Anda di halaman 1dari 22

Apa dia Tulisan Jawi?

Tulisan Jawi ( ) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabadabad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu () . Tulisan jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Jawi (Arabic: Jwi) is an adapted Arabic alphabet for writing the Malay language. It is used as one of two official scripts in Brunei, and is employed to a limited extent in Malaysia, in Indonesia, in southern Philippines, in Patani in southern Thailand and in Singapore as well, particularly in religious contexts. Pengenalan Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Huruf Jawi

Huruf yang dibulatkan unik kepada bahasa Melayu dan

2- Pengenalan: Latar Belakang Sejarah Penyempurnaan Tulisan dan Sistem Ejaan Jawi:

2.1- Tujuan Penyempurnaan Ejaan Jawi:

Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut: i) Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekaligus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan (sebelum tahun 1986). ii) Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi Za'ba. iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi) supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisan bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri-ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan tahun 2020 dan seterusnya. 2.2- Langkah-langkah Penyempurnaan Ejaan Jawi (1981-1989). Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P.Bm.P.B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937 (1), dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939 (2) itu. Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlaku sehingga akhir tahun 1970-an, kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit Majalah Dian. Dalam dekad 1980-an, antara usaha yang diambil untuk menyempurnakan sistem ejaan Jawi diperturunkan di bawah. i) Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang dilantik oleh Y.B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan segera". (3) ii) Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi

pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan (4) . Bidang Tugas Jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, dan Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949), Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian) (5) dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitanpenerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad (6) , serta beberapa penerbitan Jawi yang lain. iii) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu. Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk mereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan badan sukarela di seluruh negara, serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, dan Thailand (7) . iv) Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik oleh peserta Konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (8) (seterusnya disebut PEJYD). v) Dalam tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu. Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul PEJYD (9) yang sama pada tahun 1987. vi) Dengan berdasarkan PEJYD (1987) itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi (10) yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Senarai kata masukan adalah berdasarkan

senarai kata masukan dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (11) (1998). vii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988) ini telah diterima dengan pelbagai reaksi oleh pengguna kerana terdapat beberapa banyak kesalahan pengejaan kata. Berdasarkan pandangan beberapa orang pakar, daftar ini telah disemak semula dan diterbitkan cetakan kedua pada tahun 1989 (12) . Dalam cetakan kedua ini, terdapat pembetulan terhadap beberapa perkataan yang dicetak salah atau kurang tepat pengejaannya dalam cetakan pertama, terutama perkataan pinjaman dan serapan daripada bahasa Arab. Buku cetakan kedua tahun 1989 ini memansuhkan penggunaan buku cetakan pertama tahun 1988. Beberapa kesalahan pengejaan kata yang masih terdapat di dalamnya akan dibetulkan supaya sesuai dengan PEJYD . viii) Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyusun edisi kedua Daftar Ejaan Rumi-Jawi . Daftar ini akan mengandungi semua kata dasar dan kata terbitan yang terdapat dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu umum dewasa ini. Dengan terbitnya daftar ini kelak, maka cara pengejaan kata dalam tulisan Jawi bagi semua bentuk kata dasar dan kata terbitan umum dapat diselesaikan dan disebarkan.
3. Ciri-ciri Utama Dalam Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986).

3.1- Dasar penyempurnaan ejaan jawi: Dasar penyempurnaan ejaan Jawi tahun 1986 cukup jelas, iaitu mewujudkan sistem ejaan Jawi untuk keperluan masa kini dan keperluan masa depan dengan berlandaskan sistem ejaan Jawi yang sedang digunakan. Dengan itu, landasan yang digunakan bagi usaha penyempurnaan ejaan Jawi ialah Jawi Za'ba (1941, 1949). Proses penyempurnaan terhadap Jawi Za'ba itu dilakukan dengan lima kegiatan atau perkara (13) , iaitu (i) mengekalkan yang sudah kemas, (ii) melengkapkan yang kurang, (iii) mengadakan yang tiada, (iv) menjelaskan yang kabur, dan (v) mengemaskan yang longgar. 3.2- Dengan landasan yang demikian, rumusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP sebagaimana yang diterima oleh Konvensyen Tulisan Jawi (1984) itu "bukanlah menghasilkan sesuatu sistem ejaan Jawi yang baru yang sama sekali menyimpang daripada sistem ejaan sekarang, yakni yang disusun oleh Almarhum Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba). Sebaliknya yang

dihasilkan hanyalah Sistem Ejaan Jawi Za'ba yang diperkemas dan dinyatakan semula dengan perkataan baru". (Kertas Kerja 1984, hlm. 1). 3.3- Sebagai kesimpulannya, apabila diteliti PEJYD dengan saksama, ternyatalah kepada kita dua kumpulan maklumat yang baru di dalamnya, iaitu maklumat yang tidak terdapat dalam Jawi Za'ba. Maklumat yang dimaksudkan itu ialah kaedah atau aturan yang berupa "pembaikan" dan kaedah atau aturan yang berupa "tambahan" kepada Jawi Za'ba. Kedua-dua aspek "pembaikan" dan "tambahan" ini disifatkan sebagai kebaikankebaikan PEJYD yang disimpulkan sebagai melebihi sistem ejaan lama. 3.4- Dalam kertas kerja ini, kami akan menampilkan kaedah atau aturan yang berupa "pembaikan" dan "tambahan" yang menjadikan Jawi Za'ba itu lebih sempurna sebagaimana yang termaktub dalam PEJYD . Perkara ini dilihat dari sudut sistem huruf sebagai sistem bagi lambang bunyi atau lambang fonem, dan bukan huruf sebagai ejaan atau tulisan semata-mata. Contohcontoh ejaan lama yang disenaraikan di sini boleh berupa ejaan Jawi Za'ba atau ejaan yang tidak disenaraikan dalam Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) Za'ba tahun 1949 tetapi digunakan sebagai ejaan Jawi Lama.
4. Pelambangan Bunyi atau Fonem.

Dalam PEJYD , huruf Jawi lebih lengkap untuk melambangkan semua fonem atau bunyi Melayu jati dan bunyi atau fonem pinjaman yang ada dalam bahasa Melayu moden kini. Kesemuanya terdapat 37 huruf; iaitu, semua 30 huruf daripada tulisan Arab klasik dan tujuh yang disesuaikan bentuknya daripada huruf Arab. Ini lebih lengkap daripada Jawi Za'ba; malah, lebih kaya daripada huruf Arab sendiri. 4.1- Pelambangan Konsonan. Kesemua fonem konsonan jati dan fonem pinjaman yang terdapat dalam bahasa Melayu moden kini dapat dilambangkan oleh huruf-huruf Jawi dalam PEJYD , iaitu hampir kesemuanya dengan pelambangan satu lawan satu antara huruf dengan fonem atau bunyi. Perinciannya: i) Tiga belas konsonan jati Melayu dilambangkan dengan 13 huruf daripada bahasa Arab, iaitu [b] ba, [t] ta dan ta marbutah, [d] da, [k] kaf, [s] sin, [h]

ha (simpul), [j] jim, [l] lam, [r] ra, [m] mim, [n] nun, [w] wau dan [y] ya. Ini sama dengan Jawi Za'ba. ii) Lima bunyi konsonan jati dilambangkan dengan huruf Arab yang diubahsuai tanda titiknya, iaitu [p] pa, [g] ga, [c] ca, [ny] nya dan [ng] nga. Ini sama dengan Jawi Za'ba. iii) Bunyi konsonan jati Melayu hentian glotis [?] dilambangkan dengan huruf hamzah (di awal) atau huruf qaf (di akhir). Ini pembaikan kepada Jawi Za'ba / Lama. Perinciannya: a) Menggunakan huruf ( ) sahaja sebagai lambang bagi bunyi hentian glotis di akhir kata jati bahasa Melayu. Dalam Jawi Za'ba / Lama, terdapat tiga huruf yang biasa digunakan sebagai lambang hentian glotis penutup suku kata atau di akhir kata, iaitu huruf qaf, kaf dan hamzah yang ketiga-tiganya digunakan tanpa aturan yang tertentu -seolah-olah konsonan hentian glotis itu mempunyai tiga nilai bunyi yang berbeza. Huruf qaf dipilih kerana sudah banyak penggunaannya dalam Jawi Lama. Tidak ada kekecualian dalam aturan ini. Contohnya:
Rumi Budak Baik Pokok Za'ba PEJYD

Berikutan aturan itu, huruf kaf digunakan sebagai lambang bagi konsonan [k] (bukan hentian glotis, tetapi plosif lelangit lembut tak bersuara) di akhir kata bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Manakala huruf hamzah (yang melambangkan hentian glotis) hanya terdapat di akhir kata pinjaman daripada bahasa Arab, di samping penggunaan huruf kaf dan qaf bagi kata-kata tertentu. Dengan aturan baru dalam PEJYD ini, dapat dikenal dengan mudah asal sesuatu kata (etimologi) dalam bahasa Melayu dengan cuma melihat kepada huruf akhir kata tersebut sama ada kaf atau qaf atau

hamzah. Ini suatu kebaikan bagi kaedah mengajar dan belajar Jawi baru. b) Menggunakan huruf hamzah sebagai lambang hentian glotis Melayu yang membuka suku kata kedua yang bermula dengan vokal (yakni, khusus bagi hamzah di antara kata sendi [di dan ke] atau awalan [di-, ke- dan se-] dengan kata dasar yang bermula dengan vokal). Contoh:
Rumi Di atas Ke atas Diatasi Keagamaan Seagama Za'ba/Lama PEJYD

Hamzah diletakkan di tengah baris, dan bukan di atas alif atau di bawah alif atau di atas garis dasar. Ini pembaikan terhadap Jawi Za'ba/Lama. iv) Empat belas fonem atau bunyi konsonan Arab yang diterima menjadi bunyi pinjaman dalam bahasa Melayu ialah yang dilambangkan dengan huruf tha, ha, kha, zal, zai, syin, sod, dod, to, zo, ain, ghain, fa, dan qaf. Huruf zai, syin dan fa digunakan juga untuk melambangkan bunyi daripada bahasa Inggeris dan Eropah [z], [sy] dan [f] satu per satu. Semua kata daripada bahasa Arab yang mengandungi huruf-huruf ini diterima dan dikekalkan huruf dan bentuk ejaan katanya dalam bahasa Melayu, kecuali beberapa kata yang disesuaikan ejaannya (hurufnya) dan bentuknya dengan kaedah sebutan Melayu jati. Ini sama dengan Jawi Za'ba/Lama. v) Fonem [v] pinjaman daripada bahasa Inggeris dilambangkan dengan huruf baru va, iaitu wau bertitik di atas ( ) . Ini tambahan kepada Jawi Za'ba. Huruf baru va ini dicipta sebagai padanan bagi huruf rumi [v] untuk menulis atau mengeja kata daripada bahasa Inggeris dan bahasabahasa Eropah lain yang menggunakan aksara Latin yang mengandungi huruf tersebut. Jawi Za'ba/Lama menggunakan sama ada huruf ba atau wau atau fa tanpa aturan yang jelas. Contoh:
Rumi Za'ba/Lama PEJYD Visa Universiti

Subversif

vi) Semua huruf Jawi yang berasal daripada tulisan bahasa Arab digunakan dalam PEJYD . Ini menjadikan tulisan Jawi memiliki sistem abjad dan sistem huruf yang lebih lengkap daripada abjad dan sistem huruf Rumi. Sehinggakan, apabila semua huruf Jawi tersebut diperlukan padanannya dalam ejaan Rumi, maka terpaksalah disediakan huruf-huruf Rumi yang sesuai yang dapat melambangkan kesemua bunyi Arab yang disusun menurut kaedah transliterasi yang berbeza daripada huruf Rumi biasa, seperti [s] bagi sod, bagi menuliskan atau mengeja istilah agama Islam. Kaedah huruf Rumi transliterasi ini dapat juga dilihat dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi (14) tahun 1984. 4.2- Pelambangan Vokal: i) Enam fonem vokal Melayu dalam PEJYD dilambangkan dengan tiga huruf Jawi seperti dalam Jawi Za'ba, iaitu alif, wau, dan ya. Dalam sistem Jawi, tidak dibezakan nilai panjang atau pendek bunyi vokal seperti yang terdapat dalam sistem bunyi vokal bahasa Arab. Ini memperkemaskan Jawi Za'ba/Lama. Perincian: a) Vokal [a] dilambangkan dengan alif jika di awal kata dasar atau pada suku kata terbuka. b) Alif yang melambangkan vokal pepet (iaitu sama ada sebagai satu suku kata atau sebagai permulaan suku kata) hanya hadir di kedudukan awal kata dasar. c) Vokal [i] dan [e] dilambangkan dengan huruf ya pada semua suku kata terbuka atau suku kata tertutup, tetapi dilambangkan dengan alif-ya apabila di awal kata dasar. d) Vokal [u] dan [o] dilambangkan dengan huruf wau pada semua suku kata terbuka atau suku kata tertutup, tetapi dilambangkan dengan alifwau apabila di awal kata dasar. e) Vokal [a] dan pepet tidak dilambangkan dengan alif jika terletak dalam suku kata tertutup (pola KVK). ii) Huruf ya tanpa titik (alif maqsurah), iaitu , diterima dalam PEJYD menjadi huruf yang berbeza fungsinya daripada huruf ya biasa (ya

bertitik). Ya tanpa titik ini diberi satu fungsi tambahan, iaitu sebagai padanan bagi huruf [e] yang melambangkan bunyi pepet pada akhir perkataan, khususnya yang terdapat pada akhiran -isme dan -ase dalam kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Ini tambahan kepada Jawi Za'ba/Lama. Contoh:
Rumi Za'ba/Lama PEJYD Rasionalisme Idealisme Amilase Lipase

Fungsi tambahan ya tanpa titik dalam PEJYD ini sama sekali tidak menjejaskan fungsinya yang sedia sebagai alif maqsurah yang diterima dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab seperti ( Allah Taala) dan ( Musa). Dengan ini, huruf ya tanpa titik dalam PEJYD melambangkan dua fonem vokal: (i) Sebagai lambang vokal [a] panjang di akhir kata pinjaman daripada bahasa Arab dan (ii) sebagai lambang vokal pepet di akhir kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. 4.3- Pelambangan Diftong: i) Dua daripada tiga bunyi diftong dalam bahasa Melayu dilambangkan dengan huruf baru dalam PEJYD , Diftong [ai] dilambangkan dengan alifya; diftong [au] dilambangkan dengan alif-wau. Ini memperkemas aturan dalam Jawi Za'ba/Lama. Diftong [oi] ditulis dengan huruf wau-ya. Perincian: a) Dalam Jawi Lama, diftong [ai] menggunakan huruf ya yang digunakan juga bagi vokal [i] dan [e]. Ini menyebabkan huruf ya boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang homografik sifatnya. Dengan menggunakan alif-ya sebagai lambang diftong [ai], kita mengurangkan fungsi huruf ya, iaitu daripada empat bunyi -- konsonan [y], vokal [i], vokal [e], dan diftong [ai] -- kepada tiga sahaja, iaitu cuma bagi lambang vokal dan konsonan. Dengan ini juga, dibezakan dengan jelas homograf yang mengandungi diftong [ai] daripada yang mengandungi vokal [i] atau [e]. Contoh:

Rumi Petai Peti Kulai Kuli, kole

Za'ba/Lama

PEJYD

b) Begitu juga, dalam Jawi Lama, diftong [au] menggunakan huruf wau yang digunakan juga bagi vokal [u] dan [o]. Ini menyebabkan huruf wau boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang homografik bentuknya. Dengan menggunakan alif-wau sebagai lambang diftong [au], kita juga mengurangkan fungsi huruf wau, iaitu daripada empat bunyi -- konsonan [w], vokal [u], vokal [o], dan diftong [au] -- kepada tiga sahaja, iaitu cuma sebagai lambang bagi vokal dan konsonan. Dengan ini juga, dapatlah kita bezakan homograf yang mengandungi diftong [au] daripada yang mengandungi vokal [u] atau [o] dengan jelas. Contoh:
Rumi Lampau Lampu Kilau Kilo Za'ba/Lama PEJYD

Menggunakan bentuk ejaan yang berlainan bagi dua kata yang sebutan dan maknanya berbeza tentulah lebih mudah daripada hendak menentukan sebutan dan makna bagi kata homograf dengan sematamata berdasarkan penggunaan dalam konteks ayat.
5. Pengejaan Kata Dasar:

PEJYD menyelaraskan dan mengurangkan penggunaan aturan yang berbagaibagai atau yang banyak bagi mengeja kata-kata dalam sesuatu kategori pola ejaan yang sama yang terdapat dalam Jawi Za'ba/Lama. 5.1- Ejaan Kata Ekasuku: PEJYD memperkenalkan aturan ejaan kata ekasuku yang berpola KVK yang mudah berbanding dengan ejaan Jawi Za'ba/Lama. Perincian:

i) Semua kata ekasuku tertutup dengan vokal [a] dieja dengan huruf alif, iaitu bagi semua kata Melayu Jati dan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain, kecuali daripada bahasa Arab. Ini menyelaraskan aturan Jawi Za'ba/Lama. Dalam Ejaan Jawi Lama, ada kata yang menggunakan alif, ada kata yang tanpa alif. Contoh: Wang , dan , jam , dam ( sejenis permainan), kad , plat . ii) Semua kata ekasuku yang berasal daripada bahasa Arab dikekalkan bentuknya yang asal: Sama ada dengan huruf vokal atau tanpa huruf vokal. Contoh: Sah , dam , mad , khas , hal , bab . Dengan ini, berertilah bahawa semua kata ekasuku tertutup ditulis dengan huruf vokal, kecuali bagi beberapa kata tertentu daripada bahasa Arab dan beberapa kata Melayu ejaan klasik sahaja (15) . Aturan ini diperlukan kerana sudah banyak terdapat kata ekasuku daripada bahasa asing, terutama daripada bahasa Inggeris, yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu (16) . Katakata tersebut perlu diperlihatkan bentuk visualnya dalam ejaan Jawi yang seharusnya sejajar cara pelambangan vokalnya dengan bentuk visual dalam ejaan rumi.

5.2- Ejaan Kata Dasar Dua Suku Kata: Perkara pokok yang menarik perhatian kita dalam sistem ejaan Jawi ialah tentang penggunaan huruf vokal alif, wau dan ya dalam kata dasar dua suku kata, tertutup atau terbuka, yang pelbagai ragamnya dalam ejaan Za'ba/Lama. Yang menjadi masalah pokok yang memperlihatkan ketidakseragaman itu ialah kata yang mengandungi vokal [a]; ada yang menggunakan huruf alif, ada yang tidak. Walaupun, jika diteliti dengan saksama, Jawi Za'ba/Lama itu bersistem atau berperaturan, tetapi sistem atau peraturan itu terlalu banyak ragamnya dan banyak pula mengandungi kekecualian yang berbagai-bagai. Ini semua menjadi beban bagi ingatan dalam proses pembelajaran Jawi dan, akibatnya, pengguna yang tidak peka kerap membuat kesalahan mengeja huruf vokal tersebut. Sistem yang dirumuskan dalam PEJYD memperlihatkan aturan yang lebih sederhana bentuknya, lebih seragam sifatnya, lebih mudah dimengerti, dan lebih senang menulisnya atau menggunakannya. Kami akan mempamerkan beberapa pembaikan atau penambahan yang dilakukan terhadap ejaan Jawi

Za'ba/Lama itu sekadarnya, iaitu berdasarkan jenis vokal (keenam-enam vokal) di kedua-dua suku kata yang terlibat, dan beberapa kriteria yang lain. 5.2.1- Ejaan Kata Dasar Berpola KV-KV Dalam PEJYD dirumuskan lima aturan pengejaan kata dasar yang berpola KV-KV ini. Perincian: i) Apabila KV-KV itu [Ka-Ka], huruf alif digunakan di kedua-dua suku kata sekiranya suku kata kedua bermula dengan huruf dal, ra, lam, wau atau nga. Ini sama dengan Jawi Za'ba, iaitu ejaan menurut kaedah dal-ra-lam-wau-nga. ii) Apabila KV-KV itu [Ka-Ka] juga, huruf alif digunakan di suku kata pertama sahaja sekiranya suku kata kedua tidak bermula dengan huruf konsonan dal, ra, lam, wau atau nga. Ini sama dengan Jawi Za'ba, iaitu lanjutan daripada kaedah dal-ra-lam-wau-nga. iii) Apabila KV-KV itu bukan [Ka-Ka] (iaitu gabungan vokal berpola [a-i], [a-u], [i-a], [i-i], [i-u], [e-a], [e-o], [u-a], [u-i], [u-u], [o-a], [oe] atau [o-o]), maka huruf vokal (alif, wau atau ya) digunakan dikedua-dua suku kata terbuka itu. Ini menyelaraskan dan mempermudah pelbagai aturan yang terdapat dalam Jawi Za'ba/Lama. iv) Apabila KV-KV itu [KV-ka] atau [KV-ga], iaitu suku kata kedua berupa konsonan kaf atau ga, maka huruf vokal (alif, wau atau ya) digunakan di suku kata yang pertama sahaja. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba/Lama, iaitu ejaan menurut kaedah ka-ga. v) Apabila KV-KV itu terdiri daripada suku kata pertama dengan vokal pepet, maka huruf vokal (alif, wau atau ya) digunakan di suku kata kedua sahaja. Ini sama dengan ejaan Za'ba/Lama. 5.2.2- Ejaan Kata Dasar Berpola KVK-KV: Dalam PEJYD dirumuskan lima aturan pengejaan kata dasar yang berpola KVK-KV. Perincian: i) Apabila KVK-KV itu mengandungi vokal pepet di suku kata pertama, maka huruf vokal (alif, wau atau ya) digunakan di suku

kata kedua sahaja. Ini menyelaraskan atau menyeragamkan aturan ejaan Jawi Za'ba/Lama. ii) Apabila KVK-KV itu [KaK-ka] atau [KaK-ga] (iaitu suku kata kedua mengandungi huruf konsonan kaf atau ga), maka huruf vokal tidak digunakan di kedua-dua suku kata. Ini menyeragamkan ejaan Jawi Lama. iii) Apabila KVK-KV itu bukan [KaK-ka] atau [KaK-ga] (iaitu gabungan vokal berpola [a-a], [a-i] atau [a-u] dengan konsonan di suku kata kedua bukan kaf atau ga), maka huruf vokal (alif, wau atau ya) digunakan di suku kata kedua sahaja. Ini menyeragamkan ejaan Jawi Lama. iv) Apabila KVK-KV itu [KVK-ka] atau [KVK-ga] (iaitu suku kata kedua mengandungi konsonan kaf atau ga) dengan vokal [i], [e], [u] atau [o] di suku kata pertama, maka huruf vokal (wau atau ya) digunakan di suku kata pertama sahaja. Ini sama dengan Jawi Za'ba/Lama. v) Apabila KVK-KV itu bukan [KVK-ka] atau [KVK-ga] (iaitu gabungan vokal berpola [i-a], [i-i], [i-u], [e-a], [e-o], [u-a], [u-i], [uu], [o-a], [o-e] atau [o-o]), maka huruf vokal (alif, wau atau ya) digunakan di kedua-dua suku kata. Ini menyelaraskan dan mempermudah pelbagai aturan yang terdapat dalam Jawi Za'ba/Lama. 5.2.3- Ejaan Kata Dasar Berpola V-VK, V-KVK, KV-VK dan KV-KVK: Sejumlah enam aturan pengejaan kata dasar yang berpola KV-KVK dirumuskan dalam PEJYD . Perincian: i) Bagi pola V-KVK, huruf vokal (alif, alif-wau atau alif-ya) digunakan di suku kata pertama sahaja sebagai pemula kata. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba. ii) Apabila KV-KVK mengandungi vokal [a] di suku kata kedua, huruf vokal digunakan di suku kata pertama sahaja sekiranya vokal yang pertama bukan pepet. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba.

iii) Apabila KV-KVK itu [Ke-KaK], huruf vokal (alif) tidak digunakan di kedua-dua suku kata. Ini sama dengan Jawi Za'ba. iv) Apabila KV-KVK mengandungi vokal pepet di suku kata pertama, huruf vokal (wau atau ya) digunakan di suku kata kedua sahaja sekiranya vokal di suku kata kedua ini bukan [a]. Ini sama dengan Jawi Za'ba. v) Huruf vokal digunakan di kedua-dua suku kata KV-KVK bagi pola yang berikut: [a-i], [a-u], [e-e], [e-o], [i-i], [i-u], [o-e], [o-o], [u-i] dan [u-u]. Ini menyelaraskan beberapa pengejaan kata dalam Jawi Za'ba/Lama. vi) Huruf vokal digunakan di kedua-dua suku kata yang berpola KVVK (iaitu urutan dua vokal di tengah kata dasar). 5.2.4- Ejaan Kata Dasar Berpola VK-KVK dan KVK-KVK: Dalam PEJYD dirumuskan sejumlah empat aturan pengejaan kata dasar yang berpola VK-KVK dan KVK-KVK. Perincian: i) Huruf vokal tidak digunakan di kedua-dua suku KVK-KVK apabila kedua-duanya mengandungi sama ada vokal [a] atau pepet. Ini sama dengan Jawi Za'ba. ii) Apabila vokal [a] atau pepet terdapat di suku kata kedua sahaja, huruf vokal (wau atau ya) hanya digunakan di suku kata pertama (iaitu pola [i-a], [e-a], [u-a] dan [o-a]). iii) Apabila vokal [a] atau pepet terdapat di suku kata pertama sahaja, huruf vokal (wau atau ya) hanya digunakan di suku kata kedua (iaitu pola [a-i], [a-e], [a-u], [a-o], [pepet-i] dan [pepet-u]). iv) Apabila kata yang berpola KVK-KVK tidak mengandungi vokal [a] atau pepet, maka huruf vokal (wau atau ya) digunakan di keduadua suku kata tertutup itu (iaitu pola [e-e], [e-o], [o-e], [o-o], [i-i], [i-u], [u-i] dan [u-u]). v) Bagi pola VK-KVK, huruf vokal (alif, alif-wau atau alif-ya) digunakan di suku kata pertama sahaja sebagai pembuka kata

sekiranya suku kata kedua mengandungi vokal [a] atau pepet. Ini menyelaraskan pengejaan beberapa kata dalam Jawi Za'ba. vi) Huruf vokal digunakan di kedua-dua suku kata VK-KVK sekiranya kata tersebut tidak mengandungi vokal [a] atau pepet. Ini menyelaraskan pengejaan beberapa kata dalam Jawi Za'ba.

5.3- Penghindaran Bentuk Homograf: Pengejaan kata dasar dwisuku dalam PEJYD telah menampilkan dua rumusan yang memberi manfaat kepada sistem ejaan Jawi ini dan penggunanya dari segi mengurangkan bentuk homograf dengan tujuan untuk menghindarkan kekeliruan bacaan dan pengenalan makna kata. Dua rumusan tersebut ialah (i) penghapusan homograf yang mempertentangkan vokal [a] dengan pepet; dan (ii) penghapusan homograf yang mempertentangkan vokal [i] atau [e] dengan diftong [ai], serta yang mempertentangkan vokal [u] atau [o] dengan diftong [au]. i) Untuk penjelasan tentang diftong, lihat bahagian Pelambangan Diftong. Homograf dihapuskan bagi membezakan bunyi diftong [ai] dan [au] dengan bunyi vokal [i] atau [e] dan [u] atau [o]. Ditetapkan diftong dieja dengan alif-ya [ai] dan alif-wau [au] yang dibezakan daripada vokal ya [i] atau [e] dan wau [u] atau [o]. Contohnya: Homograf yang dieja bagi guli dan gulai dieja semula menjadi: = guli = gulai ii) Homograf dikurangkan dengan cara membezakan ejaan bagi kata yang berlainan maknanya, iaitu khusus bagi kasus homograf yang mempertentangkan vokal [a] dengan vokal pepet. Contohnya: Homograf bagi lantik dan lentik dieja semula menjadi: = lantik = lentik

Pengemasan yang dibuat ialah dengan menggunakan huruf alif sebagai lambang bagi vokal [a] di suku kata tertutup untuk membezakannya daripada vokal pepet yang tidak dilambangkan dengan huruf (17) .

5.4- Rumusan Pengejaan Kata Dasar Dwisuku: Daripada perincian tentang aturan penulisan huruf vokal dalam kata dasar dua suku kata yang dipaparkan di atas itu dapatlah diringkaskan sistem pelambangan vokal dan penggunaan huruf vokal Jawi pada kata dasar dwisuku terbuka dan tertutup itu kepada kaedah yang berikut: i) Vokal [a] dilambangkan dengan alif di semua suku kata terbuka, kecuali suku kata akhir dengan kaf atau ga, dan suku kata akhir terbuka menurut kaedah dal-ra-lam-wau-nga. Vokal [a] tidak dilambangkan dengan huruf di semua suku kata tertutup, kecuali apabila membuka kata atau membuka suku kata, dan dilambangkan dengan alif dalam suku kata tertutup untuk membezakannya daripada pepet bagi kasus homograf dalam ejaan Jawi Za'ba. ii) Vokal pepet tidak dilambangkan dengan huruf di semua posisi tengah terbuka atau di suku kata tertutup. Vokal pepet hanya dilambangkan dengan alif apabila membuka kata, dan dilambangkan dengan ya tanpa titik apabila mengakhiri kata. iii) Vokal [i], [e], [u] dan [o] perlu dilambangkan dengan huruf vokal di semua suku kata terbuka atau tertutup. Huruf yang digunakan ialah wau, ya, alif-wau, alif-ya atau alif-hamzah menurut kedudukan dan fungsi masing-masing. iv) Kaedah-kaedah yang disebut pada (i) hingga (iii) di atas merupakan rumusan perkaedahan dalam PEJYD yang menggantikan kepelbagaian aturan dan kaedah yang terdapat dalam ejaan Jawi Za'ba. Rumusan ini dengan sendirinya melupuskan aturan-aturan yang pelbagai dalam kaedah ejaan Jawi Lama itu. Dengan ini, tidaklah terpakai lagi aturanaturan yang terbukti telah begitu banyak menjadikan sistem ejaan Jawi Lama lebih rumit dan membebankan ingatan. Antara kaedah lama yang dikekalkan dalam PEJYD ialah kaedah dal-lam-ra-wau-nga bagi pola [Ka-Ka] dan kaedah ka-ga bagi semua pola suku kata. Antara kaedah yang lupus itu termasuklah aturan-aturan (i) dal-ra-lam-wau-nga dengan

ba, ta; (ii) dal-ra-lam-wau-nga dengan ra, sim, ya; (iii) pola KVr-KV dengan ta, ga, nun; dan KVm-KV dengan ba; (iv) pola Kur-KV dengan ba, jim; (v) pola Ker-KV dengan ta, jim, ba, ca; dan (vi) pola KuK-KuK menjadi [KK-KuK].

5.5- Ejaan Kata Dasar Tiga Suku Kata atau Lebih: i) Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam PEJYD , kaedah pengejaan kata dasar tiga suku kata atau lebih tidak berbeza dengan kaedah dalam ejaan Jawi Za'ba/Lama. Kaedah yang digunakan ialah dengan menetapkan bahawa aturan penggunaan huruf vokal pada dua suku kata yang terakhir perlulah selaras dengan aturan bagi kata dasar dua suku kata. Penggunaan huruf pada suku kata yang lain harus terikat kepada ejaan yang telah ada. ii) Yang perlu diperkemas ialah pengejaan semula beberapa kata tertentu supaya sesuai dengan keseluruhan sistem penggunaan huruf vokal bagi kata dasar dua suku kata. Bagi kasus tiga suku kata, buka semua mesti ditulis tanpa huruf vokal di suku kata pertama; pola [Ki-Ka-Ka] atau [KuKa-Ka], sekadar contoh, lebih baik dieja semula dengan huruf ya atau wau di suku kata pertama (kecuali, semestinya, kata pinjaman daripada bahasa Arab).
6. Ejaan Kata Terbitan:

Pada umumnya, rumusan yang dibuat dalam PEJYD tentang penulisan kata berimbuhan atau kata terbitan adalah sama dengan yang terdapat dalam ejaan Jawi Za'ba. Pembaikan atau pengemasan yang ketara dalam PEJYD ialah tentang penulisan awalan di-, ke- dan se- dan kata depan di dan ke, serta akhiran -an dan -i yang sering menimbulkan masalah dalam ejaan Jawi Lama. i) Awalan di- (huruf dal), ke- (huruf kaf) dan se- (huruf sin) serta kata depan di (huruf dal) dan ke (huruf kaf) perlu dirangkaikan dengan kata dasar seperti merangkaikan awalan dengan kata dasar dalam ejaan Rumi. Dalam hal ini, bagi kata dasar yang bermula dengan vokal, penyebatian atau perangkaian antara awalan dengan kata dasar diperlihatkan dalam bentuk sisipan huruf hamzah selepas huruf alif. Tujuannya untuk mengelakkan kekeliruan pembacaan. Ini memperkemas aturan ejaan Jawi Za'ba. Contoh:
Kata Kata

Dasar

Berawalan (atas) (atas) (utara) (indah) (indah) (di atas) (diatasi) ( ke utara) (seindah) ( keindahan)

ii) Ejaan kata terbitan dengan akhiran <-an> : Dikurangkan aturannya daripada empat cara yang dalam ejaan Jawi Lama kepada tiga cara sahaja, iaitu dengan menggunakan akhiran (a) hamzah-nun atau (b) alif-nun, atau (c) nun, bergantung kepada jenis huruf akhir pada akhir kata dasar yang ditetapkan. Dengan ini, ejaan kata dasar tidak berubah apabila menjadi kata yang berimbuhan. Dalam ejaan lama, ejaan kata dasar berubah apabila menerima akhiran sehingga menyebabkan wujud dua bentuk ejaan bagi sesuatu kata dasar. Perincian: a) Akhiran hamzah-nun ditambah selepas alif di akhir kata dasar. Contoh: cela menjadi celaan . b) Akhiran alif-nun ditambah selepas wau di akhir kata dasar. Contoh: Buru menjadi buruan . c) Akhiran nun ditambah selepas ya dan semua konsonan yang lain. Contoh: tari menjadi tarian ; surat menjadi suratan .
7. Beberapa Pembaikan dan Penambahan Lagi:

Dalam PEJYD terdapat beberapa aturan mengeja yang lain lagi yang bertujuan membaiki dan mengemaskan sistem ejaan Jawi Lama. i) Dalam penulisan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, aturan pengejaan gugus konsonan diadakan yang bertujuan memudahkan pembacaan dan penyebutan, terutama istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris. Gugus konsonan di akhir kata ditulis dengan memisahkan huruf yang bergugus itu. Contohnya: Teks . ii) Pengejaan kata ulang diselaraskan menjadi dua cara supaya tidak salah baca, iaitu (i) menggunakan tanda angka dua bagi menulis ulangan keseluruhan kata, dan (ii) menggunakan tanda sempang (-) apabila mengulang sebahagian kata (18) .

iii) PEJYD memantapkan aturan ejaan kata pinjaman dan serapan daripada bahasa Arab yang dikategorikan kepada penggunaannya dalam konteks agama dan bukan agama. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba. Perincian: a) Kata-kata istilah agama Islam dieja seperti bentuk asalnya (dalam ejaan Arab). b) Kata-kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lama digunakan sebagai kata umum dalam bahasa Melayu dieja seperti ejaan bahasa Melayu. iv) Satu rumusan yang agak menarik perhatian kita dalam PEJYD ialah tentang penulisan huruf singkatan. Pedoman ini menetapkan penulisan singkatan dalam huruf Jawi yang didapati selaras dengan cara menulisnya dalam ejaan Rumi dari segi penggunaan tanda titik, tetapi singkatan yang digunakan ialah huruf-huruf dalam abjad Jawi, dan bukan nama huruf-huruf tersebut. v) Ciri khusus dalam PEJYD ialah pengekalan aturan-aturan ejaan lama dan pengejaan beberapa kata yang sudah mantap penggunaannya. Kata-kata tersebut ialah kata-kata yang asalnya dieja menurut kaedah baris (19)
8. Penyebaran Penggunaan Ejaan Jawi ( PEJYD ):

8.1- PEJYD sudah disebarkan kepada masyarakat umum sejak tahun 1986 lagi. Penjelasan tentang sistem ini dibuat melalui tulisan-tulisan di dalam majalah-majalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, dan ceramah yang diadakan untuk tujuan penyebaran. Akhbar Utusan Melayu juga turut menerbitkan tulisan yang menjelaskan PEJYD secara bersiri walaupun akhbar tersebut belum menggunakan sistem baru ini secara menyeluruh. Dewan Bahasa dan Pustaka terus menyebarkan maklumat tentang PEJYD ini apabila diperlukan oleh masyarakat. 8.2- Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terlibat dengan perancangan dan kawalan pelaksanaan penggunaan PEJYD di sektor pendidikan kerana perkara ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka juga bukanlah pihak yang secara tidak langsung bertanggungjawab melaksanakan penggunaan PEJYD dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau maktab perguruan. 8.3- Pada umumnya, tugas dan tanggungjawab DBP dalam pembinaan dan pengembangan ejaan Jawi adalah, antara lain, seperti yang berikut:

i) DBP bertanggungjawab menyediakan pedoman PEJYD dan menerbitkannya untuk kegunaan masyarakat. ii) DBP bertanggungjawab memantapkan pedoman tersebut dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan perkembangan bahasa Melayu, perkembangan Ilmu, dan perkembangan sistem pendidikan yang maju. iii) DBP menerbitkan buku-buku yang dalam tulisan Jawi dengan menggunakan PEJYD . Buku-buku yang diterbitkan ialah buku agama, dan akan menerbitkan beberapa buku umum dan buku kanak-kanak. iv) DBP mengadakan kegiatan penyebaran maklumat tentang PEJYD untuk masyarakat, serta membantu pengguna mempelajarinya dan menyebarkan penggunaannya. 8.4- Kerjasama DBP dengan pihak pelaksana PEJYD di sektor pendidikan: i) Semenjak PEJYD diterbit dan disebarkan pada tahun 1986, tidak ada masalah besar yang dihadapi oleh DBP berkaitan dengan pedoman tersebut. Hanya dalam tahun 1991 ini sahaja baru timbul masalah yang agak besar apabila Maktab Perguruan Islam membuat ulasan terhadap PEJYD itu. ii) Usaha untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Maktab Perguruan Islam dibuat dengan mengadakan mesyuarat khas di DBP pada 24 Julai 1991. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh DBP dan hampir semua pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan penggunaan ejaan Jawi di sekolah dan maktab perguruan, iaitu Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Pendidikan Islam, Pusat Perkembangan Kurikulum, dan Maktab Perguruan Islam. Setelah membahaskan masalah yang dikemukakan oleh Maktab Perguruan Islam, mesyuarat merumuskan empat perkara sebagai persetujuan bersama (seperti di perenggan 8.5 di bawah). 8.5- Keputusan Mesyuarat pada 24 Julai 1991 di DBP tentang pelaksanaan penggunaan PEJYD di sektor pendidikan (dipetik sepenuhnya daripada Minit Mesyuarat yang berkenaan): "5.1- Semua Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan penggunaan ejaan Jawi bersetuju melaksanakan penggunaan Pedoman Ejaan Jawi Yang

Disempurnakan yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (Pedoman 1986, Daftar 1989). Bahagian-bahagian yang terlibat itu ialah Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Guru, dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Oleh sebab itu, Maktab Perguruan Islam juga bersetuju mematuhi dan akan melaksanakan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan ini dalam pengajaran dan pembelajaran di maktab tersebut." "5.2- Dipersetujui supaya kaedah mengajar di Maktab Perguruan Islam, khususnya, diubahsuai supaya dapat menyampaikan pedoman Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan ." "5.3- Dipersetujui bahawa cadangan untuk meneliti semula beberapa aturan tertentu dalam Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan dengan tujuan memantapkannya akan dibuat secara berasingan. Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan kegiatan ini setelah mendapat maklumat yang lengkap daripada pihak-pihak yang ingin mencadangkan pemantapan pedoman tersebut. Perkara ini tidak ada hubungannya dengan persetujuan untuk melaksanakan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang sudah dipersetujui." "5.4- Dewan Bahasa dan Pustaka akan menulis satu kertas ringkas tentang latar belakang, kaedah dan penjelasan tentang Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan untuk diedarkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum yang akan bersidang pada 14 Ogos 1991 yang akan datang." 19. Setakat ini, Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989) telah menyenaraikan kata-kata yang berikut yang diterima sebagai bentuk ejaan tradisi yang sahih: apa, ada, beta, pada, maka, jika, dia, lima, kita, itu, ini, dari, ketika, daripada dan manusia .

Anda mungkin juga menyukai