Anda di halaman 1dari 3

2.0. Fungsi Penanda Wacana.

i.Sebagai penghubung tambahan. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan terhadap sesuatu tambahan perkara dalam yang bahasa diperkatakan Melayu ialah

sebelumnya.Antara

penghubung

dan,malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya. Contohnya : Tugasnya sebagai wartawan di salah sebuah syarikat penyiaran benar-benar member pengalaman kepadanya kerana dia sering diberikan tugasan di luar Bandar. Malahan dia juga berpeluang melawat negara-negara luar seperti Thailand dan juga India untuk menjayakan rancangan dokumentari itu.

Contoh: Apatah lagi sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa 6 Jun lalu, rakyat tertunggu-tunggu apakah pelan perlindungan dan jaringan keselamatan untuk mereka.

ii) Sebagai penghubung urutan Contoh: Selepas dua tahun dan tiga bulan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK) dibentangkan, semalam rakyat diberitahu mengenai perkembangan yang dicapai sepanjang tempoh tersebut.

iii) Sebagai penghubung contoh Contoh: Penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, kemudahan kesihatan, program pembasmi kemiskinan, pendidikan, perumahan kos rendah dan keselamatan awam mendahului senarai keutamaan.

iv) sebagai penghubung waktu. Penanda penghubung tempoh atau waktu ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Contoh penanda penghubung tempoh ialah pertama, kedua, ketiga, kemudian, selanjutnya dan sebagainya. Contohnya: Pada peringkat awal pendakian, ramai di kalangan ahli kami yang kepenatan. Kemudian, kami berhenti rehat untuk jangka waktu yang panjang dan selepas itu, kami teruskan pendakian. Akhirnya, berbekalkan semangat juang yang tinggi kami berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu tepat jam 6.30 pagi. Contoh: Kini segala-galanya terpulang kepada rakyat untuk menilai sejauh mana komitmen kerajaan mengangkat taraf hidup mereka dan menyatakan sokongan supaya projek-projek tersebut dapat diteruskan.

v) Sebagai penghubung pertentangan. Penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat sebelumnya dalam sesebuah wacana. Antara contoh penanda penghubung tentangan ialah tetapi, sebaliknya, namun dan walau bagaimanapun. Contohnya : Penghuni benua Amerika suatu ketika dahulu bukanlah kaum kulit putih dan berambut perang. Sebaliknya, mereka merupakan kaum yang berambut panjang dan hitam. Contoh: Biarpun belum menjangkau tiga tahun namun ada kejayaan yang dilakar dalam laporan Kajian Separuh Penggal yang diperincikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat.

Anda mungkin juga menyukai