Anda di halaman 1dari 11

Isi Kandungan

Tajuk

Halaman

1. Pendahuluan 2. Definisi Haji 3. Sejarah Pensyariatan Ibadah Haji 4. Hukum Haji 5. Jenis-Jenis Haji dan Pelaksanaannya 6. Haji Ifrad 7. Haji Tamattuk 8. Haji Qiran 9. Perbezaan Antara Haji Ifrad, Tamattu dan Qiran 10. Perjalanan Jemaah Haji Malaysia 11. Penutup 12. Rujukan

2 3 3 3 3 4 5 6 7 8 10 11

Pendahuluan Ibadah haji merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima dan menjadi kemuncak penzahiran ubudiah hamba kepada Tuhan-Nya. Allah SWT telah memfardukan ibadah haji ke atas semua orang Islam lelaki dan perempuan pada akhir tahun kesembilan Hijrah sebagaimana firman-Nya di dalam surah Ali Imran ayat 97 yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya, Rasulullah S.A.W. telah menunaikan haji pada tahun ke sepuluh Hijrah. Orang yang menunaikan ibadah haji adalah tetamu Allah s.w.t. Dari Ibnu Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda : "Orang yang berperang di jalan Allah, orang yang menunaikan haji serta dan umrah adalah tetamu-tetamu Allah. Allah memanggil mereka, mereka pun memenuhi panggilan. Oleh kerana itu, jika mereka meminta kepada Allah pasti akan Allah menunaikannya (Hadis Riwayuat Ibnu Majah)

Umat Islam di Malaysia tidak terkecuali dari melakukan ibadah haji dan umrah bahkan bilangan dan permintaan untuk menunaikan kewajipan Islam ini semakin meningkat tahun demi tahun. Ini menunjukkan kemampuan yang kita ada adalah melebihi daripada umat Islam dari negara-negara yang lain. Keikhlasan menunaikan kewajipan ini adalah menjadi keutamaan kerana ianya hanya wajib dilaksanakan sekali sahaja dengan penuh ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Pengetahuan berkaitan tentang ibadah ini adalah sangat penting untuk pelajari dan difahami dengan sebaik mungkin sebelum ia ditunaikan. Menunaikan haji tanpa ilmu adalah sia-sia kerana banyak perkara yang perlu diuruskan dan diselesaikan selain daripada ilmuilmu berkaitan ibadah haji dan cara pelaksanaannya yang dipelajari dalam kursus-kursus haji yang akan diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab. Tugasan ini adalah berkaitan tentang tajuk ibadah haji. Ia menerangkan tentang definisi haji, sejarah dan hukumnya, jenis-jenis haji dan cara melaksanakannya dan proses melaksanakan haji khasnya bagi umat Islam di Malaysia dari awal hingga akhir. Semoga ianya memberikan pengetahuan dan dapat menjelaskan jenis-jenis haji dan cara pelaksanaannya yang mudah difahami untuk manfaat bersama dan dalam memenuhi tuntutan tugasan sebagai seorang pendidik.

Definisi Haji Menurut bahasa, ibadah haji bermaksud kunjungan, manakala dari segi pengertian syarak pula ialah mengunjungi Kaabah untuk melakukan ibadah tertentu, dengan syarat-syarat dan rukun yang tertentu, pada masa yang tertentu.

Sejarah Pensyariatan Ibadah Haji Pendapat yang lebih kuat menyatakan bahawa tarikh pensyariatan haji dan umrah adalah pada tahun 9 Hijrah. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: Kepada rombongan Abd al-Qais yang menemui Rasulullah s.a.w. pada awal tahun 9 Hijrah, dan bertanya tentang perintah yang wajib mereka lakukan: Aku perintahkan kamu beriman kepada Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan menyerahkan 1/5 daripada harta rampasan perang. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sekiranya haji telah difardukan sebelum tarikh tersebut, tentulah Baginda menyebutkannya bersama-sama perintah yang diarahkan kepada mereka.

Hukum Haji Semua jumhur ulama telah bersepakat menyatakan bahawa haji adalah fardu dan salah satu daripada rukun Islam. Ini berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan ijmak.

Jenis-Jenis Haji dan Perlaksanaannya Terdapat 3 jenis kaedah memulakan ibadah haji yang boleh dilaksanakan oleh umat Islam pada masa kini, bergantung kepada keadaan, masa dan peluang yang ada pada mereka dan keadaan tempat mereka bermustautin. Jenis-jenis haji ialah : 1. Haji Ifrad 2. Haji Tamattu' 3. Haji Qiran

Haji Ifrad Pelaksanaan haji Ifrad ialah dengan menunaikan haji sebelum umrah dalam musim haji pada tahun yang sama. Kaedahnya bermula dengan mengerjakan Haji dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan umrah atau mengerjakan umrah di luar musim haji kemudian barulah menunaikan haji dalam tahun itu juga. Para jemaah haji yang mengerjakan haji Ifrad tidak dikenakan dam (menyembelih binatang qurban). Jenis haji inilah yang telah dilakukan oleh Baginda s.a.w. seperti mana disebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a :


Maksudnya :Dan Rasulullah berihram dengan menunaikan Haji. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Jemaah haji hanya berniat Ihram haji sahaja di miqat (tempat niat) yang ditetapkan. Kemudian mereka bertolak memasuki Kota Makkah dan mula melakukan pekerjaan Haji di Masjidil Haram, seterusnya melakukan Tawaf iaitu mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali sambil menutup bahu kiri dan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama.. Bagi jemaah haji bukan penduduk Makkah, Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang) dilakukan. Cara tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan wajib bagi Mazhab Maliki. Penduduk Makkah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut. Setelah selesai melakukan Tawaf Qudum, jemaah haji melakukan Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan. Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram. Apabila tiba hari Tarwiah, jemaah haji akan berangkat ke Mina dan berada di sana sehingga selesai mendirikan Solat Subuh hari Arafah. Setelah itu, jemaah bertolak ke Arafah dan berada di sana serta mendirikan Solat Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur (Jamak Taqdim). Pada malam hari, jemaah haji beredar sehingga tiba di Muzdalifah dan mendirikan Solat Maghrib dan Isyak. Pada siang Hari Nahar (Hari Raya Korban), jemaah beredar ke Mina dan mula melontar. Kemudian menyembelih korban jika ingin berbuat demikian dan bercukur atau bergunting sebagai bertahallul. Setelah itu, jemaah haji akan kembali ke Mekah dan melakukan Tawaf di Baitullah sebagai Tawaf Ziarah sebanyak tujuh pusingan seterusnya bersaie di antara Safa dan Marwah, jika tidak melakukan Saie selepas Tawaf Qudum. Setelah selesai, mereka boleh bersaie dan bertahallul. Jemaah haji akan kembali semula ke Mina dan berada di sana sehingga selesai melontar ketiga-tiga. Setelah itu, mereka kembali lagi ke Makkah melakukan Tawaf Wida.
4

Seorang yang berihram dengan niat haji daripada Miqat Haji. Apabila telah selesai menunaikan haji maka dia berihram dengan Ihram Umrah dengan keluar ke tempat yang paling dekat dan melakukan Umrah.

Haji Tamattuk Haji Tamattuk adalah melakukan Umrah dahulu, kemudian melakukan haji pada tahun yang sama. Iaitu mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji (Syawal, Zulqaedah, 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka perlu berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasingan. Kemudian, jemaah haji melakukan ibadah umrah sehingga selesai umrahnya (bertahallul). Di Makkah, jemaah haji pergi ke Baitullah lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian bersaie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali, kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau menggunting rambut. Dalam tahun yang sama, iaitu pada Hari Tarwiyah (tarikh 8 Zulhijjah), jemaah haji akan berniat Ihram Haji dari tempat kediaman di Makkah atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Arafah. Seterusnya mereka akan mengerjakan ibadah haji sehingga sempurna sebagaimana jemaah haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma mereka perlu membayar Dam kerana menikmati kemudahan semasa mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan.

Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji Tamatuk tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi haji malah selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaah haji yang mengerjakan Haji Tamatuk yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran. Bagi yang mengerjakan haji Tamatuk, sekiranya bukan penduduk Makkah, mereka wajib dikenakan Dam dengan menyembelih haiwan korban (seekor kambing / sepertujuh dari lembu / sepertujuh dari unta) pada tarikh 10 Zulhijjah atau di harihari Tasyriq (tarikh 11,12,13 Zulhijjah). Jika tidak mampu menyembelih, maka wajib berpuasa 10 hari; 3 hari di waktu haji (boleh dilakukan pada hari-hari Tasyriq). Namun yang lebih utama adalah melakukannya sebelum tarikh 9 Zulhijjah / hari Arafah dan 7 hari selepas pulang ke kampung halamannya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 196:
5

Maksudnya :Maka sesiapa yang berumrah pada bulan2 haji kemudian dia melakukan haji pada tahun yang sama maka dia dikenakan denda iaitu seekor kambing yang di sembelih. Sesiapa yang tidak mampu melaksanakan denda tersebut maka hendaklah dia berpuasa selama tiga hari pada waktu haji dan tujuh hari setelah mana dia sampai di tanah airnya. Maka sempurnalah sepuluh hari. Denda tersebut dikenakan kepada mereka yang bukannya penduduk tanah haram Makkah.

Haji Qiran Kaedah mengerjakan Haji Qiran ialah dengan berniat menggabungkan atau menghimpunkan Umrah dan Haji pada satu perjalanan musafir dalam bulan-bulan haji dengan berihram dari Miqat Haji. Kaedah melakukan Haji Qiran ialah : 1. Berniat mengerjakan Haji dengan Umrah serentak dalam bulan haji dengan mengerjakan amalan haji saja. 2. Berniat mengerjakan Umrah saja tetapi sebelum Tawaf berniat mengerjakan Haji.

Miqat Makani ialah tempat bagi jemaah haji dikehendaki berniat Ihram Haji atau Umrah dan memakai pakaian ihram. Di Miqat Qarnul Manazil atau sebelum sampai Miqat, seperti di Kompleks atau dalam kapal terbang sebelum bertolak ke Makkah.Atau Bir Ali atau sebelum sampai di Bir Ali seperti di tempat kediaman atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Makkah. Jemaah haji akan berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan dengan berkata: Daku telah memenuhi seruanMu untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Perlaksanaan Haji Qiran adalah dengan melakukan kerja-kerja haji secara sempurna. Iaitu apabila jemaah haji yang mengerjakan Haji Qiran memasuki Kota Makkah, dia perlu melakukan Tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan secara berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama kemudian diteruskan dengan bersaie di antara Safa dan Marwah. Imam Hanafi berpendapat agar jemaah haji melakukan pekerjaan-pekerjaan Haji sebagaimana Haji Ifrad, manakala di sisi jumhur memadai bagi jemaah haji yang mengerjakan Haji Qiran melakukan satu Tawaf (tujuh pusingan) dan satu Saie (tujuh pusingan) sahaja kerana Tawaf dan Saie Umrah yang dilakukan itu juga dikira sebagai Tawaf dan Saie Haji sehinggalah dia bertahallul dari Umrah dan Haji secara serentak. Ini

termasuklah amalan Umrah dalam amalan Haji iaitu dengan mengerjakan satu Tawaf dan satu Saie. Ibnu Umar r.a. telah meriwayatkan: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:


Maksudnya :Sesiapa yang berihram untuk menunaikan Haji dan Umrah sekali gus, cukuplah dengan satu Tawaf dan satu Saie. (Hadis riwayat at-Tirmizi) . Jemaah haji tidak boleh bertahallul dari Ihram sebelum melontar Jamrah Aqabah serta bercukur atau bergunting. Dia dikenakan menyembelih Dam. Haji Qiran juga dikenakan dam kerana diqiaskan dengan Tamatuk disebabkan kerja Haji Tamatuk lebih banyak dari kerjakerja Haji Qiran. Di antara ke tiga-tiga jenis haji ini, Ifrad adalah yang paling baik kerana ianya dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir dan Aisyah dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim. Namun kaedah Haji Qiran dan Tamattuk adalah untuk memberi pilihan dan memudahkan umat Islam untuk menunaikan ibadah ini kerana keadaan setiap umat itu adalah berbeza dari pelbagai sudut seperti jarak, kemudahan, kelengkapan, perjalanan dan semua yang diajar dalam Islam adalah untuk maslahat umat itu sendiri. Perbezaan Antara Haji Ifrad, Tamattu dan Qiran 1. Perbezaan pada niat. Setiap niat yang dilafazkan adalah berbeza mengikut jenis haji yang akan mereka laksanakan. 2. Tidak ada kewajipan menyembelih haiwan (sembelihan untuk membayar Dam) bagi yang melaksanakan haji ifrad. Adapun bagi yang melakukan Haji Tamattuk dan Qiran selain penduduk Makkah, wajib bagi mereka Dam. 3. Pada yang melakukan Haji Tamattuk, boleh melakukan tahallul setelah melakukan umrah, sehingga halal bagi yang melakukan Haji Tamattuk semua yang diharamkan ketika ihram apabila masuk tarikh 8 Dzulhijjah. 4. Pada Haji Tamattuk, terdapat dua kali saie, yang pertama ketika umrah dan yang kedua setelah melakukan thawaf ifadhah pada 10 Dzulhijjah. Sedangkan dalam haji

Qiran dan Ifrad, hanya terdapat satu saie, boleh dilakukan setelah Tawaf Qudum atau setelah Thawaf Ifadhah pada 10 Dzulhijjah. Adapun persamaan ketiga-tiga kaedah haji ini diantaranya, terdapat 3 jenis Tawaf, iaitu Tawaf Qudum (dilakukan ketika pertama kali sampai ke Makkah), Tawaf Ifadhah (dilakukan pada10 Dzulhijjah) dan Tawaf Wada(dilakukan sebelum meninggalkan Makkah).

Perjalanan Jemaah Haji Malaysia Jemaah haji Malaysia akan memulakan langkah pertama dengan mendaftarkan nama di Tabung Haji dengan akaun terkumpul yang mencukupi. Merekan akan mengikuti tiga peringkat kursus haji yang dikendalikan oleh Tabung Haji atau syarikat-syarikat korporat yang dilantik. Suntikan H1N1 hendaklah diambil untuk mengelakkan terjangkit atau membawa penyakit ke luar negara. Jemaah haji yang telah mendapat surat tawaran untuk mengerjakan haji akan mendaftar di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya untuk mendapatkan taklimat melengkapkan pelbagai dokumen haji seperti pemeriksaan, bagasi, pengagihan gelang pengenalan diri, lencana, buku rekod rawatan haji dan lain-lain urusan yang berkaitan. Sebaik selesai taklimat, jemaah haji akan dibawa menaiki bas ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Sebaik sampai di KLIA, Jemaah Haji akan diarahkan untuk berehat seketika di kawasan yang dikhaskan sebelum dibawa masuk ke dalam pesawat. Semua penerbangan awal akan memasuki Madinah dahulu, tidak kira sama ada mendarat di Airport Madinah atau mendarat di Airport Jeddah. Bagi yang mendarat di Jeddah, jemaah haji terpaksa menaiki bas untuk ke Madinah. Bagi penerbangan akhir, jemaah haji akan memasuki Makkah dan dikehendaki berpakaian Ihram di Kelana Jaya lagi dan berniat di dalam pesawat. Sebelum 8 Zulhijjah, jemaah haji akan melaksanakan Tawaf Haji di Masjid Al Haram, Makkah. Pada 8 Zulhijah, bermulanya perjalanan lima hari terpenting dalam mengerjakan ibadah haji. Jemaah akan bergerak ke Masyaer iaitu tempat mengerjakan haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Mereka yang telah berada di Makkah sejak awal akan melaksanakan Rukun Haji dengan meninggalkan kota Makkah menuju Padang Arafah. 8 Zulhijah disebut sebagai Hari Tarwiyah (hari jemaah berangkat menuju Arafah dan bertalbiah untuk haji). Pada tarikh tersebut, jemaah haji akan memakai pakaian Ihram (dua lembar kain putih tanpa jahitan sebagai pakaian haji), kemudian berniat haji dan mengucapkan Talbiyah:

Jemaah haji kemudian berangkat menuju ke Mina, dan disyaratkan pada waktu malam, semua Jemaah haji seharusnya sudah berada dan bermalam di Mina. Pada pagi 9 Zulhijjah, jemaah haji akan bertolak ke Arafah untuk mengerjakan Ibadah Wukuf iaitu berdiam diri dan berdoa atau menunaikan solat memohon rahmat daripada Allah s.w.t. yang merupakan rukun yang wajib dilaksanakan setiap jemaah, termasuk bagi mereka yang sakit, walaupun hanya dengan singgah seketika. Selepas waktu Maghrib pada 9 Zulhijjah, jemaah haji akan memulakan pergerakan untuk bermalam di Mudzalifah iaitu jarak sekitar 8 kilometer dari Arafah sehingga tengah malam dan mengutip batu untuk melontar jamrah di Mina pada keesokan harinya. Pada pagi 10 Zulhijah, jemaah haji akan beredar meninggalkan Muzdalifah menuju Mina untuk melaksanakan ibadah melontar, iaitu melontar 7 biji batu ke Al-Jamrah Aqabah (pertama). Setelah bercukur kepala atau menggunting rambut (bertahlul), jemaah haji boleh Tawaf Haji di Makkah, atau bermalam di Mina dan melaksanakan sambungan melontar Jamrah (Ula dan Wustha). Mereka akan berada di Mina selama 3 hari atau sekurangkurangnya 2 hari untuk melontar jamrah yang ditentukan. Jemaah haji Malaysia akan mula melontar Jamratul Qubra selepas solat Isyak bermula jam 11 malam pada 10 Zulhijjah. Bagi yang tinggal di Mina Muhassir, mereka akan melontar selepas tengah malam dan balik ke khemah di Mina Muhassir bagi bermalam di Mudzalifah. Pada tarikh ini juga, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Mereka yang berkemampuan akan melakukan ibadat korban untuk diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Pada Hari Tasyrik, 11 dan 12 Zulhijjah pula, jemaah akan menyambung lontaran ketiga-tiga Jamratul Sughra, Jamratul Wusta dan Jamratul Qubra selepas solat Isyak bermula pada 9 malam. Pada 13 Zulhijjah, jemaah haji yang melakukan Nafar Thani akan melontar selepas Solat Subuh antara 6 pagi hingga 8.30 pagi. Setelah selesai melontar, para jemaah akan meninggalkan Mina menuju ke Makkah untuk menyempurnakan ibadat haji dengan mengerjakan Tawaf dan Saie. Jemaah haji yang mengerjakan Haji Tamattuk, mereka akan kembali ke Makkah untuk melakukan Tawaf Rukun dengan mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram sebanyak 7 kali. Ini diikuti dengan bersaie antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebelum bertahlul (bercukur atau menggunting rambut) bagi membolehkan mereka bertahalul Awal. Sebelum pulang ke Malaysia, jemaah haji akan melakukan Tawaf Wada (Tawaf perpisahan / Selamat Tinggal).

Penutup Ibadah haji merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan dengan mengikut syarat, rukun dan kaedah yang tertentu pada masa yang tertentu. Sebagai umat Islam, kita wajib mempelajarinya kerana pada suatu hari nanti, bagi yang berkemampuan pasti mereka akan mengunjungi Baitullah di Makkah untuk menunaikan ibadah ini. Ibadah haji adalah satu ibadah yang menduga keimanan seseorang muslim itu dan memberi peluang kepada umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan suasana dan tahap cabaran tersendiri yang lebih memantapkan keimanan kepadaNya. Kaedah cara mengerjakan ibadah ini telah disepakati oleh ulama-ulama yang muktabar dengan bersandarkan kepada perbuatan dan amalan Rasulullah s.a.w. semasa mengerjakan haji. Kaedah ini membawa kepada pembahagian haji kepada tiga jenis iaitu haji Tamattuk, haji Qiran dan Haji Ifrad. Ke tiga-tiga jenis ini adalah yang terbaik dan sesuai untuk golongan yang tertentu dan mereka boleh memilih salah satu dari jenis haji yang dihuraikan sesuai dengan keadaan dan keselesaan jemaah haji. Pembahagian jenis-jenis haji ini adalah maslahat kepada umat Islam menandakan Islam itu mudah diamalkan dan dianuti ajarannya oleh setiap manusia tidak kira mereka siapa, tanpa mengenal apa bangsa, warna kulit, negara dan apa jua keadaan mereka selagi mereka mampu menunaikannya. Perjalanan haji jemaah dari Malaysia secara khususnya diuruskan oleh badan yang dilantik oleh kerajaan iaitu Lembaga Tabung Haji Malaysia yang mengurus dan memudahkan umat Islam di Malaysia untuk menunaikan fardu haji dengan menyediakan kemudahan menyimpan wang, pengurusan perjalanan pergi sehingga pulang ke kampung halaman dengan ibadah haji yang sempurna. Melaksanakan ibadah haji yang diutamakan ialah keikhlasan dan kesungguhan untuk menunaikannya dengan sempurna dan membawa gelaran haji yang sesuai dengan amalan dan perwatakan akhlak setelah pulang ke tanah air. Haji yang mabrur adalah keutamaan dan citacita bagi setiap umat Islam yang menunaikannya. Sesungguhnya orang yang menunaikan ibadah ini akan terus rindu untuk melaksanakannya untuk kali yang lain kerana adanya perasaan taqwa dan keimanan kesan daripada melakukannya dengan kesusahan dan kesungguhan demi meraih keredaan Allah s.w.t.

Jumlah perkataan : 2821 patah perkataan.

10

Rujukan :

1. Mohd Zaki Yusoff. 2008. Pendidikan Islam Tingkatan 4. Johor Bahru : Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. 2. Syeikh Ali Hassan. 2007. Panduan Praktis Manasik Haji dan Umrah. Jakarta : Pustaka Imam As-Syafiee. 3. Prof Dr M Mutawalli as-Syarawi. 2007. Anta Bertanya Islam Menjawab. Jakarta, Indonesia : Terbitan Gema Insani. 4. Khir Abd Salam, Zulkifli Khair. 2007. Yang OK dan KO Dalam Ibadah Haji Dan Umrah. Selangor : PTS Mellinia Sdn Bhd. 5. H Syukri Sarieff. 2005. Cara Mudah Melaksanakan Ibadah Haji. Jakarta, Indonesia : Pustaka Nasional. 6. Mouslim Abdurrahman. 2009. Bersujud di Baitullah. Ibnadah Haji, Mencari Kesalehan Hidup. Jakarta, Indonesia : PT Kompas Media Nusantara. 7. Gus Ariffin. 2009. Peta Perjalanan Haji dan Umrah. Jakarta, Indonesia. PT Elex Media. 8. Muhammad Nasiruddin. 1994. Haji dan Umrah Seperti Rasulullah. Jakarta, Indonesia : Terbitan Gema Insani. 9. Fahmi Ahmar, Dr Arum Harjanti. 1997. Buku Pintar Calon Haji. Jakarta, Indonesia : Terbitan Gema Insani. 10. Mubarak Mahfuz. 2007. Meneladani Manasik Haji dan Umrah Rasulullah. Jakarta : Pustaka Imam As-Syafiee.

11