Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN Tugasan kerja kursus Pengurusan Sumber dan Pengajaran Mikro, Makro ini adalah berkaitan analisis proses

pemilihan dan dan pembinaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam mengikut bidang, membina rancangan pengajaran harian yang lengkap menggunakan pelbagai bahan sumber, menghuraikan RPH yang dibina dengan mengaplikasikan kemahiran mikro untuk pengajaran makro dan seterusnya perlaksanaan pengajaran makro serta refleksi. Tugasan ini bermula pada 21 Februari 2014 dan tarikh akhir untuk menghantar adalah 21 Mac 2014. OBJEKTIF KAJIAN 1. Membuat esei berkaitan kajian proses pemilihan dan pembinaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam mengikut bidang menggunakan komputer, bahan maujud, lakaran peta dan sebagainya. 2. Membina rancangan pengajaran yang lengkap dalam bidang ulum syariah untuk Pendidikan sekolah rendah serta menghuraikan pelaksanaannya. 3. Menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian untuk proses pengajaran dan pembelajaran 30 minit. 4. Menjelas dan menghuraikan RPH dengan mengaplikasikan semua kemahiran mikro berkaitan dengan rancangan yang digunakan untuk pengajaran makro. 5. Melaksanakan pengajaran makro dan membuat refleksi pengajaran. 6. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai