Anda di halaman 1dari 2

Prinsip-prinsip Perkembangan Kanak-kanak Proses perkembangan berlaku mengikut prinsip-prinsip yang telah ditentukan sejajar dengan fitrah kejadian

manusia. Prinsip-prinsip ini menjadi garis panduan dalam proses perkembangan manusia dan akan menghasilkan corak perkembangan yang berbeza mengikut tahap perkembangan masing-masing. Prinsip pertama adalah proses perkembangan berlaku mengikut turutan dan peringkat tertentu. Turutan ini bermula semenjak lahir lagi. Contohnya perkembangan kognetif kanak-kanak. Pada umur 2-6 tahun, kanak-kanak memiliki pemikiran egosentrik dan transduktif, iaitu hanya mampu berfikir dan melihat dari sudut pandangan mereka sahaja. Mereka tidak mampu melihat perkara yang tersirat dalam sesuatu hal atau keadaan. Setelah berumur 7-12 tahun, mereka mula dapat berfikir secara deduktif dan induktif. Malah mereka mula dapat menyelami perasaan orang lain terutama yang rapat dan selalu bersama mereka khususnya ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan. Prinsip yang kedua adalah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada keadaan yang lebih spesifik. Proses ini melibatkan permulaan fungsi umum suatu anggota badan kepada fungsi khusus yang lebih halus dan teliti. Contohnya seorang bayi akan mula menggenggam objek-objek besar seperti jari orang yang lebih dewasa dengan menggunakan seluruh tangan dan jari tetapi apabila semakin membesar, bayi tersebut mula dapat menggenggam dengan hanya menggunakan beberapa jari sahaja. Ini menunjukkan penggunaan seluruh anggota tangan terlebih dahulu sebelum dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang lebih seni seperti jari, tapak tangan, hujung jari, siku, bahu dan lengan. Prinsip yang ketiga adalah pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Proses ini tidak akan terhenti secara drastik dan serta merta. Ia akan berterusan tetapi hanya tahap perkembangan itu sahaja yang tidak sama antara satu sama lain sama ada cepat atau perlahan. Contohnya seorang bayi hanya mampu menggerakan kepala ketika lahir. Setelah itu, bayi tersebut akan mula dapat memutarkan badan, meniarap, menukar posisi badan, merangkak, duduk tanpa bantuan, berdiri dengan bantuan, berjalan, berdiri dengan sendiri, berjalan dengan sendiri seterusnya dapat naik dan turun anak tangga. Ini menunjukkan perkembangan kemahiran-kemahiran secara berterusan. Setiap pencapaian akan menjadi tapak kepada pencapaian yang seterusnya.

Prinsip yang keempat adalah corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap induvidu. Perbezaan ini berpunca daripada proses pembelajaran dan pengalaman serta interaksi yang dilalui oleh setiap induvidu adalah berbeza. Perbezaan ini akan melahirkan induvidu yang mempunyai personaliti dan perwatakan yang berbeza. Contohnya, terdapat kanakkanak yang sudah boleh mula mengeluarkan kata-kata pada usia 6 bulan. Namun, terdapat juga kanak-kanak yang hanya boleh mengeluarkan kata-kata yang mudah pada usia 9 bulan. Ini menunjukkan tahap perkembangan yang tidak sama antara satu sama lain. Pencapaian di dalam kelas juga berbeza. Terdapat murid-murid yang dapat menguasai pembelajaran dengan cepat manakala terdapat pelajar yang memerlukan masa yang lebih banyak untuk memahami sesuatu.