Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN Matematik merupakan satu bidang ilmu yang dapat melatih pemikiran kognitif pelajar untuk berfikir secara

logik dan bersistematik. Manakala, kurikulum pula merupakan skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institut pendidikan seperti di sekolah yang mencakupi pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Oleh itu, kurikulum matematik merujuk kepada skop dan isi kandungan mata pelajaran matematik yang di ajar di sekolah yang mencakupi beberapa objektif dan hasil pembelajaran yang perlu dicapai sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kurikulum matematik sentiasa dikemaskini dan diperbaharui kerana mengalami perkembangan yang dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti perkembangan ilmu,

pembangunan dan perkembangan dunia, politik dan sebagainya. Berdasarkan sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kurikulum pendidikan matematik telah beberapa kali mengalami perubahan yang melibatkan beberapa jawatankuasa utama yang menghasilkan beberapa laporan dan dasar yang membawa kepada perkembangan kurikulum matematik. PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA Sistem pendidikan matematik di Malaysia bermula sejak sebelum kedatangan British (1400-1786) yang telah dijalankan secara tidak formal dan dikenali sebagai Ilmu Hisab. Di sinilah bermulanya pengenalan kepada pendidikan matematik dalam sistem pendidikan negara. Pada era sebelum 1956, pendidikan tidak formal dilaksanakan seperti pembelajaran matematik yang dijalankan di rumah melalui ibu bapa. LAPORAN RAZAK 1956 Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi mula dilaksanakan pada tahun 1956 setelah penubuhan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Laporan Razak membincangkan isu pendidikan Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu sebagai persediaan untuk membentuk sebuah negara merdeka. Laporan Razak mencadangkan supaya semua sekolah kerajaan menggunakan kurikulum yang sama, sistem peperiksaan yang sama dan bahasa pengantar yang sama. Usaha ini adalah untuk menyediakan ruang pendidikan yang sewajarnya kepada semua kaum.

LAPORAN PROJEK KHAS 1970 Kurikulum matematik mengalami perubahan yang besar pada era 1970-an. Pada tahun

1968, KPM telah menubuhkan satu projek yang dikenali sebagai Projek Khas dibawah penerajuan Encik Abu Hassan Ali bertujuan untuk meningkatkan kualiti pelajaran matematik dan sains di sekolah supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negaranegara maju yang lain. Di samping itu, khidmat guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang telah dilatih di luar negara digunakan sepenuhnya untuk membantu mereka cipta bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tambahan lagi, kaedah P&P yang berpusatkan guru diperkenalkan serta pembelajaran inkuiri penemuan seperti yang dicadangkan oleh teori Bruner turut digalakkan. Walau bagaimanapun, hanya terdapat sedikit sahaja perubahan dalam kurikulum matematik. Pada tahun 1970, 30 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur dipilih bagi menjalankan kajian rintis. Projek Khas ini mula diperkenalkan di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat setelah hasil dapatan kajian rintis diperoleh dan sedikit

penambahbaikkan telah dilakukan supaya ianya dapat dilaksanakan dengan lebih mantap. PROGRAM MATEMATIK MODEN 1970 Program Matematik Moden telah diperkenalkan pada tahun 1970 bertujuan untuk memperkenalkan tajuk-tajuk moden seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Sukatan matematik moden digubal berdasarkan kepada kurikulum British School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Groups (SMG). SMP dan SMG dipilih kerana sukatan pelajaran matematik di Malaysia sering diselaraskan dengan sukatan pelajaran matematik yang dikembangkan oleh lembaga peperiksaan Cambridge di Britain serta ianya lebih sesuai untuk pelajar. Selain itu, pendekatan tradisi juga digantikan dengan kaedah semasa iaitu kaedah P&P yang berpusatkan pelajar. Dua buah buku teks turut diterbitkan pada tahun 1974, iaitu Matematik Moden Tingkatan 4 dan Matematik Moden Tingkatan 5. Topik-topik baru ditambah seperti pemetaan, transformasi geometri, matriks, dan statistik bagi meningkatkan kualiti kurikulum matematik serta diperkenalkan ke dalam pendidikan matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Seterusnya pada tahun 1978, sukatan matematik moden dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 telah disatukan.

KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH 1983 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1983 bagi

menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). KBSR bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama kepada pelajar bagi memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Matematik KBSR mementingkan perkembangan kemahiran mengira di kalangan pelajar dan juga penguasaan kemahirankemahiran asas KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH 1989 DAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH 1994 Selepas penggubalan KBSR, KPM telah mengkaji kurikulum peringkat menengah dan memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1989). Matlamat utama matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitik, bersistematik dan kritis, berkemahiran pengetahuan. Selanjutnya, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1983) ditukarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1994. Matlamat utama pendidikan matematik dalam KBSR adalah untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira.Dengan ini, diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian berasakan pengetahuan matematik yang diperoleh. KBSR dan KBSM digubal selepas Laporan Jawatankuasa Kabinet dikeluarkan dan berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, strategi P&P pula menglibatkan aktiviti berkumpulan mengikut tahap kecerdasan atau pelbagai kebolehan dan kecenderungan. Strategi ini menggalakan pelajar untuk berinteraksi dan mencuba sendiri dengan bimbingan guru. Dari segi penilaian, ianya dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu penilaian formatif, penilaian sumatif dan penilaian kemajuan. dalam penyelesaian masalah den berkebolehan menggunakan ilmu

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS PPSMI 2003 Kurikulum pendidikan matematik mengalami perubahan sekali lagi pada Januari 2003

dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Tahun 1 bagi Sekolah Rendah dan Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 bagi Sekolah Menengah. Rasional pembelajaran dalam Bahasa Inggeris bertujuan untuk memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di samping memudahkan pelajar mengakses maklumat secara global seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, PPSMI dimansuhkan mulai tahun 2012. Penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya akan dilaksanakan pada tahun 2016 bagi Sekolah Rendah dan 2021 bagi Sekolah Menengah. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 2011 Kini, kurikulum pendidikan matematik mengalami perubahan sekali lagi dengan pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 yang dimulai dengan Tahun 1. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang berasakan standard akan mula dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan 1 pada tahun 2017. Dokumen standard KSSR berasakan kepada dua komponen iaitu standard kandungan dan standard pembelajran. KSSR memberi penekanan kepada kemahiran seperti penaakulan, kreativiti, inovasi dan

keusahawanan. Pendekat teknik P&P adalah berunsurkan interaktif dan lebih menarik. Rancangan KSSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 4M iaitu membaca , menulis, mengira dan menaakul.

Anda mungkin juga menyukai