Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN Teknologi Pengajaran yang merangkumi teori dan amalan berkaitan mereka bentuk, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran adalah sesuatu yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. Dengan kemajuan dalam pembangunan dan dunia teknologi, teori serta amalan teknologi pengajaran turut sama berubah. Atas faktor-faktor perubahan yang sedemikian para pendidik perlulah lebih berdaya saing dan sentiasa bersedia dengan ilmu dalam bidang yang dikhususkan. Di samping itu para pendidik juga perlu bersedia dengan ilmu-ilmu serta pengalaman yang lain bagi melahirkan seorang pendidik yang serba boleh. Dengan Teknologi Pengajaran yang berperanan penting dalam menangani sebarang persoalan melalui pembekalan beberapa model pengajaran yang sesuai, teknik-teknik pengajaran yang maju dan perisian yang releven dan pengurusan yang cekap para pendidik akan lebih bersedia dengan profesion keguruan masing-masing. Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja untuk meningkatkan minat dan pemahaman murid terhadap pengajaran guru, malah penggunaan media dapat mengatasi pelbagai kekangan guru dalam menguruskan pengajaran di bilik darjah. Berbantukan Model pembelajaran ASSURE sesi dan kandungan pengajaran pendidik akan lebih baik, menarik dan lebih terancang lagi. Model ASSURE ini sudah pasti akan lebih membantu para pendidik dalam merncang proses pembelajaran sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran itu. Kesimpulannya Teknologi Pengajaran dan Model ASSURE adalah satu kombinasi ilmu teknologi pengajaran dan satu teori pembelajaran yang sangat berkesan dalam sesi pengajaran dalam kelas. Para pendidik yang menggunakan kedua-dua kombinasi ini adalah tidak mustahil untuk menghasilkan satu sesi pembelajaran yang menarik pada para pelajar.

2.0 MEDIA PENGAJARAN Menurut Yusup Hashim (1997), penggunaan istilah media pengajaran membawa maksud sebagai peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenal pasti (dipilih), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran, Media dalam pengajaran memainkan peranannya dalam menyokong proses pengajaran dalam bilik darjah. Media merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan bahan untuk pembelajaran murid. Gabungan kombinasi guru dan media merupakan medium perantara yang paling berkesan bagi memastikan objektif pengajaran dapat disampaikan kepada pelajar. Oleh itu, saya telah memilih jenis media bergerak iaitu animasi sebagai media utama untuk digunakan dan diaplikasikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya memilih media animasi bergerak yang bertajuk Kisah Sang Arnab dan Kura-kura Saya memilih media animasi ini kerana penggunaan media ini difikirkan sesuai dengan mata pelajaran Bahasa Melayu darjah 4 bagi mengajar kemahiranlisan iaitu bertutur. Penggunaan media animasi bergerak ini sangat sesuai diaplikasikan kerana penggunaanya memenuhi kriteria-kriteria tertentu yang boleh dilaksanakan berdasarkan langkah-langkah dalam model ASSURE seperti A : Analyse learners (analisis pelajar) S : State objectives (Nyatakan objektif/hasil pembelajaran) S : Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media, dan bahan sumber) U : Utilize media and materials (Gunakan media dan bahan sumber) R ; Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) E : Evaluate and revise (Nilai dan semak semula).

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Tahun Jumlah murid Tarikh Masa Tema Tajuk

: Bahasa Melayu : 4 Cemerlang : 29 orang : 4 April 2013 : 8.30 pagi 9.30 pagi (1 jam) : Yang Baik Jadikan Teladan : Kisah Sang Arnab dan Kura-kura

Hasil pembelajaran : Fokus Utama 2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 3 i. Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

Fokus Sampingan 11.3 Mengulas karya bukan sastera yang mudah secara umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya bahasa. Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan watak dalam teks.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : i. mempersembahkan teater pembaca dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas berdasarkan Kisah Sang Arnab dan kura-kura. mengenal pasti watak dan perwatakan yang terdapat dalam Kisah Sang Arnab dan Kura-kura. menyatakan kata nama dan kerja terbitan yang terdapat dalam cerita.

ii.

iii.

Sistem Bahasa Ilmu Nilai KBT

: tatabahasa-kata kerja, sebutan, intonasi : pendidikan moral, sastera : Bekerjasama, berusaha, tolong-menolong : i. ii. Kemahiran berfikir menilai, menyusun/mencirikan Kemahiran pelbagai- interpersonal, intrapersonal & verbal linguistik

PENGETAHUAN SEDIA ADA : 1. murid mengetahui nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian 2. murid telah mahir dalam menghasilkan peta minda 3. murid telah mempunyai ilmu berkenaan kata kerja

BBM

: komputer, projektor, teks Kisah Sang Arnab dan Kura-kura. gambar Sang Arnab dan Kura-kura

LANGKAH Set Induksi (5 minit)

ISI PELAJARAN Perkenalan watak -arnab -kura-kura Sifat -arnab (laju, bijak) -kura-kura (perlahan)

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Murid ditunjukkan oleh guru gambar arnab dan kura-kura. 2. Guru bertanya murid tentang sifat semulajadi semut dan belalang yang diketahui murid 3. Murid diperkenalkan watak arnab dan kurakura melalui gamabr yang ditunjukkan guru.

CATATAN Kaedah : Penyoalan BBM : gambar KBT: TMK Kemahiran berfikir KP Interpersonal Nilai : Yakin diri

Langkah 1 (7 minit)

Tayangan video -Kisah Sang Arnab dan Kura-kura

1. Murid diminta guru menonton cerita Kisah Sang Arnab dan Kurakura. 2. Murid diminta menghayati cerita tersebut oleh guru.

BBM: komputer, projektor video KBT : KB Menjana idea Nilai: sabar

Langkah 2 (10minit)

Membaca teks Cerita Sang Arnab dan Kura-kura

Langkah 3 (20 minit)

Mempersembahkan cerita menggunakan teknik teater pembaca.

1. Setiap murid diberikan teks tentang Kisah Sang Arnab dan kura-kura. 2. Murid diminta membaca teks tersebut secara senyap 3. Murid diminta dan dikehendaki memahami, menghayati watak dan bersedia untuk menceritakan semula 1. Beberapa orang murid dipilih guru untuk mempersembahkan cerita tersebut. 2. Murid perlulah menggunakan sebutan,
5

BBM: Teks cerita KBT: KB Menyelesaikan masalah Ilmu: moral KBT : KP Interpersonal Intrapersonal Verbal linguistik

intonasi dan penghayatan yang sesuai ketika bercerita. Nilai: 3. Guru mengulas dan keberanian memberi teguran. berhemah tinggi yakin diri Langkah 4 (12 minit) Bina peta minda mengenal pasti perwatakan watak dalam Kisah Sang Arnab dan Kura-kura. 1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. 2. Mengikut kumpulan, murid-murid dikehendaki untuk membina peta minda berdasarkan tontonan video dan teks yang telah diberikan. 3. Murid berbincang peranan yang dimainkan oleh dua watak yang ada dalam cerita berkenaan. 4. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kerja kumpulan mereka. 1. Guru meminta setiap murid mencari kata kerja terbitan yang terdapat dalam teks berkenaan. 2. Murid diminta menggariskan perkataan kata kerja tersebut. 3. Murid dan guru berbincang perkataan yang telah berjaya disenaraikan 1. Murid diminta untuk memberikan pandangan tentang nilai-nilai yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. 2. Guru menasihatkan murid supaya mengambil nilai-nilai murni daripada cerita Kisah Sang Arnab dan Kura-kura. KBT: KB Menyelesaikan masalah Membuat keputusan KP Interpersonal Nilai: Hormat Kerjasama Rasional

Langkah 5 (10 minit)

Kata kerja -mencari -Membawa -berjalan -duduk

KBT: KB Menyelesaikan masalah Membuat keputusan Nilai: Berusaha Yakin diri

Penutup (5 minit)

Rumusan

KBT : Kp Verbal linguistik Nilai : Berani Berusaha

Refleksi pengajaran : 6

4.0 HURAIAN RPH BERDASARKAN MODEL ASSURE Rancangan Pengajaran Harian yang telah disediakan adalah berpandukan setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4. Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian selama satu jam untuk kelas 4 Cemerlang yang teridiri daripada 29 orang murid. 4.1 Analyse Learners (analisis pelajar) Berpandukan model ASSURE, langkah satu ialah langkah menganalisis pelajar (analyse learners). Langkah analisis pelajar ini adalah penting sebelum melaksanakan sesuatu pengajaran. Pada tahap ini, perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sebelum merangka dan menghasilkan rancangan pengajaran ini, saya telah mengenalpasti dan mengetahui ciri-ciri yang ada pada murid seperti perbezaan dari segi keupayaan, kecerdasan, bakat, minat, kecenderungan, sikap dan sebagainya. Dengan menggunakan analisis yang telah dibuat ini, saya dapat menentukan kaedah, media dan bahan yang sesuai untuk digunakan semasa mengajar. Mengikut model ASSURE, guru perlu menyediakan rancangan pengajaran dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah analisis pelajar. Menganalisis kumpulan sasaran merujuk kepada ciri-ciri umum pelajar adalah sangat penting untuk membantu seseorang guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi pelajar. Ciri-ciri umum ini merujuk kepada umur, tahun, kelas, taraf sosioekonomi, penempatan dan perkaraperkara yang sesuai dan menampakkan ciri-ciri pelajar. Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mata pelajaran bahasa Melayu yang dihasilkan, ciri-ciri umum pelajar yang dapat dilihat ialah RPH ini disedia untuk muridmurid darjah empat yang berumur dalam lingkungan 10 tahun. Murid-murid yang disasarkan ialah murid yang mempunyai kecerdasan kognitif pada tahap sederhana kerana mereka berada pada kelas ketiga iaitu kelas 4 cemerlang. Guru boleh mengandaikan bahawa kebanyakan murid mempunyai lataar belakang yang berbeza yang kebanyakannya dari keluarga bertaraf ekonomi sederhana dan tinggal di kawasan luar Bandar. Hal ini boleh dirujuk pada kawasan pembelajaran murid dan keadaan di sekitarnya. Guru dapat mengenalpasti ciri-ciri umum murid berdasarkan sifat fizikal murid berdasarkan cara pemakaian, pertuturan dan gaya hidup murid. Guru juga perlu peka pada tempoh masa pelaksaaan penggunaan media supaya media dapat dikendalikan dan digunakan dengan baik. Jika dilihat pada tempoh pelaksanaan media animasi dalam RPH yang saya sediakan,

saya merasakan bahawa masa yang dicatatkan selama satu jam sangat lama dan sangat sesuai. Aspek analisis pelajar yang seterusnya diteliti semasa menyediakan rancangan pengajaran ini adalah aspek pengetahuan sedia ada murid. Tajuk Sang Arnab dan Kurakura dipilih kerana saya merasakan tajuk ini sememangnya sinonim dengan murid-murid. Murid mungkin pernah mendengar dan mengetahui sinopsis ataupun jalan cerita Sang Arnab dan Kura-Kura ini malahan RPH ini direka setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran lisan dan kemahiran membaca dengan baik. Selain itu, dalam merangka RPH berdasarkan model ASSURE ini, saya telah memastikan bahawa murid-murid telah mempunyai kemahiran untuk menggunakan gaya bahasa yang betul seperti aspek intonasi, jeda, nada dan sebagainya. Sebagai guru, saya harus memastikan murid mempunyai kemahiran berimaginasi untuk menggambarkan suasana ceriata ataupun animasi tersebut seperti di dalam hutan. Bunyi-bunyi alam yang biasanya didengar oleh murid, boleh diselitkan di dalam media animasi agar animasi terbabit nampak menarik dan menilmbulkan rasa seronok murid.. Selain itu, cara terbaik untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid ialah seperti yang dilakukan saya pada set induksi di dalam RPH yang disediakan. Sesi soal jawab dilakukan untuk menentukan tahap kesediaan murid terhadap pengajaran yang akan dilaksanakan. Apabila guru mempunyai maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topik yang dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan. Misalnya, saya telah menganalisis cirii-ciri umum pelajar dan kebanyakan mereka tinggal di kawasan luar Bandar. Oleh itu, saya mengandaikan bahawa murid-murid ini telah mengenali rupa arnab dan kurakura.serta tahu keadaan di dalam hutan. Bunyi-bunyi audio di dalam animasi dapat membantu menarik minat murid dan menguatkan daya imaginasi murid. Seterusnya, berdasarkan ciri-ciri umum pelajar yang telah dianalisis, saya berpendapat bahawa murid-murid ini terdiri daripada murid-murid yang berlainan tahap kognitif mereka dan kebanyakan mereka berada pada tahap sederhana. Terdapat murid yang pintar dan murid yang kurang aktif. Media animasi berupa video tayang ini mampu menjadikan proses pengajaran lebih bertenaga dan bermakna. Menurut Mat Nor Hussin & Ab.Rahman Ab. Rashid (1988), berpendapat bahawa penggunaan bahan media seperti animasi video boleh merangsang pembelajaran murid,disamping murid dapat melakonkan kejadian-kejadian sulit untuk memudahkan pemahaman. Misalnya, merujuk kepada RPH yang disediakan, guru boleh mewujudkan dan membawa suasana hutan ke dalam bilik darjah dibantu oleh bunyi-bunyi audio yang 8

menarik supaya pembelajaran seolah-olah dirasakan di dalam sebuah hutan. Penggunaan media video animasi bertajuk Sang Arnab dan Kura-kura dipilih untuk menarik penglibatan semua murid sama ada murid aktif mahupun pasif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kerana pelaksanaan RPH ini seperti suatu permainan atau main peranan. Murid akan berpeluang memegang watak haiwan di dalam cerita tersebut dengan memakai topeng yang disediakan.

4.2 State Objectives (nyatakan objektif) Pernyataan obektif adalah penting sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Noriati A.Rashid et al (2012) berpendapat objektif pengajaran dan pembelajaran (p&p) perlu dinyatakan dengan jelas dan khusus apa bentuk keupayaan baharu yang perlu dicapai pelajar berdasarkan rancangan pengajaran yang dihasilkan, objektif utama yang ingin dicapai pada akhir pembelajaran ialah murid-murid dapat mempersembahkan teater pembaca dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas berdasarkan Kisah Sang Arnab dan kura-kura, mengenal pasti watak dan perwatakan yang terdapat dalam kisah tersebut dan murid dapat menyatakan kata nama dan kerja terbitan yang terdapat dalam cerita. Objektif tersebut dipilih memandangkan murid akan ditayangkan dengan animasi video Kisah Sang Arnab dan Kura-kura pada langkah satu rancangan pengajaran harian yang disediakan. Murid kemudiannya akan diminta untuk melakonkan semula Kisah Sang Arnab dan Kura-kura tersebut menggunakan kata, frasa, sebutan dan intonasi yang betul sama seperti video yang ditayangkan. Dengan menggunakan video animasi Kisah sang Arnab dan Kura-Kura: itu, murid boleh meniru dan melakonkan semula watak-watak yang terdapat dalam kisah tersebut menggunakan intonasi yang sesuai dan baik. Pernyataan objektif yang jelas secara tidak langsung dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Seterusnya guru dapat menentukan langkahlangkah dalam merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan itu, guru dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat merangsang minda pelajar. Pada akhirnya, guru dapat membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar-pelajar. Dalam penghasilan dan pelaksanaan rancangan pengajaran harian ini yang bertunjangkan kepada model ASSURE, tumpuan utama yang perlu diberi perhatian ilah semua pelajar-pelajar Tahun 4 Cemerlang. Ini adalah kerana objektif yang dimaksudkan 9

adalah berkait dengan pembelajaran dalam bilik darjah bukan pengajaran oleh guru. Kejayaan ini hanya dapat dicapai melalui aktiviti yang yang dilakukan oleh guru dalam bilik darjah dan pelajar-pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti tersebut. Pemilihan media video animasi dikatakan dapat membantu guru mencapai objektif pembelajaran kerana video animasi yang dihasilkan ini terdiri daripada gambar-gambar statik yang menarik kemudiannya disunting menjadi video. Audio-audio tentang Kisah Sang Arnab dan Kurakura turut diselitkan bersama pergerakan gambar supaya video tersebut nampak menarik dan seronok untuk ditonton. Audio yang diselitkan bersama peralihan gambar adalah audio yang mengandungi suara pembaca teks Kisah Sang Arnab dan Kura-kura yang menggunakan tatabahasa seperti intonasi, jeda dan urutan kisah sebenar. Oleh itu, murid akan mendengar kisah tersebut dan dapat mengetahui cara untuk melakonkan semula kisah tersebut menggunakan intonasi yang baik. Merujuk kepada apa yang hendak dicapai oleh guru dalam pengajarannya bagi kelas Tahun 4 Cemerlang ialah melalui perkataan penegasan yang menggambarkan nilai atau nisbah ukuran yang berjaya dicapai oleh murud bagi maksud kejelasan isi dan bahan media yang disampaikan dan digunakan oleh guru benar-benar berkesan. Perkataan penegasan dalam objektif guru bagi rancangan pengajaran ini ialah mempersembahkan, mengenalpasti dan menyatakan. DIsini, penggunaan perkataan penegasan itu adalah bertujuan membolehkan bentuk tingkah laku baharu diwujudkan. Proses memilih objektif juga bukan suatu yang mudah kerana guru perlu menilai sejauh mana sesuatu perlakuan dapat dihasilkan (Sharifah Alwiah Alsagoff (1986)). Jika dilihat pada rancangan pengajaran yang saya hasilkan, saya meminta murid untuk mengenal pasti watak-watak dan cara bagaimana kisah Sang Arnab dan Sang Kura-kura diceritakan. Ayat berdasarkan kisah Sang Arnab dan Kura-kura menunjukkan syarat perlakuan yang perlu ditunjukkan oleh pelajar .Dalam hal ini, guru seharusnya peka supaya murid memahami setiap watak dan perwatakan cerita tersebut disamping mengetahui jalan cerita agar mereka mudah untuk menceritakan semula cerita tersebut menggunakan teknik teater pembaca.

4.3 Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media, dan bahan sumber) Setelah menganalisis murid-murid dan menentukan objektif yang ingin dicapai, langkah seterusnya yang disarankan oleh model ASSURE adalah pemilihan kaedah, media dan bahan. Pada peringkat ini, saya telah menggunakan pelbagai bahan dan penggunaannya dibuat berdasarkan kepada objektif pembelajaran agar murid mempersembahkan semula 10

Kisah Sang Arnab dan Kura-kura menggunakan teknik teater pembaca dan mampu mengenalpasti dan mengklasifikasikan watak serta perwatakan yang wujud di dalam kisah tersebut. Pemilihan ini mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat menentukan kaedah yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, memilih media yang sesuai dan boleh diselaraskan atau diselarikan dengan kaedah yang dipilih. dan peringkat terakhir, pilih, ubahsuai atau reka bentuk bahan yang spesifik untuk dimasukkan atau digunakan dalam media. Hasil daripada penganalisaan murid-murid, maka saya memilih menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar serta menggunakan kaedah pembelajaran secara kontekstual berpandukan teknik teater pembaca iaitu guru akan mengajar isi pengajaran berdasarkan objektif pembelajaran yang berfokus kepada konteks yang cuba disampaikan tetapi dengan menggunakan teknik main peranan seperti sebuah teater. Walaupun kaedah yang digunakan nampak membosankan tetapi pengolahan aktiviti mengikut teknik main peranan sangat menarik dan membolehkan murid terlibat aktif sama ada dari segi fizikal maupun kognitif. Unsur kaedah kontruktivisme juga turut diterapkan di dalam rancangan pengajaran yang telah disediakan ini. Penerapan kaedah ini dapat dilihat pada set induksi, dimana guru akan mengajukan soalan berdasarkan sifat-sifat haiwan iaitu arnab dan kura-kura. Murid akan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk menjawab soalan yang diajukan. Hal ini dapat mencungkil idea dan membolehkan murid mengemukan pendapat masing-masing. Komponen yang seterusnya ialah aspek pemilihan bahan media. Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran mampu membantu guru dalam meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap pembelajaran. Oleh itu, saya telah memilih penggunaan media bergerak iaitu video animasi yang menggunakan perisian movie marker. Gambar gambar yang sesuai dipilih untuk disusun menjadi sebuah jalan cerita dan turut diselitkjan penggunaan audio pencerita kisah tersebut. Saya memilih untuk menggunakan media video animasi kerana ianya melibatkan pelbagai pancaindera pelajar daripada pendengaran kepada penglihatan dan juga deria lain yang memberi pelajar pengalaman belajar sebenar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkkan dan bermakna. Semasa membina dan menyediakan media pengajaran ini, saya telah meneliti beberapa perkara untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan. Antaranya, saya memilih penggunaan watak kartun di permulaan set induksi kerana bahan tersebut mempunyai hubungan dengan pelajar dan ada kaitan dengan pengalaman mereka.

11

Saya sengaja memilih gambar kartun arnab dan kura-kura bukannya menggunakan gambar sebenar haiwan tersebut kerana pelajar-pelajar lebih gemar melihat gambar animasi yang comel dengan watak-watak lucu yang menghiburkan.. Saya memilih media pengajaran ini juga kerana latar belakang gambar dan animasi yang digunakan berwarna-warna dan mempunyai audio yang jelas. Ianya sangat menarik dan boleh menyebabkan pembelajaran lebih mudah difahami dan diingati kerana gamabar kartun dapat merangsang minat pelajar.

4.4 Utilize media and materials (Gunakan media dan bahan sumber) Langkah yang setreusnya yang dicadangkan oleh model ASSURE ialah penggunaan media dan bahan sumber. Model Assure mencadangkan komponen menggunakan media dan bahan terbahagi kepada lima langkah atau peringkat. Lima langkah yang harus diambil adalah mengadakan pratonton bahan, persiapan bahan, persiapan persekitaran, persiapan pelajar dan menyediakan pengalaman pembelajaran terlebih dahulu. Kesemua langkah tadi merupakan aspek penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Pada peringkat pertama iaitu pratonton bahan, saya telah menonton perisian pengajaran movie marker yang telah dihasilkan terlebih dahulu. Ini adalah bertujuan untuk melihat dan meneliti isi kandungan video terlebih dahulu sebelum mempersembahkannya dihadapan murid untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Saya sedar, pratonton media sebelum proses pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara penting sebagai persediaan bagi memastikan guru benar-benar memahami isi kandungan bahan pengajaran yang akan diajar. Pada peringkat ini, saya akan menyemak semula bahan media yang dihasilkan supaya tidak berlaku sebarang masalah sama ada dari segi ejaan, susunan audio, urutan cerita dan

sebagainya.Memandangkan kemahiran yang ingin disampaikan ialah kemahiran bertutur dan membaca, maka saya perlu memberi perhatian terhadap bunyi audio dan teks yang ditayangkan supaya tidak berlaku kesilapan yang boleh mengakibatkan kekeliruan. Pada peringkat persiapan bahan pula, saya memberi penekanan kepada proses penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang terlebih dahulu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula seperti komputer dan video dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Segala alat bantuan lain seperti pembesar volum

12

dan sambungan projektor diperlukan agar semua murid dapat menonton dan mendengar tayangan video atau bahan media terbabit. Peringkat seterusnya ialah saya membuat persiapan persekitaran yang merangkumi persiapan media dan peralatan-peralatan lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah komputer, skrin dan sumber kuasa seperti elektrik dan pencahayaan berada dalam keadaan yang baik. Di samping itu, saya perlu memastikan peralatan-peralatan yang hendak saya gunakan berada dalam susunan yang memudahkan guru menggunakannya dan pelajar dapat melihat pengajaran guru dengan jelas. Pemeriksaan ke atas perkara-perkaran ini perlu dilakukan oleh guru sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan bagi menjamin kelancaran sesi tersebut. Peringkat keempat adalah persiapan pelajar. Di awal proses pembelajaran, guru melaksanakan set induksi bagi memperkenalkan topik. Ia bertujuan untuk membolehkan murid-murid lebih bersedia dan berminat tentang topik. Dengan ini, sedikit sebanyak murid telah bersedia untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dan proses ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efektif. Peringkat terakhir dalam komponen iniialah menyediakan pengalaman pembelajaran. Guru bertindak sebagai pemudah cara dengan merangsang pelajar mengaitkan tajuk yang dipelajari dengan pengalaman dan persekitaran mereka. Oleh itu, saya menjadi bahan rujukan pelajar selain menjadi pemudah cara atau fasilitator. Ini adalah bagi memastikan pelajar dapat mengikuti pembelajaran dan memberi sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru. Selain itu, penggunaan pelbagai jenis media dan bahan mendedahkan murid-murid kepada teknologi-teknologi terkini dan seterusnya memberi bentuk pengalaman pembelajaran yang berbeza iaitu cara penggunaan teknologi tersebut.

4.5 Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) Langkah kelima model ASSURE ialah langkah penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Sesuatu proses P&P yang berkesan bukan sahaja bergantung kepada teknik dan kaedah penyampaian guru sebaliknya penglibatan aktif pelajar juga perlu

dititikberatkan. Penglibatan aktif pelajar terhadap pengajaran yang saya lakukan adalah bertujuan supaya murid-murid memahami dan mengetahui langkah-langkah untuk mempersembahkan semula Kisah Sang Arnab dan Kura-kura. Penglibatan pelajar juga dapat dilihat melalui aktiviti bersoal jawab tentang ciri-ciri arnab dan kura-kura. Daripada

13

aktiviti bersoal jawab ini, pengetahuan murid dapat diperkembangkan dan tahap kognitif murid ditingkatkan. Meskipun berlakunya penglibatan aktif murid namun guru masih berperanan sebagai penyamoai utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid berpeluang memberikan pandangan, kritikan dan pendapat masing-masing tetapi guru bertanggungjawab sebagai fasilitator yang membantu murid sekiranya murid tidak mencapai tahap yang diingini. Pengukuhan serta merta perlu diberikan kepada murid yang memberi tindak balas yang betul. Ini sebagai satu kaedah merangsang atau motivasi kepada murid untuk menarik minat seterusnya turut terlibat aktif dalam aktiviti di dalam bilik darjah. Murid pasif juga akan menjadi terikut untuk turut sama terlibat. Walau bagaimanapun, guru perlu memastikan kawalan kelas dalam keadaan baik agar tidak berlaku proses pembelajaran menjadi tidak terkawal yang boleh menyebabkan objektif pembelajaran tidak kesampaian. Bahan atau media yang digunakan sekiranya tidak mampu menarik minat murid secara aktif sebenarnya kurang membantu murid dan tidak efektif untuk dilaksanakan. Oleh itu, penyediaan bahan yang kreatif dan mampu menarik minat murid secara tidak langsung memupukm budaya berfikir murid seterusnya memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Oleh sebab itu, guru perlu memastikan bahan dan media yang dipilih berasaskan model ASSURE perlu dapat merangsang tingkah laku dan minda murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

4.6 Evaluate and revise (Nilai dan semak semula). Menilai ialah satu proses untuk melihat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Penilaian boleh dilakukan setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian berasaskan juga keberkesanan atau kekuatan bahan dan media yang dipilih serta pencapaian murid mengikut aras kebolehan. Setelah tamat proses pengajaran dan pembelajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan kelemahan serta keberkesanan bahan dan media secara menyeluruh agar penambah baikan dapat dijalankan supaya penggunaan media dapat dilaksanakan semaksimum mungkin dalam pembelajaran. Beberapa aspek perlu difikirkan dalam menentukan pencapaian penilaian seperti yang dinyatakan oleh Yusup Hashim (1997):

14

a. b.

Adakah objektif tercapai? Adakah alat atau bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan

pembelajaran? c. d. e. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat atau bahan media dangan betul? Adakah suasana pembelajaran selesa? Adakah peluang pemerhatian individu diberi? Proses menilai sesuatu bahan media berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan bahan media tersebut. Proses pembaikan perlu dilakukan agar bahan media tersebut benar-benar sesuai dengan murid seterusnya menepati objektif pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Penilaian boleh dilakukan secara lisan atau tulisan, secara formatif atau sumatif. Menilai bahan media yang dibina amat perlu kerana guru mampu melihat kekuatan dan kelemahan bahan media tersebut. Seterusnya guru mampu menambah baik mana yang lemah dan memperkukuh mana yang sesuai. Perlu menilai juga bahan media tersebut mengikut aras kebolehan murid. Oleh sebab itu, pemerhatian individu perlu ditekankan agar tiada murid yang tertinggal dalam penyediaan atau pembinaan bahan media. Oleh itu guru perlu sentiasa peka dan kreatif dalam menilai murid, bahan media pencapaian objektif. Pemerhatian yang berterusan dapat mengesan sebarang kelemahan dalam penyediaan bahan. Kelemahan penyediaan bahan mampu menggagalkan objektif pembelajaran. Kealpaan memerhati murid mampu membiarkan murid pasif terus pasif. Murid pandai pula akan menguasai ruang tanpa memberi peluang kepada murid lain. Adakalanya perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan hebat dan sempurna tetapi gagal apabila dilaksanakan. Justeru, guru perlu mencuba perancangan pengajaran terhadap sekumpulan kecil murid untuk mendapatkann maklum balas keberkesanan dan mencari kelemahan perancangan tersebut. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang akan diambil terhadap perkara yang dinilai. Pencapaian murid boleh diketegorikan sebagai rujukan criteria mengikut objektif yang ditetapkan, dari segi kemahiran diperoleh dan sikap murid selepas pengajaran dan pembelajaran. Murid boleh menjawab soalan pemahaman atau berstruktur. Model ASSURE amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.

15

5.0 RUMUSAN Model ASSURE mempunyai asas yang kukuh dijadikan panduan pembinaan bahan media pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana berdasarkan kajian lalu, model ini bukan sahaja memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malahan cirri-ciri yang terkandung dalam model ini mampu mengubah tanggapan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu diperkatakan sebagai membosankan. Sekiranya model ASSURE ini diguna pakai sepenuhnya dalam menyedia dan membina bahan media untuk pengajaran dan pembelajaran, sudah sepastinya murid-murid akan senantiasa menunggu kedatangan guru untuk mengajar. Pengajaran akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan. itu kemahiran guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektivisme atau kontruktivisme akan memastikan hasil pembelajaran pada hari tersebut tercapai. Persediaan dan peralatan bantu mengajar amat penting agar murid berasa seronok mengikuti pengajaran mata pelajaran tersebut. Samada pengajaran berpusat guru atau murid, pelaksanaan aktiviti dan penglibatan aktif murid dapat dilihat berdasarkan minat murid terhadap pengajaran guru itu. Sekiranya murid kelihatan pasif, maka guru tersebut gagal, pengajaran dan pembelajaran juga gagal mencapai matlamatnya. Pastikan guru memahami dan mahir pengajaran bermatlamat objektivisme dan

kontruktivisme. Kegagalan memahami konsep tersebut, bermakna guru mengajar tanpa matlamat. Murid juga tidak terarah. Pengajaran akan jadi syarahan. Pada akhir pengajaran, murid tidak mencapai apa-apa dan guru dikatakan syok sendiri. Untuk penyediaan video yang berkesan pula, banyak perkara yang perlu diambil berat. Sebagai contoh ialah tempoh masa video, animasi, warna, bunyi dan sebagainya. Perkaraperkara tersebut perlu diteliti oleh guru sebelum digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

16

REFLEKSI Syukur kepada tuhan, akhirnya setelah sekian lama saya berjaya menyiap tugasan EDU 3105 yang diberikan oleh pensyarah iaitu En. Baharum bin Shariff. Sepanjang proses untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, saya telah melalui dan menghadapi pelbagai halangan dan rintangan, namun dengan semangat yang jitu dapat juga saya mengharunginya dan seterusnya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan sehingga selesai. Pada masa yang sama, saya terpaksa bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam mendapatkan maklumat dan rujukan mengenai tugasan ini, terutamanya maklumat dari buku. Kami terpaksa bersaing untuk meminjam buku dari pusat sumber kampus, disebabkan kekurangan sumber rujukan yang berteraskan buku, jurnal, dan bahan-bahan sampingan yang lain. Namun begitu, perkara sebeginilah yang banyak mengajar saya untuk menjadi seorang mahasiswa yang lebih fokus dan prihatin terhadap tugasan yang telah diberikan dan sentiasa merebut peluang yang terhidang terutama sekali apabila digelar seorang bakal guru yang akan mencorak anak bangsa kelak. Dalam menyiapkan tugasan ini rakan-rakan tidak pernah mengabaikan saya dalam memberikan maklumat tambahan untuk dimuatkan ke dalam tugasan ini. Selain itu juga, setelah melaksanakan tugasan ini, saya mendapati bahawa Model ASSURE ini amat baik dan penting untuk digunakan bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat dijalankan dengan sistematik dan objektif atau matlamat pembelajaran akan dapat dicapai dengan jayanya. Langkah-langkah yang disarankan oleh model ASSURE banyak membantu dalam menghasilkan suatu rancangan pengajaran yang berkualiti dan mantap. Seterusnya, melalui tugasan ini saya dapat memahami dan mengetahui aspek-aspek yang perlu diberi perhatian bagi membuat video yang berkesan. Ini adalah untuk menarik minat pelajar dan ianya sesuai dengan tahap pelajar. Penghasilan video bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memakan masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi kerana banyak proses perlu dilakukan dan memerlukan penelitian. Selain itu juga, saya berpendapat bahawa penghasilan media pengajaran melalui tugasan ini banyak faedahnya . Antaranya, mmedia pengajaran yang digunakan boleh menjadikan pengajaran lebih individual. Penggunaan media pengjaran daripada teknologi yang digunakan dengan baik akan membuka kemungkinan penggunaan lebih banyak teknik pengajaran. Para pelajar boleh belajar berdasarkan keupayaan mereka sendiri.

17

Tuntasnya, telah banyak yang saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini. Bukan itu sahaja, saya juga telah mempelajari bagaimana cara-cara mendapatkan maklumat penting dengan lebih sistematik, strategik dan efisien selaras dengan sistem pendidikan masa kini. Melalui cara inilah kita dapat meningkatkan modal guru yang berketrampilan tinggi selaras dengan tajuk yang saya namakan bagi kerja kursus ini. Sekian.

18

RUJUKAN

Mat Nor Hussin & Ab. Rahman Ab Rashid (1988). Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn.Bhd. Noriati A.Rashid et al (2012). TEKNOLOGI dalam PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN EDISI KEMAS KINI. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Yusup Hashim (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd (2010). Model ASSURE. http://www.scribd.com/doc/22595795/Model-Assure . Dilayari pada 26 Ogos 2013.

19

Anda mungkin juga menyukai