Anda di halaman 1dari 11

Sejajar dengan arus kemajuan dunia pendidikan masa kini, disiplin murid memainkan peranan penting dalam membentuk

sahsiah murid ke arah mencapai kejayaan. Persis mutiara Disiplin Teras Kejayaan , kata kata ini sudah cukup melambangkan disiplin yang baik akan membawa kejayaan kepada murid tersebut. Namun, dalam konteks disiplin murid serta pendidikan ini, tidak ketinggalan juga guru guru merupakan wadah penting dalam menangani masalah ini. Di mana, guru - guru perlu mencipta strategi baru dalam dunia pembelajaran serta memerlukan kuali tinggi selaras dengan agenda negara melaksanakan Program Transformasi dan Model Baru Ekonomi. Tugas guru semakin hari semakin penting kerana bidang pendidikan memberi sumbangan besar dalam menentukan kejayaan seseorang murid. Hakikat ini lebih releven lagi dalam era siber di mana kemajuan dan kejayaan anak bangsa bergantung kepada penguasaan ilmu dan teknologi. Bagi melahirkan ciri-ciri guru berkesan terutamanya dalam bidang pengajaran, nilai yang positif perlu ada dalam diri setiap orang guru bagi mempertingkatkan dan melengkapkan diri dengan kemahiran asas dan memahami pengetahuan kandungan pedagogi. Antara nilai positif yang perlu wujud dalam diri seorang yang bergelar guru ialah nilai Bitara, yang mana Bitara boleh didefinisikan sebagai unggul unik, tiada tolok bandingannya. Terdapat enam nilai yang telah digariskan bagi membentuk personaliti bitara iaitu berintegriti, professional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif. Setiap nilai-nilai bitara ini mempunyai petunjuk nilai masing-masing yang diharapkan dapat membentuk dan melahirkan murid yang bersahsiah tinggi dan mempunyai semangat jati diri yang kental. Nilai-nilai bitara ini sewajarnya perlu ada dalam diri setiap orang yang bergelar guru dan diaplikasikan dalam menjalankan amanah yang paling besar iaitu melahirkan modal insan yang akan membangunkan negara pada masa akan datang. Guru perlu menanam dan memupuk nilai-nilai ini terutamannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kerana ia merupakan peringkat yang terpenting dalam pendidikan di sekolah. Sekiranya kita mempunyai proses pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan canggih sudah pasti penghasilan murid akan lebih bermutu dan mencapai matlamat Dasar Pendidikan Negara, sekaligus dapat menangani masalah disiplin di kalangan murid. Oleh itu, bidang pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pemantauan seharusnyalah diberi perhatian utama oleh setiap pengetua sekolah.

Dalam konteks dunia pendidikan yang serba mencabar dewasa ini, guru-guru perlu peka dan beriltizam untuk menjadikan diri mereka dan juga murid muridnya mendapat pengiktirafan. Oleh itu nilai - nilai Bitara ini perlu dikuasai oleh guru-guru. Seperti berintegriti yang bermaksud kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada guru, murid dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan serta berdasarkan sistem dan proses kerja juga pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika dan piagam sekolah diamal dan

dihayati oleh guru yang akhirnya menjadi budaya kerja sekolah. Melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada kepentingan murid. Walhal, Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek berkata, dalam usaha melonjakkan prestasi pendidikan, aspek integriti tidak dapat dipisahkan malah saling berkait rapat dalam menjana modal insan yang cemerlang. Konsep itu juga bukan sekadar dilihat dalam aspek pencegahan penyelewengan dan rasuah semata-mata malah ia meliputi keberkesanan dalam mendidik dan kebolehupayaan dalam melaksanakan tugas mereka. Kita ingin melihat bahawa konsep integriti ini bukan hanya dilihat sebagai usaha kita untuk mencegah rasuah dan sebagainya sebaliknya ia dilihat sebagai satu elemen yang mampu memberi kesan yang mendalam kepada guru-guru. Kita yakin dengan pelbagai usaha yang dijalankan oleh semua pihak dengan penuh integriti, kita mampu melonjakkan tahap pendidikan negara. Integriti mempunyai petunjuk nilai yang tersendiri, yang mana antaranya ialah adil, amanah, berakauntabiliti serta telus. Adil merupakan antara ciri integriti yang sangat ditekankan. Hal ini kerana guru perlu yakini bahawa murid-murid mempunyai kepercayaan, perkembangan, kebolehan, dan kecerdasan yang berbeza-beza. Guru perlu bijak merancang serta memainkan peranannya agar murid tidak merasa di anak tirikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Justeru, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengikut rancangan yang telah ditetapkan sama ada di peringkat sekolah, jabatan mahupun kementerian. Ia haruslah mengikut garis-garis dan panduan yang telah ditetapkan. Segala arahan hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan penuh rasa bertanggungjawab. Guru yang berakauntabiliti sentiasa menepati waktunya terutamanya dalam memenuhi keperluan muridnya. Selain itu, dalam konteks pengajaran di dalam kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya sendiri. Contohnya, guru perlu memilih tajuk dan kaedah yang sesuai untuk keperluan murid berbanding kaedah yang disukai guru. Guru hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang adil kepada murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid seperti sentiasa memikirkan masa depan murid, ada tahap kesabaran yang tinggi, bersifat pengasih dan penyayang, pupuk suasana seronok belajar, beri pengharapan baru, bentuk roh dan sahsiah terpuji dan ada kapasiti mengubah murid menjadi yang terbaik. Sekolah diharap dapat melahiran golongan murid yang berintegriti hasil didikan guru-guru yang berintegriti bukan sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran malah di luar bilik darjah. Kesahihan hasil pengajaran dan pembelajaran tidak perlu lagi dipertikaikan dan dipersoalkan jika individu guru mempamerkan nilai integriti dalam menjalankan tugas-tugasnya. Dalam menyahut usaha kerajaan untuk menjadikan pembelajaran bertaraf dunia, guruguru perlu bersikap profesional. Seorang guru yang profesional memiliki sikap yang cintakan

ilmu, mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga kompeten. Mereka berusaha untuk mendapatkan ilmu secara formal dan tidak formal. Contohnya, sentiasa bersedia untuk berubah seiring dengan peredaran masa dan sentiasa menyahut cabaran untuk meninggikan tahap pencapaian masing-masing. Ini semua dilakukan agar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertambah baik dan matang. Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru, guru perlu berusaha untuk meningkatkan kendiri mereka melalui penyelidikan tindakan, refleksi, mengamalkan budaya ilmu, menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan dan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Guru-guru perlu menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan dan berkolaborasi sesama rakan sejawat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Kemahiran ikhtisas ini sangat penting bagi setiap guru kerana ini akan mendorong guru menyampaikan pengajaran bermutu kepada murid - muridnya. Paling penting, guru hendaklah sedaya upaya meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlulah dikaji agar murid dapat impak yang maksima. Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan professionalisme yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah mahupun Bahagian Pendidikan Guru. Kursus-kursus ini termasuklah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman yang dilaksakan oleh pihak sekolah. Penyelidikan tindakan pula bertujuan untuk mengesan keadaan dan masalah dalam amalan-amalan pendidikan terutamanya mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seorang guru. Menurut Kurt Lewin ( 1952 ), penyelidikan tindakan merangkumi empat peringkat iaitu, merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Contohnya guru membuat kajian penyelidikan tindakan untuk mengetahui strategi, kaedah dan teknik yang paling sesuai untuk mengajar, perancangan aktiviti, pemulihan dan pengayaan, penggunaan bahanbahan pengajaran dan pengurusan aktiviti kumpulan. Namun guru tidak seharusnya lupa bahawa topik yang hendak dikaji perlu berkait dengan masalah pengajaran yang sebenar di dalam bilik darjah.

Selain itu juga, Refleksi pula penting untuk mengetahui kebaikan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran, seterusnya guru dapat memperbaiki dan mengubahsuai semula kaedah mengajar supaya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tercapai. Refleksi sangat wajar dibuat bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran agar guru

dapat memikirkan kaedah terbaik dalam pengajaran. Bagi meningkatkan budaya ilmu pula, terdapat enam bidang yang perlu diberi perhatian. Enam jenis bidang itu ialah budaya membaca, budaya berfikir, budaya belajar, budaya berkarya, bermusyawarah dan refleksi. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu menjadikan mereka guru yang berkesan. Bagi menjamin bahawa seorang guru itu professional, guru perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan minimum itu ialah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan kurikulum, pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri, pengetahuan konteks penting dan pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan. Satu perkara yang tidak kurang penting ialah kepekaan guru terhadap perkembangan pendidikan negara dan di dunia. Setiap guru perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan dalam pendidikan termasuk menerima inovasi baru, belajar kaedah terbaik, menggunakan teknologi terkini dan menilai keberkesanan pendidikan yang diaplikasikan di luar negara. Sehubungan dengan itu, semangat berpasukan merupakan salah satu ciri yang terkandung dalam nilai-nilai Bitara. Menurut kamus Websters New World, kerja berpasukan bermaksud perkara yang dilakukan bersama sekumpulan orang di mana setiap orang yang berada di bawahnya adalah individu yang berkepentingan dan memberi sumbangan kepada kecekapan kumpulan tersebut. Oleh itu, kerja berpasukan yang berkesan akan terhasil apabila semua ahli yang terlibat memberi sumbangan dan terlibat aktif dan bekerja menuju tujuan yang sama. Semangat berpasukan menghasilkan kerja berpasukan yang berkualiti tinggi. Sebagai guru, mereka tidak boleh bekerja secara individu terutamanya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang rumit. Semangat berpasukan dapat mencetuskan pernyataan perasaan, inovasi dan percambahan idea yang lebih baik dan kreatif. Guru yang berkesan di dalam kelas, sentiasa menyatukan murid-murid tidak mengira agama dan bangsa. Guru berusaha mewujudkan semangat berpasukan dalam aktiviti kumpulan, hormat-menghormati, saling bertukar-tukar pendapat, fahaman, pemilikiran dan sebagainya. Murid-murid dipupuk dengan semangat cintakan dan bangga dengan sekolah dan menjadikan sekolah sebagai rumah kedua. Guru boleh merujuk Model Pembangunan Pasukan atau Team Developmental Model yang dibina oleh T.W Tuckman pada tahun 1965 bagi mewujudkan semangat berpasukan di dalam bilik darjah. Model Pembangunan ini menjelaskan perkembangan dan tingkah laku kumpulan bermula daripada tahap pembentukan sehingga matlamat kumpulan tercapai. Mengikut Juran (1993), apabila semangat berpasukan wujud dalam bilik darjah semasa proses pengajaran berlaku ataupun sudah berlaku, maka wujudlah juga manfaat kerja berpasukan kepada guru, dan murid-murid. Antaranya seperti dapat mempertingkatkan motivasi, perasaan girang, dan minat terhadap

pelajaran, dapat memberikan keyakinan tentang potensi dan kebolehan murid-murid serta menanam semangat dan sikap gigih serta tekun di kalangan murid-murid. Di samping itu juga, guru dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka seterusnya menyemai perasaan kekitaan dan keupayaan dikalangan murid dan juga guru, Semangat berpasukan dalam bilik darjah, akhirnya dapat kita jadikan sebagai panduan dalam pengurusan ko-kurikulum sekolah. Apabila murid telah didedahkan dengan guru ciri-ciri semangat berpasukan didalam pengajaran, maka murid akan mudah bekerjasama dengan rakan-rakan murid yang lain, tidak kira di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi. Bak kata pepatah, Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat . Namun demikian, dalam satu model komitmen yang dikemukakan oleh Oliver (1994), beliau menyatakan jangkaan individu terhadap kerja disatukan dengan keadaan persekitaran kerja bagi menghasilkan persepsi. Bagaimana persepsi ini mencetuskan sikap serta perlakuan adalah bergantung kepada nilai-nilai individu serta keadaan persekitaran. Sebagai contohnya, amalan penyeliaan, ganjaran dan sebagainya. Sikap serta perlakuan ini akan menjadi daya pendorong kepada cara kerja individu dalam satu bentuk sosialisasi, perubahan sikap dan persekitaran kerja yang baik di dalam membentuk nama serta nilai kumpulan. Ini adalah berkaitan dengan usaha bagi mencapai kejayaan sesebuah sekolah itu di mana setiap insan yang terlibat sama-sama mengemblengkan tenaga bagi mencapai tujuan yang tersebut. Seterusnya, sebagai seorang guru juga, kita perlu mengamalkan sikap berorientasikan pelanggan. Siapakah pelanggan kita di sekolah? Sudah tentu pelanggan sekolah terdiri daripada murid-murid dan ibu bapa mereka. Di Malaysia, ibu bapa terdiri daripada ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sebagai sebuah agensi perkhidmatan, guru juga tidak terlepas daripada memberikan perkhidmatan terbaik yang berorientasikan pelanggan. Terdapat empat perkara yang akan dibincangkan dalam perkhidmatan berorientasikan pelanggan iaitu responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Di mana, kerajaan telah menyatakan beberapa ciri kualiti Perkhidmatan Pelanggan yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu fizikal, penyampaian dan emosi. Komponen fizikal mengandungi persekitaran yang kondusif dan kemudahan sokongan. Yakni, dalam komponen penyampaian pula mengandungi kebolehpercayaan, responsif, menepati masa, ketepatan, mudah diperoleh, mudah difahami, kompeten, kredibiliti dan keselamatan. Terakhir, komponen emosi mengandungi mesra dan adil, mendengar dan memahami dan menghormati. Responsif bermaksud menyampaikan perkhidmatan yang responsif yang memenuhi ciri-ciri seperti cepat memberi respons kepada semua urusan pelanggan dan memaklumkan sehingga urusan selesai. Di sekolah, kita mempunyai beberapa tanggungjawab yang perlu diselesaikan dengan segera seperti urusan biasiswa, mencatat buku prestasi murid dan memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa. Guru hendaklah sentiasa responsif terhadap urusan-

urusan sebegini. Guru juga perlu sentiasa menawarkan perkhidmatan yang konsisten kepada pelanggan dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menepati piagam yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada masa kini, KPM telah menggariskan NKRA sebagai piawai yang patut dipatuhi oleh pihak sekolah. Biasanya, dalam setiap kelas terkandung Piagam Pelanggan yang menggariskan amalan yang patut dilaksanakan oleh guru termasuk menepati masa. Selain itu, penyediaan bahan seperti borang, arahan, panduan perkhidmatan dan maklumat-maklumat yang diperlukan juga hendaklah disediakan dengan jelas. Contohnya, bagi urusan pendaftaran dan pengesahan kanak-kanak masuk sekolah, Borang Maklumat Murid dan sebagainya hendaklah diserahkan beserta arahan yang jelas kepada ibu bapa. Guru-guru juga dminta lebih kompeten iaitu berpengetahuan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dari segi emosi, guru seharusnya lebih mesra dan adil kepada murid dan ibu bapa dan berurusan dengan mereka tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Selain itu, guru yang mempunyai sahsiah yang baik sentiasa mendengar dan memahami perkara yang dibangkitkan oleh murid dan mengambil tidakan yang sewajarnya serta menghormati ibu bapa juga penting selain guru memberi layanan dengan penuh rasa hormat. Namun, dari segi fizikal pula, guru yang mempunyai sahsiah yang tinggi akan mementingkaan keselesaan murid mereka. Persekitaran kelas yang kondusif, kebersihan dan suasana di sekolah juga turut memainkan peranan yang penting.. Guru juga merupakan keluarga pengganti bagi murid-murid di sekolah guru yang berkesan sentiasa prihatin muridnya, mengetahui setiap masalah dan mengambil berat bukan bermaksud suka mencampuri urusan orang lain, tetapi sebagai salah satu kaedah mendekatkan diri kepada murid dan memahami sifat, kebolehan dan kekurangan seorang murid. Dalam nilai Bitara telah digariskan bahawa guru yang prihatin akan kebajikan anggota yakni murid dan rakan sejawat haruslah mempunyai rasa empati, penghargaan, selesa dengan persekitaran dan mengambil peluang untuk maju kehadapan. Apabila melakukan aktiviti di dalam kelas, guru yang bekesan sentiasa memberikan penghargaan yang mana juga disebut sebagai peneguhan positif. Peneguhan positif boleh didefinisikan sebagai ganjaran, pujian, hadiah atau penghargaan yang diberi menyebabkan tingkah laku diulang dengan kerap atau dilakukan lagi pada masa akan datang. Nilai ini boleh dikaitan dengan pelaziman operan yang dikemukakan oleh dua orang tokoh iaitu Edward Thorndike (1874-1949) dan B.F.Skinner (1904-1990). Thorndike dan Skinner percaya bahawa tingkah laku yang ditunjukkan oleh seorang bergantung kepada kesan yang diterima selepas menunjukkan tingkahlaku tersebut. Kesan yang meningkat menyebabkan tingkahlaku itu diulang semula. Contohnya guru memberi penghargaan, hadiah kepada murid yang rajin di dalam kelas, dan murid-murid lain memerhati tingkahlaku ini akan meniru

tingkahlaku tersebut untuk mendapatkan perhatian dan penghargaan dari guru. Situasi ini akan menyelesaikan terhasilnya tingkahlaku negatif. Namun, terdapat pelbagai cara membangunkan sahsiah murid-murid di sekolah, antaranya dengan memberikan penghargaan termasuklah dengan mengucapkan kata-kata semangat, ucapan tahniah, terima kasih dan sebagainya. Prihatin terhadap kebajikan murid juga boleh dikaitkan dengan pendekatan humanistik yakni berkait dengan nilai-nilai kemanusian dalam memperkembangkan potensi seseorang individu. Abraham Maslow dan Carls Rogers merupakan pelopor kepada psikologi kemanusiaan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pendekatan humanistik lebih berpusatkan kepada murid dan sangat penting humanistik berpendapat bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Begitulah juga dengan guru yang berkesan sentiasa prihatin terhadap potensi muridnya. Sentiasa menjaga emosi murid agar lebih bersedia untuk belajar. Oleh itu, Model Hierarki Keperluan Maslow yang diperkenalkan oleh Abraham Maslow dibahagikan kepada lima peringkat. Antaranya ialah keperluan penghargaan kendiri. Majlis Hari Anugerah merupakan antara penghargaan pihak sekolah kepada individu murid yang berjaya menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Justeru, di dalam bilik darjah, guru hendaklah memberikan penghargaan kepada murid-murid terutamanya setelah selesai aktiviti ataupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, kerana perasaan empati yang ditunjukkan kepada murid berupaya mewujukan iklim bilik darjah yang kondusif. Keselesaan ini akan memotivasikan murid untuk berjaya dalam pelajaran. Selain itu, nilai Bitara yang keenam yang perlu wujud dalam diri seseorang guru adalah sentiasa bersikap kreatif dan inovatif. Kreatif dimaksudkan sebagai kebolehan untuk mencipta serta menghasilkan sesuatu idea. Seorang guru yang berkesan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang kreatif dan inovatif. Guru yang mengamalkan ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan sahaja perlu menghasilkan dan mencipta benda baru, tetapi yang penting seorang guru perlu mengkaji, menyelidik ilmu dan kemahiran pengajaran bagi membuka minda dengan ideaidea baru, menerbitkan idea besar kepada idea-idea yang lebih kecil, berfikir secara fleksibel dan membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi serta menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak didiknya. Contohnya, guru menggunakan daya imaginasi mereka dalam proses mencerna minda pelajar. Guru boleh memulakan pengajaran mereka dengan mengemukakan soalan-soalan yang umum. Ini dapat membuka minda murid supaya dapat berfikir di luar kotak. Selain itu,media berbentuk visual, audio, teks dan grafik juga boleh membantu menjana minda pelajar. Penggunaan media-media seperti ini perlulah selaras dengan strategi pedagogi yang sesuai agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Hal ini kerana, dengan kepesatan teknologi pada abad ini, jika guru-guru tidak berusaha meningkatkan kemajuan diri dan mencuba bendabenda baru, murid-murid akan mudah bosan dan seterusnya tidak berminat untuk mengikuti

pengajaran yang disampaikan oleh guru, jd janganlah dikatakan guru seperti katak di bawah tempurung . Maklumat kini dihujung jari, janganlah guru-guru membiarkan diri mereka didahului oleh murid, seharusnya biarlah besama-sama dengan murid menghasilkan sesuatu idea yang boleh diguna pakai oleh individu lain.

Manakala ,inovatif berasal dari perkataan Latin yang bermaksud pembaharuan. Inovatif adalah kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjana minda murid-murid untuk menerima ilmu dan kemahiran yang diajar. Inovatif seorang guru adalah merangkumi kebolehan mengubahsuai teknik atau kaedah sedia ada kepada cara yang lebih baik lagi. Antara usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk guru-guru di Malaysia ialah mewujudkan Anugerah Guru Inovatif. Ini bertujuan untuk mengenalpasti guru atau kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Selain itu, kewujudan anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru atau kumpulan guru yang dikenal pasti sebagai kreatif. Namun, terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan untuk melahirkan guru yang kreatif dan inovatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan daya imaginasi murid dapat membantu mencerna minda murid. Pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran membantu murid meneroka ke tempat yang tidak dapat atau mustahil untuk diterokai. Contohnya, guru membawa murid meneroka ke kawasan gurun, dasar lautan ataupun angkasa lepas untuk memberi gambaran visual kepada murid. Dengan cara ini, murid dapat melihat perkaitan atau menyerap ilmu pengetahuan dengan lebih baik. Ini dapat memahirkan guru dalam merancang cara mengajar yang paling sesuai untuk murid-muridnya. Selain itu, daya kreatif dan inovatif guru juga boleh mempengaruhi minat dan kebolehan murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakan daya kreatif dan inovatif guru yang dapat merangsang murid dalam proses menerima ilmu pengetahuan.

Tustasnya, guru perlu mempunyai sahsiah yang baik dan memenuhi etika bagi memartabatkan profession perguruan. Selain nilai - nilai Bitara yang telah digariskan, guru juga perlu mematuhi Kod Etika Perguruan dalam membentuk sahsiah murid serta menangani masalah disiplin di kalangan murid sekolah hari ini. Namun begitu, terdapat beberapa faktor dan mekanisme yang mengawal tingkahlaku manusia. Faktor-faktor tersebut ialah keperluan

kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama dan budaya kerja. Seharusnya, guru dapat mematuhi etika perguruan dan memiliki sahsiah yang baik ketika melaksanakan tugas mulia ini. Di mana, guru perlu melakukan muhasabah diri dengan cara menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan. Selain itu, lakukan juga penilaian diri dengan melihat kepada apa yang telah kita lakukan dan bagaimana untuk memperbaikinya. Kesimpulannya juga, guru perlu berusaha mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya proses pedagogi itu tadi dapat dihayati dan diterima oleh murid dan secara tidak langsung mencapai objektif yang diinginkan. Guru perlu mendisiplinkan diri barulah dapat mendisiplinkan murid-murid. Ini kerana guru merupakan contoh dan role model yang menjadi ikutan murid. Ini adalah kerana meraka pada hari ini merupakan pemimpin pada masa akan datang. Hal ini juga penting kerana sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah murid serta menjadi alat terpenting untuk menjayakan agenda negara ke arah mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju, satu komitmen yang jitu adalah diperlukan dikalangan guru-guru dalam menyampaikan ilmu serta murid-murid dalam menimba ilmu pengetahuan .

Rujukan ;Abdul Halim Muhammady.(1986). Peranan Guru Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam. Tahun 1, Bil 4 Disember. Halaman Hishammudin Tun Hussein.(2007). Pembentangan Kertas Kerja : Mewujudkan Masyarakat Malaysia Berintegriti Melalui Sistem Pendidikan Berkesan. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Huzaidy Bin Hussain et al. Jurnal : Sekolah Yang Berjaya. Universiti Utara Malaysia Nurul Ain Hidayah Abas et al.(2011). Pembangunan Sahsiah: Unit 7 Aplikasi Nilai Bitara UPSI : Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan. Universiti Perguruan Sultan Idris: Tanjung Malim. Pahrol Mohamad Juoi.(2010).Mukmin Profesional Celik Mata Hati : 7 Langkah Memperkasa Diri. Selangor: Fitrah Perkasa dan Telaga Biru Sidek Haji Abd. Aziz et al (2007). Monograf 1 Pengajaran Dan Pembelajara IPTA : Pembangunan Modal Insan. . Selangor, Universiti Putra Malaysia Wan Mohd Nor Wan Daud.(2003). Budaya Ilmu: Satu Penjelasan. Singapura: Pustaka Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin. (2011,17 Mac,). Negara Perlu Guru Berkualiti Tinggi .Utusan Online Oregon Small School Intiative (2010). Tuckmans Team Developmental Model. Dimuat turun daripada http://e3smallschools.org/ Mohd Faisal Mustaffa. (2008). Integriti dan autoriti profesion guru tanggungjawab bersama mSTAR

Anda mungkin juga menyukai