Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN INDIVIDU- APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN

APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN 1.0 Pengenalan kepada seni Menurut John Ruskin dalam pendahuluan bukunya Modern Painter edisi pertama yang diterbitkan sejak 1888 menyatakan bahawa seni adalah bahasa visual yang sukar difahami tetapi indah untuk direnungi. Pandangan serta kesimpulan yang sama turut di nyatakan oleh seorang lagi penyair dan pengkritik seni dari negara itu, Herbert Read dalam bukunya The Meaning of Art dan The Philosophy of Modern Art. Dalam The Philosophy of Modern Art, Read menghuraikan makna yang paling mendasar tentang seni yang disimpulkan daripada sebuah penelitian panjang serta terperinci. Namun, biar apapun kesimpulan yang dibuat oleh Ruskin dan Read, makna seni itu sendiri cukup menarik untuk dilihat dan direnungi dalam konteks perkembangan mutakhir seni tampak di negara ini. Seni bukan sahaja sebagai elemen yang memaparkan estetika dan kehalusan tetapi sebuah medium yang boleh menghubungkan antara masyarakat, bangsa dan negara. Dengan lain perkataan, jika dapat disimpulkan daripada pandangan kedua-dua pemikir tersebut, seni mampu memikul pelbagai fungsi termasuk sebagai medium komunikasi dan persatuan. Melalui seni juga kita dapat berbicara tentang dunia yang tidak pernah dibatasi oleh politik, geografi, bahasa dan kebudayaan. Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim seperti jujur, rajin, taqwa serta sabar. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

2.0 Aplikasi seni dalam pengajaran Aplikasi seni dalam pengajaran ialah menggunakan aktiviti yang berkaitan dengan seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seseorang guru boleh mengajar pelajarnya menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kretiviti seseorang itu. Hal ini demikian kerana, aplikasi seni dalam pengajaran dapat digunakan bagi menarik minat para pelajar mengikuti proses pembelajaran di

samping dapat meransang minat pelajar untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kemahiran meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap pelajar. Di samping itu, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum kerana menurutnya, manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan logikmatematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang visual, interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis. Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudakan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di sekeliling kana-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing. Warna merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada hanya warna hitam dan putih. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud disekeliling kita. Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna warni yang terdapat pada pelangi dan juga sebagainya. Penggunaan warna juga turut memberi kesan kepada manusia. Warna yang digunakan memberi kesan terhadap personaliti, budaya dan juga psikologi seseorang. Terdapat juga warna panas dalam seni visual. Sebagai contoh, warna merah yang menggambarkan perasaan marah, semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. Misalnya, jika seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang seperti oren dan merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani kerana memilih warna tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk pula memberi kesan yang lebih tenang dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosi sedih dan juga sayu seseorang. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka muzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu atau rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh, bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di

sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu menghasilkan irama mereka sendiri. Ini dapat dilihat ketika mereka berkawad, menepuk tangan, mengetuk meja dan sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan muzik yang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Ruang juga merupakan elemen dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang tersebut lebih selamat. Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat P&P tersebut. Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menangani dan menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu ilmu

pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif.Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan.Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolahbahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif. Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi semuamatapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahirankemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demimenjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guruhendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar. Tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakanperlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru. Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan denganmenggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna (seni visual), irama (seni muzik), dan seni pergerakan. Sebagai contoh, dalam pengajaran matapelajaran sains dimana guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan haiwan peliharaan kepada kanakkanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke taman sains sekolah untuk melihat haiwan peliharaan yang terdapat di situ. Seterusnya kanak-kanak akan membuat pemerhatian, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat itu. Bimbingan daripada guru kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah perlulah diberikan. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Pelajar juga dapat menggunakan daya imaginasi dan ingatan mereka dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya dapat meningkatkan daya kreativiti mereka. Setelah kajian yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh mengarahkan murid untuk membentangkan dapatan kajian yang mereka telah perolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan setiap ruangyang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut menarik dan kreatif. 3.0 Peranan seni dalam pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai 3 R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf R adalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama, seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam matapelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah: i. Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

ii.

Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

iii.

Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea

dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi idea dan isi kandungan.

vi.

Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi. Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

4.0 Contoh spesifik pengintegrasian bidang seni dalam pengajaran dan pembelajaran. Matapelajaran :Bahasa Melayu (Tahun 2) Tajuk :Mari Bertani Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan: 1) Muzik :Nyanyian lagu Pak Mamat Tukang Kebun 2) Pergerakan :Membuat gaya membanting padi, merumput dan menyemai. 3) Seni Visual :Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran. Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami, guru perlu menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan yang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam tajuk mata pelajaran yang diajar. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilih untuk menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipilih iaitu Mari Bertani. Dalam tajuk ini, guru memilih untuk mengintegrasikan tajuk dengan Seni Visual dengan melakukan aktiviti melukis dan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan meminta murid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang ditunjukkan. Kemudian murid-murid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka tahu menggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasi dalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan tajuk ini dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan.

Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk Mari Bertani dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru boleh memilih untuk menyanyikan lagu Pak Mamat Tukang Kebun beramai-ramai sambil membuat gaya pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih. Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakan dalam tajuk dan sekali gus memberi kecekapan psikomotor dalam kalangan murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya murid-murid berasa seronok untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang diajar. 5.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, aplikasi seni dalam pengajaran sememangnya amat penting untuk diaplikasikan oleh semua guru mata pelajaran bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain dapat menarik minat para pelajar mengikuti pembelajaran, ia juga dapat meningkatakan perkembangan diri pelajar itu sendiri apabila terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, dengan penggunaan seni dalam pengajaran, sesuatu pengajaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Di samping itu, aplikasi seni dalam pengajaran juga dapat membantu meningkatkan kreativiti dan minat seseorang pelajar untuk terus kekal sepanjang proses P&P berlangsung.

Bibliografi

1. Kesan-kesan positif mengikuti pendidikan seni (2008). Diperoleh pada Oktober 2, 2010 daripada http://www.scribd.com/Modul-Seni 2. Menilai seni: subjek seni di masa hadapan (2009). Diperoleh pada Oktober 1, 2010 daripada http://www. sitihayatimohdyusoff.blogspot.com

3. Peranan seni dalam pendidkan (2008). Diperoleh pada Oktober 1, 2010 daripada http: //www.slideshare.net/.../peranan-seni-dalam-pendidikan -United States 4. Seni dalam Pendidikan (2009). Diperoleh pada Oktober 2, 2010 daripada http://www. www.scribd.com/.../Peranan-3-Komponen-Seni-Dalam-Pendidikan-Dalam-