Anda di halaman 1dari 2

Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan dan gangguan dalam sukan?

Dan apakah jenis keganasan dan gangguan yang paling utama dalam bidang sukan Negara Malaysia? Keganasan dalam sukan adalah sesuatu perilaku yang mendatangkan masalah dan memberi kecederaan kepada fizikal. Seterusnya, berisiko untuk memberi gangguan kepada mental dan emosi. Di Malaysia, keganasan dan gangguan yang paling utama berlaku adalah dari aspek fizikal. Keganasan masih boleh dilihat daripada luaran dan bukan secara dalaman. Kalau di negara luar, keganasan berlaku secara halus dan sangat licik.

Apakah punca keganasan dan gangguan dalam bidang sukan? Puncanya adalah berasal daripada tahap disiplin atlet yang tidak baik. Mereka mempunyai tahap keegoan yang terlalu tinggi untuk memberikan mereka keyakinan dan semangat yang kental. Walaubagaimanapun, keegoan ini disalahgunakan untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri tetapi memberi keburukan, masalah, gangguan dan kecederaan kepada atlet lawan. Saya berpendapat, sukan yang paling banyak melakukan keganasan di Malaysia ialah sukan bola sepak. Berdasarkan tinjauan saya terhadap persepsi masyarakat tentang ragbi, saya mendapati mereka mengatakan sukan ragbi adalah merbahaya dan ganas berbanding bola sepak. Saya sebagai seorang jurulatih ragbi, saya berpendapat bahawa keganasan dalam sukan ragbi adalah tidak seganas berbanding bola sepak. Hal ini kerana, sukan ragbi menggunakan keganasan sebagai strategi yang lebih licik berbanding sukan bola sepak. Manakala, dalam sukan bola sepak, keganasan yang dilakukan adalah kurang profesional dan sangat ketara berbanding sukan ragbi. Oleh itu, keganasan dan gangguan dalam bidang sukan di Malaysia lebih tertumpu kepada sukan bola sepak iaitu daripada aspek fizikal. Gangguan emosi dan mental pemain bola sepak mudah terjejas jikalau fizikal mereka mengalami keganasan dan gangguan.

Apakah kesannya terhadap kemajuan bidang sukan Negara? Mutu sukan Negara menjadi rendah. Atlet Negara tidak dapat menunjukkan prestasi yang positif kerana tahap disiplin yang rendah akibat. Semangat jati diri Negara dalam bidang sukan jatuh kerana rakyat tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada atlet Negara kerana prestasi buruk yang ditunjukkan. Industri perniagaan dalam Negara merosot. Contohnya, barangan sukan tempatan kurang mendapat sambutan kerana prestasi sukannya yang buruk.

Biodata: Mitchell Yomin Jawatan: Jurulatih kebangsaan ragbi Malaysia. Umur: Rahsia Status: Rahsia Personaliti: Seorang yang pendiam dan pemalu. Makanan kegemaran: Aiskrim cornetto. nasi goreng pataya kurang pedas. Pencapaian: Pernah mewakili Negara Malaysia dalam sukan ragbi menentang Negara brunei, Indonesia, singapura, Thailand, Myanmar, laos, Vietnam, china, uzbakistan, Pakistan, india, amerika, Russia, perancis, konggostan, monggolia dan madagaskar. Dalam semua perlawanan antara Negaranegara tersebut, Malaysia menang 10 kali dan 7 kali kalah. Pernah menjadi jurulatih pasukan ragbi negeri Sabah selama 2 tahun. Pernah menjadi presiden ragbi Malaysia empat tahun tapi meletakkan jawatan Banyak lagi pencapaian tapi malu untuk disebut.

Anda mungkin juga menyukai