Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Dalam tempoh saya membuat kertas kerja matematik, saya dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman membuat kertas kerja matematik. Pada mulanya, saya merujuk buku matematik yang dipinjam dari perpustakaan sebagai rujukan dan melayari internet untuk mencari maklumat tentang membuat matematik dengan lebih mendalam. Apabila, merujuk buku matematik untuk membuat kertas kerja matematik , saya dapat mengetahui sejarah perkembangan nombor dari dahulu hingga kini dengan lebih mendalam dan tepat. Contohnya, saya dapat mengetahui bahawa perkembangan sejarah nombor pernah berkembang di Mesir, Babylon, Rom, dan Hindu-Arab. Selain itu, saya dapat menguasai nombor-nombor yang terdiri daripada corak nombor, nombor fakta dan gandaan , nombor kuasa dua sempurna, nombor negative dan nombor-nombor bermodul , nisbah-nisbah dan pecahan-pecahan.Penghuraian dan implikasi bagi setiap pelbagai nombor dapat meningkatkan pengetahuan matematik secara lebih jelas dan mendalam. Saya juga dapat mengetahui tokoh-tokoh ahli matematik seperti Phythagoras, Euclid yang mengkaji tentang geometri ,pascal, dan Cantor pula yang mengkaji tentang aritmetik infinit dan teori set. Akhirnya, saya mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sejarah perkembangan nombor dan implikasi penggunaan nombor dalam kehidupan seharian . Saya berasa untung kerana dapat menyiapkan kertas kerja matematik kerana telah banyak memberi manfaat kepada saya.

Anda mungkin juga menyukai