Anda di halaman 1dari 21

KAEDAH FONIK DALAM MENGAJARKAN KEMAHIRAN MEMBACA KANAK-KANAK PRASEKOLAH: TINJAUAN PELAKSANAAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Sutinah Hj Muhd Ali Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam Yahya Othman (PhD) Universiti Kebangsaan Malaysia Zamri Mahamod (PhD) Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pelaksanaan pengajaran kemahiran membaca menggunakan kaedah fonik di prasekolah di Negara Brunei Darussalam. Reka bentuk kajian ini menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Instrumen kajian terdiri dari soal selidik, dan temu bual berstruktur, Soal selidik yang telah diberikan kepada sampel kajian seramai 70 orang guru prasekolah yang melibatkan sebanyak 30 buah sekolah rendah kerajaan di daerah Brunei dan Muara; 20 sampel kajian dipilih untuk dicerap dan ditemu bual. Sampel dipilih dengan menggunakan kaedah rawak mudah. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 20 dan dihuraikan secara deskriptif. Data yang diperolehi dari pemerhatian guru dan temu bual ditranskripsi dan di analisis berdasarkan kategori tertentu. Meskipun persepsi guru terhadap kaedah fonik adalah di tahap yang sederhana, namun sikap dan minat guru terhadap penggunaan kaedah fonik adalah positif. Kajian ini juga mendapati bahawa guru menghadapi cabaran dalam menangani masalah murid lemah dan lambat membaca. Selain itu cabaran dalam mempertingkatkan komunikasi dengan ibu bapa untuk sama-sama memperkembangkan kemahiran membaca anak-anak mereka. Guru juga berpendapat pengetahuan dan bahan pengajaran dan pembelajaran di prasekolah adalah perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kata kunci: kaedah fonik; kemahiran membaca; prasekolah; Bahasa Melayu "

PENDAHULUAN

Latar belakang Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam komited untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dan literasi di peringkat prasekolah melalaui Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN21). Justeru, dengan adanya program literasi yang berkualiti dan bersistematik membolehkan kanak-kanak lebih bersedia untuk

!" "

melangkah ke peringkat pendidikan formal.

Menurut Naimah Yusoff et al

(2011), pendedahan terhadap pengalaman kemahiran membaca pada peringkat awal sangat penting bagi membantu masalah literasi bacaan awal dalam pendidikan formal. Di samping itu tenaga pengajar yang berkualiti dan kurikulum yang terancang boleh mempersiapkan kanak-kanak kepada pencapaian yang berkualiti sepanjang hayat. Kepentingan kemahiran membaca telah ditekankan oleh Menteri Pendidikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib semasa lawatan kerja ke Sekolah Rendah Katok A: With the efforts, primary school students who reach Year Three will hopely have no problems in reading, writing and counting to move forward. Ini bermaksud, murid sekolah rendah diharapkan apabila memasuki Tahun 3 supaya dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) sepenuhnya dan akan tidak ada lagi masalah 3M (Sumber: Borneo Bulletin, 8 Januari 2010). Oleh itu, kemahiran membaca asas telah diajarkan di peringkat prasekolah lagi dan usaha dalam menangani masalah murid lemah membaca perlu dilakukan. Hal ini kerana seseorang pelajar yang menghadapi masalah membaca dari peringkat awal lagi akan sukar baginya menguasai kemahiran-kemahiran lain. Jika masalah ini berlarutan dan tiada intervensi dilakukan ke atas pelajar ini maka ini akan memberi kesan kepada masalah pembelajaran sehinggalah di peringkat menengah. Untuk mencapai kemahiran membaca yang telah digariskan di dalam kurikulum SPN21, pengajaran kemahiran asas membaca perlu memberikan persediaan tersebut kepada murid di peringkat prasekolah lagi. Usaha untuk

mencapai matlamat agar murid dapat menguasai kemahiran membaca di Tahun 3 hendaklah dilaksanakan dari peringkat prasekolah lagi. Antara inisiatif

Kementerian Pendidikan untuk perkembangan kemahiran membaca adalah pengajaran kemahiran membaca menggunakan kaedah fonik dari peringkat prasekolah. Pada dasarnya, perubahan pengajaran membaca dari kaedah suku

#" "

kata kepada kaedah fonik dijangka boleh memberi impak kepada pencapaian pelajar. Di Negara Brunei Darussalam, mengajarkan membaca menggunakan kaedah abjad dan mengeja suku kata adalah kaedah yang digunakan sebelum kaedah fonik diperkenalkan pada tahun 2009.

Pernyataan Masalah Pelaksanaan pengajaran kemahiran membaca pada peringkat pendidikan awal adalah penting bagi mempersiapkan kanak-kanak ini ke peringkat pendidikan formal. Senechal dan LeFebvre (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak

hendaklah menguasai kemahiran membaca pada peringkat awal kerana ini adalah prasyarat kepada penguasaan kemahiran membaca seterusnya. bagaimanapun, pelaksanaan pengajaran yang kurang berkesan Walau boleh

mempengaruhi pencapaian kemahiran membaca kanak-kanak. Berdasarkan Jadual 1, hasil dari penilaian kedua kemahiran membaca murid prasekolah tahun 2011 di sekolah-sekolah rendah kerajaan seluruh Negara Brunei Darussalam (NBD) menunjukkan 2.91% murid masih tidak dapat mengenal bentuk dan bunyi huruf. Data ini menggambarkan masalah membaca di peringkat ini masih ketara.
Jadual 1: Penilaian Kedua Ujian (Ogos) Kemahiran Membaca Murid-Murid Prasekolah di Seluruh Negara, Tahun 2011
Murid Mengikut Tahap Kemahiran Pra A [Tidak dapat membunyikan langsung] 99 2.91% A Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah 341 10.03% B Membunyikan suku kata terbuka 517 15.20% C Membaca perkataan suku kata terbuka 620 18.23% D Membaca perkataan KV+KVK: 1824 53.63%

Ramai Murid 3401 % Pencapaian

Sumber: Jabatan Sekolah-Sekolah, Unit Pelaksanaan & Pemantauan SPN21, KementerianPendidikan NBD (2011)

Jadual 2 di bawah, menunjukkan data murid yang terlibat dengan program Intervensi Peringkat Awal (EIP) bagi tahun 2011 sekolah-sekolah rendah kerajaan

$" "

seluruh Negara. Data menunjukkan jumlah murid EIP Tahun1 adalah sebanyak 1349 pada bulan pertama program dijalankan. Manakala murid lemah membaca Tahun 2 pula sebanyak 1039 dan 829 murid di Tahun 3. Berdasarkan data tersebut jumlah pelajar lemah membaca adalah ditahap yang tinggi. Permasalahan ini dapat dilihat dari dua sudut iaitu keberkesanan pembelajaran awal membaca di prasekolah dan kesinambungan kaedah belajar membaca di antara prasekolah dengan sekolah rendah (Tahun 1) menyebabkan wujudnya fenomena kanak-kanak masih belum menguasai asas membaca.

Jadual 2 : Pencapaian Ujian Pelepasan Program Intervensi Awal, Murid Tahun 1, 2 & 3 (2011)
Tahun Jumlah Pelajar Senegara 3858 4252 4435 Ramai Pelajar Mengikuti EIP (Januari) 1349 1039 829 Ramai pelajar yang Masih Mengikuti EIP (Oktober) 915 763 556

1 2 3

Sumber: Jabatan Sekolah-Sekolah, Bahagian Pendidikan Rendah, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam (2011)

Untuk tujuan pengukuhan, guru-guru prasekolah telah diberikan bengkel membaca kaedah fonik dan pengajarannya. Namun, guru-guru mengambil masa untuk menyesuaikan kaedah baru ini dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca. Di samping itu, terdapat guru-guru yang sudah lama mengajar dan percaya akan kaedah sebelumnya iaitu kaedah suku kata dan menganggap kaedah itu paling sesuai untuk mengajar membaca. Masalah juga wujud dalam kalangan guru-guru lepasan ijazah yang masih lagi tidak dapat mengadaptasi dan menguasai pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik. Usaha untuk menambahkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran guru berkenaan dalam pengajaran hanya diberikan latihan perkembangan profesional melalui bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh Jabatan Sekolah-Sekolah (JSS) dan Jabatan Perkembangan Kurikulum (JPK). Hal ini menimbulkan masalah dari segi kefahaman dan kemahiran dalam melaksanakan kaedah ini.

Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk: 1. 2. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap kaedah fonik. Mengenal pasti masalah dan cabaran yang dihadapi guru dalam pelaksanaan mengajar membaca menggunakan kaedah fonik.

%" "

Soalan Kajian Untuk mencapai tujuan kajian tersebut, soalan kajian berikut ditimbulkan: 1. 2. Sejauhmanakah pengetahuan guru terhadap kaedah fonik? Apakah masalah dan cabaran yang guru hadapi dalam melaksanakan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik?

KAEDAH KAJIAN Reka bentuk kajian Reka bentuk kajian ini menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Data

diperoleh secara kuantitatif melalui kaedah tinjauan dan data kualitatif melalui kaedah pemerhatian dan temu bual bagi mengukuhkan dapatan kajian.

Sampel Kajian Populasi guru prasekolah di kawasan Daerah Brunei dan Muara sebanyak 130 orang. Dari jumlah tersebut pengkaji telah memilih sebanyak 70 orang guru untuk dijadikan sampel kajian bagi menjawab soal selidik. Pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan persampelan rawak secara berkelompok iaitu mengikut zon. Dalam konteks kajian ini, pengkaji memilih sampel dari zon daerah Brunei dan Muara. Menurut Majid Konting (2005), persampelan kelompok boleh digunakan dengan menentukan bilangan kelompok seperti mengikut daerah guru-guru mengajar. Sebanyak 20 daripada sampel kajian dipilih secara sukarela untuk dicerap dan ditemu bual. Kemudian 9 orang murid dipilih bagi setiap peserta kajian mengikut

kebolehan murid iaitu 3 murid berkebolehan tinggi, 3 murid sederhana dan 3 murid lemah. Ini menjadikan jumlah seramai 180 orang murid untuk diberikan ujian membaca. Pemilihan murid mengikut kategori kebolehan adalah dipilih oleh gurunya sendiri memandangkan guru kelas lebih mengetahui tahap-tahap kebolehan murid mereka. Jadual 3: Taburan Peserta Kajian
Kawasan Brunei I Brunei II(A) Brunei II(B) Brunei III Brunei IV Jumlah Bil. Sekolah 6 7 5 7 5 30 buah Bil. Guru (Soal selidik) 13 16 7 20 14 70 orang Bil. Murid (Ujian membaca) 27 18 18 72 45 180 orang Bil. Guru (pencerapan & temu bual) 3 2 2 8 5 20 orang

&" "

Lokasi Kajian Pengkaji memilih 30 buah sekolah rendah kerajaan di Daerah Brunei dan Muara. Sekolah-sekolah yang dipilih adalah berdasarkan bilangan guru prasekolah dari lima kawasan Daerah Burnei dan Muara. Senerai nama sekolah yang dipilih dipaparkan dalam Jadual di bawah ini. Rasional pemilihan Daerah Brunei Muara sebagai tempat kajian penyelidikan adalah kerana daerah ini mempunyai bilangan prasekolah yang terbesar di NBD berbanding di Daerah Tutong, Belait dan Temburong.

Jadual 4: Senarai Sekolah


Kawasan Brunei I Brunei II(A) Sekolah SR Datu Ahmad, SR Pehin Dato Jamil, SR Pusar Ulak, SR Sungai Kebun, SR Mabohai, SR Pintu Malim SR Amar Pahlawan, SR Anggerik Desa, SR Pantai Berakas, SR Dato Basir, SR Dato Othman, SR Dato Marsal, SR Lambak Kanan Jln 49 SR Delima Satu, SR HMS Sg Hanching, SR Serasa, SR Suas Muara, SR Dato Mohd Yassin SR DRHMJ Kiarong, SR Tungku, SR Rimba I, SR Rimba II, SR Katok A, SR Bunut, SR Beribi Telanai SR Lumapas, SR PB Limau Manis, SR Sengkurong, SR Bengkurong, SR Jerudong Jumlah Sekolah 6 7 5 7 5 30

Brunei II(B) Brunei III Brunei IV JUMLAH

Intrumen Kajian Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang berbentuk tinjauan kerana kajian ini menjelaskan sesuatu kenyataan dengan menganalisis sesuatu data daripada soal selidik yang disediakan. Di samping itu borang pemerhatian pengajaran digunakan untuk

memerhati pengajaran guru mengajar membaca di prasekolah. Temu bual guru dan ujian membaca murid juga digunakan dalam kajian ini.

Soal Selidik

Soal selidik dibina untuk mendapatkan maklumat daripada sampel kajian. Sulaiman Masri (2002) menyatakan bahawa soal selidik mempunyai beberapa kebaikan berbanding dengan alat kajian lain dalam usaha pengkaji untuk mendapatkan maklumat-maklumat kuantitatif. Pilihan item soalan kaji selidik kajian ini menggunakan skala likert. Soal selidik kajian ini terdiri daripada enam bahagian utama meliputi maklumat am, persepsi guru, pengetahuan tentang kaedah fonik, minat dan sikap, dan cabaran.

'" "

Borang Senarai Semak Pemerhatian Pengajaran Borang pemerhatian dibina untuk merekodkan pemerhatian pengajaran guru

menggunakan kaedah fonik di prasekolah.

Memandangkan pengajaran kemahiran

membaca di prasekolah hanya mengambil masa selama 30 minit setiap hari maka pengkaji membuat pemerhatian dari awal pengajaran sehinggalah pengajaran selesai.

Temu Bual Pengkaji menemubual sampel kajian selesai sesi pemerhatian pengajaran. Soalan temu bual berkisar tentang pengetahuan guru mengenai kaedah fonik, persepsi guru mengenai kaedah dan cabaran guru terhadap pengajaran membaca.

Kajian Rintis Item-item dalam soal selidik diuji dan dianalisis untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahannya dan mendapati nilai cronbach alpha ialah 0.89. Keputusan menunjukkan instrumen yang telah dibina mempunyai nilai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

Analisis Data Data yang terkumpul melalui soal selidik, pemerhatian, temu bual dan ujian ke atas murid telah dikodkan untuk tujuan analisis. Perisian SPSS versi 20 digunakan untuk

menganalisis data melalui soal selidik menggunakan statistik kekerapan dan peratusan.

DAPATAN Soalan Kajian Pertama: fonik? Sejauh manakah pengetahuan guru terhadap kaedah

Pengetahuan asas kaedah fonik guru prasekolah


Jadual di bawah menunjukkan item-item dalam soal selidik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengetahuan guru mengenai pengajaran kaedah fonik.

Item-item dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengetahuan asas kaedah fonik (item 1 hingga 7), pengetahuan pengajaran gabungan suku kata (item 8 hingga 13) dan pengetahuan penggabungan perkataan yang lebih kompleks (item 14 hingga 16).

(" "

Jadual 6: Pengetahuan asas kaedah fonik guru prasekolah


Bil 1. 2. 3. 4. Pengetahuan asas kaedah fonik Memperkenalkan vokal a, i, u terlebih dahulu sebelum mengajar bunyi konsonan. Mengenalkan bunyi huruf dengan teknik asosiasi. Mengenalkan bunyi dan sekaligus mengajarkan nama huruf. Menunjukkan gambar-gambar yang bermula dengan bunyi huruf yang diajar. Contoh; gambar ayam, awan, abang, api bagi mengenalkan bunyi /a/. Mengenalkan simbol huruf bagi bunyi yang diajar. Mengenalkan huruf kecil dan besar secara serentak. Menyediakan aktiviti permainan kreatif supaya dapat memberi makna kepada pengajaran bunyi-bunyi huruf. TIDAK 1 (1.4%) 1 (1.4%) 45 (64.3%) 57 (81.4%) 2 (2.9%) TIDAK PASTI 4 (5.7%) 4 (5.7%) 6 (8.6%) 4 (5.7%) YA 69 (98.6%) 65 (92.9%) 21 (30%) 70 (100%) 70 (100%) 7 (10%) 64 (91.4%)

5. 6. 7.

Sebanyak 98.6% responden memahami bahawa dalam mengajarkan

kaedah

fonik, murid perlu diajarkan 3 vokal iaitu a, i, u terlebih dahulu sebelum mengajar bunyi konsonan dan gabungan konsonan dengan vokal. Pengetahuan asas lain seperti memperkenalkan bunyi huruf dengan teknik asosiasi juga merupakan keutamaan dalam pengajaran membaca prasekolah. tersebut. Melalui pemerhatian pengajaran, didapati guru mengajarkan bunyi huruf dan ini dapat dilihat apabila guru meminta muridnya menyebut bunyi huruf yang ditayangkan menggunakan kad imbasan. Ternyata guru telah mempraktikkan kaedah ini setelah Sebanyak 92.9% responden menyedari perkara

melihat kebolehan kanak-kanak menyebut bunyi huruf dengan melakukan aksi asosiasi. Melalui pemerhatian didapati G1, G4, G7, G9 dan G13 mengadakan aktiviti ini di akhir pengajaran. Pengkaji dapati kanak-kanak telah biasa dengan aktiviti ini dan mereka seronok dan dapat memahami lagi pembelajaran melalui permainan sebagai pengukuhan. Dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak 81.4% responden tidak mengajarkan huruf kecil dan besar secara serentak. Dari segi pelaksanaan, guru tidak boleh

mengajarkan penguasaan huruf kecil dan besar secara serentak. Hal ini menunujukkan guru-guru telah mengetahui langkah-langkah pengajaran yang sistematik mengikut skim pengajaran membaca kaedah fonik yang telah digariskan oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum. Secara keseluruhannya, sampel kajian (89.8%) memiliki pengetahuan asas tentang kaedah fonik.

)" "

Pengetahuan tentang mengajar gabung bunyi suku kata Dapatan kajian pengetahuan sampel berkaitan pengajaran penggabungan suku kata dalam membina perkataan seperti di dalam jadual di bawah Jadual 7: Pengetahuan tentang mengajar gabung bunyi suku kata
Bil 8. 9. 10. Pengetahuan pengajaran gabungan suku kata untuk membina perkataan Menunjuk cara gabungan konsonan dengan vokal menggunakan kad imbasan. Menggalakkan kanak-kanak mengeja-eja suku kata. Pada permulaan mengenalkan gabungan suku kata, gabungan ba dibaca dengan beh dan aa kemudian menyebut /ba../ dengan sekali nafas. Mengajar suku kata terbuka (KV) terlebih dahulu kemudian barulah suku kata tertutup. Mengenalkan gabungan 2 suku kata untuk membaca perkataan. Mengamalkan penggunaan 2 warna iaitu merah dan hitam untuk membantu koordinasi mata dan tangan semasa membaca. TIDAK 32 (45.7%) 6 (8.6%) 1 (1.4%) 1 (1.4%) 4 (5.7%) TIDAK PASTI 15 (21.4%) 11 (15.7%) 3 (4.3%) 1 (1.4%) 2 (2.9%) YA 70 (100%) 23 (32.9%) 53 (75.7%) 66 (94.3%) 68 (97.1%) 64 (91.4%)

11. 12. 13.

Kesemua responden bersetuju bahawa mengajar menggabung bunyi konsonan dengan vokal perlu dengan menunjuk cara menggunakan kad imbasan. Aktiviti ini dapat dilihat semasa pemerhatian pengajaran dilakukan ke atas semua responden (100%). Kanakkanak dapat mengecam simbol huruf dan membunyikan gabungan kad suku kata yang ditayangkan oleh guru. Walau bagaimanapun, 75.7% responden bersetuju untuk menggabungkan bunyi konsonan dengan vokal (KV) dengan menyebut bunyi gabungan serentak. Walau

bagaimanpun sebanyak 32.9% responden menggalakkan kanak-kanak mengeja suku kata dengan cara menyebut nama huruf. Cara ini adalah bertentangan dengan pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik yang ditekankan oleh Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahmad (2009). Responden setuju pelaksanaan kaedah fonik dibuat secara bersistematik seperti mengajarkan suku kata terbuka terlebih dahulu sebelum mengajarkan suku kata tertutup. Seramai 94.3% responden memahami akan prinsip ini. Apabila murid sudah menguasai gabungan suku kata (KV), maka mereka diajarkan membaca gabungan dua suku kata (KV+KV, contohnya ma + ta). Kegiatan ini dilakukan ketika membaca atau membina perkataan. Dapatan kajian menunjukkan 97.1% responden menyatakan telah mengetahui tentang peraturan ini. Sementara itu, seramai 91.4% responden mengetahui bahawa penggunaan dua warna (merah dan hitam) adalah perlu dalam pelaksanaan membaca bagi tujuan untuk membantu koordinasi mata dan

*" "

tangan semasa membaca.

Secara keseluruhannya guru-guru prasekolah mengetahui

tentang pengajaran asas membaca menggunakan kaedah fonik mengikut peraturan yang telah digariskan. Mereka juga mengetahui tentang cara mengajar gabungan suku kata dengan aktiviti menggunakan kad suku kata. Dapatan pemerhatian pengajaran juga menunjukkan responden (90%)

menggunakan bahan tersebut ketika mengajar. Dapatan membuktikan bahawa respoden mempunyai pengetahuan yang sangat baik tentang cara mengajar gabungan bunyi suku kata (84.03%). Berdasarkan pemerhatian, guru-guru telah dapat mengaplikasikan

pengetahuan mereka dalam pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik ini. Oleh itu, pengetahuan tentang kaedah membaca sangat penting supaya guru-guru dapat mengajar dengan berkeyakinan. Bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh Jabatan

Perkembangan Kurikulum dan Jabatan Sekolah-Sekolah dapat membantu guru-guru menggunakan kaedah ini dengan lebih bersistematik.

Pengetahuan terhadap penggabungan bunyi diagraf dan diftong Jadual 8 menunjukkan pengetahuan guru terhadap konsep mengajar penggabungan bunyi bagi perkataan yang lebih kompleks. Didapati 90% responden memahami bahawa

pengajaran aspek tersebut perlu diajar pada peringkat yang terakhir setelah kanak-kanak menguasai membaca perkataan mudah. Selain itu, seramai 95.7% responden memahami akan pendedahan kepada buku cerita dan memberikan banyak latihan membaca perkataan dan ayat adalah perlu dalam pelaksanaan kemahiran membaca prasekolah.

Jadual 8: Pengetahuan terhadap penggabungan bunyi diagraf dan diftong

Bil 14.

15. 16.

Pengetahuan penggabungan bunyi bagi perkataan yang lebih kompleks Memperkenalkan bunyi diagraf dan diftong (ng, sy, ny, au, ia, ua) di fasa terakhir setelah murid menguasai asas fonik. Memberikan latihan membaca perkataan dan ayat. Menggalakkan kanak-kanak membaca frasa atau ayat-ayat pendek tanpa memahami ayat tersebut.

TIDAK 4 (5.7%) 39 (55.7%)

TIDAK PASTI 3 (4.3%) 3 (4.3%) 10 (14.3)

YA 63 (90%) 67 (95.7%) 21 (30%)

Di samping itu responden juga mengetahui bahawa kanak-kanak haruslah memahami perkara yang mereka baca. Dapatan kajian menunjukkan hanya 55.7%

responden memahami prinsip ini. Selebihnya (44.3%) responden tidak pasti dan tidak

!+" "

mengamalkan prinsip ini ketika melaksanakan pengajaran membaca. Tambahan pula, aktiviti menulis perkataan bagi mengukuhkan kefahaman murid sebagai aktiviti susulan adalah perlu dalam pelaksanaan pengajaran membaca. Melalui sesi pemerhatian didapati beberapa responden (G1, G2, G4, G5, G7, G9, G13, G15, G17, G18 dan G20) mengadakan aktiviti ini. Hal ini menunjukkan, guru memahami tentang pengajaran membaca perkataan-perkataan yang lebih kompleks iaitu perkataan yang mempunyai bunyi diftong dan diagraf serta mengajar ayat-ayat pendek/frasa. Pendedahan kepada buku cerita juga penting bagi kanak-kanak supaya menggalakkan mereka untuk membaca. Namun pemahaman terhadap cerita kurang ditekankan oleh responden kepada kanak-kanak ditambah lagi aktiviti menulis kerana ini dapat mengukuhkan lagi kemahiran membaca kanak-kanak. Pengetahuan responden tentang kaedah fonik dapat membantu mereka melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menarik. Kanak-kanak merasa seronok dengan aktiviti yang diadakan seperti bernyanyi dan teknik asosiasi dalam mengajar bunyi huruf. Dalam kajian Yahya Othman et al (2012), murid seronok dan aktif apabila guru mengadakan aktiviti bernyanyi sambil membuat pergerakan badan pada setiap lirik lagu. Dengan cara ini juga murid dapat menguasai bunyi-bunyi huruf dalam lagu. Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahmad (2009)

berpendapat bahawa teknik ini dapat meningkatkan daya ingatan, penglihatan dan pendengaran di samping menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan dan aktif. Kanak-kanak yang diajarkan teknik asosiasi bagi setiap bunyi huruf akan dapat mengingati bunyi huruf contohnya bagi bunyi a aksi asosiasinya ialah kesakitan digigit semut dengan menyebut bunyi aaaah. Dengan cara ini pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan kanak-kanak akan lebih aktif. Selain itu, kebanyakan responden semasa temubual menyatakan bahawa permainan adalah teknik asas pembelajaran dan sesuai dengan perkembangan minda kanak-kanak. Kanak-kanak mendapat kepuasan melalui bermain dan dengan secara tidak langsung mereka berlajar melalui bermain. Hal ini bertepatan dengan kajian Shahizan Hasan dan Ahmad Shahabudin Che Noh (2005) yang menyatakan bahawa permainan yang melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka mengenali lebih banyak barang, memudahkan belajar serta berfikir bagi menyatukan idea-ideanya. Hal ini juga dinyatakan oleh Christie dan Roskos (2009), bahawa bermain sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak dan dapat menarik minat mereka untuk terus belajar konsep literasi awal. Demikian juga seperti yang

dinyatakan oleh Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2012), bahawa penggunaan

!!" "

pendekatan belajar melalui bermain berkesan untuk mencorak dan memperkembang minda kanak-kanak selaras dengan fitrah kanak-kanak yang suka bermain. Melalui

pendekatan ini, kanak-kanak lebih bermotivasi untuk terus belajar berbanding dengan pendekatan secara langsung. Secara keseluruhannya pengetahuan responden tentang kaedah fonik adalah di tahap yang baik (84.76%). Dengan pengetahuan yang ada, responden dapat

melaksanakan kaedah ini dan dapat mengembangkan kemahiran membaca kanak-kanak. Dalam hal ini, Naimah Yusoff et al (2011) menyatakan bahawa guru prasekolah yang mempunyai pengetahuan tentang pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran akan dapat menyampaikan kemahiran membaca kepada kanak-kanak dengan lebih efektif. Gorky

(2009) dalam Mariani Hj Mohamad, (2010) juga menegaskan bahawa pengetahuan adalah unsur utama yang harus dimiliki seorang guru. Oleh itu, pengajaran yang

berkesan memerlukan seseorang guru yang mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar. Soalan Kajian Kedua: Apakah masalah dan cabaran yang responden hadapi dalam melaksanakan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik? Jadual di bawah menunjukkan masalah responden terhadap pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik. Item-item ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu mengenal pasti masalah dari aspek latihan, pentadbiran, guru dan bahan.

Jadual 9: Masalah Yang dihadapi Oleh Guru Prasekolah


N Aspek latihan & bengkel: Isi kandungan latihan & bengkel tidak mencukupi dari segi kandungannya Latihan & bengkel memerlukan pembaikan dalam penyampaian Aspek pentadbiran: Pihak pentadbiran sekolah perlu menyediakan bahan yang mencukupi Tenaga pengajar lain tidak membantu / berkerjasama Aspek guru: Mempunyai masalah dalam tingkah laku murid Mempunyai masa terhad dalam menyediakan persediaan mengajar & BBM Aktiviti sekolah sedikit sebanyak mengganggu p&p Aspek bahan: Masalah dari segi bahan buku bacaan, CD nyanyian & kad imbas Masalah dalam penyediaan BBM 70 70 70 70 70 70 70 70 70 Min 2.03 2.59 2.39 2.13 3.64 2.87 3.60 2.01 2.26 SP .722 .843 .937 .760 .901 1.191 1.027 .860 .793

Pada keseluruhannya jumlah min kesemua item mempunyai nilai min yang rendah (min 2.40). Hal ini bermaksud responden tidak mempunyai masalah yang serius dalam

!#" "

melaksanakan pengajaran membaca.

Walau bagaimanpun, masalah dari aspek guru

mempunyai nilai min yang tinggi berbanding aspek lain (min 3.37).

Item berkaitan responden mempunyai masalah dalam tingkah laku murid menunjukkan nilai min yang tertinggi (min 3.64) dalam aspek guru. Hasil dari temu bual responden G14, G13 dan G2 menyuarakan mempunyai masalah tingkah laku murid yang berbentuk tingkah laku negatif. Di dapati responden yang mempunyai murid High

Support Needs (HSN) seperti kanak-kanak autisme dan hiperaktif sukar untuk dikawal. Di samping itu juga terdapat kanak-kanak yang suka mengganggu rakan mereka ketika belajar.
Murid HSN (autistik) amahnya pun tidak dapat mengawal. Tergendala pengajaran. Mesti saya panjangkan mengajar membaca ini, masa tidak cukup (G14). Macam ada murid saya yang HSN (hiperaktif) ini, bagi saya ada masalah lah kalau tidak ada guru relief, murid ini mengacaulah (menggangu) jadinya terbengkalailah pengajaran (G13). Masalah murid Special menggangu pengajaran dan pembelajaran saya disebabkan tidak ada guru pembantu. Ada jua murid yang suka mengacau kawan-kawannya tu masa belajar, jadinya payah mengawal(G2).

Di samping itu, masalah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran membaca juga timbul disebabkan oleh aktiviti sekolah yang mana sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran membaca (min 3.60). G6, G9 dan G15 adalah antara responden yang di temu bual mengatakan hal yang sama:
Sekolah ada aktiviti, kadang-kadang ketinggalan pelajaran. Aktiviti mereka libatkan murid pra, masa aktiviti sekolah terlalu panjang (G6). Sekolah kami banyak lawatan dari luar, aktiviti sekolah menyuruh semua murid mesti masuk ke dalam dewan, murid ini duduk-duduk sahaja(G9). Aktiviti sekolah pun kadang-kadang menggangu, skim tidak habis diajarkan (G15).

Responden yang ditemu bual juga menyatakan tentang mempunyai masalah mengajar murid lemah. Masalah ini termasuklah murid yang seringkali lupa dan mempunyai masalah lambat atau lemah serta keliru dengan bunyi-bunyi huruf yang menyamai dari segi bentuk huruf dan sebutan seperti b dengan d.
Masalah adalah murid yang lemah. Kadang-kadang mereka keliru dengan bunyi huruf b dengan d. Walau bagaimanpun saya cuba membantu murid lemah ini secara perlahan-lahan(G3).

!$" "

Masalah yang saya hadapi ialah murid lemah, lambat untuk menangkap pengajaran dan mudah lupa (G4). Masalah dari segi murid lemah, kadang-kadang lupa apa yang sudah diajarkan. Murid ini sukar untuk menggabung suku kata konsonan-vokal. Saya tidak boleh memaksa murid lemah ini untuk belajar tetapi dengan cara perlahanlahan (G8).

Selain itu responden juga menyatakan mempunyai masalah dari segi sokongan ibu bapa. Hal ini disebabkan ibu bapa yang tidak mempunyai pengetahuan kaedah fonik dan menjadikan sukar untuk membantu anak-anak mereka di rumah. Responden juga berpendapat penglibatan ibu bapa adalah faktor penting dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca selain di sekolah seperti yang dinyatakan di bawah ini:
Masalah juga timbul dari pihak ibu bapa yang mengajarkan kaedah lain di rumah sedangkan di sekolah menggunakan kaedah fonik. Jadinya kanak-kanak pun keliru. Cara saya cuba berjumpa ibu bapa dan menerangkan mengenai masalah ini (G5). Ibu bapa yang tidak ada pengetahuan kaedah fonik sukar untuk mengajar anak mereka di rumah. Taklimat sudah diberikan kepada ibu bapa dan memberikan peluang kepada mereka untuk berjumpa guru-guru tetapi setakat ini belum ada ibu bapa yang berjumpa untuk bertanyakan mengenai kaedah dan perkembangan anak mereka (G9).

Berdasarkan dapatan di atas didapati faktor yang boleh menyumbang kepada masalah yang sering dihadapi oleh guru ialah tingkah laku murid (murid HSN; hiperaktif, autism) yang sukar untuk dikawal, aktiviti sekolah yang boleh menjejaskan pengajaran dan pembelajaran, murid lemah yang mudah lupa dan keliru, dan masalah dari segi sokongan ibu bapa. Justeru, masalah ini adalah satu cabaran kepada guru-guru supaya

dapat menghadapinya dan menangani dengan sebaiknya. Dapatan kajian daripada Arnold (2008) dan Izzo et al. (1999) menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi menentukan pencapaian akademik kanakkanak yang tinggi. Di samping itu guru juga perlu belajar berkomunikasi secara efektif dengan ibu bapa kerana menurut Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2012), berkomunikasi dengan ibu bapa dapat menjelaskan nilai-nilai kurikulum yang berkaitan keperluan kanak-kanak. Berk (2009) juga mengatakan kemahiran berkomunikasi adalah penting dalam menjelaskan kepada ibu bapa tentang nilai-nilai pendidikan di sekolah. Tingkah laku kanak-kanak biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran bilik darjah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif (Saayah Abu, 2008). Di samping itu, pendidikan inklusif pada hari ini melibatkan

!%" "

murid istimewa (HSN) belajar dalam kelas normal adalah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru. Tanpa guru pembantu yang sesuai akan menimbulkan masalah

kepada guru kelas dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran membaca. Lantaran itu, tingkah laku kanak-kanak yang tidak dapat dikawal akan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan sekaligus memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan masalah dalam melaksanakan pengajaran membaca adalah pada tahap sederhana. Responden tidak mempunyai masalah besar dari segi bahan, pentadbiran, latihan dan bengkel. Di samping masalah yang dihadapi oleh guru, kajian juga mengkaji cabaran yang dihadapi oleh guru. Jadual 10 menunjukkan taburan min bagi item cabaran yang guru hadapi dalam melaksanakan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik. Pada keseluruhannya, cabaran yang dihadapi oleh guru adalah sederhana (min 3.06). Dapatan ini menunjukkan guru-guru menghadapi cabaran pada aspek-aspek tertentu sahaja dalam mengajar kemahiran membaca. Item-item cabaran guru dikategorikan kepada 6 aspek iaitu aspek pengajaran guru (item 1 hingga 6), cabaran dari pihak pentadbiran sekolah (item 7 dan 8), cabaran dari pihak Kementerian Pendidikan (item 9 hingga 10), cabaran dari aspek kanak-kanak prasekolah (item 11-14), cabaran dari pihak ibu bapa (item 15 hingga 16) dan cabaran dari aspek penilian (item 17 hingga 18).

Jadual 10: Cabaran Yang dihadapi Oleh Guru Prasekolah dalam Mengajar Membaca Menggunakan Kaedah Fonik
Cabaran guru prasekolah Aspek cabaran dari guru: Saya mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk mengajar membaca di prasekolah Keyakinan perlu ada dalam mengajar membaca di prasekolah Saya rasa tidak gembira mengajar membaca di prasekolah Saya tidak mempunyai bahan pengajaran yang mencukupi Saya tidak boleh menghabiskan sukatan pelajaran membaca yang disediakan Saya tidak mempunyai pengalaman mengajar kanak-kanak prasekolah Aspek cabaran dari pentadbiran sekolah: Tidak ada guru pendidikan khas untuk menagani murid yang berkeperluan khas Komen dan tindakbalas dari Guru Besar Aspek cabaran dari Kementerian Pendidikan: Latihan&Bengkel tidak membantu dalam pengajaran saya Sukatan Pelajaran susah untuk diikuti N 70 70 70 70 70 70 Min 3.41 3.83 1.99 3.77 3.40 3.93 SP .860 .659 .752 .966 .969 .922

1. 2. 3. 4. 5. 6.

7. 8. 9. 10.

70 70 70 70

3.31 3.74 1.81 3.66

1.043 .958 .687 .849

"

"

!&" "

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

Aspek cabaran dari kanak-kanak prasekolah: Saya tidak ada masalah mengajar kanak-kanak berkeperluan khas dalam kelas Kanak-kanak dapat mengikuti pengajaran saya Kanak-kanak tidak berkelakuan baik semasa pengajaran saya Saya tidak ada masalah dengan keramaian murid Aspek cabaran dari ibu bapa: Saya menerima kerjasama dari ibu bapa/penjaga murid Ibu bapa/penjaga murid menaruh harapan yang tinggi Aspek cabaran bagi penilaian: Sukar dalam menilai kemajuan pembelajaran murid Menilai kemajuan kanak-kanak mengambil masa yang lama Jumlah keseluruhan min bagi cabaran

70 70 70 70 70 70 70 70

2.41 2.03 1.87 2.91 3.21 3.89 3.54 2.34 3.06

1.083 .722 .883 1.294 .961 .790 .973 1.062

Min bagi cabaran dari aspek ibu bapa adalah antara cabaran yang tertinggi dari aspekaspek lain (min 3.55). Ini diikuti oleh cabaran dari aspek pentadbiran sekolah (min 3.52) dan kemudian dari aspek guru (min 3.38). Sementara itu, responden tidak menunjukkan sebarang cabaran yang berat dari aspek kanak-kanak prasekolah (min 2.30)." Ibu bapa mempunyai ekspektasi yang tinggi terhadap guru supaya dapat mengajarkan anak mereka membaca (min 3.89). Ini adalah cabaran yang harus dihadapai oleh guru dalam melaksanakan pengajaran membaca di prasekolah. Hal ini juga ada diutarakan oleh responden (G3, G4 dan G14) ketika ditemu bual:
cabaran lain adalah harapan ibu bapa supaya anaknya pandai membaca, kami pun sebagai guru mengharapkan supaya ibu bapa ini dapat mengajar lagi di rumah kerana kami sudah memberikan bengkel fonik kepada ibu bapa (G3). cabaran dalam memberikan pengetahuaan kepada ibu bapa mengenai kaedah ini. Bantuan dari ibu bapa jua sangat penting bagi sama-sama menjayakan kemahiran membaca ini (G4). yang cabarannya ah ibu bapa ini tiada respon bila diberitahu anak mereka ada masalah belajar membaca. Kami telah memberitahu masalah anak mereka tetapi tidak ada tindakan untuk membantu saya mengajar anak mereka yang lemah ini. (G14).

Responden juga beranggapan adalah menjadi satu cabaran kepada mereka apabila Guru Besar memberikan komen dan maklum balas ke atas pengajaran mereka. Pernyataan ini mempunyai min tertinggi dalam kategori aspek cabaran pentadbiran sekolah (min 3.74). Kerjasama dari pihak pentadbiran memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pengajaran membaca di prasekolah. Sokongan dan maklum balas dari pihak pentadbiran dapat membantu guru-guru memperbaiki pengajaran dan pembelajaran walaupun ini adalah satu cabaran bagi mereka. Sesuatu cabaran perlu dihadapi demi untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Responden menghadapi cabaran dalam mengajar kanak-kanak prasekolah memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman mengendalikan prasekolah. Hal

!'" "

ini dinyatakan dalam kategori cabaran guru yang mempunyai min tertinggi (3.93). Jelas menunjukkan bahawa pentingnya guru juga perlu memiliki pengetahuan pendidikan awal kanak-kanak. Item yang mempunyai min terendah ialah penyataan bahawa kanak-kanak tidak berkelakuan baik semasa pengajaran saya (min 1.87). Walaupun guru menghadapi

masalah dalam menagani tingkah laku murid (seperti dalam dapatan masalah yang dihadapi oleh guru) namun hal ini bukanlah satu cabaran besar kepada responden. Masalah tersebut masih boleh diatasi dengan kebijaksanaan mereka itu sendiri. Cabaran lain yang dihadapi oleh responden ialah mengajar murid lemah dan mudah lupa. Hal ini dinyatakan dalam temu bual responden (G1 dan G9):
cabaran adalah murid yang sukar menangkap apa yang diajarkan. Mudah lupa. Ibu bapa yang kurang bekerjasama dalam membantu anak-anak membaca di rumah (G1). cabaran dari murid yang lemah, terpaksa mengambil masa bagi murid ini untuk diajar secara individu. Saya mengambil masa waktu jam 12 tengahari ketika murid menunggu untuk diambil balik dan sama jua waktu murid ini awal datang, jadinya waktu itu tah diajar secara individu (G9).

Di samping itu juga responden menganggap mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan bahan dalam strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca adalah satu cabaran kepada mereka. Hal ini dinyatakan oleh responden (G3, G9 dan G11) ketika ditemu bual:
cabarannya saya cuba sedaya upaya berusaha untuk menambahkan lagi pegetahuan saya dalam kaedah mengajar membaca ini. Saya juga berbincang dengan guru-guru lain bagaimana hendak mempelbagaikan teknik pengajaran membaca ini. Kanak-kanak biasanya mudah hilang tumpuan jadinya saya terpaksa memikirkan aktiviti lain yang sesuai untuk menarik minat mereka (G3). cabaran lain ialah saya ingin meningkatkan pengetahuan dalam mengajar kanak-kanak prasekolah dalam membaca. Untuk memastikan kanak-kanak ini seronok belajar saya selalu memikirkan apa lagi teknik yang sesuai supaya pengajaran lebih menyeronokkan (G9). cabaran dari segi diri sendiri ada masanya naik dan turun, kadang-kadang kekeringan idea bagaimana lagi hendak mempelbagaikan aktiviti dan mengolahkan bahan untuk mengajar kanak-kanak ini (G11).

Tugas sebagai guru prasekolah sangat berat, mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi (G3,G9,G11). Harapan ibu bapa supaya anak mereka dapat

membaca, menulis dan mengira adalah cabaran yang perlu dihadapi guru prasekolah. Mengajar murid lemah juga adalah satu cabaran yang dihadapi oleh guru. Guru terpaksa

!(" "

memberikan masa yang lebih dan fokus bagi membantu murid lemah secara individu agar murid tidak ketinggalan dan terus tercicir. Zainiah Mohd Isa (2010) menyatakan bahawa dengan adanya intervensi awal masalah membaca dapat diatasi mulai dari peringkat pemerolehan pembacaan agar masalah tidak berlarutan. Ekspektasi ibu bapa adalah menginginkan anak-anak mereka pandai membaca. Namun pada masa yang sama guru mengharapkan kerjasama dari ibu bapa supaya dapat membantu anak-anak mereka membaca di rumah dan seterusnya dapat memberikan maklumat tentang masalah anak-anak mereka (G3, G5, G8, G9). Peranan ibu bapa

penting bagi membantu perkembangan membaca kanak-kanak. Pemedulian dari ibu bapa mengenai kemahiran membaca boleh merangsang minat anak-anak untuk membaca. Dalam hal ini kajian oleh Darling (2005) yang mendapati bahawa kanak-kanak yang datang dari keluarga yang mengutamakan literasi menunjukkan minat terhadap pengajaran membaca. Di samping itu, kanak-kanak perlu mendapat manfaat apabila guru dan ibu bapa mengukuhkan konsep dan idea yang sama seperti apa yang dipelajari di sekolah dan di rumah dan ini mempercepatkan lagi pemerolehan kemahiran berbahasa kanak-kanak itu. Ibu bapa yang menyediakan suasana persekitaran bahan bacaan dapat mendorong anak-anak untuk minat membaca. Hal ini juga dinyatakan oleh Strickland dan Riley-Ayers, (2006) dalam Hjh Mariani Mohamad (2009) iaitu menyediakan persekitaran yang membolehkan anak-anak berminat membaca dapat membantu meningkatkan kemahiran bahasa dan literasi anak-anak. Cabaran lain yang dihadapi responden adalah dalam meningkatkan pengetahuan dan bahan dalam menghadapi perubahan masa dan keperluan kanak-kanak pada masa ini (G1, G4, G5, G7). Responden menganggap pengetahuan dan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan ini adalah satu cabaran bagi mereka (G3, G4, G6). Guru juga menghadapi cabaran dalam mengemaskinikan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan peredaran masa. Menurut Berk (2009) bahan bantu mengajar yang terbaik ialah bahan yang

disediakan oleh guru itu sendiri. Malah kos penggunaan bahan bantu mengajar dapat dikurangkan dengan menggunakan bahan sedia ada dan bahan-bahan kitar semula (Duncan & Lockwood 2008). Oleh itu, pengetahuan dan kreativiti amat penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan berkesan. RUMUSAN DAN IMPLIKASI Cabaran dalam melaksanakan pengajaran membaca menggunaakn kaedah fonik bertumpu kepada aspek guru dari segi mengajar kanak-kanak prasekolah, murid lemah dan

!)" "

meningkatkan pengetahuan dan bahan. Selain itu aspek harapan dari ibu bapa juga menjadi satu cabaran dalam melaksanakan pengajaran membaca.

Kepada guru-guru prasekolah, dapatan kajian membawa implikasi dari segi penguasaan pengetahuan dan pelaksanaan yang menunjukkan kaedah tersebut berkesan dan dapat meningkatkan pencapaian kanak-kanak dalam kemahiran membaca asas. Namun,

pengetahuan dan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.

Hubungan dalam bentuk komunikasi antara ibu bapa dengan guru memberikan kesan dalam perkembangan literasi kanak-kanak. Ibu bapa yang memberikan kerjasama dan sentiasa berkomunikasi dengan guru dapat mengetahui perkembangan anak-anak mereka dan sama-sama membantu dalam meningkatkan kemahiran membaca anak mereka.

Dari aspek pendagogi, kajian ini

menunjukkan pelaksanaan pengajaran membaca

menggunakan kaedah fonik telah dapat mempercepatkan penguasaan kanak-kanak dalam membaca asas. Kanak-kanak telah dapat membaca perkataan-perkataan, frasa dan ayatayat pendek dengan baik. Pelaksanaan pengajaran kaedah fonik yang tersusun dan

bersistematik juga mudah difahami guru dan sekaligus dapat diajarkan dengan berkesan dan memberi impak kepada pencapaian kanak-kanak.

Di Negara Brunei Darussalam, pendidikan prasekolah selama satu tahun adalah tempoh masa pembelajaran yang padat bagi kanak-kanak menguasai kemahiran-kemahiran yang telah digariskan dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Kanak-kanak

memerlukan masa yang secukupnya untuk belajar bahasa dan pembelajaran membaca adalah proses yang kompleks pada peringkat prasekolah.

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Abd Talib (2000). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Arnold, D.H., Zeljo, A. & Doctoroff, G.L. (2008). Parent involvement in preschool: Predictors and the relation of involvement to prelitery development. School Psychology Review 37 (1), 74-90.

!*" "

Berk, L. E. (2009). Child development (8th Edition). Boston: Allyn & Bacon. Christie, J. F., & Roskos, K. A. (2009). Plays potential in early literacy development. Encyclopedia on early childhood development. Centre of excellence for early childhood development. Dimuat turun pada 21 Ogos 2012, dari http://www.child.encyclopedia.com Darling, S. (2005). Strategies for engaging parents in home support of reading acquisition, interaction reading association. P 476-479. Dimuat turun pada 16 Februari 2012, dari http://westlake,kl2.oh.us/powpak/data/pauken/Files/Strategies_for_Engaging_Par ents_In_Home_Support_of_Reading_Acquisition.pdf. Duncan, J. & Lockwood, M. (2008). Learning through play: A work-based approach for the early years professional. New York: Continuum. Isahak Haron (2007). Monograf awal membaca bahasa Melayu: Kaedah gabungan bunyi kata untuk prasekolah dan pengajaran pemulihan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris Mohd Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Naimah Yusoff, Nor Hashimah Hashim & Hashim Othman (2011). Kemahiran bacaan awal Bahasa Melayu prasekolah. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahmad (2009). Buku panduan siri cepat membaca bacalah anakku. Kuala Lumpur: Maju Jaya Sdn. Bhd. Neuman, S. B. & Copple, C. (2004). Learning to read and write: Developmentally appropriate practices for young children. National Association for the Education of Young Children Washington D.C. Dimuat turun pada 21 Ogos 2012, dari http://www.pbs.org/teacherline/courses/rdla155/pdfs/c2s2_5devapprop.pdf Saayah Abu (2008). Menjadi guru tadika. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Senechal, M. & LeFebvre, J. (2002). Parental involvement in the development of childrens reading skill: A five year longitudinal study. Journal Child Development, 73 (2), 445-460. Shahizan Hasan & Ahmad Shahabudin Che Noh (2005). Panduan merancang aktiviti prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2012). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (2), 1-5. Dimuat turun pada 7 September 2012 dari http://www.ukm.my/jpbm/pdf/141-159%20Sharifah%20Nor%20&%20Aliza.pdf Sulaiman Masri (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan (esei, proposal, tesis). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

#+" "

Yahya Othman, Asiah Md Daud, Azmey Othman & dkk. (2011). Pelaksanaan pengajaran membaca menggunakan kaedah fonik peringkat prasekolah di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (1), 93 -109. Dimuat turun pada 20 Julai 2012 dari http://journalarticle.ukm.my/4643/ ____________ (2010). Kajian tentang kanak-kanak membaca. Dimuat turun pada 20 Februari 2012 dari zahirzainuddin.blogspot.com.

#!" "

Anda mungkin juga menyukai