Anda di halaman 1dari 17

Huraikan strategi, kaedah, teknik pengajaran yang digunakan dalam

pengajaran jawi. Pilih satu kaedah dan huraikan cara perlaksanaanya di


dalam kelas.

1. PENGENALAN

Masalah penguasaan jawi di kalangan murid-murid menjadi isu hangat yang


diperkatakan. Dalam pelajaran Jawi, menguasai setiap kemahiran mengenal huruf jawi
amatlah perlu dilalui oleh setiap murid apatah lagi murid-murid yang lemah, terutama
dalam mengenal huruf jawi tunggal. Melalui pemerhatian saya, didapati mereka
mengalami masalah dalam banyak perkara. Antara masalah-masalahnya ialah mereka
seringkali sukar mengingat kembali apa yang telah diajar, terutama mereka keliru dengan
bunyi dan bentuk-bentuk huruf jawi tunggal. Jadi,persediaan secara teori dan amali
membolehkan sesuatu tugas itu dijalankan secara professional. Sebagai langkah awal,
pembinaan strategi pengajaran dan pembelajaran pemulihan jawi amat penting bagi
mencapai matlamat yang sebenar.

2. OBJEKTIF

2.1 Dapat memulihkan murid yang keciciran jawi dan mewujudkan suasana pembelajaran
yang seronok dan aktif dalam pelajaran.
2.2 Dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf jawi tunggal.
2.3 Mengubah cara pengajaran dan pembelajaran kepada yang lebih menarik
dan menyeronokkan.
2.4 Meningkatkan daya ingatan pelajar melalui Seni dalam Pendidikan
melalui kaedah permainan

1
KELAS PEMULIHAN JAWI MENGIKUT PANDUAN j-QAF

 Pengenalan Konsep Pemulihan Jawi

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas

pemulihan Jawi j-QAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi.

kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.

Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-

kurangnya dapat mengenal,menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku

kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan mudah yang dibina daripada

suku kata terbuka dan suku kata tertutup

Kumpulan sasaran ialah murid-murid tahun satu yang tidak dapat melepasi

ujian khas seperti tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka. Mata

pelajaran ini hendaklah menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat

murid-murid, mudah dan tidak membebankan. Pendekatan tersebut

hendaklah lebih berkesan dan sesuai dengan tahap kemampuan murid-

murid bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran jawi

serta menarik minat mereka untuk terus belajar sehingga mampu membaca

dan menulis jawi.

2
KAEDAH PENGAJARAN JAWI

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam

usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk

memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar

perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi

merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran

melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. 

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

1.
KAEDAH PERMAINAN DAN
NYANYIAN

Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan


daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Jawi. Penggunaan aktiviti
permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik
darjah adalah berlandaskan prinsip ' bermain sambil belajar '.

Tidak dinafikan, pengajaran pemulihan jawi akan menjadi lebih berkesan


sekiranya dilaksanakan dengan inovasi pembelajaran yang menggunakan
kaedah permainan. Inovasi ini memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar
mempelajari jawi dengan lebih intensif dan menarik.

3
Contoh Pelaksanaan di dalam kelas

Tahun 1 Kreatif & 1 Inovatif


Bilangan Murid 25 orang
Masa 60 minit
Tajuk Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf
ba dan ta
Objektif I. Murid boleh membaca suku kata terbuka daripada
hurufl ba dan ta
II. Murid boleh menulis huruf konsonan ba dan ta yang
disambung dengan huruf vokal alif, wa dan ya

Strategi Dari mudah kepada susah


Cadangan aktiviti Langkah 1
1.1 Guru memperkenalkan huruf dan bentuk-bentuk
huruf
(a) Menggunakan ‘mounting board’ (kad
imbasan)
(b) Membentuk huruf ba dan ta dengan
menggunakan plastesin
1.2 Menyebut huruf secara latih tubi, individu, jantina
dan kumpulan
1.3 Guru memperkenalkan huruf vokal alif, wau dan
ya
1.4 Latih tubi membaca suku kata

Langkah 2
Membina dan menulis perkataan daripada suku kata yang
telah dipelajari. Guru juga boleh menggunakan teknik

2.1 Tunjuk cara- teknik yang digunakan oleh guru


sewaktu menjalankan pengajaran yang memerlukan
pelajar menguasai sesuatu kemahiran terlebih dahulu

4
sebelum aktiviti sebenar dijalankan
Contoh:
‫بو = بوبو‬+ ‫بو‬
‫بو = ابو‬+ ‫ا‬
‫ تو = باتو‬+ ‫با‬

2.1 Sumbangsaran-guru meminta murid merekacipta


perkataan daripada suku kata yang telah dipelajari

II.2 Penyelesaian masalah- guru menyediakan


beberapa perkataan baru di dalam tulisan rumi.
Pelajar dikehendaki membuat aplikasi berdasarkan
kemahiran yang telah dipelajari tadi.

Langkah 3
Bermain permainan pancing ikan.
Alatan:
Objek ikan dikerat dua
Batang pancing
Kad suku kata

Persediaan
Objek ikan diperbuat daripada polistrin atau kad
manila
Letakkan magnet pada ikan dan tali pancing

5
Cara permainan:
Permainan dijalankan secara berkumpulan
Pelajar dikehendaki mencantumkan kepala dan ekor
ikan bagi membentuk perkataan
Kumpulan yang berjaya memancing dan menyusun
suku kata menjadi perkataan dengan pantas dikira
sebagai pemenang.

Menyanyi lagu vokal dan suku kata berdasarkan suku kata yang dipelajari.
Contohnya :

‫ووكل دان سوكو كات‬


‫ اير قاسغ مالم‬: ‫إيراما‬

‫ ا اونتوق ابو‬، ‫ا بويي‬


‫ اي اونتوق ايبو‬, ‫اي بويى‬
‫ او اونتوق اوبي‬, ‫او بويي‬

6
‫ او سنعغ هاتيكو‬, ‫ اي‬,‫ا‬
‫ماريله اديق ماري مغيجا‬
‫دغر كورو اجر سبوت سوكو كات‬

‫بتول جاغن تك باج‬-‫سبوت بتول‬


‫بيال قنداي جاوي تنتو كورو وك‬
)‫ا ب و (ابو) ا و ب ي (أوبي‬
‫بيال سوده فهم بارو كيت اوجي‬.

KEKUATA
N

 Murid tidak merasa bosan atau jemu


 Penglibatan daripada semua murid.
 Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka.
 Guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan/kelemahan
mereka.
 Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P & P berjalan.

KELEMAHA
N

7
 Murid yang cergas sahaja dapat menerima pengajaran guru.
 Sedikit membebankan guru menyediakan BBM.
 Tidak semua tajuk mata pelajaran dapat digunakan dalam kaedah
ini.
 Memerlukan peruntukan kewangan

KAEDAH
PANDANG SEBUT

KEKUATA
N

 Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.


 Semua murid terlibat.
 Murid berani mencuba.
 Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.
 Mengasah potensi di kalangan murid-murid.
 Menambah minat membaca Al-Quran.
 Melahirkan kepimpinan murid.

KELEMAHA
N

 Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.

8
 Perancangan dan persediaan yang teliti.
 Murid yang lemah rasa rendah diri.

3.
KAEDAH LATIH TUBI

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

KEKUATA
N
 Mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin
kekekalannya.
 ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
 Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.
 Keyakinan diri murid bertambah.
 Mengasah potensi murid-murid.
 Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid.
 Penglibatan semua murid.
 Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.
 Menambah minat

KELEMAHA
N

 Menghadkan kebebasan berfikir murid


 Murid tidak dapat menghasilkan kretiviti sendiri

9
 Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini
semasa mengajar
 Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat
perancangan dan persediaan yang teliti.
4)

KAEDAH
IMLAK

Imlak (dictate) bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu


sumber (perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain.

Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar


dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis dalam imlak
ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan, ayat atau
wacana.

KEKUATA
N
 Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.
 Penglibatan daripada semua murid.
 Mengukuhkan ejaan.
 Melatih pendengaran pada sebutan intonasi perkataan dan ayat.
 Membantu murid dalam bentuk membuat nota-nota ringkas.
 Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P & P berjalan.

KELEMAHA
N

 Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.

10
 Perancangan dan persediaan yang teliti.
 Murid yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat
mengikuti dengan baik.

5.
KAEDAH MENGEJA

KEKUATA
N

 Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.


 Penglibatan daripada semua murid.

KELEMAHA
N

 Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.


 Murid yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalan
 Murid yang lemah cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri.

11
6.
KAEDAH
KEFAHAMAN

KEKUATA
N

 Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.


 Keyakinan diri murid bertambah.
 Mengasah potensi murid-murid.
 Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid.
 Penglibatan semua murid.
 Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.

KELEMAHA
N
 Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini
semasa mengajar Jawi ini.
 Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat
perancangan dan persediaan yang teliti.
 Murid yang lemah rasa rendah diri.

12
7)
KAEDAH
HURUF

KEKUATA
N

 Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.


 Semua murid terlibat.
 Murid berani mencuba.
 Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.
 Mengasah potensi di kalangan murid-murid.

KELEMAHA
N

 Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.


 Perancangan dan persediaan yang teliti.
 Murid yang lemah rasa rendah diri.

13
8)
KAEDAH
PENGAYAAN

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar


untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka.
Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu
atau beberapa kemahiran asas tertentu.

KEKUATA
N

 Dapat mengembangkan sifat ingin tahu dalam diri murid.


 Mengembangkan semangat berdikari, daya cipta serta bakat
kepimpinan mereka
 Murid dapat menggunakan masa lapang untuk memperkembang
minat dan bakat mereka.

KELEMAHA
N

 Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.


 Murid cepat bosan kerana banyak aktiviti yang terpaksa mereka
buat.

14
REFLEKSI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN JAWI

Konsep kelas pemulihan jawi yang dlaksanakan di bawah j-Qaf adalah satu

alternatif yang harus diberi pujian kerana ia adalah usaha murni untuk

memartabatkan jawi seterusnya dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia.

Ini adalah kerana murid yang celik Jawi dapat menguasai pelajaran Agama

dengan lebih mudah.

Pelaksanaan pemulihan Jawi sedikit sebanyak dapat membantu murid yang

lemah, dengan wujudnya kelas ini dapat memberi peluang kepada guru untuk

menumpukan perhatian kepada proses pengajaran mereka walaubagamanapun

pelaksanaan pengajaran Jawi tidak dapat lari daripada kebaikan dan

kelemahannya.

Sepanjang tempoh saya mengajar atau bertindak sebagai guru pemulihan Jawi

terdapat kelebihannya dari segi proses P & P yang lebih kepada permainan.Ini

dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran. Terdapat pelbagai

teknik yang boleh dlaksanakan seperti yang telah diterangkan dibawah tajuk

kaedah pengajaran Jawi, namun masih ada kelemahan dari segi pelaksanaan

kerana mungkin di sekolah yang saya mengajar terdapat ramai murid pemulihan

kerana kelas kami digabungkan iaitu dua dalam satu. Ini manyebabkan guru

tidak dapat memberi tumpuan yang lebih kepada mereka yang lemah. Alat-alat

permainan juga terhad, jadi tidak semua murid dapat mengambil bahagian .Ini

15
menimbulkan rasa tidak puas hati mereka. Selain daripada itu peruntukan masa

untuk pemulihan jawi hanya sejam seminggu, pada pendapat saya ia tidak

mencukupi kerana mereka perlu diberi latihan yang banyak terutama dari segi

penulisan.

Sebagai tindakan , sebagai guru pemulihan jawi, teknik yang pelbagai perlu di

aplikasikan agar proses p & p dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Guru

juga tidak seharusnya bergantung kepada ABM yang disediakn oleh jabatan

sebaliknya menggunakan kreativiti sendiri untuk mempelbagaikan teknik dan

strategi. Selain daripada itu kelas pemulihan Jawi memerlukan ramai guru

terutama bagi kelas yang mempunyai ramai murid khasnya seperti sekolah kami

yang menggabungkan dua kelas pada satu masa. Bilangan murid yang ramai

tidak membolehkan kami mengenalpasti masalah murid dengan teliti serta tidak

dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih efektif dan berkesan.

PENUTUP

Alhamdulillah dengan keizinanNya tugasan ini dapat disiapkan. Harapan saya


semoga tugasan ini dapat memberi sedikit panduan untuk pembelajaran jawi
yang dijalankan di sekolah.

Dikesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan di atas segala kekurangan
dan cacat cela yang terdapat dalam folio ini.

16
BIBLIOGRAFI

Che Siah Che Man,( 2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran

dan Kokurikulum,( 2004).Kementerian Pelajaran Malaysia.

17

Anda mungkin juga menyukai