Anda di halaman 1dari 2

Soalan: Kejadian tanah runtuh sering berlaku di negara kita.

Tuliskan sebuah karangan cara-cara untuk mengatasi tanah runtuh di negara kita.

Dalam mendepani era modenisasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namin sering meniti dari bibir ke bibir segenap umat manusia tentang fanomena kejadian tanah runtuh yang semakin membimbangkan. Kemelut ini juga disiarkan dalam media massa seperti internet, televisyen dan surat khabar. Dari segi konsepsinya, kejadian tanah runtuh ialah kejadian yang berlaku akibat daripada gelongsoran tanah di lereng-lereng bukit. Implikasinya, fenomena ini boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan boleh meragut nyawa pengguna jalan raya mahupun penduduk yang berdekatan. Persoalan yang bermain dalam kotak fikiran kita ialah mengapakah fenomena ini boleh berlaku dan siapakah yang patut dipersalahkan? Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), fenomena kejadian tanah runtuh ini berpunca daripada kegiatan pembalakan hutan secara berleluasa oleh pihakpihak yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya menyebabkan hakisan tanah. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang mesti dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi mengatasi fenomena ini sebelum nasi menjadi bubur. Cara-cara untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh adalah mengawal pembangunan perumahan di lereng-lereng bukit. Dalam hal ini, pembinaan taman perumahan di lereng bukit mesti mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga perlu mengetatkan undang-undang kelulusan projek di bukit dan juga tidak meluluskan projek yang kecerunannya melebihi 35 darjah yang ditetapkan oleh kerajaan. Seperti kata dalam peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Kejadian seperti berlaku di Highland Towers 1993 melibatkan 16 mangsa terkorban, tanah runtuh yang berlaku di Ulu Yam Selangor pada 2008, dua mangsa terkorban , Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, pada 2011, 25 mangsa tertimbus, dan banyak lagi peristiwa kejadian tanah runtuh adalah pengajaran untuk semua pihak terutama pihak pemaju untuk membina projek yang berisiko tinggi tanah runtuh. Tegasnya, pembangunan di lereng bukit terutama untuk tujuan perumahan perlu dikawal agar kejadian tanah runtuh dapat dielakkan. Langkah yang tidak boleh dikesampingkan untuk mengelak kejadian tanah runtuh ialah membina sistem perparitan yang terancang. Dalam konteks ini, tindakan berkenaan dapat mengurangkan kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit-bukau di negara kita. Sementelahan pula, tanah di bukit tidak mudah tergelongsor ke jalan raya dan dapat mengelakkan kes kemalangan. Terdapat statistik menjelaskan bahawa kejadian tanah runtuh disebabkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan aktiviti pembalakan haram antara penyebab berlakunya tanah runtuh. Implikasinya, langkah yang efektif dan pragmatik dapat

ditangani dengan baik. Misalnya, pihak kerajaan perlu membina parit atau longkang yang sesuai dan sempurna di kawasan perumahan masyarakat. Justifikasinya, dapat mengurangkan kejadian kegelongsoran tanah di tempat kediaman masyarakat. Jadi jelaslah bahawa melalui langkah membina sistem perparitan yang terancang dapat mengelakkan kejadian tanah runtuh di negara kita sebelum nasi menjadi bubur. Jika ditelusuri secara mendalam, antara langkah yang pragmatik yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh ialah kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang bagi mengelakkan kejadian ini daripada terus berlaku. Oleh sebab itu, kerajaan haruslah mengenakan hukuman yang maksimum kepada pemaju perumahan yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. Bukan sahaja kerajaan malahan masyarakat juga harus memainkan peranan dalam mengelakkan kejadian tanah runtuh ini. Hal ini demikian kerana tangan-tangan manusia inilah yang telah menyebabkan berlakunya kejadiaan tanah runtuh ini. Kejadian ini juga perlu dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak yang berwajib agar masalah ini dapat ditangani dengan segera. Agensi-agensi kerajaan harus mengadakan kempen Cintai Alam Sekitar agar dapat mengelakkan kejadian tidak diingini dar terus berlaku kerana sudah terhantuk baru tergadah amat merugikan negara dan masyarakat. Anak-anak harus dididik dari kecil agar apabila dewasa kelak, mereka akan menyanyangi alam sekitar dan alam sekitar akan terjaga. Ibu bapa haruslah melentur buluh biarlah dari rebungnya sebelum nasi sudah menjadi bubur. Tegasnya, pihak kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang bagi mengelakkan kejadian ini daripada terus berlaku. Tambah satu isi lagi ( Peranan media masa) Sebagai konklusinya kita sebagai anggota masyarakat Malaysia hendaklah menjaga alam sekitar supaya kurang bencana alam seperti tanah runtuh. Seyogia, marhaen Malaysia hendaklah mengurangkan sebarang perbuatan yang boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Mencegah lebih baik daripada merawat. Peribahasa berkenaan amat sesuai digunakan untuk memastikan masalah ini berlaku. Elbert Hubbard pernah berkata, kebijaksanaan ialah keupayaan untuk bertindak pada masa yang benar -benar tepat. Jika kita tersalah langkah, kita ibarat menconteng arang kemuka s endiri. Oleh sebab itu, sebagai warganegara prihatin, janganlah kita hanya melepaskan batuk di tangga dalam mengurangkan masalah tanah runtuh kerana apabila nasi sudah menjadi bubur, kita hanya akan menyesal buat selama-lamanya.
Dipetik daripada Modul Penulisan Daerah Perak Tengah 2013