Anda di halaman 1dari 71

Tokoh-tokoh Tamadun Islam dan Asia

Islam Cina India Jepun

Disediakan Oleh: Kiu Sze Ling Wong Ik Ying

SUMBANGAN TOKOH-TOKOH
TAMADUN

- Tamadun Islam -

IBN KHALDUN
Nama sebenar ialah Abd al-Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami. Dilahirkan di Tunis pada tahun 732 H/1331 M dan meninggal dunia pada 808 H/1406 M. Seorang sarjana Islam dalam bidang Islam dalam bidang sejarah, sosiologi, politik, dan seorang tokoh agama. Ilmu agama yang dipelajari ialah fikah, tafsir, hadis, dan ilmu-ilmu yang berbentuk akliah seperti logik, falsafah, matematik, serta ilmu bahasa Arab.

Beliau telah memegang jawatan-jawatan penting di Tunis,Algeria,Maghribi, dan Mesir. Pernah dilantik sebagai Ahli Persuratan di Istana Fas, menjadi hajib(taraf jawatan sama dengan Perdana Menteri) di Bougie, dan bertugas sebagai kadi,khatib. Beliau turut dilantik sebagai hakim mahkamahmahkamah raja. Setelah menunaikan haji pada 789 H/1387 M, beliau memberi penumpuan dalam bidang penulisan.

Ramai sarjana Barat menganggap Ibn Khaldun sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingannya. Seorang sarjana Barat, Toynbee berpendapat bahawa Ibn Khaldun merupakan seorang ahli fikir yang agung kerana telah menghasilkan flasafah sejarah yang memberi sumbangan besar kepada manusia. Menurut G. Sarton, Ibn Khaldun merupakan ahli sejarah dan ahli falsafah agung sepanjang zaman yang bermula dari zaman ahli sejarah klasik hinggalah ke zaman Machiavelli, Bodin Vico.

R. Nicholson pula berpendapat bahawa hanya Ibn Khaldun yang mengkaji tentang sebab-sebab peristiwa yang berlaku bagi mendedahkan kuasa-kuasa moral dan spiritual untuk mentakdiskan undang-undang tentang jatuh bangunnya sesuatu bangsa atau peradaban. Buku Muqaddinah,iaitu pendahuluan kepada bukunya yang kedua yang berjudul, alIbar wa Diwan al-Khabar fi Ayyam al-Arabwa al-Ajam wa al-Barbar merupakan karya teragung beliau dalam bidang persejarahan.

Menurut B. Lewis, buku ini merupakan ensiklopesia sintesis mengenai metodologi sains kebudayaan yang penting dan dapatt membantu ahli sejarah menghasilkan kajian yang sebenar dan ilmiah. Buku Muqaddimah merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk memahami pola perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia. Buku ini turut menjelaskan bagaimana sesuatu peristiwa sejarah harus di kaji dan difahami.

KAEDAH PENYELIDIKAN
Ibn Khaldun menekankan sifat-sifat semula jadi dan seba-sebab sejarah berlaku. Menurut beliau, jika pengkaji hanya mengkaji sesuatu peristiwa tanpa mengetahui latar belakangnya, maka para pengkaji itu hanya menghasilkan sejarah am. Sebaliknya, jika seseorang pengkaji menitikberatkan keduaduanya, maka sejarah itu dianggap sejarah khas. Beliau membahagikan sejarah khas ini kepada dua iaitu zahir dan batin.

Zahir yang dimaksudkan ialah tentang kejadian sesuatu peristiwa seperti berita-berita perang, jatuh bangunnya sesebuah kerajaan, atau kemajuan sesebuah masyarakat. Batin pula bermaksud tinjauan dan penyelidikan serta keterangan-keterangan yang nyata tentang kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu kejadian dan sebab musababnya. Ibn Khaldun berpendapat bahawa manusia merupakan makhluk sosial yang mempunyai roh,akal, dan tubuh yang masing-masing mempunyai tugas dan keperluan. Unsur-unsur tersebut perlu bekerjasama untuk mendapat kesejahteraan dan kebahagian hidup.

Ibn Khaldun memberi penekanan dalam aspek-aspek dalaman bagi sesuatu peristiwa kerana sejarah berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat. Para pengkaji sebelum Ibn Khaldun kurang mengetahui tentang sosiologi masyarakat dan mereka menulis berdasarkan maklumat-maklumat yang diberikan tanpa mengetahui tentang asal-usul, sifat semula jadi, atau sebab-sebab berlakunya sesuatu kejadian. Keadaan ini menyebabkan mereka menghasilkan sejarah am sahaja.

SEJARAH DAN MASYARAKAT


Ibn Khaldun mendefinisikan sejarah sebagai catatan atau maklumat tentang masyarakat manusia. Secara ringkasnya, sejarah dan masyarakat adalah satu kesatuan yang mempunyai realiti yang sama dan berhubung kait antara satu sama lain. Menurut Ibn Khaldun, terdapat beberapa prinsip untuk mengkaji sejarah. Contohnya, apabila mengkaji peristiwa kebangkitan dan kejatuhan sesebuah kerajaan,pasti akan melibatkan sebab dan akibat kejadian itu berlaku. Keadaan ini menunjukkan hubungan secara langsung antara sebab dan akibat.

AL- BIRUNI
Nama penuhnya ialah Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al- Biruni. Dilahirkan pada 3 Zulhijah 362 H(4 September 973 M) di negeri Parsi. Beliau adalah orang asing dalam kalangan penduduk Khawarizm. Oleh sebab itulah beliau digelar al- Biruni yang bermaksud orang asing dalam bahasa Parsi. Beliau sangat terkenal di kawasan Khawarizm sehingga diberi gelaran Khawarizmi bersempena dengan nama kawasan itu.

Beliau belajar daripada putera Raja Parsi yang bernama Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani, seorang pakar matematik. Al- Biruni yang hidup sezaman dengan dengan Ibn Sina merupakan sarjana agung dalam bidang astronomi, sejarah, dan bahasa. Hasil daripada kesungguhannya itu, beliau dapat menguasai tamadun Arab dan tamadun Yunani. Beliau juga mempunyai hubungan yang earat dengan intelek Islam dan saudagar Kristian Syria. Tujuan belaiu menjalinkan hubungan dengan saudagar Kristian ialah untuk mempelajari nama nama orang Yunani dan sebutan serta ejaan istilah perubatan yang betul.

SEBAGAI AHLI ASTRONOMI


Al- Biruni amat berminat dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan teori- teori abstrak, falsafah, sains praktis matematik, geografi, fizik, dan astronomi. Beliau lebih memberi penumpuan terhadap bidang astronomi. Ini dibuktikan melalui pengakuannya sendiri : oleh kerana saya berminat dalam bidang astronomi,malah saya dikenali dalam bidang ini, maka saya tidak berniat untuk keluar daripada bidang ini dan mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Masud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan menulis undang-undang astronomi.

Beliau telah mengemukakan beberapa teori astronomi yang penting. Pertamanya teori alam semesta yang mana beliau menganggap alam ini terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar. Teori yang kedua ialah kosmogoni. Beliau membincangkan asal usul alam semesta secara terperinci dalam bukunya al- Tahdid. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bumi ini kekal. Beliau telah melengkapkan karya Abdul al-Malik al- Tayyib al- Busi dengan mengumpulkan pelbagai arus pertukaran bumi pada zamannya.

Teori astronomi beliau yang seterusnya ialah teori geosentrik. Menurut beliau,sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh. Hal ini kerana selagi sesuatu teori tidak dapat diterima alternatif yang sebenarnya belum ditemu, maka wajarlah teori dan penerangan yang terdahulu diterima dan dipercayai. Berdasarkan idea ini, beliau telah menulis hal-hal tentang pergerakan matahari dalam kitab al- Tatbiq fi Tahqiq Harakat al- Syam.

Teori beliau yang keempat ialah tentang kalendar dan kronologi. Al- Biruni teleah menulis risalah kecil yang menerangkan kejadian siang dan malam. Beliau juga telah berjaya mencipta alat untuk mengukur masa dan waktu siang. Teori terakhir yang dikemukan oleh a-Biruni ialah tentang matahari. Beliau telah mengkaji sifat fizikal waktu matahari. Menurut beliau, matahari ialah jasad yang pantas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan semasa gerhana penuh.

Al- Biruni mempercayai teori gensentrik dan berpendapat bahawa matahari bergerak mengelilingi bumi beliau menyatakan bahawa gerakan matahari yang lambat dan cepat menggambarkan sesuatu orbit. Al-Biruni turut membincangkan alasan bagi tempoh fajar dan senja. Senja terjadi apabila matahari berada pada 18 darjah di bawah ufuk. Teori ini disahkan benar dalam penyelidikan moden.

SEBAGAI AHLI SAINS


Walaupun al-Biruni lebih cenderung dalam bidang astronomi, beliau juga dpat menguasai geometri arimetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau telah menulis kitab Maqalid ilm al- Haiah fi Basit al-Kurah yang setanding dengan buku astronomi berjudul al- Tafhim. Beliau turut mengarang sebuah kitab yang berjudul Qanun al-Masudi yang berkaitan dengan trigonometri.

Beliau turut menguasai aritmetik dari orang India dan telah menulis beberapa buah buku berkenaan subjek tersebut. Al- Biruni percaya bahawa cahaya adalah lebih laju daripada bunyi. Beliau menolak pendapat Aristotle yang mengatakan bahawa langit tidak mempunyai kuasa graviti. Begitu juga dengan pendapat yang mengatakan bahawa tempat asal air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek.

Al-Biruni juga berjaya mencipta suatu alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat ketumpatan. Beliau telah dapat menyukat air dengan ukuran yang tepat sehingga hasilnya itu hampir menyamai dengan nilai moden. Malah, beliau turut memberi sumbangan dalam bidang hidrostatik. Beliau berjaya menerangkan fenomena tentang banjir, mata air, dan prinsip-prinsip yang berkaitan dengannya. Al- Biruni telah menggunakan emas, zamrud dan kuartza untuk mengukur ketumpatan.

Dalam bidang mekanik pula, beliau telah berjaya mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi. Al- Biruni telah berjaya mencipta alat,iaitu pengimbang hidrostatik. Alat ini digunakan untuk mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ciptaan beliau ialah sejenis balai cerap baru yang dinamakan al- Ustawani yang digunakan untuk mengukur bintang, ketinggian menara, bukit, kedalaman telaga,atau sungai.

Minat yangg mendlam dalam bidang matematik mendorong al Biruni untuk mempelajari tentang berat dan ukuran. Ini kerana ilmu ini berkaitan dengan bidang kajian astronomi dan fizik. Ketumpatan 18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalamm menyediakan berat dan ukuran yang tepat. Al- Biruni turut memberi sumbangan dalam bidang geografi. Beliau telah berjaya menerangkan perbezaan anatara kuala dan teluk. Al- Biruni telah berjaya mengarang beberapa karya geografi seperti Tahdid Nihayat al-Amakin (Penentu Batas Daerah)

AL- BATTANI
Nama sebenarnya beliau adalah Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harani. Beliau putera Arab dan juga pemerintahan Syria. Beliau digelar Batlimous Arab disebabkan kegeniusan beliau dalaam bidang astronomi Islam yang menjadi medan penyatuan antara keteltian kajian dan kemampuan mengembangkan teori astronomi.

Meninggal dunia di Samarak,Iraq Beliau merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat. Beliau banyak mengkaji tentang astronomi dan telah mengariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan musim,kadar peredaran matahari justeru menggariskan miring buruh di garis khatulistiwa.

Berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual contangents. Memperbetulkan hasil Baltimous dalam bukunya Al Zaiju al- Sabik Antaranya bukunya terdiri daripada muqqaddimah dan 57 bahagian tentang cara-cara pengiraan, sifat buruj, kadar miring, bintang dan pemasalahannya, berjenisjenis taqwim, ukuran masa dan tempoh tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya.

TOKOH-TOKOH TAMADUN CHINA


1. 2. 3.

Confucius Meng Tze Lao Tze

CONFUCIUS
Pengasas ajaran agama utama di dunia agama Confucianisme Lahir pada 551 s.m di negeri Lu (di Shantung) Muncul sebelum kelahiraan Socrates mahupun Plato. Berasal dari sebuah keluarga bangsawan yang telah dipecat dan berada dalam kemiskinan. Falsafah dan buah fikirannya amat luar biasa dan disanjung oleh orang ramai. Meninggal dunia pada umur 72(479 sebelum Masihi) Mempunyai banyak pelajar dan pengikut.

Zaman Masyarakat Confucius: Kolot dan mudah putus harap terhadap apa-apa sahaja. Mementingkan diri sendiri sahaja. Tidak suka menolong orang lain mahupun saudara-mara diri sendiri. Kadaar jenayah juga semakin hari semakin meningkat.

SUMBANGAN CONFUCIUS
Kemunculan confucius boleh dikatakan sebagai penyelamat akhlak masyarakat China pada masa itu. Ajaran dan Falsafah beliau yang mementingkan kasih sayang, sopan-santun dan bertimbang rasa. Mementingkan keharmonian, perpaduan dan konsep ren.

Salah seorang ahli falsafah yang bernama Zhu Xi telah menghasilkan 4 buah buku itu: a) The Analects, b) MengZi c) Daxue(The Great Learning) dan d) Zhong Yong Merupakan kurikulum penting untuk peperiksaan awam yang merupakan salur utama untuk para cerdik menjadi pegawai kerajaan.

Beliau mengatakan bahawa keperibadian seseorang manusia bukannya asal dan lahir sejak keluar dari badan ibu. Mengemukan bahawa peribadi individu boleh berubah dan ditumbuh melalui pendidikan dan pemupukan. Menyumbangkan sebahagian dari umur hidup beliau demi mendidik dan mengajar falsafah beliau. Mempengaruhi pemikir dalam bidang moral, mahupunya dalam bidang politik.

Berharap raja dapat mentadbir negara dengan cara yang lebih lembut dan mentadbir dengan diri sendiri sebagai contoh kepada rakyat. Bukannya dengan cara yang kejam, zalim dan ketat dengan undang-undang. Kepentingan rakyat adalah setanding dengan kepentingan raja di sebuah negara. Falsafah beliau yang bertujuan untuk mengajar orang ramai menjadi orang yang mulia, sopan- santun, bertimbang rasa dan menjaga kepentingan orang lain. Ajaran dan falsafah beliau lebih kepada pembangunan mental manusia dan keharmonian masyarakat.

MENG TZE( MENCIUS)


Pengganti Kong Fu Tzu Ajaran-ajarannya dibentangkan dalam buku Book of Mencius dihargai di Tiongkok selama berabadabad. Sering dijuluki The Second Sage, manusia bijak kedua Dilahirkan sekitar tahun 371 SM di negeri kecil Tsou (Shantung)

Masa beliau dilahirkan babak akhir dinassti Chou, disebut oleh Orang Cina dengan julukan Masa perang antara negeri Menghabiskan banyak masa dewasanya melakukan perjalanan di negeri Cina dan menawarkan nasihatnya kepada pelbagai penguasa. Tahun 312 SM, pada umur 59 tahun, dia kembali ke kampungnya di negeri Tsou dan tinggal menetap di situ sampai meninggal dunia.

SUMBANGAN MENG TZE


Pengaruhnya ke atas tamadun Cina tercatat di Book of Menciusnya Citra Book of Mencius lebih kepada idealistis dan optimis. Memantulkan keyakinan teguh Meng-tse bahawa sifat manusia itu pada dasarnya baik. Idea politiknya serupa dengan Kong Fu Tzu Langit melihat seperti rakyat melihat,langit mendengar seperti rakyat mendengar, adalah salah satu pernyataannya yang terbaik.

Menekankan bahawa komponen paling penting dari setiap negara adalah rakyat dan bukannya penguasa Di antara politik pemerintahan dia menganjurkan: i. Perdagangan bebas; ii. Pajak ringan; iii. Pelestarian sumber alam; iv. Pemerataan kekayaan yang sama daripada keadaan sekarang; v. Dan persediaan pemerintah buat kesejahteraan orangorang tua dan orang miskin.

Percaya bahawa kekuasaan seorang Raj berasal dari langit, tetapi seorang Raja yang mengabaikan kesejahteraan rakyat akan kehilangan mandat dari langit Berpendapat bahawa rakyat mempunyai hak memberontak melawan penguasa yang tidak adil Pandangan-pandangannya menjadi semakin popular Disertai dengan bangkitnya ceo- Cunfucianisme di abad ke-11 dan ke-12.

LAO TZE

LATAR BELAKANG LAO TZE


Pengasa kepada agama Taoisme Lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 SM Pernah bekerja di negeri Chou dan akhirnya mengemabara ke luar untuk menyebar pengaruhnya.

SUMBANGAN LAO TZE


Menghasilkan buku yang bertajuk Tao Te Ching mengandungi idea falsafah Taoisme. Dasar ajaran ini menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao, jadi manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku.

Jika manusia bertindak, ini akan bertentangan dengan prinsip Wu-Wei yang akan merosakkan dunia. Oleh itu, Lao Tze menyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.

Tokoh-tokoh India
Mahatma Gandhi Asoka Piyadassi Chandra Gupta II

MAHATMA GHANDI
sebenar : Mohandas Karamchand Gandhi Nama gelaran Mahatma Ghandi (jiwa agung). Beliau lahir pada 2 Oktober 1869 dan meninggal pada 30 Januari 1948. Lahir dalam keluarga Vaisya di Gujerat. Dipengaruhi doktrin Jainisme, Buddhisme dan Hinduisme mengenai ahimsa (menolak kekejaman).

Nama

Beliau belajar undang-undang di England & pergi ke Afrika Selatan sebagai peguam kepada seorang pedagang Islam Gujerat. Beliau melihat diskriminasi perkauman lalu menetap dan berjuang untuk hak asasi orang India. Di Afrika Selatan beliau mengembangkan tindakan satyagraha (kuasa kebenaran) tetapi dipenjarakan. Beliau menukar cara kehidupan dari segi makanan, pakaian dan menubuhkan ashram.

Tahun
1915 1917

Peristiwa Kembali di India. Memulakan perjuangannya menyokong para petani & menentang tuan tanah British.

1918

1919 1920

Mengadakan mogok buruh menentang tuan kilang di Ahmedabad. Melibatkan rakyat dalam pergerakan kemerdekaan secara beransur-ansur. Melancarkan pergerakan satyagraha pertama menentang Rowlatt Bill. Mengisytiharkan swaraj (pemerintahan sendiri). Menjalankan beberapa kempen satyagraha.
Menjalankan kempen satyagraha sehingga mencapai kemerdekaan. Dibunuh oleh N.V. Godse, seorang pelampau Hindu kerana melindungi dan menyokong Islam.

1947 1948

SUMBANGAN-SUMBANGAN:
Mencapai swaraj dan sarvodaya (kebajikan semua rakyat). Menegaskan penghormatan kepada tenaga buruh manual. Menegaskan hubungan tujuan dan cara berdasarkan satya (kebenaran), ahimsa (menolak kekejaman), tapasya (mengawal dan menyeksa diri sendiri).

Satyagraha meliputi usaha menggunakan segala cara, menjalankan aktiviti membantu penentang dan mengambil tindakan konstruktif yang memberi faedah kepada umum serta mencari penyelesaian dengan memenuhi kehendakan semua parti yang terlibat. Memperkenalkan cara baharu dalam mengatasi konflik dan memberi definisi baru kepada kuasa, iaitu kepimpinan tanpa pejabat & autoriti tanpa paksaan.

ASOKA PIYADASSI
Merupakan pemimpin unggul dalam sejarah India awal. Merupakan putera kepada Bindusara, iaitu pemerintah empayar Maurya (kuasa besar yang menguasai sejumlah besar kawasan di India) yang kedua. Dilantik sebagai maharaja pada tahun 269 SM setelah membunuh saudaranya.

SUMBANGAN-SUMBANGAN:

Politik:

Menyusun sistem pentadbiran agar lebih sistematik. Sistem raja berkuasa mutlak. Melantik sami sebagai perdana menteri, bendahari sebagai penyimpan akaun pendapatan negara dan mengutip cukai bersama dengan kerani-kerani yang menyimpan rekod-rekod cukai yang akan datang dari bahagian empayar. Membahagikan wilayah empayar kepada 4 bahagian dan setiapnya diletakkan di bawah seorang ahli kerabat diraja dan diberi kedudukan sebagai wizurai.

Melantik pegawai-pegawai baru yang dikenali sebagai dharma mahmatra untuk meneliti dan mengkaji hubungan yang harmonis wujud antara manusia dengan manusia yang lain. Mengamalkan dasar luar negeri yang berasaskan hubungan diplomatik dengan negara jiran. Beliau menolak amalan charavatin dan peperangan menyelesaikan masalah.

Seni Bina

Banyak kuil-kuil dibina pada zaman beliau dipengaruhi oleh ajaran buddha. Bangunan-bangunan dibina menggunakan batu.

Ketenteraan

Asoka tidak agresif selepas menganut ajaran buddha. Beliau lebih suka bersikap toleransi dan perikemanusiaan.

CHANDRA GUPTA II
Zaman Gupta digelar Zaman Klasik atau Zaman Keemasan kerana kebudayaan Hindu semakin kukuh di kawasan utara India. Dinasti Gupta menjadi semakin penting selepas Chandra Gupta II berkahwin dengan seorang puteri Lichchavi, suatu puak ternama dan mengambil gelaran Maharajadhiraja.

Puteranya, Samudra Gupta yang menaiki takhta pada tahun 335 telah meluaskan kawasan pengaruhnya sehingga raja-raja di timur dan selatan tunduk serta membayar ufti. Mengekalkan kerajaan Hindu, memulihkan konsep devaraja dan asamedha, meneruskan hubungan luar dan mendirikan pentadbiran yang cekap.

Chandra Gupta II yang menerajui kepimpinan pada tahun 380 telah menewaskan kerajaan Shaka dan merampas kawasan barat India tetapi kawasan Deccan di bawah dinasti Vakataka tidak dapat ditakluki. Puteri Chandra Gupta II dikahwinkan dengan raja Vakataka, Rudrasena II, dan hubungan persahabatan terus dikekalkan. Rudrasena II meninggal dunia 5 tahun kemudian dan balunya memangku takhta kerajaan dari tahun 390-410. Kerajaan Vakataka menjadi sebahagian empayar Gupta.

Tokoh-tokoh Jepun
Minamoto Yorimoto Ashikaga Takauji Tokugawa Ieyasu Maharaja Mutsuhito

MINAMOTO YORIMOTO (ZAMAN KAMAKURA)


Pemimpin yang paling berkuasa di Jepun. Mengambil gelaran Sei-I Taishogun (Panglima). Beliau mendirikan ibu negerinya di Kamakura dan mewujudkan era baru dalam sejarah tamadun Jepun iaitu Zaman Kamakura (1185-1331M)

SUMBANGAN MINAMOTO YORIMOTO

Segi politik:

Memperkenalkan pemerintahan yang berbentuk ketenteraan. Memperkenalkan sistem feudal. Maharaja dan golongan bangsawan yang meneruskan adat-adat tradisional aristokrasi. Suatu jenis kebudayaan baru yang sedang dipopularkan di kalangan golongan pewira.

Segi kebudayaan:

Segi ekonomi:

Penggunaan peralatan untuk pertanian- peningkatan hasil pengeluaran pertanian dan pembuatan. Lebihan hasil pengeluaran- kemunculan pasar dan kedai. Peningkatan perniagaan- pertumbuhan ekonomi wang dan pertukaran wang sehingga membawa kepada perbandaran baru. Peningkatan aktiviti pertukangan tangan. Mendorong kemunculan pedagang-pedagang dan kemudiannya membentuk persatuan-persatuan perdagangan. (guilds)

ASHIKAGA TAKAUJI (KESYOGUNAN ASHIKAGA)


Melancarkan pemberontakan dan penentangan terhadap kerajaan diraja. (keluarga imperial) Melantik dirinya sebagai Sei-I-Taishogun dan mengasaskan Kesyogunan Ashikaga.

SUMBANGAN ASHIKAGA TAKAUJI


Segi ekonomi: Pembaharuan dalam bidang pertanian dan bidang perindustrian. Sistem pengairan diperkenalkan. Pembuatan dan pengeluaran tembikar dan perlombongan terutama emas, perak dan tembaga semakin meningkat. Kesan: Muncul organisasi yang serupa dengan persatuan atau guilds yang berperanan memonopoli pengeluaran dan pemasaran sebarang barangan. Pertumbuhan ekonomi wang.

Segi kebudayaan:

Pavillion Emas (Kinkaku) di Kitano, Kyoto dan Pavillion Perak (Ginkaku) di Higashiyama, Kyoto yang dibina oleh Ashikaga Yoshimitsu dan Adhikaha Yoshimasa. Dua pelukis terkenal iaitu Tosa Mitsunobu dan Kano Motonobu.

TOKUGAWA IEYASU (KESYOGUNAN TOKUGAWA)


Merupakan sekutu paling berkuasa kepada Hideyoshi semasa zaman Sengoku Jidai. Kematian Hideyoshi membuka peluang kepada Tokugawa Ieyasu menguasai politik di antara tahun 1603 sehingga 1616 dan kemudiannya mengasaskan Kesyogunan Tokugawa. Pemimpin teragung di Jepun pada kurun ke-17 dan merupakan pemerintah kerajaan tentera paling lama (1603-1867).

SUMBANGAN-SUMBANGAN
Membawa zaman kestabilan dan keamanan yang berlangsung selama hampir 200 tahun kepada negara Jepun, dan mengamalkan sistem feudalisme. Bidang politik, dasar pemencilan Jepun dilaksanakan dengan menutup pintu kepada dunia luar selama 200 tahun.

(cetus Pemberontakan Shimbara di Kyushu yang dianggap oleh Bakufu sebagai pemberontakan penganut Kristian Jepun terhadap pemerintahan Kesyogunan Tokugawa)

Segi ekonomi, menggalakkan perdagangan terutama dengan perdagangan asing dan membuka pintu kepada kemasukan semula agama Kristian. Bidang pendidikan, masyarakat Tokugawa merupakan golongan berpelajaran. Sekolah-sekolah elit didirikan untuk anak-anak samurai, dan terdapat hampir 60000 sekolah-sekolah kampung (terakoya) didirikan terutama untuk menampung keperluan pendidikan anak-anak petani.

MAHARAJA MUTSUHITO
Seorang maharaja yang terbaik dan digelar Meiji. Pelbagai perubahan yang telah dilakukan oleh Maharaja Meiji ke atas Jepun bagi memodenkannya serta mengikut perubahan zaman.

SUMBANGAN-SUMBANGAN
Pelbagai perubahan yang telah dilakukan oleh Meiji ke atas Jepun bagi memodenkannya serta mengikut perubahan zaman. Memindahkan ibu negara dari Kyoto ke Edo dan kemudiannya dari Edo ditukar kepada Tokyo. Menghapuskan sistem feudal, iaitu menjelang tahun 1871, sistem politik feudalism ditamatkan dengan menghapuskan sistem clans dan uji. Memperkenalkan sistem pemerintahan yang lebih terbuka. Golongan samurai dibenarkan menceburi bidang lain seperti berniaga.

Segi pendidikan: Jun 1868, Meiji memberikan kebebasan dan penekanan kepada kepentingan mencari ilmu pengetahuan khusus dari Barat. Tahun 1871, Jabatan Pendidikan ditubuhkan dan aspek pendidikan awal dan menengah ditekankan. Kesan, majoriti rakyat Jepun celik huruf dan cekap dalam bidang teknikal serta bersedia menerima pembangunan.

Segi infrastruktur: Pembaharuan material dilakukan antaranya ialah bandar Yokohama dan Kobe telah dibangunkan dengan reka bentuk Barat. Pembinaan jalan kereta api dibina pada tahun 1872, iaitu sepanjang 18 batu dan pada tahun 1897 sepanjang 3000 batu.

Sosial:

Mementingkan kehidupan sosial masyarakat. Menyerapkan ajaran-ajaran buddha dalam pentadbiran. Asoka menyatakan bahawa rakyatnya perlu mengikut atau menganut ajaran buddha untuk kedamaian. Perintah-perintah ini diukir di tiang-tiang batu yang dikenali sebagai Asoka adicts. Banyak membina infrastruktur untuk kemudahan rakyatnya. Memberi kemudahan pendidikan kepada semua lapisan masyarakat melalui dasar pelajaran terbuka.

Sekian, Terima Kasih!!

Anda mungkin juga menyukai