Anda di halaman 1dari 12

KRP 3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

TUGASAN BAHAGIAN C ANALISIS SUSUNAN BILIK DARJAH

KUMPULAN E-LEARNING EL-N01 (A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA MOHD ZAINI BIN ABU BAKAR NO. ID D20111050016 NO. TELEFON 0123898573

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. NORILA BINTI MD SALLEH TARIKH SERAH: 24 NOVEMBER 2012.

BIL 1.0 PENDAHULUAN

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT 3

2.0

SUDUT BACAAN

4-5

3.0

SUDUT BAHASA INGGERIS

6-7

4.0

SUDUT BAHASA MELAYU

8-9

5.0

SUDUT PENDIDIKAN ISLAM

10 - 11

6.0

PENUTUP

11

RUJUKAN

12

1.0 PENDAHULUAN Menurut Julie P. Stanford, Edmund T. Eminer dan Barbara S. Clements (1983), The concept of classroom management is border then the nation of student dicipline. It includes all the things teachers must do to foster student involvement and cooperation in clasroom activities and to establish a productive working environment. Bilik darjah yang diurus dengan baik dan kondusif akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan. Rutin pengurusan bilik darjah perlulah dilakukan secara konsisten berdisiplin dan mengikut peraturan. Pengurusan bilik darjah yang dilaksanakan dengan teratur akan menghasilkan suasana yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menjelaskan dengan terperinci apa yang perlu dilakukan oleh murid sepanjang mereka berada di dalam bilik darjah bermula dari awal tahun dan boleh diingatkan semula setiap kali murid berada dalam keadaan yang tidak terkawal. Murid perlu diingatkan supaya sentiasa menjaga dan melahirkan rasa sayang kepada bilik darjah mereka. Jika keadaan bilik darjah dalam keadaan yang baik terkawal dan berdisiplin, guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menguruskan bilik darjah mereka. Selain daripada pengurusan bilik darjah yang baik, susunan yang akan dibuat di dalam bilik darjah perlulah bersesuaian dengan keadaan semasa. Guru juga perlu mengambil kira tahap kemahiran murid sebelum menyediakan bahan-bahan untuk diletakkan di sudut-sudut pembelajaran. Bahanbahan yang disediakan perlulah dapat menarik minat murid untuk menggunakan dan membacanya. Tujuan diadakan sudut-sudut pembelajaran adalah sebagai tambahan kepada apa yang diajar oleh guru dan selain itu ia juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk murid merujuk, membaca, bermain alat pembelajaran dan juga digunakan sebagai tempat pengayaan dan pemulihan murid.

2.0.

SUDUT BACAAN.

Sudut Bacaan

2. Berikan justifikasi anda mengapa sudut tersebut diadakan.

i.

Tujuan Sudut Bacaan ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang serta muridmurid mengisi masa lapang mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah.

ii.

Murid akan dapat membaca bahan-bahan bacaan yang lain selain daripada bahanbahan buku teks atau yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.

iii.

Murid dapat bertukar-tukar pendapat atau dapat menyumbang bahan-bahan bacaan yang bersesuaian untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan sebaya.

3. Jelaskan 3 (tiga) kekuatan yang terdapat pada sudut yang dipilih.

i. ii. iii.

Penggunaan warna-warna yang dapat menarik minat murid untuk menggunakannya. Informasi yang ditampal di dinding dapat dilihat dengan jelas oleh murid Murid boleh menggunakan sudut ini untuk membuat aktiviti pengayaan dan pemulihan bersama-sama guru mereka.

4. Jelaskan 3 kelemahan yang terdapat pada sudut yang dipilih.

i. ii.

Sudut ini tidak menyediakan rak untuk bahan bacaan. Bahan rujukan dan bacaan terlalu sedikit dan hanya terdapat di dalam bakul yang terdapat di atas meja.

iii.

Ruang yang sempit dan kecil yang hanya boleh digunakan oleh beberapa orang murid sahaja.

5. Tuliskan secara ringkas latar belakang konsep/teori berkaitan sudut dalam bilik darjah yang dipilih tersebut. Corak susunan sudut bacaan ini membolehkan murid menggunakannya untuk pembelajaran secara Kontekstual. Murid boleh melibatkan diri secara berkumpulan untuk membuat aktiviti pengayaan dan pemulihan. Guru-guru juga boleh menggunakan sudut ini sebagai tempat untuk latihtubi murid-murid yang bermasalah dengan menyediakan bahan-bahan yang bersesuai dengan tahap pembelajaran murid. Sudut ini akan menjadi lebih menarik jika guru menyediakan alat-alat permainan yang boleh digunakan oleh murid untuk pembelajaran mata pelajaran yang tertentu seperti Matematik, Sains dan Bahasa.

3.0.

SUDUT BAHASA INGGERIS

Sudut Bahasa Inggeris

2. Berikan justifikasi anda mengapa sudut tersebut diadakan.

i.

Sudut ini diadakan bertujuan untuk memberikan informasi tambahan kepada murid berkaitan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

ii. iii.

Murid boleh memperolehi perkataan-perkataan baru dari sudut yang disediakan. Informasi berkaitan learn a word a day sepatutnya dapat menambahkan perbendaharaan murid dalam Bahasa Inggeris.

3. Jelaskan 3 (tiga) kekuatan yang terdapat pada sudut yang dipilih.

i.

Murid dapat memperolehi perkataan-perkataan baru yang dipamerkan setiap hari oleh guru melalui learn a word a day

ii.

Murid boleh mendapatkan maklumat tentang semangat patriotesme yang perlu ada dalam diri mereka.

iii.

Penggabungjalinan EMK terdapat pada sudut ini.

4. Jelaskan 3 kelemahan yang terdapat pada sudut yang dipilih.

i.

Terlalu banyak mata pelajaran lain dicampurkan ke dalam sudut ini seperti Bahasa Melayu, Pendidikan Seni, Sivik dan Matematik yang mungkin membuatkan murid keliru.

ii. iii.

Maklumat berkaitan mata pelajaran Bahasa Inggeris terlalu sedikit. Gambar yang dipaparkan terlalu kecil dan kurang menarik.

5. Tuliskan secara ringkas latar belakang konsep/teori berkaitan sudut dalam bilik darjah yang dipilih tersebut. Konsep sudut ini lebih kepada pendekatan Mastery Learning, iaitu untuk menggalakkan murid menguasai kemahiran yang diajar oleh guru. Guru berharap murid akan dapat menggunakan sudut ini dengan berkesan bagi menambahkan pengetahuan mereka melalui bahan-bahan yang dipamerkan dan seterusnya menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diajar dengan lebih cekap dan lengkap.

5.0.

SUDUT BAHASA MELAYU.

Sudut Bahasa Melayu

2. Berikan justifikasi anda mengapa sudut tersebut diadakan. i. ii. iii. Menambah perbendaharaan kata murid. Boleh digunakan sebagai bahan untuk murid pemulihan. Gambar yang dipamerkan sesuai dengan tahap murid.

3. Jelaskan 3 (tiga) kekuatan yang terdapat pada sudut yang dipilih. i. Sudut ini memaparkan suku kata tertutup kvk dan vkvk yang boleh digunakan oleh murid yang lemah sebagai latih tubi. ii. iii. Gambar yang dipaparkan mudah difahami dan dikenal pasti oleh murid. Bahan-bahan yang dipamerkan dalam keadaan tersusun.

4. Jelaskan 3 kelemahan yang terdapat pada sudut yang dipilih. i. ii. Terdapat beberapa perkataan yang dipamerkan tidak disertakan dengan gambar. Gambar di bahagian bawah agak kecil berbanding dengan bahagian atas dan agak sukar dilihat dari jauh. iii. Gambar yang dipamerkan kurang menarik dan guru hanya menampal perkataan yang mudah. Guru boleh menambah dengan ayat-ayat yang ringkas.

5. Tuliskan secara ringkas latar belakang konsep/teori berkaitan sudut dalam bilik darjah yang dipilih tersebut. Sudut Bahasa Melayu yang disediakan oleh guru ini bertujuan untuk mendedahkan murid berkenaan suku kata tertutup. Konsep pembelajarannya lebih menjurus kepada corak pembelajaran akses kendiri. Guru telah menyediakan bahan-bahan dan perkataan yang mencukup bagi murid untuk menambahkan perbendaharaan kata mereka. Guru boleh menggalakkan murid untuk merujuk kepada sudut ini dan seterusnya melatih dan menilai tahap penguasaan kemahiran murid. Bagi murid-murid yang lemah, mereka boleh belajar dalam kumpulan rakan sebaya.

5.0.

SUDUT PENDIDIKAN ISLAM.

Sudut Pendidikan Islam 2. Berikan justifikasi anda mengapa sudut tersebut diadakan.

i.

Tujuan diadakan sudut ini adalah untuk memberi informasi tambahan kepada muridmurid

ii. iii.

Murid boleh membuat rujukan tambahan. Memberi pengukuhan kepada murid.

3. Jelaskan 3 (tiga) kekuatan yang terdapat pada sudut yang dipilih.

i. ii. iii.

Susunan bahan-bahan dalam keadaan yang baik dan teratur Informasi yang dipaparkan berguna kepada murid untuk dibuat rujukan. Perkataan-perkataan yang dipemerkan mudah dibaca oleh murid. 10

4. Jelaskan 3 kelemahan yang terdapat pada sudut yang dipilih.

i.

Terdapat beberapa bahan yang ditampal terlalu tinggi dan murid terpaksa mendongak untuk melihatnya.

ii. iii.

Guru tidak meletakkan tajuk untuk informasi pada gambar yang dipaparkan. Terdapat juga perkataan Bahasa Inggeris di dalam ruang sudut Pendidikan Islam ini.

5. Tuliskan secara ringkas latar belakang konsep/teori berkaitan sudut dalam bilik darjah yang dipilih tersebut. Berdasarkan Teori Pelbagai Kecerdasan yang di asaskan oleh Howard Gardner, beliau berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Sudut Pendidikan Islam ini lebih menjurus kepada kecerdasan intra personal yang melibatkan kecerdasan berkaitan ilmu pengetahuan dan fahaman diri terhadap agama, refleksi pemikiran kendiri dan mendisiplinkan diri serta kesedaran terhadap perasaan diri. Melalui sudut ini murid dapat mempelajari pelbagai pengetahuan yang berbeza iaitu bermula dari huruf, kemudian perkataan dan seterusnya ayat ringkas. Potensi murid dapat dipertingkatkan dengan galak dan bantuan guru bagi mengembangkan potensi murid secara keseluruhannya.

6.0.

PENUTUP Pengurusan bilik darjah yang baik akan dapat menjimatkan masa guru untuk bersedia menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai bahan-bahan rangsangan yang disediakan juga dapat menarik minat murid bersedia untuk menjalani proses pembelajaran yang berkesan. Aturan bilik darjah yang kemas dan menarik serta kondusif juga akan mempengaruhi tahap penerimaan pengajaran murid. Guru perl peka dengan tahap pemikiran murid sebelum mewujudkan sudut sudut di dalam bilik darjah. Ini penting kerana murid akan berminat dengan sesuatu yang mereka fahami dan menyeronokkan. Selain itu disiplin murid juga perlu dititikberatkan supaya mereka dapat menjaga dan menyayangi bilk darjah mereka. Penyediaan sudut-sudut tertentu seperti perpustakaan mini, sudut informasi, sudut pembelajaran serta penyediaan bahan-bahan berbentuk bacaan dan permainan juga turut dapat membantu murid untuk berasa seronok dan seterusnya meningkatkan tahap pengetahuan mereka. 11

RUJUKAN 1. Mok Soon Sang, (2006), Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran, Multimedia_ES Resources Sdn. Bhd. 2. Kamaruddin Haji Husin, (1994), Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 3. Perkembangan Kognitif , diambil pada 24 November 2012. http://id.wikipedia.org/wiki/Teori_perkembangan_kognitif. (24 nov 2012) 4. Sudut Bilik Darjah, diambil pada 24 November 2012. http://fadzilshaerupsi.blogspot.com/2012/03/sudut-dalam-bilik-darjah.html 5. Kepelbagaian Pelajar, diambil pada 24 November 2012. http://qalish.com/2011/01/kepelbagaian-pelajar.html 6. Pengurusan Bilik Darjah, diambil pada 24 November 2012. http://www.slideshare.net/farah2299/pengurusan-bilik-darjah-6933839 7. Diambil pada 24 November 2012. http://jmnasira.blogspot.com/ 8. Pengurusan Bilik darjah, diambil pada 24 November 2012. http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/pengurusan-bilik-darjah.pdf 9. Classroom Management, diambil pada 24 November 2012. http://imagesofteaching.rdc.nie.edu.sg/ms-xiao/en/classroom_managementclassroom_corners.php

12