Anda di halaman 1dari 1

OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU

Program Bina Insan Guru (BIG) yang dilaksanakan merupakan sebuah program yang berasaskan beberapa matlamat dan objektif manakala hasil yang ingin dicapai pula merupakan perancangan jangkamasa panjang. Secara umumnya, pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak yang terpuji, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.Hal ini amat bertepatan dengan prinsip guru holistik kerana pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahwa profesion guru adalah profesion mulia. Tambahan lagi, program ini turut bertujuan untuk membolehkan para guru pelatih membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan jitu dan menyelesaikan masalah. Malahan, program initurut berpaksi kepada pembinaan insan yang mampu berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. Selain itu, program Bina Insan Guru juga menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada masyarakat. Melalui aktiviti yang dijalankan, pelajar juga diharapkan agar mampu bertindak balas dengan positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza selain mengembangkan kemahiran dalam berkomunikasi. Akhir sekali, program ini juga bermatlamat untuk mencipta pelajar yang berkebolehan dalam merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan aktif dalam kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai