Anda di halaman 1dari 26

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK Dewasa ini, golongan remaja dikatakan kurang mempunyai semangat patriotik.

(IU) Isu yang mencetuskan polemik dalam kalangan media massa saban hari ini pantas meniti dari bibir ke bibir. Remaja acap kali dikaitkan dengan kebejatan sosial dan budaya hedonistik yang begitu cepat merebak umpama virus epidemik.(UI) Maka, prakarsa yang pragmatik perlu diambil demi memastikan api semangat patriotik dalam kalangan remaja tidak terpadam dan lenyap begitu sahaja sebelum nasi menjadi bubur.(KS)(67 patah perkataan) Antara langkah dominan bagi menyuburkan semangat patriotik adalah dengan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dianjurkan oleh kerajaan.(AI) Program yang telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu ini sememangnya mempunyai pelbagai maslahat yang amat berguna. Hal ini demikian kerana tentatif program tersebut dipenuhi dengan aktiviti memupuk semangat patriotik seperti latihan kawat kaki, kursus menembak, dan aktiviti berkumpulan.(H/C) Melalui aktiviti aktiviti ini, pelatih-pelatih yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama, dan hormat menghormati.(H/F) Hal ini dapat memupuk perpaduan yang merupakan elemen penting dalam semangat patriotik, bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.(H/F)(100 patah perkatan) Di samping itu, tokoh-tokoh yang berjasa dan telah banyak menabur bakti kepada negara sewajarnya dikenali dan dihargai.(AI) Tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut, Mat Kilau, dan Abdul Rahman Limbong dapat menjadi inspirasi dan idola para remaja.(H/C) Semangat tokoh-tokoh tersebut berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah tumpah darah mereka perlulah mengalir dalam darah para remaja dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas agar tidak menjadi lipatan sejarah semata-mata.(H) Para remaja perlulah mengimplementasikan semangat patriotik ke arah yang positif seperti belajar bersungguhsungguh, bekerja keras memajukan negara, dan memartabatkan nama negara sehingga Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.(H)(104 patah perkataan) Sebagai kesimpulannya, semangat patriotik amat penting demi kelangsungan negara kita pada masa hadapan.(KI) Tanpanya negara hanya gah pada pandangan zahir tetapi pada hakikatnya kosong dan rapuh. Para remaja digalakkan menyertai PLKN dan membaca kehidupan tokohtokoh pejuang bangsa bagi menyuburkan kecintaan kepada negara.(RI) Pendek kata, Negara Kita Tanggungjawab Kita tema hari kemerdekaan akan direalisasikan oleh warga yang patriotik. Ayuh para remaja, hidup suburkanlah semangat patriotik ke dalam diri kita semua !(H)(69 patah kata) Categories: KARANGAN, KARANGAN A : BAHAN RANGSANGAN

RUKUN NEGARA
Di sini saya ingin menulis secara ringkas perkara berkaitan Rukun Negara di Malaysia. Ianya adalah sebagai tambahan pengetahuan. Semoga kita menjadi rakyat yang berilmu. Rukun Negara adalah satu ideologi kebangsaan bagi negara Malaysia. Rukun Negara telah dilahirkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969. Pada tarikh tersebut telah berlaku satu kejadian rusuhan kaum yang mana telah banyak berlaku pertumpahan darah. Salah satu sebab yang menjadi punca kepada rusuhan ini adalah kerana sikap mementingkan diri dan kaum yang mana telah melahirkan semangat perkauman yang menebal di kalangan setiap kaum. Justeru itu jurang ekonomi antara kaum jelas berbeza. Oleh kerana tiada persefahaman dan rasa tidak puas hati antara kaum terutama dalam isu berkaitan perkara 153 maka tercetuslah rusuhan kaum yang menyebabkan banyak nyawa, harta benda dan perpaduan rakyat terjejas. Keadaan ini telah memaksa kerajaan menisytiharkan darurat. Oleh yang demikian maka kerajaan MAGERAN iaitu Majlis Gerakan Negara telah ditubuhkan bagi mengatasi masalah ini. Kerajaan MAGERAN ini pula kemudiannya telah membentuk Majlis Perundingan Negara pada Julai 1970. Ianya bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap rusuhan tersebut dan untuk membina semula perpaduan kaum dan masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum. Hasil daripada penubuhan ini maka terciptalah Rukun Negara yang mana menjadi ideologi kebangsaan. Rukun Negara diwujudkan adalah untuk memupuk semula perpaduan kaum yang mana telah musnah akibat perselisihan faham dan rasa tidak puas hati antara kaum. Selain daripada itu, Rukun Negara diwujudkan adalah untuk memulihkan kembali sistem pemerintahan demokrasi raja berpelembagaan dan untuk mewujudkan asas yang sesuai dan kukuh dalam memantapkan kerjasama antara kaum. Konsep Rukun Negara inilah yang telah membawa kepada perpaduan semula antara kaum. Rukun Negara ini diwujudkan adalah demi mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat; memelihara satu cara hidup demokratik; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Konsep Rukun Negara ini terbahagi kepada lima bahagian prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Ini adalah bertujuan supaya setiap rakyat dan kaum di Malaysia memegang kepercayaan masing-masing dan saling menghormati kepercayaan setiap kaum dan bangsa. Dengan memiliki kepercayaan kepada tuhan, maka setiap kaum akan memelihara adab dan sikap mereka yang mana setiap agama menggalakkan penganut mereka berbuat kebaikan. Konsep Rukun Negara seterusnya adalah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Prinsip adalah bagi memupuk setiap kaum memberikan ketaatan kepada raja yang memerintah serta kepada negara. Konsep ini lebih menitik beratkan semangat patriotik dalam jiwa setiap rakyat. Setiap bangsa dan kaum akan saling mempertahankan negara demi ketaatan mereka kepada negara justeru akur akan raja yang memerintah. Rukun Negara ketiga adalah Keluhuran Perlembagaan. Ini memberi erti keagungan dan kemulian perlembagaan yang tidak boleh dicabar dan dipertikaikan. Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi negara Malaysia. Ia

adalah asas kepada sebuah negara yang berdaulat. Perlembagaan juga mengandungi perkara yang tidak boleh dipertikaikan seperti agama Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputra, kedudukan raja-raja melayu sebagai lambing tradisi kerajaan. Keluhuran Perlembagaan ini dapat mengatasi kuasa Yang diPertuan Agong, Parlimen dan Jemaah menteri serta mahkamah dan oleh kerana itulah ia menjadi suatu pelindung bagi penduduk negara ini. Maka seluruh perlembagaan di Malaysia harus ditaati dan tidak setiap kaum diwajibkan mematuhi dengan ikhlas. Oleh itu maka setiap kaum secara tak langsung menjadi bersatu padu dalam memelihara perlembagaan Malaysia. Kedaulatan Undang-Undang adalah prinsip Rukun Negara yang keempat. Ini memberi pengertian bahawa setiap undang-undang di Malaysia mempunyai kedaulatannya. Undangundang yang mempunyai kuasa tertinggi dan mutlak di mana ianya tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa sahaja. Setiap kaum harus terima dengan rela hati setiap perundangan yang dilaksanakan di Malaysia. Dengan kedaulatan inilah maka setiap kaum menjadi taat kepada negara dan takut untuk melanggar sistem perundangan di Malaysia. Seterusnya konsep yang terakhir dalam Rukun Negara adalah Kesopanan dan Kesusilaan. Konsep ini membawa maksud bahawa setiap kaum dan rakyat dalam Malaysia haruslah menitikkan nilai-nilai murni. Ia adalah wajib diamalkan oleh setiap rakyat kerana dengan kesopanan dan kesusilaan ini maka akan membawa kepada perpaduan kaum yang saling hormat menghormati. Setiap kaum akan saling menyanyangi dan mengambil berat akan hal ehwal jirannya.

Gagasan 1Malaysia
Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencpai yang terbaik untuk negara. Perdana Menteri berkata ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya. simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh rakyat. simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor satu yang dimasukkan dengan bendera Malaysia. Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia kerajaan perlu memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti kebudayaan dan permainan untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat 1Malaysia. Pemimpin perlu turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpa mementingkan status pemimpin itu sendiri. Dengan itu semua agensi kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduan kaum.

Sumber Jabatan November 2009

Penerangan

Maklumat: Malaysia

Rukun Negara sebagai etika, falsafah dan ideologi


Oleh Mohd Ayop Abd Razid ASAS kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya kesatuan hati. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna konflik yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya. Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) maka lahirlah Rukun Negara. Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni. Ideologi negara ini telah diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Sejak diperkenalkan, Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini. Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu: untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. Lima prinsip Rukun Negara pula ialah Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan undang-undang dan Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat dan difahami sebagai nilai kenegaraan yang sangat mendasar dan ianya mesti difahami dan dihayati dengan penuh komitmen, kesedaran dan penghayatan oleh setiap rakayat di negara ini. Berikut penulis cuba memberikan huraian ringkas bagi setiap prinsip Rukun Negara itu. Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang

bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita. Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun pemikiran luhur dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu. Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi. Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini. Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah payung negara yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali. Ketiga, prinsip Keluhuran perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di

negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.

Keempat, prinsip Kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial). Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undangundang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia. Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya. Kelima, Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang dianutinya. Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu.

Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai internal cohesion atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan. BH 5 Okt.2010

Dasar-Dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan


PENGENALAN Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. DASAR PERPADUAN Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu: 1) Integrasi Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulankumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. 2) Asimilasi. Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.

DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN 1) DASAR PENDIDIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 3) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 4) SUKAN ALAT PERPADUAN DASAR PENDIDIKAN: Sistem pendidikan yang berbeza. -Punca masalah perpaduan1) Jika kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang & Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri. 2) Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada

sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular. 3) Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, gurunya & buku teks didatangkan dari China. Mereka mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. 4) Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kebanyakan sekolah Tamil ini terletak di kawasan ladang getah atau kopi. 5) Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan British. Sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Tambahan pula, sukatan pembelajaran pelajaran juga tidak sama dengan sistem pendidikan sekolah lain menyebabkan perpecahan perpaduan kaum berlaku. Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum supaya perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran berpolitik antara kaum dan sekali gus menggugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Kesimpulannya, perbezaan sistem pendidikan menyebabkan perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika dahulu. DASAR PENDIDIKAN: PENENTU PERPADUAN KAUM. Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut telah saya sediakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu: 1) Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah & peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka. 2) Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan. 3) Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di atas. Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina & India, kekurangan kewangan & ancaman komunis.

4) Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama & penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum. 5) Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). 6) Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan kaum & integrasi nasional. Sebagai intiha, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar dalam membentuk perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini & kajian sejarah yang diperoleh, DASAR PENDIDIKAN MEMBENTUK PERPADUAN KAUM. BAGAIMANA PENDIDIKAN BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan: 1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah. 2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan

persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. 3) Kurikulum yang sama Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan). 4) Sukatan pelajaran yang seragam Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman. 5) Peperiksaan yang seragam Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar & kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna & meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca & mengkaji bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya. AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan & menjadi jaminan kepada perpaduan

rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada 1990. Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia. Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia. SUKAN ALAT PERPADUAN Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah & Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum & hubungan antara negeri. Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah menyemarakkan semangat patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi sokongan & dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat pingat. Terbaru ini, Lee Chong Wei telah mara ke suku akhir & menjadi harapan rakyat untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia. TARGET NEGARA MAJU 2020 Idea wawasan ini digagaskan oleh Perdana Menteri kita yang ke-4, Datuk Seri Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991. Idea ini dicelup daripada sejarah kemajuan Jepun iaitu ketika zaman pemerintahan Mikado Meiji, beliau telah menetapkan dalam masa 30 tahun pemerintahannya, Jepun menjadi negara maju setanding dengan negara maju lain. Kita lihat bagaimana seorang pemimpin kita seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kuat membaca & mengkaji sejarah telah mengaplikasikannya dalam memajukan negara kita. Beliau mempunyai pandangan yang jauh & bijak mentadbir negara. Beliau menetapkan tahun 2020 negara Malaysia akan menjadi negara industri yang maju di dunia. Target: Menjadikan Malaysia sebagai negara industri maju dengan menggunakan acuan tersendiri setanding negara-negara maju dunia. Kemajuan yang diharapkan bukan seperti di negara-negara maju di Barat yang menitikberatkan kemajuan fizikal tetapi menekankan kemajuan bersepadu.

Kemajuan bersepadu yang dimaksudkan ialah perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral & etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat keyakinan bangsa. Sebagai rakyat jelata, kita perlulah mencapai target Wawasan 2020 ini dalam menjadikan Malaysia sebagai negara industri maju setanding dengan negara-negara maju lain di dunia. Oleh itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada zaman pemerintahannya telah menetapkan 9 cabaran yang perlu ditempuhi negara dalam mencapai status negara maju. Dengan mengetahui kelemahan-kelemahan yang perlu kita atasi, mudahlah bagi kita membuat checklist bagi cabaran yang diatasi untuk merealisasikan Wawasan 2020. 1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu 2. Membina bangsa yang berjiwa bebas, tenteram & berkeyakinan. 3. Memupuk & membina masyarakat demokratik yang matang. 4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral & beretika. 5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal & bertoleransi. 6. Membina masyarakat yang maju & saintifik. 7. Masyarakat yang berbudaya penyayang. 8. Menjamin masyarakat yang adil & saksama ekonominya. 9. Memupuk & membina masyarakat makmur. Bagi mencapai status negara maju, perpaduan menjadi tunjangya & dingatkan bahawa PERPADUAN TERAS KEJAYAAN negara. KEJAYAAN MALAYSIA DALAM MEMBENTUK PERPADUAN PADA MATA DUNIA Datuk Seri Abdullah Badawi berkata, Malaysia kini dijadikan contoh kajian oleh Universiti Cambridge atas kejayaannya mewujudkan perpaduan pelbagai kaum. Menurut Abdullah, mereka mengambil Malaysia sebagai satu-satunya contoh bagi mengkaji tentang hubungan baik di antara pelbagai kaum dan yang menganut agama yang berbeza. ``Kajian itu adalah tentang apa yang berlaku di Malaysia dan boleh dipelajari,'' katanya kepada pemberita pada 15 Disember 2007.

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA BAHAWASANYA, NEGARA KITA MALAYSIA Mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

MAKA KAMI , rakyat Malaysia ,berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan

PENGENALAN Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Perpaduan Negara adalah matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan Negara terjejas dan berlaku huru-hara, rusuhan pergaduhan kaum dan sebagainya . Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Melalui perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat serta pembinaan sebuah masyarakat Malaysia yang sejahtera , bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang cemerlang , gemilang dan terbilang . Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan,ekonomi ,politik dan perundangan. Rukun Negara terbentuk ekoran daripada

peristiwa 13 Mei 1969 di mana berlaku rusuhan kaum yang mengggugat keamanan dan keutuhan negara ketika kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk mengembalikan keamanan,menegakkan semula undangundang negara dan memupuk suasana harmoni serta mempercayai dalam kalangan rakyat secara berkekalan. SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA Kedatangan Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar bentuk masyarakat negara ini. Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di bandar . Di bawah dasar pecah dan perintah Kerajaan Kolonial Inggeris, ketiga-tiga kumpulan etnik ini telah dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja disektor pertanian, sementara orang Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam perniagaan . Orang India pula tinggal dan bekerja di estet-estet, hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi aliran pendidikan dengan mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan pelajaran atau kurikulum yang sama. Keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama turut berlaku di Pulau Pangkor (1960) , di Bukit Mertajam (1966) dan Pulau Pinang sekali lagi (1967) . Peristiwa kekacauan ini hanya berlaku secara kecil kecilan sahaja. Langkah dan usaha yang serius iaitu peristiwa ini, Kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang lagi. Berikutan itu Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah Undang-Undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970. Anggota anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein merangkap Pengarah MAGERAN), tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr Ismail Bin Dato Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Cin dan mendiang Tun V.T. Sambanthan), wakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakil-wakil daripada tokohtokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil. Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein .Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut , maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.

Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan ,kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan , Kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai Kesopanan dna Kesusilaan. Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat , seterusnya melahirkan sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu , demokratik ,adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. OBJEKTIF Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik saintifik, progresif dan bersatu-padu serta bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Cita-cita ini akan tercapai apabila objektif Rukun Negara diamalkan oleh setiap rakyat negara ini. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:1. BAHAGIAN PERTAMA Menggariskan Objektif Masyarakat Malaysia Yang Mahu Dibentuk:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara satu cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksaman Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai bagai corak; dan Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

MENCAPAI PERPDUAN YANG LEBIH ERAT Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing . Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai bagai persoalan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu, di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

MEMELIHARA SATU CARA HIDUP DEMOKRATIK Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Namun,hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau memusnahkan sistem demokrasi di negara ini. Apabiila berlaku sebarang masalah yang melanda negara , kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam. MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhdap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain. MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL Masyarakat bebas mengamalkan agama,adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Malaysia mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat berlainan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara . MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi . Ini selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini menyaksikan perubahan dan perkembangan pesat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Malaysia progresif yang hendak diwujudkan adalah satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020 . Namun , kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas dan nilai-nilai keagamaan. PRINSIP II. BAHAGIAN KEDUA

Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara Yang Berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama dan kepercayaan lain oleh diamalkan bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing ,prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di mana Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara . Selaras dengan kedudukan Yang di Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan , sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di Pertuan Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda , Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat. Kesetian kepada Raja dan Negara bermaksud setiap rakyat hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong . Sikap kesetiaan seperti ini adalah suatu nilai yang baik dan boleh menjadi kebanggaan kepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kepada negara, Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara juga adalah salah satu faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia. Sebarang sikap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara lain atau rakyat mengaabaikan taat setia kepada Malaysia dan Rajanya adalah elemen yang bertentangan sama sekali dengang prinsip Rukun Negara. KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia yang menjadi sumber dan tunjang perundangan yang tertinggi negara. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati,menghargai,memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan in telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian, ia adalah kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio ekonomi rakyat negara ini. Ini adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan perundangan, kedudukana dan hak sosio ekonomi rakyat. Aspek-aspek utama Perlembagaan yang dirangkumi dalam prinsip ini ialah berkaitan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, hak-hak istimewa orang Melayu di Semenanjung dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan bumiputera juga diberikan, seperti pemberian taraf warganegaraan Malaysia kepada mereka seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan, Walaupun Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, perkembangan bahasa bahasa lain tidak dihalang. Orang bukan Islam bebas menganut dan mengamalkan agama mereka mengikut kepercayaan masing-masing. Hak asasi rakyat juga dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang memberi taraf yang sama kepada rakyatnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia di mana undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu, kedaulatannya perlu diterima dan pertahankan, Tanpa undang-undang, hidup masyarakat dan negara tidak akan aman dan stabil. Sehubungan itu, undang-undang mesti dihormati dan dipatuhi, bukannya dipersendakan. Kedaulatan undang-undang negara dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman , stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kedaulatan undang undang perlu dipertahankan agar masyarakat dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kesedaran ini perlu diwujudkan dan kekalkan dalam pemikiran rakyat. KESOPANAN DAN KESUSILAAN Prinsip kelima Rukun Negara ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni. Individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan perlbagai kaum di negara ini. Setiap kaum di negara ini percaya bahawa bersopan santun dan bersusila adalah asas didikan membentuk peribadi yang mulia dan disegani. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada lingkah laku dan tutur kata seseorang . Bahasa yang lembut dan bersopan santun serta tingkah laku yang baik akan menjamin perhubungan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Prinsip ini jika dipraktikkan akan membentuk indivivu bersisiplin dan bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuah masayarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu . KESIMPULAN Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri. Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai satu sama lain. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik. Ketuanan Melayu Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel menjurus bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam,

biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu. Kamus Dewan mentakrifkan istilah ketuanan sebagai membawa maksud hak menguasai dan memerintah sama ada sesebuah negeri, daerah dan sebagainya. Istilah ketuanan juga dirujuk sebagai kedaulatan. Ketuanan berbeza dengan perkataan tuan yang membawa maksud orang tempat menghambakan diri. Contohnya, dahulu orang kulit putih di Amerika banyak yang menjadi tuan kepada hamba abdi terdiri daripada bangsa Negro. Oleh itu apabila dibangkitkan bahawa istilah ketuanan Melayu kononnya membawa maksud kekuasaan Melayu dalam konteks sehingga boleh menghambakan bangsa lain, maka ia kesimpulan yang tidak tepat dan mesti diperbetulkan. Bukan sahaja maksud ketuanan Melayu telah disalahertikan oleh orang bukan Melayu, malah secara realitinya boleh dilihat dengan jelas siapa sebenarnya yang menjadi hamba kepada siapa. Hakikatnya, kebimbangan istilah ketuanan Melayu kononnya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan kaum-kaum bukan Melayu mesti berasaskan kepada fakta yang berpijak di bumi nyata. Sehubungan itu, rakyat negara ini tidak terlalu sensitif terhadap istilah ketuanan Melayu sebaliknya mereka harus melihat perkara itu secara positif dari sudut sejarah dan perlembagaan negara. Apa yang paling penting, setiap rakyat perlu memahami bahawa maksud ketuanan Melayu itu, tidak bermakna kaum Melayu adalah tuan dan bukan Melayu adalah hamba. Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan sistem Raja Berperlembagaan, memandangkan mengikut perlembagaan negara, Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang mempunyai Raja. Kita sendiri tidak tahu mengapa ketakutan terhadap ketuanan Melayu muncul secara tiba-tiba terutamanya dalam keadaan orang bukan Melayu menikmati kehidupan yang cukup sempurna di negara yang satu ketika dulu bernama Tanah Melayu. Memperhambakan Sejarah sendiri membuktikan bahawa Melayu tidak pernah memperhambakan kaum-kaum lain pada bila-bila masa sekali pun. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata. Hasil kemerdekaan dan kemakmuran Tanah Melayu dikongsi dengan kaum-kaum lain demi memastikan perpaduan dan kemakmuran sentiasa terjalin dengan kukuh serta sentiasa bertolak ansur dan beralah demi menjaga hati saudara yang bukan sebangsa yang menjadi rakyat di negara ini. Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia juga bukanlah bermakna sepenuhnya kuasa veto itu terletak di tangan bangsa Melayu, dalam menyediakan Hak Istimewa kepada ketuanan Melayu, bangsa-bangsa lain juga bebas memperjuangkan ketuanan mereka masing-masing samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka bebas untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf ekonomi kaum, bebas beragama, bebas

meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa konsep Ketuanan Melayu itu, bukanlah satu konsep yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaum-kaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu. Negara mana yang memberi kelonggaran seluas ini sedangkan bukankah orang yang mendatang mesti menyesuaikan diri dengan negara yang dikunjunginya. Selain itu, kita wajar mengakui bahawa Melayu dominan dari segi politiknya dan hak-hak Melayu dilindungi di sisi Perlembagaan, tetapi sejauh mana benarnya istilah ketuanan Melayu bermaksud menghambakan kaum lain mesti dijawab oleh pihak yang berkenaan. Kita tidak pernah terlepas pandang bagaimana harmoninya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menjalani kehidupan seharian. Keharmonian ini mesti dizahirkan secara jujur dan ikhlas, agar tiada wujud rasa sangsi dan iri hati sehingga istilah ketuanan Melayu yang telah digunakan turun temurun itu pun mendatangkan masalah. Mungkin benar mata pelajaran sejarah diberi pendedahan seluas-luasnya dan mesti diwajibkan di semua peringkat dan aliran, supaya rakyat lebih memahami apa makna sebenar ketuanan Melayu. Bangsa-bangsa lain masih ada ketuanan di negara asal mereka tetapi Melayu inilah negara tanah tumpah bangsa Melayu. Tiada dua jauh sekali tiga, oleh itu kekalkan istilah ketuanan Melayu.

RUJUKAN: 1. Mansor Ahmad Saman (1995). Penulisan & Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Mohd.Hamdan Haji Adnan (1995). Pendapat Umum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Malaysia Kita (1991). Kuala Lumpur: INTAN. 4. Jaafar Muhmad (Edisi Ketiga, 1997). Kelakuan Organisasi.Kuala Lumpur. Leeds Publications. 5. Mohd Ibnu Hassan (2001,Januari 1). Syor kaji selaras cuti minggu. Utusan Malaysia. , p.10 6. Miseri Ngadimin (2000, November 11). Tidak semua kakitangan hosiptal bersikap kasar. Berita Harian ,p. 32). 7. Mohd. Hilmi Alham (2000, Dismber 31). Skinhead sedih Nasib orang Islam. Mingguan Malaysia,p. 8 8. Usahawan Melayu tetap gigih. (2000, Disember 30). Berita Harian, p. 22). 9. Mohd Hamizar Hamid (2000, Dismber 30). Penguasaan bahasa lain pertingkat kemampuan. Berita Harian ,p. 2. 10. Ridzuan Yop (2001, Januari 8). Hentikan Debat: Pak Lah. Berita Harian, p.1. 11. Kamal Ahmad (2000, Dismber 31). Jangan biar kemelut 2000 berlarutan.

Berita Minggu, p.13).

Anda mungkin juga menyukai