Anda di halaman 1dari 3

4.

Pelaksanaan Terapi Untuk Kanak-Kanak 4.1 Latar Belakang Murid Melalui permerhatian dan interaksi dengan murid di Sekolah A, kami telah

mengenal pasti bahawa terdapat seorang murid mempunyai masalah tingkah laku dalam pembelajaran yang serius. Dalam penerangan seterusnya, murid itu akan dikenali sebagai Murid X. Murid X mempunyai masalah tingkah laku dalam pembelajaran yang serius, di mana dia menghadapi masalah dalam pengurusan emosinya. Murid X ini bersikap cepat marah dan kurang kesabaran semasa menjalankan aktiviti P&P dalam kelas ataupun menjalankan aktiviti kumpulan bersama dengan rakannya, dia seorang yang bersikap mementingkan diri sendiri dan sentiasa memusatkan dirinya dalam segala aktiviti terutamanya dalam aktiviti yang bersifat persaingan dan memerlukan penglibatan kerjasama setiap murid dalam kelas. Murid X juga bersifat agresif apabila dia tidak dapat menerima pandangan dan bantuan orang lain, dia tidak dapat menerima kekalahan dan perasaan penafian oleh orang lain kepada dia. Apabila menemu bual dengan guru-guru lain yang mengajar Murid X, kami turut mendapat maklumat tentang Murid X dengan lebih lanjut dan teliti. Menurut guru-guru yang mengajar Murid X, dia seorang yang menghadapai masalah pengurusan emosi yang agak serius dalam pembelajaran, dia tidak dapat menerima pendapat orang lain dan bantuan orang lain semasa menjalankan aktiviti kumpulan dalam kelas. Oleh yang demikian, dia sentiasa menjadi masalah apabila guru merancang aktiviti kumpulan untuk satu kelas. Selain itu, Murid X ini juga tidak dapat menerima kekalahan dalam sesuatu aktiviti, sekiranya kumpulan dia yang kalah, dia akan menyalahkan orang lain dalam satu kumpulan, menangis ataupun menunjukkan muka masam terhadap setiap orang. Sikap Murid X ini telah menyebabkan kebanyakan rakan sekelasnya tidak berani dan tidak sudi menjalankan aktivitit kumpulan bersama dengannya.

Dengan merujuk kepada masalah ini, saya dan rakan saya telah berbincang untuk mengaplikasikan terapi-terapi berkenaan untuk membantu Murid X dalam mengatasi masalah yang diahadapinya. Melalui hasil

perbincangan dan pandangan rakan, kami mengambil keputusan untuk melaksanakan terapi main dan terapi bercerita untuk membantu murid tersebut. 4.2 Terapi Bermain Menurut Mok Soon Sang (2011), terapis menggunakan terapi bermain untuk menolong kanak-kanak menggambarkan apa masalah yang dihadapi oleh mereka dan bukan melalui bahasa verbal untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka. Dalam terapi main, objek mainan dan main merupakan perkataan kanak-kanak dan juga bahasa mereka. Melalui aktiviti bermain, terapis dapat membantu kanak-kanak belajar tingkah laku positif apabila mereka mengalami deficit kemahiran emosi-sosial. Selain itu, terapi main juga boleh digunakan dalam memperkembang kognitif dan memberiukan persepsi untuk menyelesaikan konflik dalaman pemikiran negative kanak-kanak. Memandangkan Murid X seorang yang kurang kesabaran dan tidak boleh menerima pandangan orang lain, dapatlah kami mengetahui bahawa dia seorang yang sukar percaya kepada orang lain. Dengan ini, sebagai seorang terapis, sebelum menjalankan terapi terhadap murid tersebut, dia seharusnya terlebih dahulu membina hubungan yang mesra dan membina kepercayaan Murid X terhadap dirinya sendiri. Terapis boleh memulakan perbualan seperti Saya berasa gembira kerana boleh berjumpa dengan kamu hari ini. Selain itu, terapis juga boleh bermula dengan perbualan yang tidak membebankan dengan murid supaya dia tidak akan berasa tertekan. Seterusnya, terapis perlu mengenal pasti bahawa terapi yang digunakan adalah sesuai dan boleh diterima oleh murid yang menerima terapi. Sebagai contoh, aktiviti dan permainan yang dirancang dan disediakan adalah sesuai dengan tahap penguasaan atau penerimaan murid dan dapat menarik minatnya dalam menjalankan aktiviti tersebut. Memandangkan Murid X merupakan

seorang yang kurang kesabaran dan tidak dapat menerima kekalahan, jadi aktiviti yang dirancang bolehlah berperingkat dan bermula dari peringkat mudah kepada peringkat yang sukar. Dengan melengkapkan tugasan yang diberikan, dia akan mendapat kepuasan dan rasa ingin meneruskan aktiviti seterusnya. Selepas itu, terapis menjelaskan sedikit peraturan kepada Murid X sebelum permainan dimulakan. Terapis perlu bersifat tegas tetapi mesra dan menyatakan syarat-syarat yang perlu diputuhi denga jelas dan tepat supaya menjadi satu panduan antara kedua-dua pihak. Sekiranya segala syarat dan peraturan dipatuhi oelh Murid X, pujian dan ganjaran akan diberikan dalam sesi refleksi. Sebaliknya, sekira Murid X tidak mematuhi peraturan atau syarat yang telah disetujui, permainan perlulah dihentikan dan dia dikehendaki membuat refleksi dan menyatakan apa yang telah dia lakukan adalah salah sehingga aktiviti dihentikan. Sesi refleksi ataupun penutup adalah penting dalam seluruh terapi. Dalam sesi ini, murid diminta menyatakan segala aktiviti yang telah dijalankan dan diminta membuat refleksi tentang dirinya sendiri. Adakah saya bersikap betul dan akan mendapat pujian ataupun tidak? Soalan -soalan sebegini boleh disoal supaya dapat membantu murid dalam membuat refleksi tentang diri sendiri. Terapis harus catatkan segala laporan berkenaan termasuk respon murid dan sikapnya terhadap orang lain dan sebagainya supaya terapis boleh mengetahui perkembangan murid berdasarkan rekod yan dicatat. Sesi ini dapat

membolehkan murid membina kepercayaannya terhadap terapis kerana segala yang dikongsi akan mendapat maklum balas yang berguna kepadanya. Sebelum mengakhiri sesi terapi, terapis harus memberitahu murid bahawa masa untuk hari ini telah tamat, meminta dia untuk menyimpan semua peralatan ataupun permainan yang telah digunakan ditempat asal. Langkah ini dapat melatih murid supaya menjadi lebih bertanggungjawab dan membentuk sikap positif denga lebih berkesan.

Anda mungkin juga menyukai