Anda di halaman 1dari 6

TEKNIK PENYOALAN Teknik penyoalan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu kaedah yang digunakan

oleh guru untuk mendapatkan tindak balas daripada pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Saya menggunakan kaedah ini di langkah set induksi pengajaran saya. Penyoalan ialah salah satu cara yang terpenting dalam pengajaran. Ahli falsafah Socrates telah menggunakan kaedah penyoalan untuk meneroka alam pemikirannya dan alam seluruhnya. Saya beranggapan bahawa teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar. Saya menggunakan teknik menyoal untuk memastikan bahawa sama ada mereka memahami topik baru yang mereka pelajari. Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan pengajaran yang baik. Kelas 1 Dedikasi merupakan kelas yang menempatkan murid yang lemah. Oleh itu, untuk menggunakan kemahiran penyoalan dengan berkesan dalam aktiviti pengajaran, saya harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut seperti memastikan bahawa aras soalan yang diguna pakai hendaklah sesuai mengikut umur, kebolehan dan pengalaman pelajar. Selain itu, saya juga haruslah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan sebelum aktiviti pengajaran dimulakan. Contohnya soalan betul salah, isi tepat kosong, padankan bersesuaian dengan murid Tahun 1 Dedikasi. Perkataan dan istilah yang digunakan haruslah mudah difahami oleh muridmurid., sesuai dengan peringkat umur contohnya istilah yang tidak sesuai digunakan seperti rumuskan, tafsirkan, buat hipotesis dan sebagainya. Aras soalan juga hendaklah terlalu senang dan adakalanya mencabar sedikit pemikiran mereka.

Tujuan saya menggunakan teknik menyoal adalah kerana saya ingin menggerak minda murid. Melalui cara ini saya dapat merangsang dan mencungkil fikiran murid semasa sesi soal jawab dengan menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya ketika mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan sifat ingin tahu murid semasa sesi soal jawab dijalankan. Selain itu, saya juga dapat mengekalkan perhatian murid. Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal atau leka, teknik soalan boleh digunakan untuk mengembalikan semula perhatiannya tanpa memarahi pelajar tersebut. Melalui teknik ini juga, mengeratkan interaksi. Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid dan sesama murid. Interaksi gurumurid, murid-guru dan murid sesama murid penting kerana dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan harmoni. Kanak-kanak tidak akan mengganggap guru sebagai orang asing. Apa yang dapat saya lihat, melalui aktiviti soal jawab, murid akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Minat murid terhadap

pelajaran akan bertambah dan mendorong mereka memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Ianya juga dapat mengelakkan murid daripada perasaan jemu. Selain itu, teknik penyoalan juga dapat mengembangkan daya pemikiran murid dan meluaskan lagi minda dalam menangani satu-satu isu yang memerlukan jawapan. Dengan soalan menguji pengetahuan lepas murid, guru boleh merancang aktiviti pengajaran yang sesuai berdasarkan jawapan pelajar. Kesannya ialah murid dapat mengikuti pelajaran dengan lebih bermakna dan mudah difahami. Soalan digunakan sebagai aktiviti penilaian akan membolehkan saya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kesannya ialah membolehkan saya merancang aktiviti pengayaan, pemulihan atau aktiviti pengajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan.

Melalui aktiviti soal jawab, perhubungan guru dan pelajar dapat dijalin dengan baik. Pelajar akan menyukai pengajaran guru dan tidak merasa segan atau malu untuk bertanya kepada guru apabila mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran. Guru juga perlu menggunakan soalan-soalan untuk menolong pelajar mengulang kaji pelajaran akan menambahkan prestasi mereka dalam peperiksaan. Melalui teknik penyoalan juga dapat membantu pelajar mengukuhkan konsepkonsep yang baru yang dipelajari, membantu murid-murid membuat ulang kaji dalam membuat jangkaan terhadap tajuk-tajuk penting untuk peperiksaan serta dapat mengetahui sama ada murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar atau sebaliknya.

TEKNIK PERBINCANGAN Saya turut menggunakan teknik perbincangan di dalam sesi pengajaran saya di langkah 3 iaitu aktiviti berkumpulan. Teknik perbincangan dapat didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikirandan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85) Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalammengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yangdiberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan

sahajasekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Oleh itu, saya menggunakan teknik pebincangan ini secara perbincangan kumpulan kecil. Saya membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Kemudian

murid dikehendaki menyelesaikan masalah dan soalan yang diberi oleh guru dalam kumpulan masing-masing. Oleh itu, murid perlu bersama-sama berbincang di dalam kumpulan mereka untuk memperoleh jawapan yang betul. Apabila murid berbincang dan mengemukakan idea, mereka biasanya akan mengeluarkan pendapat mereka berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Hal ini berkait rapat dengan teori pembelajaran konstruktivisme yang dipelopori oleh Jean piaget (yang dikenali sebagai Konstruktivisme psikologi/ individu/kognitif/kognitif)dan Lev Vygotsky (yang dikenali sebagai konstruktivisme sosial). Menurut Lev Vygotsky dalam dalam Noriati (2009), dalam sesi perbincangan, hubungan sosial berjaya diwujudkan seterusnya individu saling membina

pengetahuan baru. Penglibatan dengan orang lain member peluang kepada murid untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri. Ketika sesi perbincangan, saya perlu bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan sentiasa menghala ke arah perkara yang betul. Dengan kata lain, guru bertindak sebagai fasilitator untuk membantu dan membimbing murid-murid untuk mengeluarkan idea masing-masing. Saya juga perlu menetapkan masa perbincangan kumpulan bagi memastikan mereka tidak melakukan perbincangan dengan main-main dan berbual tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan. Setelah tamat perbincangan saya meminta setiap kumpulan untuk melaporkan isi-isi perbincangan. Saya turut memberi peneguhan positif melalui pujian kepada semua murid kerana memberikan komitmen sepenuhnya dalam perbincangan. Kaedah perbincangan ini dapat merangsang minda murid-murid. Melalui kaedah ini, murid akan berusaha untuk memberikan idea dan pandangan serta melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Dengan kata lain, kaedah ini dapat mengubah diri murid daripada pasif kepada lebih aktif. Penglibatan murid-murid secara aktif dalam proses pembelajaran membolehkan minda mereka berkembang.

Pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan kemahiran sosial antara murid. Mengikut pendapat Shahabuddin et.al.(2007), kaedah koperatif ini dapat memupuk sifat penyayang, kerjasama, hubungan yang erat antara murid dan sebagainya. Kaedah ini menggalakkan murid-murid mengajar sesama sendiri dan bantu-membantu antara satu sama lain dalam kumpulan seterusnya dapat mengukuhkan hubungan persahabatan antara murid-murid. Selain itu, kaedah perbincangan membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman dan berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah. Hal ini demikian kerana, murid-murid akan cuba membuat perbincangan yang rapi dalam kumpulan mereka. Apabila semua murid memberikan pandangan, maka pemahaman mereka terhadap sesuatu topik yang dibincangkan akan meningkat dan memudahkan untuk mereka meyelesaikan sesuatu masalah. EKSPOSITORI Ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan dengan tujuan mengajar sesuatu. Saya menggunakan kaedah ini di langkah 2 dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Melalui penerangan yang lebih jelas kepada murid Tahun 1 Dedikasi, ini dapat meningkatkan tahap pemahaman mereka terdapat isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Saya beranggapan bahawa teknik memang amat bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid Tahun 1 Dedikasi. Saya dapat mempunyai kemahiran

mengajar menggunakan pendekatan ekspositori yang baik dapat menerangkan secara jelas dan lengkap sesuatu idea atau konsep. Pada kebiasaannya proses dialog antara guru dan murid akan berlaku dalam satu -satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga perlu merancang dengan baik setiap aspek yang diperlukan iaitu cakna pada setiap keperluan murid dan memperkembangkan setiap isi pelajaran

dengan baik. Guru-guru bolehlah menggunakan idea-idea yang dikemukakan oleh ahli-ahli teori seperti Gagne, Bruner dan Dienes. Gagne menyatakan bahawa proses pengajaran bermula pada peringkat yang paling rendah iaitu dikenali sebagai prakeperluan kepada sesuatu peringkat yang lebih tinggi. Bruner pula menyatakan bahawa matematik adalah berlandaskan sekurang-kurangnya tiga cara iaitu enaktif, ikonik dan simbolik manakala menurut Dianes, pengaplikasian teknik dinamik sepatutnya dijadikan satu gabungan dalam pengajaran konsep matematik. Dalam proses pengajaran, kaedah ini merupakan kaedah yang paling cepat dan efisyen dalam menyampaikan maklumat kepada murid-murid. Selain itu, kaedah ini sangat mudah untuk dilaksanakan oleh guru namun ianya memerlukan beberapa persediaan guru sebelum mengajar. Kaedah ini juga memungkinkan guru untuk memberikan motivasi dan semangat kepada murid-murid bagi mewujudkan satu sesi perbincangan yang aktif dalam kelas. Tambahan pula, guru boleh mengaitkan isi pelajaran berdasarkan respon yang telah diberikan oleh murid-murid. Hal ini memudahkan guru untuk mengenalpasti aras kefahaman murid-murid. Walaupun terdapat halangan dalam mengaplikasikan kaedah ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seperti teknik pendedahan yang kurang cekap akan menyebabkan murid-murid menjadi pasif semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Akan tetapi saya tidak menggunakan

Namun begitu, terdapat beberapa halangan dalam pengaplikasian kaedah ini. Antaranya ialah teknik pendedahan yang kurang cekap akan menyebabkan muridmurid menjadi pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, perbezaan individu yang terdapat dalam sesebuah komuniti murid dalam kelas memberi halangan kepada keberkesanan penggunaan teknik ini. Hal ini kerana, adalah menjadi satu perkara yang mustahil kepada seorang guru matematik untuk memenuhi segala keperluan murid dalam satu-satu sesi pengajarannya. Dan halangan yang terakhir ialah sekiranya berlaku kesilapan, guru akan lebih mendominasi sesi pengajaran dan pembelajaran, bukannya murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai