Anda di halaman 1dari 4

Rancangan Pengajaran Harian Tarikh / Hari Tahun Masa Bil Murid Matapelajaran Tema Tajuk Standard Kandungan Standard

Pembelajaran Objektif Pelajaran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 ASPEK TATABAHASA Tarikh /Hari Tahun Bil Murid Masa Mata Pelajaran Tema Tajuk : :1 : 30 orang : 8.10 9.10 pagi ( 60 minit ) : Bahasa Malaysia : Kesihatan dan Kebersihan :

Standard Kandungan 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.

Standard Pembelajaran 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks.

Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga perkataan kata nama am anggota badan dengan betul. Membina tiga ayat tunggal dengan menggunakan kata nama am anggota badan.

Sistem Bahasa : Tatabahasa kata nama am anggota badan Pengisian Kurikulum Elemen Nilai Tambah (ENT)

EMK Pengetahuan Sedia Ada : Murid biasa mengamalkan amalan kebersihan diri dalam kehidupan seharian mereka.

Langkah/ Masa Set Induksi (5 minit)

Isi pelajaran

Langkah dan Aktiviti

Catatan

Peralatan kebersihan diri; Berus gigi Ubat gigi Sabun mandi Tuala mandi

Guru menunjukkan bahan maujud peralatan kebersihan diri. Guru dan murid bersoal jawab tentang penggunaan peralatan tersebut. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

BBB Bahan maujud (berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, dll)

Langkah 1 (12 minit)

Lagu: Bangun Pagi Bangun pagi, Gosok gigi, Cuci muka, Pakai baju, Minum susu, Bakar roti, Badan sihat , Senang hati

Murid diperdengarkan rakaman lagu Bangun Pagi. Murid-murid diminta menyanyikan lagu bersamasama dengan guru. Murid diminta melakukan gerak kreatif berdasarkan seni kata lagu tersebut.

BBB Teks lagu Rakaman lagu LCD

Langkah/ Masa Langkah 2 (15 minit)

Isi pelajaran Lagu: Bangun Pagi Bangun pagi, Gosok gigi, Cuci muka, Pakai baju, Minum susu, Bakar roti, Badan sihat , Senang hati

Langkah dan Aktiviti Guru mengedarkan teks lagu kepada semua murid Murid-murid diminta membaca teks lagu tersebut secara berkumpulan Murid-murid diminta mengenal pasti jenis kata yang bergaris. Guru meminta murid-murid menyatakan kata nama am hidup manusia Guru menerangkan jenis kata nama am hidup manusia Kreativiti dan Inovasi: Murid menyanyikan lagu Bangun Pagi sambil membuat gerak kreatif.

Catatan

BBB Teks lagu

Langkah 3 (12 minit)

Kata Nama Am 1. 2. 3. 4. Muka Gigi Badan Hati

1. Guru mempamerkan gambar tubuh manusia 2. Murid diminta melabelkan kata nama am pada gambar tersebut. 3. Murid diminta membina ayat tunggal berdasarkan kata nama am. (Penilaian) 4. Guru menyemak hasil kerja murid.

Langkah/ Masa

Isi pelajaran

Langkah dan Aktiviti

Catatan

Langkah 4 Anggota Badan (10 minit) Tangan Kaki Jari Kuku Mata

Pengayaan: 1. Murid diminta mencatat kata nama am anggota badan berdasarkan petikan yang disediakan oleh guru.

BBB - Lembaran kerja

Pemulihan: 1. Memadankan kata nama am anggota badan berdasarkan gambar yang diberi. Penutup 5 minit Kognitif : Rumusan isi pelajaran Cara menyanyikan lagu Bangun Pagi dengan kelancaran dan gaya yang menarik. Murid diminta menyebut kata nama am yang telah dipelajari. Guru memberi pujian atas sikap murid dan meminta murid-murid menyanyikan lagu diiringi muzik latar dan paparan lirik.

Sosial : Pujian dan galakan Nyanyian lagu Bangun Pagi