Anda di halaman 1dari 29

PEMARKAHAN 1. 2. 3.

TUGASAN 1 TUGASAN 2 FORUM JUMLAH

KBK 3073 MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS


ESEI ILMIAH

TUGASAN 2

KUMPULAN: EL N01 ( A122PJJ)

DISEDIAKAN OLEH: NAMA FARIDAH BT HAMID NO. ID D 20112052808

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK MOHAMED FAWZI BIN YUSOF

TARIKH SERAH: 15 MEI 2013

ISI KANDUNGAN PERKARA ISI KANDUNGAN SEKILAS BICARA 1.0 PENGENALAN 2.0 TEORI KECERDASAN PELBAGAI 3.0 JENIS KECERDASAN PELBAGAI KECERDASAN KINESTETIK KECERDASAN INTERPERSONAL KECERDASAN INTRAPERSONAL KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK KECERDASAN VISUAL-RUANG KECERDASAN NATURALIS KECERDASAN MUZIK KECERDASAN EKSISTENSIALIS .......... .......... .......... .......... .......... .......... .......... .......... .......... .......... .......... .......... .......... .......... .......... M/S 1 2 3 4 5 5 6 7 7 8 9 10 10 11 12-15

4.0 PERANAN IBUBAPA DALAM MEMBENTUK KANAKKANAK PINTAR CERDAS 5.0 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BOLEH DILAKSANAKAN TERHADAP KANAKKANAK PINTAR CERDAS KURIKULUM PELAJAR PINTAR CERDAS CIRI DAN KEPERLUAN KANAK-KANAK KAEDAH PECUTAN KAEDAH PENGAYAAN KAEDAH PENGELOMPOKAN KAEDAH KOPERATIF

..........

16

.......... .......... .......... .......... .......... .......... ..........

16 16 17 18 21 22 24

6.0 MASALAH SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS 7.0 KESIMPULAN RUJUKAN

.......... ..........

26 27

SEKILAS BICARA Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, berjaya juga saya menyempurnakan tugasan pada kali ini, walaupun pada hemat saya ianya agak mencabar. Berhadapan dengan kekangan masa dan beban tugas hakiki sebagai guru, ia juga adalah sebahagian lagi masalah. Walau bagaimanapun saya tetap berazam untuk terus

menyiapkan tugasan. Kebarangkalian, inilah hakikat yang perlu dihadapi dalam melaksanakan Kursus Program Jarak Jauh. Bersyukur dan ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga buat pensyarah saya iaitu Encik Mohamed Fawzi bin Yusof, walaupun tidak pernah bersua, namun dengan notanota, panduan serta modul yang dihantar oleh beliau melalui MyGuru banyak membantu saya dalam melaksanakan tugas ini. Di samping itu, maklumat dan ilmu yang disampaikan oleh tutor di pusat Kolej Mara Seremban, turut menyumbang idea dalam menyiapkan tugasan ini. Melalui tugasan ini, sedikit sebanyak ia dapat menambah kefahaman saya tentang anakanak berkeperluan khas. Andai satu hari nanti saya berpeluang mengajar anak-anak

istimewa ini, saya berharap yang saya mampu berhadapan dan dapat mempertingkatkan kemajuan diri mereka selaras dengan matlamat dan misi KPM untuk melahirkan generasi yang seimbang dan boleh menyumbang kepada masyarakat secara positif dan konstruktif pada masa akan datang. Justeru, sebagai pengakhiran pendokumentasian saya ini , saya

berharap agar pensyarah saya iaitu Encik Mohamed Fawzi bin Yusof akan berpuas hati dengan apa yang telah saya bentangkan di dalam tugasan kali ini.

1.0 PENGENALAN Kecerdasan merupakan sesuatu kebolehan menguasai sesuatu perkara dengan cepat, dan memahami perkara yang kompleks. Terdapat pelbagai jenis kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang seperti kecerdasan bahasa, muzik, pergerakan, visualisasi dan lain-lain. Setiap individu yang memiliki kecerdasan ini mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Individu ini mempunyai kecenderungan untuk mengembangkan bakat atau kebolehan yang mereka perolehi sekiranya dilatih dan diasah dengan cara yang betul, Walau bagaimanapun, kecerdasan ini tidak akan menyerlah sekiranya ia tidak digilap atau dibiarkan mati tanpa tunjuk ajar yang seharusnya. Di negara kita, individu yang memiliki sesuatu kecerdasan jarang ditemui dan diiktiraf kemampuan mereka kerana kita tidak didedahkan dengan ilmu mengenai ilmu pintar cerdas. Secara amnya, terdapat tujuh jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh seseorang. Individu yang memiliki kecerdasan sesuatu bidang akan menunjukkan kecemerlangan dalam bidang tersebut. Penghargaan boleh dilakukan bagi menggalakkan perkembangan individu tersebut. Menurut kamus dewan, kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal (untuk berfikir, mengerti, dan lain-lain seperti kepandaian, kepintaran, kecerdikan). Cantell (1971) pula melihat kecerdasan sebagai komposit atau kombinasi ciri-ciri manusia termasuk keupayaan melihat hubungan kompleks, iaitu kesemua proses yang melibatkan pemikiran abstrak, kebolehan menyelesaikan masalah dan kebolehan mempelajari keupayaan yang baru. Clark (1992), mendefinisikan kecerdasan sebagai akibat perkembangan dan hubungan antara corak genetik seseorang individu dan peluang-peluang yang terdapat dalam persekitaranya. Sebenarnya istilah kecerdasan mula diperkenalkan oleh Sir Francis Galton dan beliau percaya bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kecerdasan seseorang individu iaitu faktor warisan iaitu kecerdasan dipengaruhi oleh hubungan genetik. Selain itu, faktor persekitaran seperti susunan kelahiran, kelas sosial dan cara pengasuhan ibu bapa turut mempengaruhi kecerdasan seseorang individu itu. Menurut Kamus Dewan, teori bermaksud pendapat yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Terdapat pelbagai jenis teori yang telah wujud dan tidak terkecuali teori perkembangan pembelajaran yang terdiri daripada pelbagai manfaat dan kelebihan tersendiri. Setiap teori yang wujud kadangkala mempunyai hubungan atau sedikit persamaan diantara satu sama lain. Dalam proses memahami hubungan antara teori, Model
3

Bawang Curry (Curry, 1983) dibangunkan dengan empat lapisan iaitu keperibadian belajar teori, teori pemprosesan maklumat, teori pembelajaran sosial dan teori multidimensional dan instruksional. Teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner terdapat pada lapisan atau dibawah teori multidimensional dan instruksional. Hal ini demikian kerana, teori yang terdapat dibawah lapisan ini adalah berkaitan dengan persekitaran pelajar untuk belajar. Selain daripada teori kecerdasan pelbagai, model belajar Dunn & Dunn turut berada dibawah lapisan ini. Setiap individu memiliki kecerdasasan yang berbeza diantara satu sama lain. Teori kecerdasan yang diperkenalkan ini memainkan peranan penting dalam membentuk individu yang serba boleh melalui pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan kecerdasan yang disenaraikan oleh Howard Gardner.

2.0 TEORI KECERDASAN PELBAGAI Pada tahun 1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kepelbagaian kecerdasan melalui bukunya Gardner, Frames of Mind. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan kedalam teori ini. Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Beliau telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang terdapat pada seseorang. Kecerdasan seseorang tidak semestinya melibatkan kesemua kecerdasan yang dinyatakan oleh Howard Gardner.

Walaubagaimanapun, Gardner (2005), telah membuat satu spekulasi bahawa terdapat kewujudan kecerdasan yang kesembilan iaitu existential intelligent yang digelar oleh beliau sebagai intelligence of big question . Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Kesembilan kecerdasan
4

yang rendah dalam jenis kecerdasan yang lain. Walaubagaimanapun, terdapat juga mereka yang yang mempunyai tahap kecerdasan dalam kesemua lapan kecerdasan yang disenaraikan. Kecerdasan yang dinyatakan dalam teori kepelbagaian kecerdasan mempunyai perkaitan antara kecerdasan tersebut. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994). Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.

3.0 JENIS KECERDASAN PELBAGAI Terdapat sembilan jenis kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner dan kesemua kecerdasan yang diperkenalkan ini boleh dilatih dan dirangsang terhadap seseorang individu melalui pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan. i) KECERDASAN KINESTETIK Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. Kecerdasan kinestetik (Gardner 1993), merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan. Antara kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah menghubungkan idea tersebut dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan pergerakkan badan. Contohnya, menulis sesuatu perkataan dipapan putih dengan menggunakan pen maker adalah langkah yang terbaik untuk memastikan seseorang itu lebih mengingat perkataan tersebut berbanding dengan menggunakan kaedah mengeja. Menurut Howard Gardner, badan manusia bukan sejenis mesin, amat berbeza daripada objek tiruan di dunia ini. Ia adalah saluran deria rasa seseorang individu, perasaan peribadi dan cita-cita, dan tidak ketinggalan entiti dimana orang lain bertindak balas secara unik berdasarkan kualiti kemanusiaan mereka yang tersendiri. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik adalah mereka yang berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. Kebanyakkan mereka juga
5

mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa badan lebih suka kepada aktiviti tarian dan lakonan. Kecerdasan kinestetik ini dapat dilatih dalam kalangan pelajar melalui aktiviti bersukan dan aktiviti kesenian seperti latihan menari. Kecerdasan ini boleh dilatih kepada seseorang individu daripada sejak kecil lagi. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional seperti pelakon, buruh binaan, atlit, penari, guru tari, ahli terapi fizikal dan sebagainya. ii) KECERDASAN INTERPERSONAL Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Sebagai contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan sosial murid tersebut. Menurut Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Hubungan sosial mula wujud ketika peringkat awal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan dan sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Kecerdasan interpersonal dimiliki juga penting kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya, seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi pemimpin dan pandai memberi nasihat. Oleh itu, mereka yang mempunyai kecerdasan yang kuat dalam interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan dan pemberi nasihat. Seseorang yang mempunyai kecedasan interpersonal mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan pendapat. Sebenarnya kecerdasan I terpersonal ini dapat dilatih melalui pergaulan antara individu yang berbeza umur, meminjamkan mainan dan berkerjasama dalam membuat sesuatu permainan. Menurut Gardner (1983), kebiasaanya kita hanya akan melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini di dalam situasi vokasional. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan interpersonal adalah seperti guru-guru, pakar terapi, ahli politik, pemimpin organisasi dan lain-lain.

iii) KECERDASAN INTRAPERSONAL Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri. Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu dan jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara bersendirian dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup. Seterusnya, terdapat beberapa aktivit yang boleh melatih kecerdasan interpersonal antaranya ialah dengan menceritakan perasaan sendiri, keinginan, cita-cita, berkhayal dan mengarang cerita. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan intrapersonal adalah seperti kaunselor kerohanian,ahli falsafah, juru meditasi, ahli psikologi dan lain-lain. iv) KECERDASAN LOGIK- MATEMATIK Matematik adalah ilmu berkaitan kira-kira yang berkait dengan angka. Kecerdasan matematik melibatkan individu yang pintar dalam penguasaan ilmu ini. Sebenarnya kajian perkembangan kanak-kanak oleh Piaget dan Inhelder (1969), tahap perkembangan terawal sekarang yang kita panggil kecerdasan logika matematik ialah manipulasi dan permainan pelbagai jenis objek konkrit dalam persekitaran fizikal dan keupayaan untuk mengenal pasti objek lazim dalam gambar dan memilih objek tersebut keluar daripada gambargambar yang banyak mengandungi objek lain yang tidak dikenali. Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah seseorang individu yang cemerlang dalam bidang matematik boleh
7

bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara. Kebanyakan individu yang cemerlang dalam bidang matematik sering diberi perhatian oleh semua masyarakat dunia seperti Adiputra, Al- Khawarizmi, dan Einstein. Individu ini mempunyai ingatan yang tinggi dan sering dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat. Kemahiran yang dominan dibahagian kiri otak membolehkan individu tersebut dapat berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang mempunyai berkeupayaan menyelesaikan masalah matematik kerana mereka mampu atau berkeupayaan untuk menaakul secara deduktif. Individu ini lebih berminat untuk melibatkan diri dalam permainan yang membolehkan mereka berfikir dengan aktif seperti puzzle, penyelesaian masalah, catur, teka-teki dan pencarian formula baru. Kebanyakan individu yang memiliki kecerdasan matematik ini cemerlang dalam bidang sains, ahli fizik, kejuruteraan dan menjadi ahli matematik. v) KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK Kecerdasan verbal-linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkait dengan penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, verbal bermaksud lisan atau kata-kata, manakala linguistik mempunyai dua makna iaitu kajian saintifik tentang bahasa atau sesuatu yang berkaitan dengan bahasa. Seseorang yang mempunyai kecerdasan dalam bidang verbal- linguistik ini mampu memberi makna, mentafsir, mendalami sesuatu perkara yang tersirat di dalam bahasa. Menurut Howard Gardners, (1983), seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa dan mampu menguasai bahasa aisng dengan baik dan fasih. Selain itu, seseorang yang memiliki kecerdasan verbal-linguistik terdiri daripada golongan yang cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang bahasa. Individu sering melibatkan diri dalam pertandingan berkaitan bahasa dan menonjolkan diri apabila bersuara. Mereka mempunyai kelebihan dalam berbahasa dan sensitif kepada sesuatu perkara serta meminati ilmu falsafah dan isu-isu sosial. Seterusnya, individu yang mempunyai kecerdasan linguistik kerap membaca serta mempunyai keinginan yang tinggi dalam pengetahuan am. Mereka juga suka membaca bacaan yang meluas dalam pelbagai subjek serta membaca dengan pantas. Selain itu,
8

mereka mempunyai tatabahasa yang tinggi dan menggunakan tatabahasa yang baru dan unik. Oleh itu, guru amat memainkan peranan akan kepentingan kecerdasan ini kerana dapatan kajian Norliah( 2005) menunjukkan amalan penerapan kecerdasan pelbagai melalui elemen kecerdasan vebal-linguistik dalam pengajaran bahasa Melayu diprasekolah mempengaruhi secara signifikan oleh persepsi positif guru-guru terhadap kecerdasan verbal linguistik. Individu dengan kecerdasan ini sering menjadi peguam, ahli bahasa, ahli puisi, penulis atau ahli pidato yang sangat cemerlang. Tokoh bahasa yang cemerlang di negara kita adalah Tan Sri A. Samad Said, Osman Awang dan Zaba. iv) KECERDASAN VISUAL-RUANG Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan visual-ruang ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang baik serta boleh menyatakan segala kebimbangannya dengan jelas dan yakin. Selain itu, mereka ini juga mampu membuat andaian atau hipotesis mengenai pelbagai perkara seperti tafsiran mengenai alam. Individu ini sering memberi pandangan mengenai dunia, alam semesta dan persekitaran. Golongan ini sering memberi persepsi yang unik dan berbeza terhadap sesuatu perkara. Seringkali, apa yang dilihat oleh mereka, berbeza dari pandangan individu normal seperti kita. Mereka juga mempunyai kebolehan mengubah persepsi dan pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Individu yang memiliki kecerdasan ini amat peka akan terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang yang terdapat disekeliling mereka. Disamping itu, individu yang memiliki kecerdasan ini juga mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk gambaran dan bayangan serta amat berminat dalam penghasilan peta minda, carta, lukisan dan sebagainya. kebolehan pelajar untuk menghubungkan konsep yang dipelajari dengan menggunakan peta minda, graf dan bentuk grafik yang lain memudahkan seseorang pelajar itu belajar mengenalpasti dan menghubungkait konsep. Kerjaya yang sesuai kepada individu yang memiliki kecerdasan ruang visual adalah seperti pembuat peta, pereka hiasan dalaman, arkitek, pereka landskap, juruseni dan sebagainya. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional.
9

vii) KECERDASAN NATURALIS Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah seorang yang sangat prihatin terhadap alam, mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mampu membina sesuatu sistem baru, menjana idea yang berkait dan pandangan yang jauh ke hadapan. Mereka juga mempunyai kebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara mengikut urutan, membina klasifikasi atau kelas, menjelaskan dan menggabungkan konsep yang diketahui. Individu yang memiliki kecerdasan ini sangat selesa apabila berada bersama alam yang terbuka seperti pantai, hutan dan sebagainya atau mereka juga dikenali sebagai pencinta alam. Mereka mudah terasa, sensitif atau peka apabila sesuatu isu yang berkaitan dengan alam sekitar wujud. Keberkesanan pembelajaran individu yang mempunyai kecerdasan ini dapat diwujudkan melalui aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah seperti membuat lawatan dan sebagainya. Melalui penyiasatan praktikal seperti mengalami sendiri hasil pengetahuan tentang semuladi melalui pelbagai jenis eksperimen. Antara aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan ini dalam kalangan para pelajar ialah seperti berkebun, memelihara binatang, memelihara tanaman dan aktivi mendaki gunung. Antara kerjaya yang memerlukan kecerdasan jenis ini adalah seperti ahli geologi, ahli biologi, pendaki gunung, petani, ahli botani dan kerjaya lain yang melibatkan sains. Secara amnya, seseorang yang mempunyai kecerdasan naturalis ini hampir sama seperti pemikir dan ahli-ahli falsafah yang telah Berjaya. Antara tokoh pemikir yang mempunyai kecerdasan ini adalah Imam Al-Ghazali. Beliau merupakan seorang ilmuan Islam yang memiliki kecerdasan naturalis, interpersonal, verbal-linguistik dan merupakan seorang tokoh yang amat berjaya dalam kehidupan beliau. viii) KECERDASAN MUZIK Muzik adalah gabungan atau kombinasi bunyi yang boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stress. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, muzik adalah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan atau bunyi-bunyian. Kecerdasan dalam bidang muzik melibatkan kepakaran dalam prestasi, komposisi, dan apresiasi terhadap pola-pola muzik. Ini termasuk keupayaan untuk mengenali dan menyusun bola muzik, nada, dan irama. Menurut Howard Gardner, kecerdasan muzikal berjalan di struktur yang hampir sejajar dengan kecerdasan linguistik. Individu yang
10

mempunyai kecerdasan ini mampu mendengar bunyi yang dihasilkan dan membezakan setiap note muzik yang didengari. Selain itu, mereka juga prihatin dan mempunyai suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila mendengar bunyi-bunyi alam seperti jatuhan air terjun, aliran sungai, deruan ombak laut, kicauan burung deruan angin dan titisan hujan. Setiap bunyi yang dihasilkan adalah berbeza dan memberi perasaan yang berbeza apabila didengari. Individu yang mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik sensitif kepada irama, pitch, melodi, nada suara, Kebolehan menilai setiap bunyi yang didengari menjadi satu anugerah apabila mereka mampu membawa genre muzik yang baru ke dalam industri hiburan tanah air. Peranan muzik adalah luas kerana selain menghiburkan muzik juga digunakan sebagai terapi kepada golongan bermasalah seperti gangguan mental, ADHD, autism, dan pelbagai penyakit kronik melaui melodi dan irama yang didendangkan. Individu yang mempunyai kecerdasan muzik ini mampu menghasilkan muzik yang baru, segar dan sedap didengar. Kecerdasan ini boleh dirangsang terutamanya dalam kalangan kanak-kanak iaitu dengan mempedengarkan muzik, bermain alat muzik, bernyayi dan sebagainya manakala bayi dalam kandungan juga dapat dirangsang dengan memperdengarkan muzik. Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik sering berjaya menjadi selebriti yang terkenal sebagai penyanyi, penggubal lagu, komposer, penulis lirik dan pengarah teater yang cemerlang. Terdapat juga koreografer dan penari yang memiliki kecerdasan dalam bidang muzik. viiii) KECERDASAN EKSISTENSIALIS Menurut Suppiah et al (2009), kecerdasan eksitensialisis ini merupakan aliran falsafah yang fahamannya berpusat kepada kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupannya. Kebayakkan individu yang memiliki kecerdasan ini sering menimbulkan persolan yang berkaitan dengan nilai-nilai hasil pemerhatiannya terhadap persekitaranya. Persoalan yang ditimbulkan oleh mereka kadang kala tidak dapat ditimbulkan oleh individu biasa dan sukar untuk diterima. Individu seperti ini juga gemar dengan pembelajaran yang bermakna, membuat sintesis idea, perkaitan dengan kurikulum, sastera dan budaya. Individu yang memiliki kecerdasan ini memerlukan pengajaran melalui kaedah pengajaran terhadap kajian alam dan mengaitkan bahan dengan tema. Antara tokoh yang dikaitkan dengan kecerdasan ini adalah seperti Plato , Socrates dan Einstein.
11

4.0 PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS: -anak dengan kanak-kanak lain. -anak. -anak sekiranya anak-anak mengeluarkan kata-kata seperti saya sungguh bodoh dan membantunya dengan menggunakan penyataan seperti ini adalah kecuaian diri saya. Bantu anak-anak belajar mengambil keputusan daripada kejayaan yang telah diperolehi pada hari ini. -anak untuk menyatakan perasaan dan emosinya.

tentang keadaan gender dan batasan antara lelaki dan perempuan. tentang perkara yang ingin diketahui.

Sekurangkurangnya biarlah dia mencari kawan baru yang boleh menghargainya dan menerimanya seadanya.

4.1 BENTUK SOKONGAN PSIKO-SOSIAL PROGRAM CERDAS

PELAJAR PINTAR

gram pendidikan pelajar pintar cerdas, bentuk sokongan psiko-sosial yang perlu disediakan harus

merangkumi semua pihak yang terlibat dengan fokus utama adalah keperluan pelajar itu sendiri. pintar cerdas tetapi juga ahli keluarga mereka dan masyarakat secara umum.
12

wa pelajar pintar cerdas tidak

terlepas

daripada menghadapi pelbagai bentuk masalah psikologi, maka keperluan untuk menyediakan sokongan psiko-sosial yang berkesan secara menyeluruh dalam sesuatu program pendidikan pintar cerdas adalah sangat kritikal. iasaannya semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya. awa kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding rakan sebaya yang lain. -fakta di atas, sokongan psiko-sosial perlu diwujudkan dalam persekitaran program pendidikan pelajar pintar cerdas.

4.2

SOKONGAN PSIKO-SOSIAL KEPADA IBU BAPA DAN MASYARAKAT

UMUM Kaufmann dan Castellanos (2000) dalam kajian mereka mendapati bahawa ibu bapa pelajar pintar cerdas sering mengadu bahawa anak mereka kerap bersendirian berbanding rakan sebaya mereka, bersikap kurang sabar dan sifat hiperaktif. Oleh itu, sokongan daripada ibu bapa amat diperlukan oleh kanak-kanak pintar cerdas. hakikat memiliki anak yang berbeza daripada biasa agar mereka dapat memberi sokongan psiko-sosial yang sewajarnya bagi menggalakkan perkembangan anak mereka. r masyarakat menganggap bahawa pelajar pintar cerdas seharusnya cemerlang dalam semua aktiviti terutamanya yang berkaitan dengan bidang akademik. Anggapan sebegini akan menyebabkan tekanan kepada golongan sebegini sehinggakan ada sebilangan daripada mereka yang gagal di pertengahan jalan. esuatu program pendidikan pintar cerdas, ibu bapa dan masyarakat perlu didedahkan dengan realiti konsep yang ingin diguna pakai agar sebarang ekspektasi yang mungkin memberi tekanan yang tidak sewajarnya kepada anak mereka dielakkan
13

-langkah seperti taklimat pendedahan awal berkaitan program, kaunseling keibubapaan semasa program berlangsung, sesi susulan selepas program berakhir dan sebagainya harus dirangka untuk dilaksanakan.

4.3 SOKONGAN IBU BAPA UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS bapa harus menekankan betapa pentingnya pelajaran kepada anak-anak pintar cerdas. an mesti bertolak- ansur dalam sesuatu hal. pada anak-anak mereka seimbang dengan waktu pelajaran mereka. Jangan desak anak-anak untuk belajar berterusan.

-anak berjaya melakukan sesuatu dengan betul, beri pujian, manakala jika mereka melakukan kesilapan tegur secara baik. Jangan terlalu memberi keistimewaan kepada kanak-kanak pintar cerdas dan bagi dendaan jika mereka melakukan kesilapan.

4.4

SOKONGAN IBU BAPA DARI SEGI EMOSI, SOSIAL DAN FIZIKAL

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Beri anak kasih sayang yang tiada syarat. Membentuk ikatan emosi yang kuat dengan anak. Memberikan peluang yang aman bagi anak untuk 'gagal' dari masa ke masa. Komitmen berperingkat tetapi terus cuba pengalaman baru (makanan baru, teman baru, tempat baru untuk melawat atau kemahiran baru). Mendorong anak untuk menjadi seorang yang suka meneroka secara terus-menerus bagi membantu mereka mencuba sesuatu yang baru dan menjadikan kesalahan sebagai pengalaman semasa belajar sebagai satu kejayaan.
14

Menjadi model yang baik. Biarkan anak melihat kita gagal dan bangkit kembali. Menunjukkan bahawa kita mempunyai batas kita sendiri dan menumpukan pada kekuatan kita. Penglibatan dalam pelbagai aktiviti kompetitif dapat membantu anak-anak belajar untuk menghadapi persaingan dengan cara yang lebih santai. Pengalaman yang ada dapat membantu mengurangkan persaingan. Mendorong anak untuk memberi perhatian yang lebih dalam penyertaan dalam satu-satu acara tersebut . Membolehkan anak-anak untuk bercakap secara terbuka tentang ketakutan mereka dan kegelisahan tentang persaingan. Mengelakkan daripada memberi anak mendedahkan perasaan negatif terhadap orang lain. Ketawa digunakan untuk mengatasi tekanan.

5.0

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BOLEH

DILAKSANAKAN TERHADAP KANAK-KANAK PINTAR CERDAS. 5.1 KURIKULUM PELAJAR PINTAR CERDAS Mulai tahun 1999, satu kurikulum bestari dibentuk dan dilaksanakan secara berperingkatperingkat. Kurikulum bagi pelajar pintar cerdas adalah sama dengan kurikulum bagi pelajar biasa. Perkara yang membezakan program pelajar pintar cerdas dengan pelajar biasa ialah pengayaan kurikulum atau asas kaedah pengayaan yang merentas kurikulum dan yang berfokus kepada bidang yang diminati pelajar. Tahap kecerdasan pelajar amat berperanan dalam menentukan keberhasilan pembelajaran seseorang itu. Di dalam kelas mungkin terdapat satu atau dua orang pelajar yang tergolong dalam kategori pelajar pintar atau pintar cerdas dan ada juga golongan pelajar yang tergolong dalam kategori lemah. Dalam keadaan begini, pelajar yang cerdas akan merasa mereka tidak diberi perhatian yang sewajarnya kerana guru mengajar pelajaran yang senang bagi mereka. Manakala pelajar lemah pula akan merasa tertekan kerana sukar memahami apa yang diajar. Akibatnya, kedua-dua golongan ini akan merasa bosan. Guru perlu peka dalam menangani masalah pelajar seperti ini sama ada berusaha memberi pengayaan kepada pelajar pintar cerdas atau pemulihan kepada pelajar lemah.
15

5.1.1 CIRI DAN KEPERLUAN KANAK-KANAK Sally (2007) menyenaraikan tiga kaedah mengajar pelajar-pelajar pintar iaitu yang pertama menyediakan bahan-bahan kandungan pengajaran yang sesuai dan memberi tugasan yang mencabar, yang kedua memulakan unit pelajaran dengan memilih konsep dalam kurikulum atau disiplin teras, mengenal pasti satu atau lebih generalisasi yang sesuai, dan mereka bentuk tingkat pelajaran yang berkaitan dengan generalisasi tersebut. Tingkat pelajaran adalah strategi pelajaran di mana guru-guru mentaksir tahap kesediaan minat, pengetahuan sedia ada dan tahap kemahiran pelajar-pelajar dan mengumpulkan mereka mengikut pengajaran dan penghasilan yang sewajarnya. Keperluan yang ketiga pula ialah, bagi pelajaran atau unit yang diberi, guru boleh merancang dari tiga hingga enam latihan yang berlainan yang memfokuskan kepada konsep dan generalisasi yang sama tetapi menggunakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang aras kesukaran yang meningkat dan semakin kompleks. Disebabkan tahap kesediaan pelajar akan berbeza bagi setiap topik, kumpulan pelajar dalam kelas akan berbeza bergantung pada perubahan kurikulum. Tingkat pelajaran menyesuaikan semua pelajar dengan tahap kesediaan individu dan tahap kandungan, dan menyediakan peluang kepada pelajar untuk mencabar diri mereka sendiri. Kanak-kanak pintar cerdas memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengayaan, pecutan atau lebih terkehadapan berbanding pelajar biasa. Guru kelas perlu mengetahui apakah keupayaan pelajar pintar cerdas mengenalpasti bentuk kecerdasannya berdasarkan kepintarannya. Tugasan seperti salin-menyalin, menghafal fakta dan latih tubi tidak akan dapat memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas sebaliknya ia hanya akan melatih kemahiran motor halus mereka sahaja. Mereka memerlukan cabaran dari segi kualiti bukannya kuantiti. Kenal pasti keupayaan kecerdasan pelajar sama ada dari segi akademik, seni ataupun kecerdasan dari segi lapangan lain seperti pengubahsuaian dari segi isi kandungan pelajaran, kemahiran dan hasil pembelajaran yang diharapkan. Ini semua sukar untuk didapati dalam konteks bilik darjah aliran perdana yang mana tidak semua kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk belajar secara pantas dan memahami konsep-konsep yang kompleks. Kanak-kanak yang lebih pintar perlu diberikan peluang untuk mendapat kurikulum yang lebih laju mengikut tahap keupayaan mereka berbanding rakan-rakan yang kurang pintar. Pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas perlu mengandungi aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dan lebih ke hadapan.

16

Beberapa pendekatan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti; i) Kaedah Pecutan

boleh dilaksanakan

Kaedah pecutan juga boleh dikenali sebagai acceleration atau memendekkan masa belajar. Kaedah ini merupakan suatu kaedah di mana kanak-kanak diberi bahan dan tugasan yang kebiasaanya diesediakan kepada kanak-kanak gred yang lebih tinggi. Kaedah pecutan ini melibatkan penggunaan kurikulum sekolah yang sedia ada walaupun terdapat penggunaan bahan tambahan dalam pembelajaran. Program pecutan lebih berkesan sekiranya sekolah mempunyai kurikulum yang ditetapkan dan penglibatan sekolah berterusan. Jenis Kaedah Pecutan Kaedah pecutan melibatkan kanak-kanak pintar cerdas akedemik akan belajar dengan lebih banyak dan kehadapan melalui sistem sekolah daripada pelajar lain. Ini bermakna kurikulum penyesuaian (adapting curriculum) kepada kanak-kanak dinilai daripada penguasaan dan bukannya menggunakan kurikulum yang seragam yang digunakan oleh semua kanak-kanak di peringkat yang sama. Ini bermaksud, kanak-kanak yang menguasai tahap mata pelajaran yang lebih tinggi akan menerima kredit akademik berdasarkan tahap penguasaan mereka dan bukannya pencapaian dalam kurikulum tahap darjah atau tingkatan di sekolah. Kaedah ini dapat dicapai dalam beberapa langkah yang berbeza merangkumi mula bersekolah fasa awal umur dan kelas lompat (grade skipping atau double promotion). Seterusnya ialah kelas tidak bergred di mana kanak-kanak pelbagai umur dikumpulkan bersama dan kurikulum yang digunakan adalah berdasarkan penguasaan individu dan bukan diambil kira berdasarkan umur kanak-kanak. Selain itu, cara menyesuaikan kurikulum di mana bahan atau topik yang telah dikuasai kanak-kanak dilangkau dan diteruskan dengan bahan atau topik yang lain. Grade telescoping pula memerlukan kanakkanak menyelesaikan sesuatu program dalam masa yang singkat yang sepatutnya memerlukan masa beberapa tahun. Pecutan subjek (acceleration subject) pula menawarkan kanak-kanak yang menguasai sesuatu subjek tertentu. Dalam subjek lain, mereka akan ditempatkan sama dengan rakan sekelas mereka. Perubahan dalam sukatan pelajaran membolehkan pelajar pintar cerdas ini menyiapkan program pendidikan biasa dalam masa yang singkat. Namun, kaedah ini memerlukan pendidikan lanjutan yang baik agar kanakkanak pintar ini dapat mengisi masa dengan produktif.

17

Kesan Kaedah Pecutan Terhadap Akademik Banyak keterangan yang menyatakan bahawa manfaat terhadap akademik daripada kaedah pecutan. Kemampuan pengelompokan dengan sendirinya telah dijumpai untuk

menghasilkan manfaat yang terhad bagi kanak-kanak berbakat kecuali disertai dengan kurikulum yang diperkaya atau dipercepat.Karen Rogers pada tahun 1991 dan Kulik pada tahun 1992 mendapati bahawa manfaat dari kaedah pecutan bagi kanak-kanak tersebut secara keseluruhannya lebih besar daripada pengayaan: apabila kanak-kanak berkebolehan diletakkan dalam kumpulan dan diberikan kurikulum standard, mereka mengungguli kawalan bersamaan dengan satu bulan; dengan arahan yang diubahsuai mereka mengungguli rakan-rakan mereka tiga atau lebih bulan, ketika mereka yang ditawarkan kurikulum yang diperkaya mereka melebihi rakan sebaya di kelas campuran empat hingga lima bulan, dan ketika mereka menawarkan kurikulum yang dipercepat (pecutan), meraka mengungguli rakan-rakan mereka hampir setahun. ii) Kaedah Pengayaan Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) mendefinisikan program pengayaan sebagai aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Kaedah ini juga merupakan satu kaedah yang baik bagi memenuhi keperluan murid pintar cerdas ini dan didasarkan mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ia memberi peluang murid mendalami dan meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam sesuatu tajuk yang diberi. Melalui aktiviti ini, pelajar akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat, sifat ingin tahu dan kebolehan yang ada pada diri mereka. Renzulli (1997) berpendapat guru sepatutnya melatih pelajar untuk mencari dan menggunakan maklumat dengan memberikan kemahiran dalam kaedah penyelidikan. Antara program yang sering dirujuk ialah program pengayaan Renzullis Schoolwide Enrichment Model atau SEM yang sudah dilaksanakan di Maktab Rendah Sains mara (MRSM). Model ini direka bagi menggalakkan pelajar didedahkan kepada pelbagai bidang melalui aktiviti seperti ceramah, lawatan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan aktiviti lain. Pengalaman yang dikutip mampu membantu pelajar untuk mengenalpasti bidang dan minat bagi menjalankan penyelidikan dan guru bertindak sebagai mentor. SEM ini bermula dari Aktiviti Jenis I, Jenis II dan Jenis III. Aktiviti Jenis I mendedahkan pelajar kepada dunia luar dan pelajaran yang tidak diajar di dalam kelas formal.
18

Pengalaman dan penemuan yang diperolehi dapat membantu pelajar mengenalpasti minat dan bidang untuk diteroka dan diselidik seterusnya. Aktiviti Jenis II bertujuan untuk memberikan pelajar kemahiran-kemahiran asas bagi mengembangkan minat mereka. Antara kemahiran yang diberikan ialah Kursus Kemahiran Berfikir yang memberikan pendedahan dan latihan kepada pelajar untuk berfikir secara meluas, kreatif, analisis, inovatif, kritis dan bentuk pemikiran yang lain lagi. Aktiviti Jenis III pula merupakan gerak kerja pelajar sama ada menjalankan penyelidikan, mereka cipta atau aktiviti-aktiviti yang mencabar kepada mereka. Guru haruslah sentiasa mengawal perjalanan kumpulan masingmasing. Terdapat dua bentuk pengayaan iaitu pengayaan yang mendalam dan pengayaan yang meluas. Pengayaan yang mendalam bermaksud membuka peluang untuk pelajar belajar dengan lebih mendalam berkaitan bidang yang menjadi sebahagian kurikulum biasa di sekolah. Manakala pengayaan yang meluas ialah para pelajar akan dibimbing untuk mempelajari sesuatu bidang yang di luar daripada aktiviti kurikulum biasa iaitu bidang yang tidak ada di dalam silibus pelajaran mereka. Kaedah pengayaan adalah kaedah pendekatan pendidikan yang didasarkan mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ini merupakan satu pendekatan alternatif bagi model pendidikan luar biasa.Pendekatan ini melibatkan tugasan bagi mengetahui sejauh mana kebolehan pelajar dan menggunakan maklumat tersebut sebagai titik tolak dalam mencipta lingkungan belajar. Implikasi daripada program pengayaan ini antaranya ialah objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan bermakna. Kaedah ini juga dapat mengelakkan pelajar dari kebosanan. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan. Bagi memantapkan program pengayaan, guru boleh menerapkan nilainilai murni dalam diri pelajar menerusi aktiviti seperti slot ceramah dan tazkirah supaya pelajar mempunyai nilainilai semangat kewarganegaraan yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Selain itu, semua pihak perlu melibatkan diri dalam membangunkan sistem pengurusan kolaborasi di antara ibu bapa, guru, pihak sekolah dan pelajar. Ini penting supaya semua pihak merasa bahawa diri mereka dihargai selain dapat membantu merancang aktiviti yang bersesuaian. Konsep dan Aktiviti Pengayaan Kaedah ini merujuk kepada penyediaan pengalaman belajar yang berbeza oleh guru dalam kelas. Konsep pengayaan ialah satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran
19

yang dijalankan di dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan dalam memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada kanak-kanak, meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka, memberi ruang untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang serta memperkembangkan potensi murid kepada tahap yang paling maksimum. Aktiviti

pengayaan dijalankan dengan keperluan kognitif kanak-kanak sama ada bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri atau berbentuk lembaran kerja atau projek. Aktivitinya pula dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri. Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai. Kaedah pengayaan mengisi masa kanak-kanak yang belajar lebih cepat dengan menawarkan bahan atau kegiatan yang tidak membolehkan kemajuan cepat melalui kurikulum yang ditetapkan. Kaedah pengayaan mungkin termasuk kanak-kanak diperkenalkan ke bidang lain atau aktiviti lain seperti seni, muzik, menulis jurnal, kelab atau kunjungan lapangan atau diberikan tanggungjawab seperti pembantu guru di dalam kelas. Sebagai contoh pengayaan program matematik untuk kanak-kanak berumur lapan tahun. Kanak-kanak tersebut tidak diperkenalkan dengan kurikulum untuk umur yang lebih tinggi tetapi kanak-kanak tersebut diberikan soalan yang lebih kompleks yang memerlukan kemahiran kanakkanak tersebut. Selain itu, aktiviti pengayaan dapat dijalankan dengan melibatkan aktiviti yang tidak disediakan dalam bilik darjah seperti permainan catur, sudoku dan sebagainya. Kaedah ini mengambil kira bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah.Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh kanak-kanak. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada mereka untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat. Tujuan bagi kaedah pengayaan adalah untuk membolehkan kanak-kanak menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka serta menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Aktiviti ini juga dapat menambahkan

20

minat mereka untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti. iii) Kaedah Pengelompokan Pengkelompokan merujuk kepada penempatan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang hampir sama dalam suatu kelas yang khusus. Sebuah tinjauan kajian utama daripada kumpulan praktis oleh Karen Rogers pada tahun 1991 mendapati bahawa, pengelompokan sepenuh masa (tracking) arahan rutin tidak memberi sebarang perbezaan dalam kemampuan pencapaian akademik bagi pelajar biasa, tetapi pengelompokan ini memberi perbezaan besar dalam pencapaian akademik pelajar yang berbakat. Rogers juga mendapati bahawa kemampuan pengelompokan untuk pengayaan dan bentuk lain dari kemampuan pengelompokan, seperti pengelompokan di dalam kelas juga memberi manfaat kepada pelajar berbakat. Pengelompokan untuk pecutan menghasilkan manfaat yang besar jika ianya dijalankan dalam kelas tidak bergred, pemadatan kurikulum (curriculum compacting), grade telescoping (menghabiskan sekolah menengah lebih awal), pecutan subjek atau mata pelajaran dan kemasukkan ke peringkat lebih tinggi (kolej atau universiti) pada usia lebih muda. Kaedah pecutan tidak memberi kesan langsung terhadap harga diri (self-esteem) mereka. Kaedah pecutan bukan hanya mampu untuk mendapatkan keputusan akademik yang menakjubkan, tetapi juga mampu untuk menyelesaikan masalah lain. Hal ini kerana kanak-kanak yang dikumpulkan bersama akan lebih dekat antara rakan-rakan sekelas mereka yang mempunyai kemampuan, minat dan tahap yang sama.Kajian telah membuktikan keberkesanan kaedah pengelompokan yang membolehkan kanak-kanak yang mempunyai tahap yang sama dan dikumpulkan bersama untuk mendapatkan pembelajaran yang lebih mencabar. Kaedah pengelompokan merangkumi pengelompokan sepenuh masa, pengelompkan kluster, pengelompkan dalam kelas, pengelompkan silang kelas (crossclass/grade grouping) dan pull-out grouping.Kajian menunjukkan pencapaian akademik yang signifikan dicapai oleh kanak-kanak pintar cerdas yang menjalankan kaedah pengelompokan dalam kumpulan yang mempunyai minat dan kemampuan yang sama. Selain itu, pengelompokan juga mempunyai kesan positif terhadap motivasi dan sikap terhadap pembelajaran, serta membantu kanak-kanak berbakat untuk mengembangkan persepsi diri yang lebih realistik. Kajian mendapati bahawa jika strategi ini digunakan secara fleksibel, ianya dapat memberi cabaran dalam pembelajaran kanak-kanak dan memberi banyak kesan positif kepada mereka.

21

iv) Kaedah Koperatif Layanan di antara pelajar pintar cerdas dan pelajar biasa tidak boleh kelihatan terlalu ketara agar pelajar pintar tidak merasa disisihkan oleh guru atau kawan-kawan. Bagi memastikan pelajar pintar cerdas ini tidak diasingkan oleh kawan-kawan, guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran umum yang boleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil di mana pelajar berinteraksi sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ianya melibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di antara ahli-ahli dalam kumpulannya. Jenis pembelajaran koperatif ada enam jenis iaitu yang pertama kaedah jigsaw. Setiap ahli kumpulan menyumbangkan sekeping jigsaw dengan berkongsi maklumat yang mereka perolehi. Idea dari aktiviti jigsaw ialah seorang akan menjadi ketua dalam bab tertentu dan seterusnya membantu ahli kumpulan memahaminya. Jenis yang kedua pula ialah belajar bersama iaitu semua ahli kumpulan berusaha keras untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Seterusnya ialah Team Games Tournament yang dicipta oleh Robert Slavin. Ia berkonsepkan putaran biasa seperti dalam pengajaran, guru menyampaikan pelajaran yang berkaitan dan pelajar cuba untuk menyelesaikan lembaran kerja untuk menguasai konsep. Selepas itu pelajar akan bersaing dalam satu pertandingan yang diwakili oleh pelajar yang berkebolehan akademik yang hampir sama. Jenis pembelajaran koperatif yang keempat ialah Student Team

Achievement Division atau dikenali juga sebagai STAD. Ia diilhamkan oleh Hopkins. Menerusi kaedah ini, guru mengikut satu pusingan mengajar, kumpulan pembelajaran dan juga penilaian secara individu. Seterusnya ialah Team Accelerated Instruction Mathematics iaitu pendekatan secara menyeluruh dalam bidang Matematik. Menerusi jenis pembelajaran ini, murid ditentukan berdasarkan kumpulan heterogenius iaitu mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Selain itu, penyiasatan secara berkelompok antara kaedah koperatif yang membolehkan pelajar merancang satu kursus pembelajaran. Pembelajaran koperatif boleh disesuaikan dengan sebarang kumpulan umur dan sebarang matapelajaran. Ianya merupakan satu pendekatan yang baik dan perlu digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan bersemangat di kalangan pelajar-pelajar di samping mempertingkatkan lagi mutu prestasi pelajar dalam peperiksaan. Ia sesuai digunakan apabila populasi mempunyai sifat yang hampir seragam. Pembelajaran koperatif memerlukan interaksi dua hala yang baik. Pelajar ditempatkan di dalam kumpulan yang kecil, iaitu seramai empat ke enam orang sahaja dan
22

dikendalikan oleh guru yang telah dilatih dalam bidang pintar cerdas. Jika terdapat lebih dari enam orang pelajar yang cerdas, kumpulan boleh dibesarkan atau dua kumpulan dibentuk. Bagi pemilihan pelajar yang ingin ditempatkan dalam kumpulan koperatif, kriteria yang paling penting ialah pelajar itu harus menunjukkan pencapaian yang melebihi tahap umurnya. Di dalam amalan pembelajaran koperatif, guru yang cekap dan berwibawa dapat mencorakkan pengajarannya dengan baik. Secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan pelajar, menjadikan pembelajaran menarik dan disukai pelajar, menghidupkan semangat dan sentiasa memberi rangsangan kepada pelajar-pelajarnya untuk berusaha dan bercita-cita tinggi. Secara umumnya guru akan sentiasa mempelbagaikan corak pengajarannya semasa pembelajaran koperatif dilaksanakan yang bertujuan untuk menjadikan sesuatu pembelajaran menarik dan disukai pelajar. Ianya akan menghidupkan semangat dan sentiasa memberi rangsangan kepada pelajar-pelajarnya untuk terus mencapai kejayaan. Ini bermakna pembelajaran koperatif wajar digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Guru yang ingin melaksanakan strategi pembelajaran jenis ini perlu membuat perancangan pengajaran yang rapi dan teliti supaya waktu pengajaran mencukupi. Selain itu juga, agihan tugas yang sesuai diberikan kepada pelajar supaya pelajar berupaya melibatkan diri secara koperatif dan membentuk suasana persaingan yang sihat. Guru yang melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif hendaklah sentiasa

berwaspada supaya dapat memastikan bahawa pelajar menerima arahan yang boleh memberikan perkembangan pelajaran yang lengkap, berpeluang untuk berinteraksi secara aktif di antara satu sama lain. Komitmen guru amat dituntut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pendedahan kepada guru yang ingin melaksanakan pembelajaran secara koperatif amat perlu sebagai panduannya semasa melaksanakannya. Persekitaran pembelajaran yang selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan juga perlu disediakan bagi peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kini, kaedah pembelajaran tidak hanya berkisar dalam bilik darjah sahaja dengan guru hanya menggunakan buku teks tetapi diperluaskan ke seluruh dunia dengan menggunakan internet dan bahan multimedia semasa sesi P&P sedang berlangsung. Kaedah pembelajaran koperatif adalah berkesan dalam meningkatkan tahap pemahaman, kemahiran

menyelesaikan masalah dan dapat menimbulkan keseronokan untuk belajar di samping mengeratkan perhubungan sosial di antara pelajar dengan guru.

23

Terdapat pelbagai cadangan untuk membantu kanak-kanak pintar cerdas ini. Misalnya dalam pengajaran matematik, pelajar pintar akan lebih berminat untuk mengetahui sejarah atau asal usul sesuatu konsep matematik itu terjadi. Golongan pelajar pintar cerdas sukar untuk mencari jawapan bagaimana wujudnya sesuatu konsep matematik itu walaupun mereka dapat menguasai tajuk itu dengan mudahnya. Di sini, guru harus melakukan perubahan dalam teknik pengajaran agar pembelajaran mudah diterima oleh pelajar pintar cerdas.

6.0 MASALAH SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Kanak-kanak pintar cerdas dikatakan mengalami perkembangan asynchronous apabila perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosialnya tidak sekata dan setara dengan usianya. Sebagai contoh kanak-kanak berumur enam tahun yang mempamerkan tingkah laku yang setara dengan usia tetapi mempunyai kemampuan intelek seperti kanak-kanak 12 tahun atau kana-kkanak yang menunjukkan perkembangan sosialnya yang setara dengan umur 10 tahun tetapi mungkin mempunyai tahap emosi seperti enam tahun. Akibat dari perkembangan yang tidak sekata ini, kanak-kanak pintar cerdas yang boleh memahami secara intelek mengenai perkara abstrak yang lebih tinggi dari kemampuan rakan sebayanya, didapati tidak mampu menangani perkara yang melibatkan emosi pada tahap ini. Ketidakmatangan kanak-kanak ini dalam menangani isu emosi pada usia yang muda akan membawa mereka ke arah kebimbangan terhadap kematian, masa hadapan, seksual dan isu lain yang lebih tinggi dari tahap perkembangan emosi sebenar mereka. Ini tidak ketinggalan dalam aspek perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas ini yang bakal membatasi pergerakan atau kemampuan mengerjakan serta menyelesaikan sesuatu tugasan yang dirasakannya begitu mudah diselesaikan dalam gambaran intelek mereka. Kanakkanak ini juga lebih gemar melibatkan diri dalam perbualan dengan orang dewasa mengenai isu-isu global dan mampu untuk berdebat dengan baik dalam menyuarakan pendapat atau pandangan mereka dalam isu tersebut. Tetapi dari segi aspek emosi mereka akan menangis atau merajuk sekiranya mereka berebut ketika bermain ataupum alat permainan mereka diambil oleh seseorang. Sikap mementingkan kesempurnaan yang

tinggi boleh mendorong kanak-kanak ini ke arah takut kepada kegagalan. Ini akan menjadikan mereka seorang yang cepat berputus asa kerana tidak mampu melaksanakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Kanak-kanak ini memerlukan maklumat yang
24

lengkap sebelum menjawab sesuatu soalan atau menyiapkan tugasan yang diberikan. Mereka lebih suka meluangkan masa mereka melakukan aktiviti yang mereka sukai seperti membaca atau menyelesaikan masalah dari bersosial dengan rakan sebaya yang dianggap tidak setara dari aspek perkembangan intelek. Selain dari itu, kanak-kanak ini mempunyai perasaan sensitif yang tinggi terhadap perkara yang melampaui tahap pemikirannya yang masih muda seperti isu peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidakadilan dan keganasan. Malangnya, jika mereka terlampau memikirkan isu global ini secara mendalam, mereka akan menjadi seorang yang introvert dan mungkin menjurus kearah kemurungan yang teruk di masa akan datang. Akibat dari perkembangan intelek yang tidak setara dengan rakan sebaya, kanak-kanak ini akan menghadapi masalah sosial dan emosi bukan sahaja dengan rakan sebaya tetapi juga dalam kalangan orang dewasa yang setara dengan tahap inteleknya. Tahap kepintaran yang tinggi ini menyebabkan mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada di sekolah. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan tahap motivasi mereka berbeza dengan rakan sebaya iaitu perkembangan kebolehan intelek yang jauh lebih tinggi. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka terutamanya dari aspek pendidikan yang sesuai dengan dengan kepintaran mereka dan juga perkembangan sosial dan emosi yang setara dengan usia mereka. Biasanya, semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm, 1998). Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu golongan yang heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah dalam penyesuaian diri dengan rakan sebaya (Bee, 1998). Ini adalah kerana sebahagian dari mereka memiliki ciri-ciri yang selalunya wujud apabila meningkat dewasa. Disebabkan mereka ini matang dalam beberapa aspek berbanding dengan rakan sebaya yang lain, maka mereka lebih selesa dengan orang yang lebih berumur dari mereka tetapi mempunyai tahap kepintaran yang sama dengan mereka. Sungguhpun begitu, ketika berdepan dengan

masalah perbezaan tersebut, kanak-kanak ini akan mengalami kemurungan kerana gagal menghadapi kemahiran sosial yang sesuai dengan tahap kepintaran mereka. Oleh itu ada di antara mereka menggunakan strategi yang kurang bijak seperti berpura-pura tidak bijak dengan berusaha tidak mencapai tahap pencapaian yang sebenarnya. Selain itu, mereka juga akan melupakan keperluan sosial dengan memilih untuk tidak berkomunikasi atau berinteraksi dengan rakan sebaya (Rimm, 2008). Keadaan ini membawa kepada satu masalah sosial dan emosi kanak-kanak pintar cerdas yang menuntut perhatian dari ibu bapa di rumah dan juga guru di sekolah.
25

7.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, pelajar pintar cerdas adalah sekelompok individu yang bukan sahaja berfikir secara berbeza tetapi juga memiliki perasaan yang berbeza jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka. sehubungan itu, mereka terdedah kepada pelbagai isu sosioemosi itu ialah perasaan sensitif dan rasa keterasingan (isolation) melampau, tahap daya saing (competitiveness) dan kesempurnaan (perfectionism) yang tinggi, kesukaran berinteraksi dan membina perhubungan dengan ahli keluarga dan rakan sebaya, pemilihan konsep kendiri serta kemahiran sosial yang rendah. Hakikatnya ini secara tidak langsung berpotensi memberikan tekanan kepada kehidupan seharian mereka. Sekiranya tekanan ini mampu ditangani dengan baik, pelajar pintar cerdas ini akan berupaya menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial kehidupan dan seterusnya menjalani kehidupan dengan harmoni dan selesa. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka gagal, ia berkemungkinan akan menjurus kepada kemungkinan untuk mensia-siakan anugerah yang dimiliki dalam pelbagai situasi negatif seperti kegagalan meneruskan kecemerlangan ataupun penglibatan dalam gejala kurang sihat sebagai reaksi kepada pemberontakan emosi yang mereka alami. Oleh itu, perancangan untuk mewujudkan satu prosedur sokongan psikologi dan sosial yang sistematik merupakan satu keperluan yang amat kritikal untuk disediakan pada setiap fasa pelaksanaan. Pelajar ini perlu dibimbing dalam segala aspek berkaitan dalam hidup mereka agar dapat mengimbangi tahap kepintaran atau kecerdasan intelektual mereka dengan wibawa diri yang dilengkapi dengan kestabilan mental dan emosi, serta tidak menyalahi norma-norma sosial masyarakat umum. Dalam erti kata lain, program pendidikan pintar cerdas di Malaysia haruslah dibangun berpaksikan matlamat menyerlahkan potensi diri pelajar pintar cerdas secara maksimum tanpa mengabaikan dimensi psikologi, sosio-emosi dan rohani agar menjadi generasi berminda kelas pertama Malaysia.

26

RUJUKAN Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Bee. H. L. (2000). The Developing Child. 9th Edition. Allyn & Bacon: P New York. Betts, G.T. & Neihart, M. (1988). Profiles of the gifted and talented. Gifted Child Quarterly, 32(2), 248253. Clark, B. (2002). Growing up gifted: Developing the potential of children at home and at school (6th ed.). Upper Saddler River, NJ: Pearson. Damon, W. (1977). The Social World of the Child. San Francisco: Jossey-Bass. Davis, G. & Rimm, S. (1998). Education of the gifted and talented (4th ed.). Boston: Allyn & Bacon. Eisenberg, N., & Fabes, R. (1998). Prosocial development. In N. Eisenberg (Ed), Social emotional and personality development (5th ed,Vol,3. pp.701-778). New York: Wiley.Gallahue, D.L. (1993), Development Physical Education for Todays Children. Madison, WI: Brown and Benchmark Gesell, A., & Ilg, F. L. (1949). Child development: An introduction to the study of human growth. New York: Harper and Brothers. Gesell, A., Ilg, F. L., & Ames, L. Gesell, A. (1949). Gesell Developmental Schedules . New York: The Psychological Corporation. Green, P.J., Hoogstra, L.A., Ingels, S.J., Greene, H.N., and Marnell, P.K. (1997). Gross, M.U.M. (1999). Small poppies: Highly gifted children in the early years. Roeper Review, 21 (3), 27-29. Gross, M.U.M. (2002). Gifted children and the gift of friendship. Understanding Our Gifted, 14 (3), 27-29.

27

Hoekman, K. P.,McCormick, J.,& Bernett, K. (2005). The important roleof optimism in a motivational investigation of the education of gifted adolescents. Gifted Child Quarterly, 49 (2), 99-110. Ibrahim Mamat. (1997). Memimpin Remaja Sekolah Teori dan Praktik: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Ikp1922, (2009). Bagaimana Pemahaman Terhadap Sosial Dan Emosi Diperingkat Umur Tertentu Membantu Guru Menjalankan Tugas Pengajaran Dengan Berkesan28 Di (http://www.scribd.com/doc/17286479) . Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kline, B.E., & Short, E.B. (1991). Changes in emotional resilience; Gifted adolescent girls. Roeper Review, 13, 184-187. Krammer, H.J. (1988). Anxiety, perfectionism, and attributions for failure in gifted And nongifted junior high school students. Dissertation Abstracts Mok Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd. Majid & Siti Fatimah Mohd. Yassin

(2009).PERMATApintar Negara: Pengalaman UKM. Bangi: Pusat PERMATApintar Negara UKM

28

Anda mungkin juga menyukai