Anda di halaman 1dari 5

Latar Belakang Dasar Ekonomi Baru

1. Masalah

Pencapaian DEB bergantung kuat pada tindakan affrimative oleh


pihak kerajaan. Oleh kerana pengaruh kerajaan dan perusahaan-
perusahaan awam yan gbegitu meluas sejak wujudnya DEB,
maka badan interprestasi telah diberi oleh berbagai-bagai pihak,
seperti "campur tangan kerajaan untuk kemajuan", "peralihan
dan lasissez-faire ke arah sosialisme", "pembangunan melalui
keamanahan (trusteesip)" dan "diskriminasi postitif". Dalam pada
itu tidak kurang juga terdapat kritikan-kritikan yang radikal. Ada
yang menganggapnya sebagai "satu pengembangan kapitalisme
negara (state capitalism)"atau "borjuis birokrat" ada yang
mengaitkannya dengan "kapitalisme perkauman" dan ada pula
yang memberi label "borjous negara Melayu".

Namun demikian, terdapat dua ciri penting tentang campur


tangan kerajaan dalan DEB. Pertama, walaupun kerajaan
memiliki dan mengawal perusahaan-perusahaan awam, tetapi ia
dimaksudkan bertindak bagi pihak Bumiputera. Kedua, tindakan
kerajaan ini bersifat "sementara" sahaja dan tidak akan
berkekalan lantaran adanya objektif dan jangka waktu yan
gtertentu. Walau bagaimanapun, kedua-dua ciri tersebut tidak
berhasrat untuk menyekat sama sekali persaingan antara
Bumiputera dengan bukan Bumiputera. Sebaliknya, ciri yang
pertama itu mewujudkan persaingan antara Bumiputera dengan
bukan Bumiputera, sementara ciri yang kedua pula menentukan
batasan masa bagi memperhebatkan lagi persaingan antara
kelompok-kelompok kaum ini. DEB juga ingin melihat golongan
Bumiputera menganuti budaya persaingan.

Dalam konteks masyarakat majmuk, budaya persaingan boleh


membawa kepada konflik perkauman. Kerana masyarakat
keseluruhannya mudah terseret ke arah situasi zero-sum, yakni
kemenangan satu pihak akan ditafsirkan sebagai kekalahan
kepada pihak yang lain. Maka terdapatlah keadaan, misalnya
pemberian bantuan kepada Bumiputera oleh Kerajaan dianggap
sebagai merugikan bukan Bumiputera, dan penglibatan
Bumiputera dalam sektor perniagaan dianggap sebagai
perampasan hak golongan bukan Bumiputera yang telah lama
berada dalam sektor berkenaan. Gejala yang demikian boleh
membawa kepada perasaan bermusuhan.

Hingga kini, perubahan yang berlaku menuju kearah matlamat


yang ditentukan dalam DEB, walaupun kejayaannya tidak
sepenuhnya tercapai. Kerana itu, dalam pengertiannya yang
terbatas, DEB dapat dikatakan telah menuju ke arah
kejayaannya. Namun begitu, pelaksanaan DEB tetap menpunyai
kosnya. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana tidak ada satu
bentuk pembangunan pun yang tidak mempunyai kesan
sampingannya yang negatif. Antara kesan sampingan negatif
DEB termasuklah pembentukan golongan rentiers yang dinamai
ersatz capitalism. Golongan ini dikatakan turut menjejaskan
agihan pendapatan intra-etnik; perkembangan sektor awam yang
pesat dan bebanan kewangan untuk menjalankan pentadbiran
kerajaan; pengharapan yang meninggi (rising expectation) dan
penbentukan "sindrom bergantungan" dikalangan Bumiputera,
sama ada golongan menengah atau bawahan. Malah tidak
kurang juga timbulnya perasaan marah dikalangan bukan
Bumiputera kerana dirasakan seolah-olah mereka tertindas atau
deprived.

Bukti menunjukkan bahawa pengagihan pendapatan dan aset


serta penyusunan semula masyarakat telah berlaku melalui
pertumbuhan ekonomi keseluruhan dan juga pertumbuhan
ekonomi setiap kaum. Oleh kerana semua kaum telah mengalami
keadaan ekonomi yang bertambah baik dari semasa ke semasa,
maka tidak seharusnya timbul masalah deprivation terhadap
bukan Bumiputera sekiranya konsep DEB untuk merapatkan
jurang perbezaan ekonomi antara kaum telah diterima.
Deprivation hanya akan wujud jika keadaan ekonomi golongan
bukan Bumiputera tidak bertambah baik dalam tempoh
pelaksaan DEB.

Di samping itu, terdapat juga kelemahan-kelemahan dalam


perlaksaan DEB, yang menyebabkan timbulnya tindakan-
tindakan yang dipandang sebagai tidak adil dan penyelewengan
kuasa. Misalnya, ada pihak yang berkuasa yang memindahkan
"peluang-peluang keuntungan" kepada golongan-golongan
tertentu atas petimbangan politik, nepotism, cronysm, dan
kepentingan diri sendiri lebih daripada pertimbangan kelayakan,
kesahihan dan keadilan sosial. Maka tujuan untuk
membangunkan ekonomi Bumiputera dan meningkatkan
keupayaannya bersaing dengan kaum-kaum lain belum lagi
tercapai sepenuhnya.

Kesan-kesan negatif ini semakin ketara apabila ekonomi tidak


dapat berkembang pada kadar yang dijangkakan, seperti yang
berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pergantungan
yang berlebihan kepada ekonomi dunia telah menjejaskan
prestasi ekonomi Malaysia dengan teruknya berikutan daripada
kemelesetan ekonomi dunia. Kadar purata pertumbuhan KDNK
Malaysia telah jatuh daripada 7.8% setahun (1971-80) kepada
4.3% (1981-85). Bahkan, pada tahun 1985, kadar pertumbuhan
KDNK Malaysia mencatatkan angka negatif (-1%) buat pertama
kalinya sejak merdeka. Pada tahun 1986, kadar ini meningkat
sedikit kepda 1.2%, tetapi masih terlalu rendah, hinggakan
sektor pembuatan dan pengaliran masuk pelaburan asing yang
pesat perkembangannya pada tahun-tahun 1960-an turut
merosot pada awal 1980-an. Banyak perniagaan mengalami
kerugian, sementara ramai peniaga diisytihar muflis. Hampir
separuh atau kira-kira 4—45 peratus syarikat dalam perusahaan
awam bukan kewangan mengalami kerugian. Kadar
pengangguran yang dijangka menurun, sebaliknya naik kepda
6.9% pada tahun 1985 dan dianggarkan meningkat kepada 8.1%
pada tahun 1988. Kemelesetan ekonomi ini telah menjejaskan
pelaksanaan dan pencapaian DEB sejak pertengahan tahun
1986.

Jika andaian DEB adalah benar, iaitu hubungan etnik atau kaum
dapat diperbaiki melalui interaksi dan kerjasama antara golongan
Bumiputera dengan bukan Bumiputera melalui aktiviti-aktiviti
ekonomi yang sama dan setaraf, maka sebarang perubahan ke
arah pencapaian matlamat-matlamat DEB, seharusnya akan
memperkukuhkan proses integrasi tersebut. Malangnya, sekadar
melihat keadaan disekeliling kita pun – di jalan-jalan raya,
diperhentian bas, di pejabat, di Kilang, Kompleks membeli-belah,
sekolah serta di kampus-kampus universiti – sudah cukup untuk
dibuat kesimpulan betapa renggangnya perhubungan antara
kaum di antara kaum di Malaysia. Kajian-kajian juga
menunjukkan terdapatnya kecenderungan dalam beberapa
tahun kebelakangan ini ke arah pembiakan sentimen perkauman
di Malaysia. Walaupun trend ini merupakan hasil pengaruh
pelbagai faktor, ia membayangkan bahawa dasar dan prestasi
ekonomi Malaysia tidak berjaya memupuk perpaduan bangsa.

Kalau kita melihat akan keberkesanan dasar-dasar ekonomi pada


masa lalu, kita tidak dapat menyangkal bahawa taraf hidup
penduduk Malaysia pada keseluruhannya telah meningkat, tidak
kira apa kaum sekalipun. Kemiskinan mutlak telah berkurang.
Ketidaksetaraan pendapatan antara kaum telah dapat diperbaiki.
Sejak tahun 1970, agihan pendapatan pada keseluruhannya
telah bertambah baik, sekurang-kurangnnya berdasarkan apa
yang dapat kita lihat daripada data. Ketidaksetaraan dalam
sesuatu kumpulan etnik mungkin telah bertambah buruk, tetapi
buat masa ini belum lagi mencapai tahap yang boleh
menimbulkan konflik yang serius antara kelas. Hal ini bukan
bermakna bahawa konflik antara kelas ini tidak berpotensi
menjadi serius.

Mengapakah isu polarisasi kaum masih tidak dapat diselesaikan?


Jelaslah bahwa kejayaan ekonomi, sekurang-kurangnya dalam
pengertian DEB, tidak dapat memberi jawapan yang cukup
berkesan kepda penyelesaian masalah perpaduan nasional. Ini
tidak pula bermaksud bahawa faktor-faktor ekonomi tidak
penting dan boleh diabaikan sama sekali.

Kejayaan ekonomi mungkin dikaburi oleh faktor-faktor lain


(bukan ekonomi) yang negatif. Dalam pada itu, kegagalan
ekonomi akan mudah sahaja digunakan sebagai senjata politik.
Apabila ia dipolitikkan, maka proses integrasi akan tergendala.
Dengan kata lain, faktor ekonomi secara tersendiri mugkin tidak
sepenting yang diandaikan oleh DEB dalam usaha memupuk
perpaduan nasional. Faktor ekonomi bukanlah tidak relevan
untuk menyatupadukan rakyat di negara ini, tetapi sistem
ekonomi yang berteraskan "persaingan" tanpa keadilan
(persaingan antara yang lemah dengan yang kuat, yang miskin
dengan yang kaya) itu sendirilah menjadi punca utama
perpecahan antara individu-individu atau antara keompok-
kelompok dalam masyarakat.

Sistem ini, jika tidak dikawal, akan menindas golongan miskin


tanpa mempunyai pertimbangan kemanusiaan. Gejala-gejala
seperti dasar upah rendah, kuasa monopoli, pertentangan antara
buruh dengna majikan, diskriminasi terhadap pengguna, dan
kepentingan perbadanan multinasional, yang semuanya
sehaluan dengan kapitalisme tanpa ikatan etika dan moral,
sesungguhnya adalah bibit-bibit yang membiakkan ketidakadilan
dalam masyarakat. Malah ia mewujudkan golongan oportunitis,
menambahkan sifat-sifat pembaziran, tamak, rasuah, penindasan
dan eksploitasi sentimen perkauman.

"Budaya persaingan" yang tidak terkawal inilah yang telah


menghidupkan perasaan kebimbangan, kepentingan diri sendiri,
syak-wasangka, sensitif, berdendam dan bermusuhan. Perasaan
persaingan yang tidak adil ini akan meracuni perhubungan
antara manusia, membuatkan kehidupan ini lebih buruk daripada
yang sewajarnya, dan biasanya akan membawa kepada
perselisihan faham dan persengketaan. Nilai-nilai negatif yang
sedemikian, apabila sudah sebati dengan cara hidup kita
seharian, akan sukar untuk dihapuskan, dan amat mudah
dieksploitasi untuk kepentingan-kepentingan tertentu,
terutamanya kepentingan politik, hingga boleh tergelincir
daripada batasan moral dan kemanusiaan.

Umumnya, terdapat juga kritikan utama terhadap Dasar Ekonomi


Baru itu sendiri. Satu yang menyentuh aspek mengabaikan atau
memperkecilkan aspek agihan relatif dan ketaksetaraan intra-
etnik; dan satu lagi dasar pemisahan atau dikotomi antara
golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera yang dianggap
mewujudkan perasaan deprivation. Kritikan pertama itu seing
dikaitkan dengan kecenderungan ke arah konflik antara kelas
(yang tentunya berpotensi untuk menggugat kesabilan politik
negara, tetapi masih gagal dan tidak dapat menerangkan
polarisasi perkauman masa kini); sedangkan kritika yang kedua
telah mewujudkan kecenderungan ke arah konflik dalam kelas
(intra-kelas). Golongan bukan Bumiputera yang telah lama
menduduki "kelas pertengahan" telah berasa terancam oleh
kemasukan golongan baru Bumiputera ke dalam kelas tersebut.
Jika demikian, maka tesis kerajaan bahwa DEB menjamin setiap
kaum "dapat menyertai dengan sepenuhnya dalam semua segi
ekonomi" (full partnership) akan tercabar, kerana DEB tidak
dapat menahan konflik dalam kelas (intra-kelas). Malahan ada
kemungkinan bahawa di Malaysia, konflik intra-kelas mempunyai
potensi yang lebih bahaya daripada konflik intra-etnik. Konflik
intra-kelas (antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera dalam
kelas pertengahan yang sama) ini berlaku kerana sifat budaya
persaingan yang wujud di negara ini.

Sebelum DEB dilancarkan, kaum bukan Melayulah yang lebih


terdedah kepada budaya persaingan, sementara kaum Malayu
masih kuat berpegangan pada tradisi yang menghormati sifat-
sifat berlmah-lembut, bergotong-royong, bekerjasama dan
bertolak ansur. Tetapi setelah terlancarnya DEB, kaum Melayu
juga digalakkan menyertai dengan lebih giat cara hidup dalam
sistem kapitalis yang bergantung pada kemenangan dalam
persaingan. Oleh itu budaya persaingan yang kadang-kadang
terkeluar daripada batasan etika dan keadilan sosial bukan lagi
menjadi anutan orang Cina dan India, malah telah meresap ke
dalam kehidupan orang Melayu. Perkembangan budaya
persaingan ini boleh meruncingkan lagi perselisihan antara kaum
di negara ini, jika konsep keadilan sosail dan ekonomi yang
menyeluruh tidak dimantapkan dan dijadikan norma sosial
utama.

2. Penutup

Bab ini telah menghuraikan prestasi, pencapaian dan masalah yang timbul
daripada pelaksanaan DEB. Apa yang nyata ialah DEB gagal
menyatupadukan rakyat kerana ia beroperasi dalam suasana persaingan
(yang tidak adil) dengan budaya yang mengkesampingkan soal moral dan
tanggungjawab terhadap bangsa dan negara. Faktor ekonomi (melalui
matlamat mengatasi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat) sahaja
nempaknya tidak cukup untuk membawa kepada perpaduan nasional.
Pertentangan antara kaum bukan sahaja wujud kerana perbezaan ekonomi
antara kaum, tetapi diburukkan lagi oleh amalan dan pengaruh sistem
ekonomi, politik dan sosial kita. Ini termasuklah sistem pendidikan yang
keseluruhannya berteraskan doktrin persaingan yang mengetepikan aspek
kemanusiaan, tanggungjawab dan etika sosial. Usaha-usaha yang konkrit ke
arah pembentukan satu bangsa, kalau ada pun, amat terbatas dan tidak
berkesan.

Yang penting pada peringkat ini ialah kesedaran dan komitmen untuk
mengurangkan unsur persaingan yang tidak adil ini, dan memperkuatkan
unsur kesefahaman dan kerjasama antara kaum. Kerjasama hanya akan
memberi erti, jika adanya sifat-sifat bertolak ansur dan berkompromi. Sifat-
sifat in dapat dipupuk jika kita dapat bergerak ke arah keadilan sosial dan
ekonomi.