Anda di halaman 1dari 4

Refleksi Pengajaran Refleksi 1.

0 Kekuatan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Saya menggunakan bahan bantu mengajar yang baik iaitu telefon bimbit dan komputer riba. Dengan adanya bahan bantu mengajar ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian pelajar serta mengekalkan minat belajar pelajar berkenaan. Seiring dengan zaman teknologi ini, bahan-bahan tersebut dapat digunakan dengan baik seiring dengan kehendak pelajar yang terdedah kepada bahanbahan berteknologi tinggi ini. Seterusnya, penyampaian pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Penggunaan ICT Dalam topik yang dipelajari ini, saya menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan paparan powerpoint. Paparan powerpoint yang berwarna-warni mampu menarik minat pelajar untuk terus mengikuti topik yang dipelajari. Sememangnya, pelajar sekolah rendah lebih tertarik dengan pelbagai warna yang jika dibandingkan dengan pengajaran dan pembelajaran tradisional lebih kepada Chalk and Talk.

Suara yang kuat Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan, saya mempunyai kekuatan dan kelantangan suara yang membolehkan semua pelajar di dalam kelas berkenaan boleh mendengar dengan jelas tentang isi pengajaran yang ingin disampaikan pada masa tersebut. Seterusnya perhatian pelajar dapat dikekalkan. Ini kerana, di dalam sesebuah kelas yang mempunyai kapasiti pelajar yang ramai, kekuatan bagi seorang guru selain kreativiti adalah suara yang jelas. Jika seseorang guru mempunyai suara yang perlahan, pelajar yang duduk di bahagian belakang terutamanya kurang memberi perhatian tentang isi yang disampaikan oleh guru. Seterusnya, objektif pelajaran gagal dicapai.

Respon pelajar Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan, majoriti pelajar memberikan respon dan maklumbalas yang yang baik. Situasi yang kondusif ini berlaku hampir sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Semua pelajar aktif dalam memberi maklumbalas dan menjawab semua soalan yang diajukan oleh guru kepada mereka. Ini menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Sebenarnya, bagi menjayakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran agar objektif tercapai, respon yang baik dari pelajar diperlukan bagi memudahkan objektif pembelajaran dicapai. Ini kerana, guru dapat mengetahui tentang bahagian mana yang pelajar tidak faham. Seterusnya, guru dapat mengulang dan menerang semula tentang topik yang pelajar kurang jelas tersebut.

Peneguhan positif Saya telah memberi peneguhan positif kepada pelajar sebaik pelajar menyatakan jawapan yang betul serta memberi maklumbalas apabila saya mengemukakan pertanyaan. Perkataan yang baik yang mempunyai nilai-nilai murni seperti bagus, terima kasih, pandai, tahniah dan sebagainya perlu diterjemahkan dengan mimik muka yang manis seperti menyebut perkataan bagus sambil tersenyum. Ini membuatkan pelajar menerima mesej tersebut dengan hati yang girang gembira. Seterusnya, mengekalkan minat dan tumpuan pelajar untuk terus belajar.

2.0 Kelemahan Penggunaan waktu induksi Saya menggunakan terlalu banyak masa untuk menjalankan set induksi. Sepatutnya, masa yang diperuntukkan untuk menjalankan set induksi adalah 5 minit sahaja. Saya telah menggunakan hampir 7 minit bagi aktiviti tersebut. Jadi, penyampaian bagi isi pengajaran kekurangan masa 2 minit. Hal ini boleh dielakkan pada masa akan datang bagi mengelakkan lebih banyak masa digunakan untuk aktiviti set induksi.

Penggunaan papan tulis Bagi aktiviti membina ayat, saya dan pelajar tidak menggunakan papan tulis dengan optimum. Hal ini dapat dilihat apabila saya membuat pembetulan dengan hanya menyebut perkataan yang salah. Jadi, pelajar tidak dapat mengetahui mana yang salah dan mana yang betul kecuali bagi pelajar yang jawapannya sedang dibincangkan.

Aktiviti Sememangnya, aktiviti yang dijalankan merupakan aktiviti yang dapat membina kreativiti pelajar. Cuma, saya memberi hanya sekeping sahaja kertas kepada pelajar. Jadi, kreativiti pelajar terhad. Pelajar yang gagal berfikir menghasilkan sesuatu menggunakan sekeping kertas mungkin mengharapkan agar diberi lebih daripada sehelai kertas. Jadi, pelajar di dalam kelompok ini gagal menghasilkan sesuatu dek kerana kekurangan bahan yang ada pada mereka.

3.0 Penambahbaikan Penggunaan waktu induksi Sebagai seorang guru, sudah pastinya mengetahui apa yang dimaksudkan set induksi. Set induksi merupakan aktiviti yang dilakukan oleh guru pada awal pengajaran untuk menyediakan murid kepada pelajaran yang seterusnya. Set induksi yang mengambil masa lebih kurang 5 minit ini sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam proses pengajaran dan pengajaran seorang guru. Dari sinilah seorang guru itu dapat mengawal disiplin muridnya, memastikan pelajar bersedia untuk pelajaran hari

ini dan menarik minat muridnya untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya. Set induksi yang dilakukan selalunya berkaitan dengan topik yang ingin di ajar oleh seseorang guru. Set induksi boleh dibuat dalam bentuk cerita, teka teki, puzzle dan sebarang cara yang mengambil masa yang pendek. Dengan adanya set induksi juga, kita dapat menjadi guru yang sentiasa di tunggu oleh pelajar untuk masuk ke kelas. Perancangan yang teliti juga merupakan kunci kepada kejayaan set induksi. Dengan adanya perancangan yang teliti, seseorang guru pasti tidak menggunakan terlalu banyak masa untuk set induksi.

Penggunaan papan tulis Berikut adalah objektif penggunaan papan tulis: 1. Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Kanak-kanak mudah memahami daripada guru hanya bercakap dengan tanpa menulis. 2. Untuk menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting. Guru dapat mengekalkan perhatian pelajar terhadap perkara-perkara penting dalam P&P. 3. Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara bersistematik. Kanak-kanak mudah faham kerana guru dapat memberi penjelasan secara lebih teratur secara satu per satu. 4. Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru. Selain penggunaan komputer dan ABM yang lain. Kanak-kanak tidak akan merasa bosan dengan satu aktiviti P&P sahaja. 5. Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran murid. Kanak-kanak akan dapat pengalaman menulis di papan tulis contohnya untuk menjawab soalan. 6. Untuk memberi peluang kepada kanak-kanak meniru huruf dari papan tulis. Ini akan menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir.

Berdasarkan objektif penggunaan papan tulis yang dinyatakan di atas, sebagai penambahbaikan, adalah lebih baik jika saya meminta pelajar menulis jawapan di papan tulis. Jadi, saya dapat membuat pembetulan di papan tulis tersebut yang sememangnya dilihat oleh semua pelajar. Jadi, semua pelajar dapat melihat perkataan yang salah ditukar dan perkataan yang betul dikekalkan. Jadi, dengan adanya papan tulis tersebut, saya boleh meminta pelajar menyalin jawapan yang salah dan jawapan yang telah diperbetulkan.

Aktiviti Sebagai penambahbaikan, aktiviti yang dijalankan seharusnya lebih kepada aktiviti berkumpulan atau pembelajaran koperatif. Ini kerana, pembelajaran koperatif lebih terarah kepada pembelajaran masteri. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang

tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Jadi, dengan adanya pembentukan kumpulan di dalam aktiviti yang dilakukan, pelajar akan dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan yang lain dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif. Bahan-bahan yang diperlukan juga perlu diperbanyakkan lagi supaya pelajar boleh memilih bahan yang sesuai dengan apa yang dirancang oleh kumpulan masing-masing. Jadi, pelajar diberi kebebasan untuk menghasilkan sesuatu yang lahir dari idea kreatif mereka. Aktiviti ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk bekerjasama di dalam sesebuah pasukan dalam membuat sebarang keputusan.

Anda mungkin juga menyukai