Anda di halaman 1dari 2

.

Jawapan Latihan 3 1. Anda telah selesai menjalankan amali melibatkan beberapa bahan seperti : Larutan asid hidroklorik cair Larutan Natrium hidroksida cair Hablur sulfur Terangkan kaedah pelupusan bagi bahan sisa tersebut. Jawapan : a) Bahan sisa larutan asid hidroklorik cair perlu ditambah dengan air yang banyak bagi mencairkannya. Kemudian boleh dilupuskan melalui pembentungan ke dalam sinki-sinki yang dihubungkan ke sistem rawatan pembentungan atau melalui tandas. b) Bahan sisa larutan Natrium hidroksida cair perlu dineutralkan dengan asid hidroklorik cair yang akan menghasilkan garam dan air. Hasil akhir peneutralan ini boleh dilupuskan melalui pembentungan ke dalam sinki-sinki yang dihubungkan ke sistem rawatan pembentungan atau melalui tandas. c) Bahan sisa hablur sulfur boleh dilupuskan dengan meratakan dan menanamnya ke dalam tanah di tapak pelupusan. 2. Nyatakan proses pelupusan bagi asid nitrik pekat yang telah tamat tempoh penggunaannya. Jawapan Asid nitrik pekat yang telah tamat tempoh penggunaannya adalah dikira sebagai stok bernilai rendah (tidak melebihi RM10,000). Proses Kerja Pelupusan Stok Kerajaan bagi stok bernilai rendah adalah seperti berikut: Langkah Proses Kerja Tindakan Langkah 1 Tindakan Langkah 2 Tindakan Langkah 3 Tindakan Langkah 4 Kenal pasti stok yang tamat tarikh luput/ berlebihan/ tercemar/bekas bocor. Ketua Bidang Sains dan Matematik Melabel stok. Pembantu Makmal Sediakan maklumat stok dalam Borang Laporan Pelupusan Stok Bernilai Rendah KEW.PS-19. Pegawai Aset Sekolah atau Pembantu Makmal Ketua Jabatan melantik dua pegawai pemeriksa stok: a. seorang pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional. b. seorang lagi daripada Kumpulan Sokongan c. atau kedua-dua daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Pengetua/Guru Besar Pegawai Pemeriksa Stok a. memeriksa stok yang hendak dilupus. b. mencatat keadaan stok. c. mengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai. Pegawai Pemeriksa Stok

Tindakan Langkah 5

Tindakan

Langkah 6 Tentukan Kuasa Melulus. Tindakan Urusetia Aset Sekolah

Langkah 7 Jika lulus teruskan ke proses 8. Tindakan Urusetia Aset Sekolah Langkah 8 Tindakan Langkah 9 Ketua Jabatan meluluskan permohonan Pengetua/ Guru Besar Laksanakan pelupusan mengikut keputusan a. buang/ tanam/ bakar. b. menghubungi syarikat yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar bagi bahan toksik dan bahan yang mencemarkan alam sekitar Guru Sains Jabatan Alam Sekitar

Tindakan

.Langkah 10 Mencatat pelupusan stok Borang Laporan Tahunan Pelupusan Stok KEW.PS-20 sebelum 15hb Januari. Tindakan Pegawai Aset Sekolah

Anda mungkin juga menyukai