Anda di halaman 1dari 17

740819015758001 HBML3103

PENGENALAN Sebagai seorang guru Bahasa Melayu,aktiviti berbalas pantun didalam bilik darjah sesuai dijalankan kerana aktiviti ini dapat memupuk kecerdasan minda dan kreativiti muridmurid.Contohnya dalam aspek penghasilan pantun yang baik .Semasa proses penciptaan atau penulisan berlaku pelajar akan mengggunakan kemahiran berfikir dan menjana idea yang bernas untuk mencipta sesuatu pantun itu. Penguasaan perbendaharaan kata pelajar itu sendiri dalam bahasa Melayu untuk membentuk atau mencipta ungkapan, perkataan dan ayat berdasarkan perlambangan yang dirasakan bersesuaian. Dengan ini dapat membentuk nilai-nilai murni dalam diri murid dan diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid-murid betapa pentingnya nilai-nilai yang positif dalam diri pelajar itu supaya mereka dapat mengaplikasikan nilai-nilai yang dipelajarinya dalam diri mereka. Ini sekaligus dapat membentuk jiwa pelajar menjadi seorang yang bukan sahaja berjaya dari segi akademiknya malahan juga mempunyai sifat-sifat keperibadian yang luhur dan budi pekerti yang mulia. Ini dapat memberi satu keyakinan dalam diri pelajar untuk terus bersaing dalam apa jua bidang yang diceburi mereka. Selain itu, ia juga dapat membentuk emosi melalui puisi klasik seperti pantun ini yang mana ia meliputi unsurunsur yang menggalakkan pelajar memahami perasaan orang lain di samping memperkayakan daya kretiviti atau kekretifan pelajar dalam mencipta dan mengembangkan pemikiran yang positif serta dapat memupuk semangat toleransi yang tinggi dalam jiwa murid-murid. Dalam melihat hubungkait antara peranan puisi klasik seperti pantun ini dari aspek penerapan nilai-nilai murni, tokoh pendidik, Wan Hashim Wan teh (2000:20) berkata, Menurut beliau lagi, semua genre sastera yang bermutu tinggi mempunyai nilai-nilai seperti kehalusan budi, meyemai sifat pengasih, saling menghormati dan merangsang pemikiran kretif. Nilai ini sekiranya dipupuk dalam seseorang individu itu dapat menghasilkan manusia yang dapat membendung sifat kebinatangan dalam dirinya untuk menjadi seorang yang berbudi pekerti tinggi, lemah lembut dan bertimbang rasa. Pendekatan estetik dalam pengajaran pantun yang memusatkan kegiatan murid-murid dalam bilik darjah kepada usaha membawa, melibatkan dan membimbing murid supaya dapat bersama-sama menikmati, merasai, menghayati estetikanya, memahami isi dan maksud serta menilai pantun sebagai sebuah karya seni. Bagi melaksanakan aktiviti berkenaan guru boleh
1

740819015758001 HBML3103

membentuk pelajar kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan Kumpulan B. Kedua-dua kumpulan ini akan bersedia menjawab pantun masing-masing.Untuk aktiviti berbalas pantun,pantun empat kerat sahaja digunakan.Di sebalik pengajaran dan pembelajaran pantun juga ia mampu melahirkan seorang pelajar yang berhemah tinggi dan menghormati diri sendiri dan orang lain. Ini kerana, pantun itu lahir dalam pelbagai bentuk iaitu pantun nasihat, adat, agama, jenaka dan sebagainya. Melalui pantun juga kita boleh membentuk nilai murni seperti bekerjasama. Contohnya dalam pertandingan pantun anatara satu kumpulan dengan kumpulan yang lainyang memerlukan mereka bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan kemenangan bagi setiap kumpulan berkenaan. Di samping itu, penggunaan puisi klasik juga dapat menggarap idea pelajar secara spontan terutama bagi mereka yang terlibat dalam sesuatu pertandingan puisi klasik seperti berbalas pantun ini. Penggarapan idea ini bukan sahaja membantu pelajar mahir dalam berfikir tetapi juga dapat melahirkan pelajar yang petah berhujah atau berpidato kerana kedua-dua aspek ini lebih menekankan penyampaian hujah secara spontan. Ini menunjukkan satu petanda yang baik dalam arus pendidikan negara khususnya dengan penerapan unsur-unsur KOMSAS dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

DEFINISI PANTUN Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara disamping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.Pantun merupakan puisi Melayu lama yang menggambarkan kehalusan budi dan keperihatinan masyarakat pada waktu itu terhadap alam dan ruang lingkup budayanya. Ruang lingkup budaya masyarakat Melayu lama bukan sekadar berkisar dalam diri, antara lainnya seperti sedih , hiba, sayu, kasih dan benci tetapi melebar kepada soal-soal sindiran, kiasan. Cinta tanah air, pelayaran., ekonomi dan hubungan diplomatik. Pantun adalah sesuatu yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang

740819015758001 HBML3103

mereka sejak zaman yang lampau. Ia mengambarkan cara-cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Pantun terdiri daripada dua bahagian pertama berfungsi sebagi pembayang maksud dan bhagian kedua berfungsi menerangkan maksud atau isi pantun. Pantun terdiri daripada dua baris dan ini dipanggil pantun 2 kerat, 4 kerat, 6 baris 8,10,12 dan 14. Ramai pengkaji telah membuat kajian yang mendalam tentang pantun. Antaranya ialah Pijnapp, Hoessin Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad (Zaba), Wilkinson, Winstedt, Van Ophuijsen dan Harun Mat Piah. Terdapat pendapat dikalangan mereka yang mengatakan bahawa pantun mempunyai pelbagai bahasa di Nusantara seperti toen (bahasa Sunda), tuntun (bahasa Pampanga), tonton (bahasa Tagalog), tuntun, atuntun, matuntun (bahasa Jawa), panton (bahasa Bisaya) dan pantun (bahasa Toba). Walau bagaimanapun pengertian kata-kata tersebut dalam bahasa-bahasa yang berlainan itu tidak jauh berbeza. Menurut (Kamus Dewan Edisi Ketiga:977) pantun ialah puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap( dua baris pertama merupakan pembayang dan dua baris lagi adalah maksudnya). Mengikut Wikipedia, ensiklopedia bebas,Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

740819015758001 HBML3103

Menurut kamus Ensiklopedia Malaysiana (Jilid 9:377) mengatakan pantun ialah puisi tradisi Melayu iaitu puisi tulen milik orang Melayu semenjak mereka belum tahu membaca dan menulis. Pantun menjadi pengucapan bagi menyampaikan fikiran yang hiba, sedih, sayu,, gembira, rindu dendam dan lain-lain terhadap seseorang atau mengenai sesuatu perkara. Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud sama ada secara konkrit atau abstrak. Berdasarkan pada aspek isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampir seluruh kehidupan masyarakat melayu. Daripada penelitian terhadap isi juga telah membawa kepada pengelompokan pantun yang lebih sistemetik. (Harun Mat Piah, 1989:63), seperti pantun kanak- kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun tekateki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun agama dan kepercayaan, pantun adat, pantun peribahasa, pantun naratif atau cerita dan sebagainya. Menurut Mohd Taib Osman, (1996) menerusi buku beliau iaitu Ilmu Mengarang Melayu(Jawi) muka surat 250-61, Dr Pendeta Zaba menyatakan bahawa makna asal kekata pantun itu ialah: seperti atau umpama , kemudian pantun itu dipakai dengan makna perumpamaan. Namun demikian, ramai menganggap bahawa pantun ialah sejenis karangan berangkap yang terbahagi dua iaitu sebahagiannya pembayang maksud dan sebahagian lagi ialah maksud yangsebenarnya, seperti yang kita fahami sekarang. Pantun juga adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria. Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berlegar-legar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pramoden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain.

740819015758001 HBML3103

JENIS-JENIS PANTUN. Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Jenis pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan.Berikut ialah contoh-contoh pantun:

Pantun Dua Kerat Ada ubi ada batas, Ada budi ada balas. Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan merana.

Pantun Empat Kerat Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Sebab kasih saya turutkan.

740819015758001 HBML3103

Pantun Enam Kerat Apa didapat orang memburu, Dapat rusa jantan betina, Sedang bersembunyi di celah batu; Bila mendapat bunga yang baru, Bunga yang lama tiada berguna, Adat dunia sudah begitu. Bukan cempedak kami katakan, Buah delima dalam pasu, Pisau lipat baru diasah; Bukankah telah kami katakan, Pandang pertama cinta palsu, Tiada dapat dibawa bersusah.

Pantun Lapan Kerat Rumpun rotan di kota alam, Ditebang dibelah empat, Tumbuh serumpun di seberang, Selasih muara sungai; Penglihatan usah diperdalam, Pandang nan usah dipertepat, Adik di dalam tangan orang, Maksud rasa tak akan sampai. Dini hari melawat pusara, Bawa merbah bersama emas, Nenas terletak di tepi belana, Belanga China bersalut arang, Benihku cari disemai mesra, Semaian bercambah menjelma tunas, Kemudian subur indah berbunga, Malangnya bunga digetu orang

740819015758001 HBML3103

Pantun sepuluh kerat

Baju dastar kesumba, Seluar gunting petani, Jahitan nyonya kampung Erah, Di hilir pasar Kampung Melaka, Singgah di rumah nakhodanya, Batang emas dahan suasa, Buahnya intan dengan padi, Bunga diisap burung merak, Pipit hendak hinggap di rantingnya, Adakah boleh oleh yang punya.

Pantun Dua Belas Kerat Anak jintayu dari hulu, Disambar ombak Laut Cina, Dibawa terbang ke perahu, Hinggap minum ke muara, Anak ikan berkeliaran; Kamilah tahu dari dahulu, Adik jauhari bijaksana, Membuhul tidak membeku, Mengulas tidak mengesan, Meratap langit dengan bicara, Bumi tidak ketirisan. Rotan sepatah dua patah, Tarik kerakap batang padi, Dibawa Sutan dari Judah, Padi yang jangan digemparkan, Kalau gempar antara gugur, Bila gugur masuk perigi; Tuan di Mekah di Madinah, Naik akhirat batu haji, Tegak berdiri Rasulullah, Kami yang jangan dilupakan,
7

740819015758001 HBML3103

Kalau lupa antara tidur, Dalam tidur menjadi mimpi. Pantun memiliki banyak jenis. Setiap jenis pantun mengusung makna yang berbeda dengan jenis pantun lainnya. Adapun jenis-jenis pantun ini meliputi: pantun adat, pantun agama, pantun budi, pantun jenaka, pantun kepahlawanan, pantun kiasan, pantun nasihat, pantun percintaan, pantun peribahasa, pantun perpisahan, dan pantun teka teki. Berikut ini beberapa jenis pantun beserta ciri-cirinya.

1. Pantun Adat

Salah satu jenis pantun yang kita kenal adalah pantun adat. Ciri-ciri dari pantun adat adalah isinya yang selalu berkenaan dengan adat istiadat. Berikut adalah salah satu contoh pantun adat.

Lebat daun bunga tanjung Berbau harum bunga cempaka Adat dijaga pusaka dijunjung Baru terpelihara adat pusaka

2. Pantun Agama

Jenis pantun yang kita kenal berikutnya adalah pantun agama. Ciri-ciri dari pantun agama adalah selalu menekankan isinya kepada hal-hal yang berkaitan dengan agama. Berikut adalah salah satu contoh pantun agama.

Banyak bulan perkara bulan Tidak semulia bulan puasa Banyak tuhan perkara tuhan Tidak semulia Tuhan Yang Esa

740819015758001 HBML3103

3. Pantun Budi Masyarakat Melayu memandang tinggi akan budi sehingga tutur kata yang halus dianggap sebagai budi bahasa dan tata kelakuan yang baik disebut budi pekerti. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu sentiasa berusaha berbudi tanpa mengharapkan balasan. Melalui pantun, pesanan tentang budi disampaikan. Contoh:

Diantara padi dengan selasih Yang mana satu tuan luruhkan Diantara budi dengan kasih Yang mana satu tuan turutkan

4. Pantun Jenaka Pantun jenaka yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran, keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya. Pantun ini bertujuan untuk mendidik dalam suasana gembira.

Contoh:

Orang Rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang; Hilang semangat penghulu itik, Melihat ayam lumba berenang

5. Pantun Kepahlawanan

Jenis pantun lain adalah pantun kepahlawanan. Ciri-ciri dari pantun pahlawan adalah selalu mengusung tema kepahlawanan. Berikut adalah contohnya.
9

740819015758001 HBML3103

Redup bintang haripun subuh Subuh tiba bintang tak nampak Hidup pantang mencari musuh Musuh tiba pantang ditolak

6. Pantun Kiasan

Jenis pantun berikutnya adalah pantun kiasan. Ciri-ciri pantun kiasan ini adalah selalu mengusung kiasan-kiasan tentang suatu hal. Berikut adalah salah satu contohnya.

Disangka nenas di tengah padang Rupanya urat jawi-jawi Disangka panas hingga petang Kiranya hujan tengah hari

7. Pantun Nasihat

Jenis pantun yang berikutnya adalah pantun nasihat. Pantun ini selalu mengusung nasihat-nasihat kebaikan dalam setiap isinya. Berikut adalah salah satu contohnya.

Parang ditetak kebatang sena Belah buluh taruhlah temu Barang dikerja takkan sempurna Bila tak penuh menaruh ilmu

10

740819015758001 HBML3103

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh: Masa: Tahun: Bilangan Murid : Tema : Tajuk Pelajaran: Objektif:

3 SEPTEMBER 2013. 8.30-9.30 ( 60 minit ) 6 Amanah 40 orang. Pantun Budi "Meneroka Rahsia Alam"

Pada akhir pelajaran murid dapat : i. Menghasilkan suatu puisi yang memperlihatkan kreativiti yang tinggi berdasarkan pemikiran dan gaya bahasa. ii. Melafazkan pantun dengan intonasi yang betul. iii. Menggunakan kata-kata puitis untuk membina ayat penyata. Fokus Utama : 5.2

Membaca kuat teks prosadan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 3 (i) Membaca teks pelbagai laras bahasa dengan lancar,sebutan,intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

Fokus Sampingan : 9.2 Aras 1 (i) Menyampaikan maksud yang tersirat dan tersurat berdasarkan bahan yang dikemukakan dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai. Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menonton acara berbalas pantun.

11

740819015758001 HBML3103

Sistem Bahasa : Tatabahasa : Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Kosa kata :Pantun empat kerat

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Nilai : Cinta akan negara, kesetiaan, bersyukur, berani, , sayang- menyayangi, semangat perpaduan, bekerjasama, menghargai jasa.

Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir : menjana idea, menyenaraikan, menyatakan sebab. Belajar Cara Belajar : mengumpul maklumat. Teori Kecerdasan Pelbagai : verbal linguistik, interpersonal. KMD : Strategi membuat ramalan.

Bahan Bantu Mengajar : Gambar Bersiri . Slaid Kad ayat. Carta bacaan dan LCD.

12

740819015758001 HBML3103

Langkah & Masa. Set Induksi (5 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Slaid Adat Peminangan .

- Guru memaparkan slaid adat peminangan. - Soal jawab guru- murid mengenai paparan slaid. - Murid digalakkan berbual dengan rakan berdasarkan situasi yang ditunjukkan dalam paparan slaid. - Bersoal jawab tentang berbalas pantun dalam adat meminang.

TKP -Verbal linguistik -Interpersonal Strategi - Berpusatkan murid K. Berfikir - Menjana idea BSM - LCD -Komputer Teknik: -Soal jawab

Langkah 2 ( 15 minit)

Ayat Penyata

Murid-murid diminta membincangkan baris pantun yang berbentuk ayat penyata yang puitis

Kemahiran Berfikir: Menjana Idea

Langkah 3 (25 minit)

Pantun empat kerat untuk berbalas Pantun Temanya:Pantun Budi (Rujuk lampiran)

- Murid dibahagikan kepada dua kumpulan: - Kumpulan 1 mempunyai empat orang peserta dan - Kumpulan 2 juga mempunyai empat orang peserta. -Kumpulan 1 menjual pantun dan kumpulan 2 akan membeli pantun tersebut. -Kemudian kumpulan 2 menjual pantun dan
13

. Berfikir: - Menjana idea - Menyenaraikan - Mencatat TKP: - Verbal linguistik - Interpersonal Ilmu: - P. Sivik & Kewarganegaraan Nilai: - Teliti - Prihatin - Bekerjasama

740819015758001 HBML3103

kumpulan 1 pula membeli pantun tersebut sehingga peserta yang keempat.

Penutup (5 minit)

Penilaian

-Kumpulan yang berjaya membaca pantun dengan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai akan memenangi acara berbalas pantun ini.

Nilai: Bersyukur

KEBAIKAN PEMILIHAN AKTIVITI BERBALAS BERPANTUN DIDALAM BILIK DARJAH .

1.

Melatih murid supaya peka terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa yang ada

dalam pantun. Kesedaran murid-murid terhadap unsur ini membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang bernilai dalam kehidupan. 2. Untuk melatih mereka memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai

makna yang terdapat dalam pantun empat kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran berbahasa mereka. 3. Membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea,

mesej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun empat kerat dengan cekap dan pantas. Ini membantu menambah kecekapan kefahaman mereka. 4. Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami maksudnya

secara keseluruhan. Kegiatan ini boleh mendorong murid-murid memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni mereka. 5. Melatih murid-murid untuk menghasilkan pantun empat kerat ciptaan sendiri yang

semakin dilupakan masyarakat. Dengan adanya unsur-unsur kesusasteraan yang membentuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar itu diharapkan dapat memberi kesedaran kepada pelajar

14

740819015758001 HBML3103

betapa pentingnya nilai-nilai yang positif dalam diri pelajar itu supaya mereka dapat mengaplikasikan nilai-nilai yang dipelajarinya dalam diri merek. 6. Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokkan

kerana terdapatnya unsur berhibur.

KELEMAHAN PEMILIHAN AKTIVITI BERBALAS PANTUN DIDALAM BILIK DARJAH. 1. Aktiviti berbalas pantun memerlukan masa yang panjang,jadi kurang sesuai aktiviti ini

dijalankan didalam bilik darjah.

2.

Aktiviti berbalas pantun memerlukan perancangan yang teliti dan ini melibatkan aspek

perancangan dan penyediaan yang khusus serta ketelitian dan sistematik.Sekiranya guru gagal membuat persediaan yang teliti,aktiviti ini tidak dapat dijalankan dengan lancar dan menarik. 3. Aktiviti berbalas pantun ini tidak melibatkan semua murid didalam kelas.Murid yang Aktiviti berbalas

sederhana dan lemah akan terus ketinggalan dan rasa dipinggirkan4.

pantun biasanya memerlukan tempat atau ruang yang besar seperti dewan.Jika berbalas pantun ini dijalankan didalam bilik darjah adalah tidak sesuai kerana murid tidak dapat belajar dengan lebih selesa. 5. Aktiviti ini memerlukan dua pihak sahaja berkomunikasi.Ini membuatkan murid yang

tidak terlibat berasa bosan dengan aktiviti berbalas pantun tersebut.

15

740819015758001 HBML3103

KESIMPULAN Penggunaan bahan puisi seperti pantun sebagai bahan pendidikan antara lain adalah untuk melahirkan pelajar yang berkemampuan dalam menghasilkan bahan sastera di samping dapat menguatkan lagi penguasaan bahasa yang kreatif dan kritis dalam aspek penulisan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Penggunaan bahan puisi sebagai bahan pendidikan ini dapat menambah minat pelajar terhadap pelajaran malah pelajaran tidak hanya tertumpu pada aspek karangan, tatabahasa dan aspek-aspek lain sahaja malahan turut memuatkan aspek kesusasteraan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini kerana, pelajar sudah mempunyai pengetahuan yang sedia ada dalam diri pelajar itu terhadap bahan puisi ini. Ia diperkukuhkan lagi oleh Robert C. Pooley yang menjelaskan: Kedudukan puisi dalam pendidikan juga memperlihatkan gabungan dua unsur iaitu penyediaan bahan dan tenaga guru atau pendidik. Ini melibatkan aspek perancangan dan penyediaan yang khusus serta ketelitian dan sistematik. Bagi memenuhi keperluan ini, hendaklah dimulai dengan pemahaman tentang kandungan kurikulum atau sukatan pelajarannya berdasarkan falsafah,tujuan atau objektif pendidikannya. Menurut Dharmawijaya (1998:232), dalam proses penyediaan bahan perlu melibatkan gabunganantara pencipta puisi, pakar pendidikan dan juga pakar bahasa. Penggabungan ketiga-tiga unsur ini dapat memberi satu alternatif yang boleh mencapai kesesuaian, ketepatan dan kepentingan mutunya. Sebagai pendidik atau guru keperluan dalam menguasai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran bahan kesusasteraan amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran nanti. Tegasnya lagi, guru sewajarnya mempunyai kesedaran serta bersedia mengakui potensi kreatif para pelajar iaitu menghargai setiap pertanyaan dan idea mereka. Guru juga berperanan sebagai pembimbing atau pemimpin ke arah perkembangan bakat dan kemampuan intelek, bukan sahaja menjadi agen atau penyampai ilmu pengetahuan yang agak kaku dan mudah membosankan.

16

740819015758001 HBML3103

RUJUKAN

Annas Haji Ahmad. (1998). Sastera Melayu Lama dan Baru. Selangor : Masa Ea Ah Meng. (1994). Sekolah dan Bilik Darjah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Nadzeri Isa. (2013). HBML3103 Pengajaran Komsas Dalam Bahasa Melayu, Selangor: Open Universiti Malaysia.
http://aliashamzah2095.blogspot.com/p/jenis-jenis-pantun.html

Enterprise

http://norasnizaabdullah.blogspot.com/2011/11/penggunaan-pantun-dalam-p-tatabahasa.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantun

http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1175 http://ramlibahasa.blogspot.com/2013/04/definisi-pantun.html http://amalina-yuyaa.blogspot.com/2012/06/definisi-pantun.html

17