai semak tugas Praktikum. Saya juga telah mengenal pasti maklumat yag diperlukan dan pihak yang perlu ditemui. Senarai tersebut akan dapat membantu saya memperolehi maklumat dengan mudah dan sistematik. Ianya juga akan dapat memperkemaskan perjalanan pencarian maklumat selama satu minggu. Saya juga sempat mencari beberapa maklumat yang tidak difahami seperti makna integriti, sosialisasi dan sebagainya serta perkaitannya dengan aspek-aspek yang diperlukan dalam tugasan saya ini.

[ PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM ]

Tugasan yang diberikan untuk menjalani Praktikum adalah berbeza pada setiap semester dan melalui tugasan ini fokus utama dapat dikenal pasti. Pada semester ini, iaitu semester dua dan fasa kedua praktikum, tugasan ini melibatkan pelatih guru dengan subjek minor yang diambil. Contohnya subjek Bahasa Melayu ini telah dipilih untuk dikaji sepanjang berada di sekolah ini. Tahap penilaian kepada murid perlulah dikenal pasti bagi menjayakan satu pendekatan yang berunsurkan penilaian yang berterusan. Tujuan tugasan ini dilaksanakan adalah supaya guru pelatih lebih memahami budaya sekolah, dapat menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah, mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid dan pengurusan strategi pengajaran pembelajaran. Selain daripada itu, guru pelatih dapat membina kemahiran interaksi dengan komuniti sekolah iaitu murid, guru dan kakitangan sekolah. Kemahiran mengumpul maklumat dan berfikir secara kritis dan analitis juga dapat dipupuk. Melalui Praktikum juga sikap positif terhadap profesion keguruan juga dapat dibina, juga lebih memahami tugas dan tanggungjawab seorang guru. Bagi memastikan fokus utama Praktikum ini dicapai atau dinilai dengan berkesan, beberapa strategi pelaksanaan telah dirancang dan dilaksanakan. Antaranya ialah menghadiri taklimat Praktikum dan memahami objektifnya. Perancangan tentang instrumen-instrumen yang akan digunakan semasa melaksanakan tugasan juga telah dibuat. Antara instrumen yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik, temu bual dan senarai semak. Bagi memastikan tugasan ini dilaksanakan, kehadiran ke sekolah sepanjang tempoh Praktikum dengan mematuhi dan mengamalkan etika keguruan adalah penting. Melalui aktiviti Praktikum ini, saya mengharapkan sesuatu ilmu baharu yang baik dan bermanfaat semasa berada di SK Taman Bunga Raya 2 , guru-guru dan warga sekolah akan mengalu-alukan kedatangan saya di sana dengan hati yang terbuka.

Selain itu, saya turut berharap pihak pentadbir dan kakitangan sekolah di SK Taman Bunga Raya 2 ini dapat memberikan kerjasama sebaiknya dengan memberi maklum balas yang positif ketika ditemu bual dan sebagainya. Di samping itu, saya mengharapkan murid-murid di sana memanggil saya dengan panggilan cikgu dan menghormati saya seperti guru-guru yang lain. Saya turut berharap dapat menggantikan kelas sekiranya guru tidak dapat hadir kerana saya ingin melakukan aktiviti yang menarik dengan murid-murid sekali gus dapat memberikan pengalaman yang cukup berharga kepada saya. Hal ini

kerana pengalaman mengajar dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sebenar dapat memberi gambaran awal kepada saya tentang suasana bilik darjah dengan murid-murid yang pelbagai kerenah dan telatahnya untuk PRAKTIKUM kelak. Malah, saya turut berharap dapat menyumbang sesuatu kepada sekolah

seperti melukis mural di dinding sekolah supaya kedatangan saya ke sekolah tersebut akan diingati.

Anda mungkin juga menyukai