Anda di halaman 1dari 2

Jangan tuduh Kak Risya macam tu bang. Kak Risya perempuan yang baik.

Semua ni salah Farah yang rancang semua tu bang . Berubah wajah Farish Hakimi tiba-tiba . "Rancanga apa?" tanyanya dengan suara yang mula bergetah. "Farah yang upah pembantu Zack untuk memasukkan ubat tidur dalam minuman K ak Risya dengan Zack masa malam abang bergaduh dengan Kak Risya dulu. Kak Risya tak curang dengan bang.Dia tak sedar bang ,dia tak sedar Zack pun tak sedar.Farah minta maaf bang,Farah tahu Farah salah ,Farah terlampau ikutkan kata hati.Farah berdendam dengan Kak Risya dari dulu sejak Zul putus tunang dengan Farah lagi, Farah minta maaf bang... Farah sudah meraung bagai orang gila,Farish Hakimi memandang wajah adiknya d engan muka tidak percaya. Bibirnya bagaikan hendak mengatakan sesuatu namun seperti ada yang tersekat di kerongkongnya. "Ya Allah! Apa yang kau dah buat ni Farah? Apa yang kau dah buat ni! Tergama k kau musnahkan rumah tangga abang kau sendiri. Tergamak kau Farah!Kenapa dengan kau ni !" Nenek Zizah yang mendiamkan diri sedari tadi ,tiba-tiba bersuara.Air matanya juga tidak kurang hebatnya membasahi pipi tuanya itu sambil tangannya tidak henti-henti memukul badan Farah yang sudah makin kuat tangisannya itu. Tan Sri Farid tidak henti-henti menggeleng.Tok Mat pula sudah bersandar d itepi dinding. "Mummy dah cakap dari dulu lagi siasat,siasat tapi tak ada siapa yang den gar.kesian Risya, Hanya Tuhan yang tahu betapa hancurnya hati dia bila diceraikan oleh suami macam tu aje tanpa diberi p eluang untuk membela diri.Mudah-mudahan sekarang ni kau dah bahagia nak. Mummy doakan kau bahagia."Puan Sri Nora juga suda h mula teresak. Farish Hakimi terus menolak tangan Farah yang memeluk kakinya,Dia terus ba ngun lalu berdiri di tepi tingkap.Matanya sudah berkaca-kaca. "Maafkan Farah papa, mummy, nenek ,atuk.farah dah buat salah.Abang Rish maaf kan Farah.Kalau papa nak tahu,itulah sebabnya Farah dan Kak Su tak jadi ikut papa balik semula ke UK." "What? Suraya terlibat sama?" Tan Sri Farid bertanya tiba-tiba. "Ya pa.Macam-macam yang kami buat untuk memisahkan Abang Rish dengan Kak Ris ya tapi semuanya tak berjaya . Farah upah Hazlyn secretary Abang Rish deletekan semua data dalam laptop abang.Farah upah peny iasat persendirian untuk mengekori Kak Risya dan Farah reka cerita pada Abang Rish yang Zack sengaja memeluk Farah. Semuanya Farah buat semata-mata nak menimbulkan sengketa dalam rumah tangga Abang Rish. Bila semua usaha tak berjaya. Farah dan Kak Su nekad untuk memasukkan ubat t idur dalam minuman mereka.Memang kami sungguh gembira