Anda di halaman 1dari 4

TEKS MAJLIS TAUTAN KASIH IBU BAPA DAN GURU UPSR 2013 SKR Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia,

Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wanku, Pegawai Penyelaras Pembangunan Dun Rhu Rendang, diiringi oleh Yang Berusaha encik Zakaria bin Omar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rusila. Hadirin diminta berdiri.. Hadirin dan hadirat dijemput duduk. BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T Dimulakan lafaz dengan nama Allah Ya Ilahi, Dimohonkan limpahan berkat, akan segala nikmat yang diberi, Diucapkan puji-pujian kepada Allah, dengan sebenar-benarnya puji, Diiringi sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi. Yang Berbahagia, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wanku, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Marang Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Marang Yang Berusaha, Encik Zakaria bin Omar Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rusila. Yang Dihormati, Encik Hassan Bin Jusoh Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Rusila Yang dihormati, Guru-guru Penolong kanan, ahli ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru, ibu bapa dan muridmurid tahun 6, serta warga dewan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia-Nya jua, kita dapat berkumpul dalam program tautan kasih ibu bapa dan guru UPSR 2013. Selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah dalam menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan, Sebelum majlis bermula, marilah kita sama-sama menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah kepada yang Esa.. Dengan itu, dipersilakan Ustaz Ahmad shamsuddin bin Mat untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *********** (Doa) Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Ahmad shamsuddin bin Mat atas bacaan doa itu tadi. Hadirin tuan-tuan dan puan-puan warga dewan yang dihormati, Seterusnya, majlis dengan hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Encik Zakaria bin Omar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rusila untuk menyampaikan ucapan alualuan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ************(Ucapan Guru besar) Demikianlah tadi para hadirin sekalian, ucapan alu-aluan dari Yang Berusaha Encik Zakaria bin Omar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rusila. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih. Warga dewan yang budiman, Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang dihormati Encik hassan bin Jusoh, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Rusila bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ************(Ucapan ydp)

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang dihormati Encik hassan bin Jusoh, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Rusila atas ucapan sebentar tadi. Hadirin sekalian, Seterusnya, majlis dengan hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wanku, Pegawai Penyelaras Pembangunan Dun Rhu Rendang, untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Ucapan PPD) Demikianlah tadi para hadirin sekalian, ucapan dari Yang Berbahagia Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wanku, Pegawai Penyelaras Pembangunan Dun Rhu Rendang. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih. Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang dirahmati Allah sekalian, kini tibalah masanya untuk kita sama-sama menyaksikan pula acara Penyampaian sijil kepada murid-murid tahun 6 yang telah berjaya mendapat keputusan 4A dan 5A dalam ujian sumatif 1. Bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil tersebut, pihak majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Zakaria bin Omar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rusila untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wanku, Pegawai Penyelaras Pembangunan Dun Rhu Rendang untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan. Bagi pencapaian 5A dalam ujian Sumatif 1, dipersilakan .................................................... Bagi pencapaian 4A, dipersilakan SITI KHAIRUNNISA BINTI NGAH dipersilakan NUR ATIQAH LIYANA BINTI ABU BAKAR seterusnya, dipersilakan NURUL FAEQAH BT MAZALAN ......................................... Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wanku, Pegawai Penyelaras Pembangunan Dun Rhu Rendang atas kesudian beliau menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar cemerlang sebentar tadi. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar calon UPSR 2013. Dengan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Mohd Haikal bin Mohd Azizi, ketua murid untuk memimpin bacaan ikrar dengan diiringi oleh semua ketua dan penolong kelas tahun 6. Dipersilakan. Semua murid diminta berdiri. **************(Bacaan Ikrar) Demikianlah tadi para hadirin sekalian, bacaan ikrar calon UPSR 2012 yang dipimpin oleh Mohd Haikal bin Mohd Azizi, ketua murid Sk rusila. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

Dengan berakhirnya acara tadi, maka berakhirlah sudah sesi pertama program tautan kasih ibu bapa dan guru UPSR 2013. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ibu bapa yang mengambil cakna dan prihatin dengan kecemerlangan anak-anak.. kepada semua pelajar-pelajar cemerlang hari ini, jadikanlah kejayaan hari ini sebagai pembakar semangat untuk menjadi lebih maju dan gemilang di masa akan datang. InsyaAllah. Sesi seterusnya ialah tandatangan aku janji calon upsr 2013 bersama ibu bapa mengikut kelas masing-masing. Setelah selesai, ibu bapa diminta untuk menandatangani dan menulis kata-kata semangat pada banner yg tlh disdiakan di blakang dwn..semua murid diminta berdiri untuk mengiringi ibu bapa masing2. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wanku, Pegawai Penyelaras Pembangunan Dun Rhu Rendang, Dif-dif jemputan untuk ke jamuan ringan. Ibu bapa juga dijemput untuk ka jamuan ringan setelah selesai sesi tandatangan. Akhir kata, saya sudahi dengan wabillahi taufik wak hidayah..Assalamualaikum wbr................

Anda mungkin juga menyukai