Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN.

Boneka merupakan sesuatu benda atau barang yang menyerupai patung. Biasanya boneka selalu digunakan untuk mengajar kelas pemulihan dan pra sekolah yang dijadikan sebagai bahan bantuan mengajar. Selain itu boneka adalah salah satu hiburan untuk orang zaman dahulu seperti wayang kulit. Boneka juga boleh dijadikan alat permainan untuk anak-anak kecil dan juga boleh dijadikan perhiasan bilik atau rumah terutamanya untuk anak perempuan. Perkataan boneka telah berasal daripada perkataan boneca di dalam bahasa portugis. Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi. Ketika itu boneka yang di hasilkan hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagi masyarakat Yunani dan Romawi kuna, mereka menggunakan boneka untuk upacara keagamaan manakala masyarakat Mesir kuna pula menggunakan boneka sebagai gantian korban manusia. Selain daripada alat permainan kanak-kanak, boneka juga digunakan untuk fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat ghaib ataupun mistik seperti upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkung, sihir, pemanggilan roh dan sebaginya. Untuk membuktikan kebenaran boneka digunakan untuk upcara keagamaan pada masa dulu, boneka seringkali dijumpai di makammakam kuna atau situs-situs sejarah mahupun pra sejarah.

DEFINISI BONEKA Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang

digerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpasebarang sebarang dialog. Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang menyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan boneka

adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya. Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam terutamanya manusia atau haiwan serta tokoh-tokoh fiksi.

JENIS JENIS BONEKA

Terdapat beberapa jenis boneka seperti berikut.

1. Boneka Sarung Tangan / Jari. Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Contohnya: ulat, serangga dll.

Contoh gambar boneka sarung tangan/jari.

2. Boneka Lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.

3. BONEKA WAYANG KULIT Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halusdiletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya ialah wayang kulit.

Contoh boneka wayang kulit.

4. Boneka Tongkat Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuaan untuk menyokongnya. Boneka ini menggunakan konsep wayang. Seperti contoh

rama-rama dan bunga.

Contoh boneka tongkat.

5. Boneka Bertali Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagianbahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditariktarik untuk membuat angota angooota badan itu bergerak. Contohnya robot dan orang.

Contoh boneka bertali.

6. Boneka Beg Kertas. Boneka ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg kertas. Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas. Contoh: beruang dan rambutan.

Contoh boneka beg kertas

7. Boneka pinggan kertas. Boneka ini diperbuat daripa pinggan kertas. Pinggan kertas boleh diubahsuai mengikut cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lain-lain.

Contoh boneka kertas.

8. Boneka penuh. Sejenis boneka yang lengkap iaitu mempunyai kaki, tangan, kepala dan sebaginya seperti patung beruang, patung Barbie, patung arnab dan sebagainya.

Contoh boneka penuh.

9. Boneka tangan. Boneka ini seperti boneka jari. Untuk menggerakkan boneka ini, kita hendaklah memasukkan tangan kedalam boneka. Contoh boneka tangan adalah itik, ayam dan kucing.

Contoh boneka tangan.

TUGASAN BONEKA. Pada kali ini, kumpulan kami telah memilih satu boneka untuk dijadikan sebagai tugasan iaitu kami telah memilih untuk membuat boneka bertongkat. Ia sangat bersesuaikan dengan skrip yang telah kami reka. Kami telah mereka kisah kehidupan haiwan yang berada di hutan.

SKRIP

KISAH ARNAB DAN KURA-KURA ( VERSI BARU )

Episod 1 Suatu masa dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas.Suatu hari mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan untuk menentukan siapa yang lebih pantas yakni siapa yang sampai ke garisan penamat dulu dikira sebagai pemenang. Binatang-binatang lain seperti monyet,burung dan Sang Kancil menjadi saksi perlumbaan itu. Sang Arnab : Baiklah kura-kura aku dah sedia .( kata Sang Arnab sambil tersengih, mengejek) Sang kura-kura tersenyum sambil mengangguk-angguk.

Semua binatang lain

Ke garisan .., sedia..,lari!!!!!!

Sang Arnab berlari sekuat hati sedangkan Sang Kura-kura berlari dengan kelajuan yang konsisten.Sang Arnab berlari sambil menoleh Sang Kura-kura yang masih tertinggal jauh di belakang. Sang Arnab : Hah..Sang Kura-kura masih jauh.Baik aku berehat sekejap (kata Sang Arnab sambil termengah-mengah kepenatan.

Sang Kura-kura

: Tak pa.lari ja.Biar lambat asal selamat.heh.(kura-kura tersengih sendiri)

Sang Arnab : Zzzzzz..er! ( Sang Arnab terlelap sambil berdengkur ,keletihan). Sang Kura-kura terus berlari sehingga melewati Sang Arnab yang terlelap di bawah sepohon pokok. Binatang-binatang lain bersorak-sorak kerana kura-kura

semakin menghampiri garisan penamat. Suasana riuh rendah itu mengejutkan Sang Arnab.

Sang Kura-kura

: Sikit lagi! Sikit lagi ! kata Sang Kura-kura .

Sang Arnab : Yah .(Sang Arnab berlari sekuat hati mengejar Sang Kura -kura) Binatang-binatang lain Sang Kura-kura : Hoorey!!!!Kura-kura menang!!!!

; Yesssss..aku menang! ( Kata kura-kura sambil melompatlompat keriangan) Sang Arnab berasa malu dan terus berlalu. Sang Arnab sangat kecewa.

Episod 2. Sang Arnab membuat kajian sebab-sebab kekalahannya kepada kura-kura. Sang Arnab menyedari kesilapannya yang terlalu yakin ,tidak berhati-hati dan sambil lewa. Oleh Itu Sang Arnab mengajak kura-kura berlumba sekali lagi.Sang Kura-kura bersetuju.Semua binatang rimba berhimpun sekali lagi menyaksikan perlumbaan Sang kura-kura dengan Sang Arnab.

Sang Arnab : Hai kawan mari kita mulakan kali ini aku pasti menang. ( Wussssss Sang Arnab memecut dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat. Kali ini Sang Arnab memenangi perlumbaan itu. Sang kura-kura : Huhhhhh! Lajunya Sang Arnab pakai enjin turbokah? Kena tamatkan perlumbaan ini. ( Walaupun Sang Kura-kura ketinggalan jauh dia masih berusaha menamatkan perlumbaan itu.

Episod 3.

Cerita ini bersambung lagi.Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan sedia ada ada dikekalkan, adalah mustahil baginya untuk menang.Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan. Setelah berfikir panjang Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Sang kura-kura : Sang Arnab apa kata kita berlumba lagi tetapi kali ini kita menggunakan laluan lain.Bagaimanasetuju ?

Sang Arnab

: Setuju! Aku tak ada masalah. Redah je!!! ( Kata Sang Arnab dengan penuh keyakinan).

Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan keyakinan yang ada Sang Arnab memecut pantas tetapi tiba-tiba berhenti..

Sang Arnab : Aiiiik......sungaia..lamak..! Macam mana ni..( Sementara itu, Sang kura-kura pula berjalan perlahan-lahan. Setibanya di sungai Sang Kura-kura berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat.Sang Arnab menongkat dagu ,memerhatikan Sang Kura-kura melompaat keriangan meraihkan kemenangannya.

Episod 4 (akhir)

Kisah ini belum berakhir Setelah 3 kali perlumbaan,Sang Arnab dan Sang Kura-kura akhirnya menjadi rakan karib. Mereka berbincang bagaimana meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka. Perlumbaan keempat bermula.( perlumbaan ini dijalankan bukan untuk bersaing tetapi sebagai satu pasukan) Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakannya dan memecut pantas sehingga ke sungai besar. Setibanya di sungai. Sang Kura-kura : Sekarang giliran aku pula mendukung kamu ( kata Sang kura-kura sambil tersenyum)

Sang Arnab : Baiklah.Apabila sampai di seberang nanti kita berganti lagi!

Akhirnya Sang Arnab dan Sang Kura-kura tiba di garisan penamat dengan jayanya sebagai satu pasukan. Mereka berasa lebih puas dan berjaya berbanding dengan apa yang mereka telah lalui sebelum ini.

TAMAT.

Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu,pasti terdapat bidang yang individu itu lemah dan orang lain pasti lebih baik berbandingnya. Oleh itu, adalah lebih baik kita bekerja sebagai satu pasukan ,menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.

10

RUJUKAN. 1. Boneka : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boneka 2. Sosial Riadah dan Kreativiti: http://epkhas.ses.usm.my/category/bidang/sosial-riadah-dankreativiti/pendidikan-seni?page=3 3. Seni Boneka Presekolah: http://www.slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-prasekolah 4. Kamus Dewan Edisi Keempat. 5. Nota Literasi Bahasa: http://notapismp.blogspot.com/seacrh//label/notaliterasibahasa 6. Panggung Boneka: Http://www.panggungboneka.net/panggung-boneka 7. Panggung Boneka: Http://www.cumilcumil.com/2011/12/panggung-boneka-cumil.html

11

Literasi Bahasa -Boneka -

12

Anda mungkin juga menyukai