Anda di halaman 1dari 20

KRP 3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

TUGASAN BAHAGIAN A ANALISIS KESEPADUAN DALAM KURIKULUM DAN PENGAJARAN

KUMPULAN E-LEARNING EL-N01 (A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA MOHD ZAINI BIN ABU BAKAR NO. ID D20111050016 NO. TELEFON 0123898573

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. NORILA BINTI MD SALLEH TARIKH SERAH: 24 NOVEMBER 2012.

BIL 1.0 PENDAHULUAN

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT 3

2.0

BAHASA MELAYU

4-7

3.0

KAJIAN TEMPATAN

8 - 11

4.0

PENDIDIKAN SENI VISUAL

12 - 15

5.0

SAINS

16 - 19

6.0

RUJUKAN

20

1.0 PENDAHULUAN Pengajaran merupakan suatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari dan menguasainya denga berkesan. Tujuan mengadakan pengajaran adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran. Di dalam bilik darjah tugas guru adalah untuk membekalkan murid dengan motivasi bagi tujuan merangsang dan menimbulkan minat murid untuk belajar. Guru perlu menyediakan suatu perancangan pengajaran yang bertujuan sebagai panduan dan suatu pelan bertindak yang akan digunakan untuk proses mengajar. Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum iaitu pengetahuan daripada pelbagai bidang ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran nilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknolgi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai serta pembelajaran secara konstruktivisme dan kontekstual. Pengetahuan merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin seperti bidang sains, geografi, seni, matematik dan sebagainya yang boleh digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi aspek-aspek perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Berdasarkan kepada aspek-aspek utama yang terdapat di dalam FPK, nilai-nilai murni diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Penyerapan nilai-nilai murni adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu penghayatan dan amalan murni juga bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai budaya, bangsa dan kaum harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Untuk mencapai matlamat pendidikan kebangsaan, pelajarpelajar sekolah akan diberi peluang untuk menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan mereka melalui setiap mata pelajaran yang dipelajari

2.0 BAHASA MELAYU Tahun :4

Dokumen Dianalisis : Huraian Sukatan Pelajaran Tajuk : Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal. a. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang dipilih: i. Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling mereka ii. iii. iv. v. Memahami tempat kediaman sebagai keperluan asas manusia Memahami konsep dan fungsi tiap aktiviti yang dipelajari. Menyedari keperluan menyayangi dan menjaga alam sekitar. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk menghasilkan portfolio.

b. Rasional/Kepentingan Rasional unsur-unsur pengetahuan lain yang diserap adalah supaya murid dapat menggunakan perkataan sendiri bagi memahami, mengetahui dan menceritakan tentang sesuatu situasi bagi tujuan menceritakan perkara yang dialami, dilihat dan dibaca. Selain itu ia juga bertujuan bagi merangsang perasaan ingin tahu murid berkaitan keluarga serta mengembangkan minat mereka terhadap dunia sekeliling mereka terutama hubungan dengan masyarakat. Melakonkan semula situasi atau keadaan dengan menggunakan perkataan sendiri dengan panggilan kata ganti nama diri yang sesuai berdasarkan situasi dalam perbualan.Melakukan aktiviti main peranan bagi menunjukkan keadaan atau situasi yang sebenar. c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ini dapat dilaksanakan melalui pengetahuan sedia ada murid iaitu dengan cara melakonkan semula sesuatu situasi dengan cara menceritakan berkaitan perkaraperkara yang pernah dialami, dilihat dan dibaca.

Murid boleh juga diminta untuk membaca petikan yang diberi dan seterusnya mencatatkan kata panggilan seperti kata ganti nama yang terdapat di dalam petikan tersebut. Murid juga boleh diminta untuk menceritakan tentang jiran-jiran dan masyarakat sekelilng mereka. 3. Kesepaduan Nilai a. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih. i. Berusaha untuk menguasai kemahiran asas bertutur, mendengar, membaca dan menulis. ii. iii. iv. v. Memahami alam sekeliling Mencari perkaitan antara ilmu baru dengan sedia ada. Memupuk kemahiran sosial Menyemai semangat patriotisme, kemahiran belajar dan berfikir di kalangan murid.

b. Rasional/Kepentingan.

Rasional nilai memupuk kemahiran sosial yang dipilih adalah supaya murid dapat menjalinkan kerjasama secara berpasukan dan bantu membantu. Murid juga didedahkan tentang cara-cara melakonkan semula situasi yang biasa dialami di rumah seperti situasi bapa memberi teguran kepada anak-anak dan sebagainya. c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Semasa proses penyerapan dijalankan guru dapat menerapkan konsep nilai-nilai yang perlu ada dan dikehendaki supaya murid dapat melahirkan semangat dan sifat yang murni dan memupuk sifat tolong menolong dan bekerjasama dengan rakan.

4. Pendapat/Pandangan/Cadangan serta justifikasi. a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.

Pada pendapat saya penyerapan dan penggabungjalinan ini dapat memberi pengetahuan serta kemahiran kepada murid berkaitan mata pelajaran yang berbeza. Murid boleh menyampaikan dan menyatakan idea-idea dan pendapat mereka sendiri dengan menggunakan bahasa, intonasi dan ayat yang betul. Murid juga diberi pendedahan dan pengetahuan tentang keperluan pentingnya menjaga alam sekitar di sekeliling mereka supaya mereka dapat hidup dengan keluarga masing-masing dalam keadaan persekitaran yang bersih dan aman.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 4

Hasil Pembelajaran 1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya clan pihak lain dalam situasi formal clan tidak formal 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.

Huraian Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti/Nota

Aras 1 i. Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca. Aras 2 i. Menggunakan kata panggilan dan kata ganti Hama diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan. Aras 3 i. Menerima teguran secara terbuka dalam perbualan. Main peranan untuk menunjukkan cars menerima teguran secara terbuka dalam perbualan. Contoh : Situasi baps memberikan teguran kepada anak Nota Maksud teguran secara terbuka ialah fikiran, perasaan, dan hati, Berlakon dengan menggunakan kata panggilan kata ganti Hama diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan. Contoh : Situasi bergotong-royong di taman perumahan Bersoal jawab berdasarkan sesuatu situasi bagi tujuan menceritakan perkara yang dialami, yang dilihat atau dibaca.

3.0 KAJIAN TEMPATAN Tahun :4

Dokumen Dianalisis : Huraian Sukatan Pelajaran Tajuk : Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia.

a. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang dipilih: i. ii. Menghargai hasil kerja sendiri dan rakan. Menyediakan peluang untuk murid mengembangkan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. iii. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara. iv. Bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi. v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan.

b. Rasional/Kepentingan/Tujuan Rasional unsur-unsur pengetahuan lain yang diserapkan adalah untuk memastikan murid benar-benar memahami tentang tajuk yang dipelajari. Murid dibimbing untuk menyampaikan pendapat serta idea melalui pengalaman mereka samada di sekolah mahupun di rumah. Murid juga boleh menceritakan corak penempatan, keperluan tempat tinggal dan kepentingan yang boleh diperolehi daripada penempatan yang dipilih. Murid juga disarankan supaya mengamalkan budaya membaca untuk menambahkan pengetahuan masing-masing. Hasil daripada petikan yang dibaca, murid boleh mengolah dan menceritakan semula mengikut perkataan sendiri.

c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggabungjalinan di antara kemahiran yang dijalankan akan dapat memberi pendedahan kepada murid untuk menguasai beberapa kemahiran yang bersesuaian dengan tajuk yang dipelajarai. Contohnya murid boleh diminta untuk membaca ayat-ayat yang diberi dan digabungkan dengan kemahiran menulis ayat dengan mengunakan idea sendiri. Guru juga boleh meminta murid berbual atau berbincang tentang tajuk yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. 3. Kesepaduan Nilai a. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih. i. Menggalakkan murid berfikir, membuat kajian, mencatat, merekod, berbincang dan membuat rumusan. ii. Menggalakkan murid berusaha belajar sendiri dengan arahan dan panduan guru yang minimum iii. iv. v. vi. Menggalakkan interaksi sesama murid dan murid. Menggalakkan murid menghasilkan tugasan dalam pelbagai bentuk. Menggalakkan murid bekerja secara berkumpulan. Menyemai semangat patriotisme, kemahiran belajar dan berfikir di kalangan murid.

b. Rasional/Kepentingan.

Rasional nilai yang terdapat dalam HSP adalah untuk memupuk kemahiran sosial supaya murid dapat menjalinkan kerjasama secara berpasukan dan bantu membantu. Murid juga didedahkan tentang semangat cintakan negara, hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa, semangat bertolak ansur serta bantu membantu ketika menghadapi masalah dan kesusahan. Murid juga digalakkan untuk bekerja secara berpasukan atau berkumpulan selain belajar sendiri mengikut arahan yang telah diberikan oleh guru.

c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses penyerapan dijalankan guru dapat menerapkan konsep nilai-nilai yang perlu ada dan dikehendakki oleh guru supaya murid dapat melahirkan semangat dan sifat yang murni. Guru boleh membahagi murid dalam kumpulan-kumpulan kecil yang sama banyak dan daripada berbilang kaum dan bangsa. Kerjasama berkumpulan perlu dititikberatkan dan sentiasa ditegaskan oleh guru. Murid juga digalakkan untuk memilih ketua kumpulan sendiri dan membentangkan hasil dapatan daripada kerja kumpulan yang telah diberikan.

4. Pendapat/Pandangan/Cadangan serta justifikasi. a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.

Pada pendapat saya penggabungjalinan di antara mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kajian Tempatan akan dapat meningkatkan tahap penguasaan berbahasa murid. Murid digalakkan untuk menyampaikan idea-idea sendiri, membaca petikan dengan cara dan intonasi yang betul. Murid juga boleh membuat buku skrap atau membuat catatan ringkas berkenaan ciri-ciri serta keadaan tempat tinggal mereka. Murid perlu digalakkan untuk berkerjasama dalam satu kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum bagi mewujudkan masyarakat majmuk yang sentiasa mempunyai sikap toleransi dan bertanggungjawab.

10

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4

TEMA 1 OBJEKTIF :

RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA 1. 2. 3. 4. Memahami sejarah clan jenis petempatan awal manuisia. Memahami faktor yang mempengaruhi pembinaan rumah. Mengenali jenis rumah di Malaysia clan negara lain Berta kepentingannya. Menghargai rumah sebagai tempat tinggal. HASIL PEMBELAJARAN UNSUR PATRIOTISME CONTOH AKTIVITI

TEMA/TOPIK 1. RUMAH SEBAGAI


KEPERLUAN ASAS MANUSIA 1.1 Perkembangan Corak Petempatan Manusia a. Sejarah awal petempatan manusia L Persekitaran gua ii. Kawasan lapang iii. Pinggiran sungai atau tasik

1. Menyenaraikan corak petempatan awal manusia. 2. Menceritakan corak petempatan awal manusia. 3. Membandingkan clan membezakan dua jenis awal manusia. petempatan 4. Menerangkan persekitaran gua ialah jenis petempatan awal yang sesuai. 5. Menerangkan keperluan tinggal di kawasan lapang, 6. Menceritakan kepentingan tinggal di pinggiran sungai atau tasik.

Bersyukur dengan adanya rumah sebagai tempat tinggal. Bersyukur dengan pembinaan rumah yang sempurna. Bersyukur clan berbangga dengan rumah sendiri.

1. Membina model gua sebagai petempatan awal manusia daripada bahan terbuang. 2. Membuat buku skrap tentang pelbagai jenis petempatan awal manusia. 3. Melukis gambar sejarah 4. awal petempatan manusia. Mengumpulkan gambar petempatan awal manusia clan menulis karangan pendek berkaitan gambar tersebut.

4.0 PENDIDIKAN SENI VISUAL Tahun :4

Dokumen Dianalisis : Huraian Sukatan Pelajaran Tajuk : Menggambar

a. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang dipilih: i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan format. ii. Bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi. iii. iv. Mengenalpasti ciri-ciri masyarakat setempat dan perkembangannya. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara. v. Meningkatkan daya kreativiti murid. b. Rasional/Kepentingan/Tujuan Rasional unsur-unsur pengetahuan lain yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual terutamanya Bahasa Melayu adalah supaya murid dapat menerima arahan-arahan yang diberikan oleh guru dengan jelas dan mudah difahami. Murid juga diberi penerangan yang betul bagaiman untuk mengenal dan tahu cara menggunakan media dengan betul. Murid juga didedahkan tentang kaedah melukis dan mewarna rajah dengan teknik yang betul. Murid boleh mengekspresi idea dengan cara membina rajah atau figura berdasarkan bentuk-bentuk objek yang diberi dengan daya imaginasi, kreativiti dan inovasi sendiri.

c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggabungjalinan kemahiran yang boleh dilakukan adalah berkaitan kemahiran mewarna, melukis dan membentuk objek lain. Murid diterangkan tentang ciri-ciri masyarakat yang hidup dalam suasana yang berbeza dan pentingnya untuk menjaga dan mengekalkan keharmonian antara kaum di negara kita. Guru juga boleh meminta murid untuk menceritakan tentang kehidupan dengan masyarakat yang berbilang kaum di sekeliling mereka dan menceritakan tentang rakan-rakan yang berbeza agama atau bangsa. 3. Kesepaduan Nilai a. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih. i. ii. iii. iv. v. Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekeliling. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar. Berkolaborasi dengan rakan sebaya bagi membina pengetahuan. Berhemah tinggi dan hormat menghormati. Berbincang dan bekerjasama dengan rakan bagi mencari dan menyelesaikan masalah yang timbul. b. Rasional/Kepentingan.

Rasional penyerapan unsur-unsur nilai yang berbeza adalah untuk memupuk kemahiran sosial dan perasaan ingin berkolaborasi dengan rakan-rakan sebaya dan supaya murid dapat menjalinkan kerjasama secara berpasukan dan saling bantu membantu. Murid juga digalakkan untuk mempunyai perasaan hormat-menghormati serta berhemah tinggi. Murid juga perlu mempunyai rasa keyakinan diri, menghasilkan karya dengan kemas dan teliti. Murid digalakkan untuk memasukkan unsur-unsur alam sekitar ke dalam lukisan mereka.

13

c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Semasa proses penyerapan dijalankan guru dapat menerapkan konsep nilai-nilai yang perlu ada dan dikehendakki oleh guru supaya murid dapat melahirkan semangat dan sifat yang murni. Guru perlu menerangkan tentang pentingnya menjaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. 4. Pendapat/Pandangan/Cadangan serta justifikasi. a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.

Pada pendapat saya penyerapan dan penggabungjalinan di antara mata pelajaran Seni Visual dan Sains adalah bertujuan memberi kesedaran dan perasaan bertanggungjawab terhadap harta benda, keluarga, rakan dan alam sekitar murid. Murid juga diingatkan untuk menghargai segala nikmat yang dikurniakan oleh Tuhan kepada manusia. Murid digalakkan untuk menyampaikan idea-idea sendiri

14

5.0 SAINS Tahun :4

Dokumen Dianalisis : Huraian Sukatan Pelajaran Tajuk : Menyiasat Benda Hidup

a. Pengetahuan lain yang diserapkan selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang dipilih: ii. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis. iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu. iv. Memahami sumber, kegiatan dan sumbangan ekonomi kepada kemakmuraan negara v. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja vi. Memahami cuaca dan iklim negara dan dunia.

b. Rasional/Kepentingan/Tujuan Rasional unsur-unsur pengetahuan lain yang diserapkan adalah supaya murid mampu menggunakan kemahiran sedia ada untuk menyampaikan pendapat dan idea-idea berdasarkan tajuk yang dipelajari. Murid akan diajar tentang kepentingan menjaga sumbersumber alam semula jadi yang mungkin akan pupus jika tidak dijaga dengan baik dan bertanggungjawab.

c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru boleh menerangkan tentang kepentingan penjagaan alam sekitar dan keperluan asas manusia seperti udara, air dan tempat tinggal. Perbincangan di antara murid berkaitan keperluan asas manusia akan menggalakkan murid untuk menyampaikan dan menyatakan pendapat sendiri dengan bimbingan guru. Murid juga boleh menerangkan kesan-kesan jika ketiadaan air, udara dan tempat tinggal. 3. Kesepaduan Nilai a. Nilai-nilai lain yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang dipilih. i. Berusaha untuk menguasai kemahiran asas bertutur, mendengar, membaca dan menulis. ii. iii. iv. v. Memahami alam sekeliling dan mengutamakan keselamatan diri dan rakan. Mencari perkaitan antara ilmu baru dengan sedia ada. Memupuk kemahiran sosial dan menjaga keharmonian kaum Berfikir secara rasional.

d. Rasional/Kepentingan. Rasional nilai yang dipilih adalah supaya murid dapat berfikir dan bertindak secara rasional jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Murid digalakkan untuk menjalinkan kerjasama secara berpasukan dan bantu membantu.

e. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Semasa proses penyerapan dijalankan guru dapat menerapkan konsep nilai-nilai yang perlu ada dan dikehendakki oleh guru supaya murid dapat melahirkan semangat dan sifat yang murni disamping menjaga keharmonian di antara kaum. Murid juga dapat mencari ilmu-ilmu dan pengetahuan baru melalui pembacaan bahan-bahan seperti ensiklopedia dan sebagainya. Murid juga boleh menyampaikan pendapat dan idea mereka sendiri hasil daripada bahan bacaan yang telah dibaca.

17

4. Pendapat/Pandangan/Cadangan serta justifikasi. d. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi.

Pada pendapat saya penyerapan dan penggabungjalinan di antara mata pelajaran Sains dengan mata pelajaran lain adalah supaya murid dapat menggunakan kemahirankemahiran seperti bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Selain dari itu pengabungjalinan dengan mata pelajaran Kajian Tempatan juga dapat membantu murid untuk memahami dan menghargai keperluan asas dan juga tempat tinggal manusia. Murid juga diajar untuk bekerjasama dengan rakan-rakan termasuk daripada berlainan bangsa dan agama bagi memupuk semangat setiakawan dan keharmonian antara kaum yang terdapat di dalam masyarakat negara kita. Murid juga diterapkan dengan nilai-nilai murni dan sikap yang positif yang perlu sentiasa diamalkan dimana juga mereka berada.

18

RUJUKAN 1. Mok Soon Sang, (2006), Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran, Multimedia_ES Resources Sdn. Bhd. 2. Kamaruddin Haji Husin, (1994), Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 3. Perkembangan Kognitif , diambil pada 24 November 2012. http://id.wikipedia.org/wiki/Teori_perkembangan_kognitif. (24 nov 2012) 4. Sudut Bilik Darjah, diambil pada 24 November 2012. http://fadzilshaerupsi.blogspot.com/2012/03/sudut-dalam-bilik-darjah.html 5. Kepelbagaian Pelajar, diambil pada 24 November 2012. http://qalish.com/2011/01/kepelbagaian-pelajar.html 6. Pengurusan Bilik Darjah, diambil pada 24 November 2012. http://www.slideshare.net/farah2299/pengurusan-bilik-darjah-6933839 7. Diambil pada 24 November 2012. http://jmnasira.blogspot.com/ 8. Pengurusan Bilik darjah, diambil pada 24 November 2012. http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/pengurusan-bilik-darjah.pdf 9. Classroom Management, diambil pada 24 November 2012. http://imagesofteaching.rdc.nie.edu.sg/ms-xiao/en/classroom_managementclassroom_corners.php

Anda mungkin juga menyukai