Anda di halaman 1dari 5

RAWATAN HEMODIALISIS Bagi aplikasi satu ini, saya telah memilih topik osmoregulasi iaitu

pengosmokawalaturan yang diaplikasikan dalam rawatan hemodialisis. Bagi pesakit yang mengalami masalah ginjal, ginjalnya tidak dapat

menyingkirkan air, garam natrium klorida atau urea yang berlebihan. Maka, bahanbahan ini terkumpul di dalam darah. Ginjal yang rosak gagal menjalankan tugas peresapan dan ultraturasan pada glomerulus, menyebabkannya tidak dapat

mengekalkan tekanan osmosis darah, menuraskan darah untuk menyingkirkan bahan buangan. Masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan rawatan hemodialisis. Rawatan hemodialisis ialah proses pembersihan darah dengan menggunakan mesin dialisis bagi penyakit ginjal. Proses dialisis melibatkan pemisahan molekul kecil daripada molekul yang lebih besar dengan membenarkannya meresap keluar melalui membran separa telap di mesin dialisis. Semasa hemodialisis, darah pesakit dipam dari arteri radius di pergelangan tangan, dilalukan ke dalam mesin dialisis dan dikembalikan ke vena di pergelangan tangan yang sama. Heparin dimasukkan bagi mengelakkan pembekuan darah dalam mesin dialisis. Darah dialirkan ke dalam mesin tersebut berulang kali sehingga empat jam atau lebih bagi setiap sesi. Dalam mesin dialisis, darah dialirkan ke dalam tiub berlingkar yang mempunyai dinding separa telap. Struktur tiub berlingkar adalah untuk menambahkan luas permukaan bagi resapan. Arah aliran bendalir dialisis adalah bertentangan dengan arah aliran darah. Ini menambah peluang pertukaran bahan di antara darah dan larutan dialisis secara resapan. Larutan dialisis terdiri daripada glukosa, asid amino dan ion mineral yang dilarutkan di dalam air. Kepekatan garam pada larutan dialisis ini dikekalkan supaya isotonik kepada plasma darah. Ini memastikan hanya zat terlarut yang lebih pekat sahaja boleh meresap keluar dari darah ke dalam larutan dialisis iaitu melalui ultraturasan.

Seterusnya, suhu larutan dialisis dikekalkan pada suhu badan iaitu 37C dan sentiasa dialirkan. Ini memastikan bahan yang diresap keluar dari darah ke dalam larutan dialisis dibawa untuk dibersihkan. Membran separa telap pada dinding tiub berlingkar hanya membenarkan zat terlarut bermolekul kecil sahaja melaluinya. Dengan itu, molekul yang lebih besar seperti protein plasma dan eritrosit tidak dapat melaluinya. Apabila kepekatan zat terlarut dalam darah yang sama dengan larutan dialisis maka tekanan osmosis darah berada dalam aras keseimbangan. Larutan dialisis tidak mengandungi bahan kumuh bernitrogen seperti urea. Kesimpulannya, bahan kumuhan ini boleh meresap keluar dari darah ke larutan dialisis dan darah dapat dibersihkan. Maka, hemodialisis menyingkirkan bahan kumuh bernitrogen dari badan dan mengawal atur tekanan osmosis darah pada takat yang optimum. Oleh itu, pesakit ginjal perlu menjalankan rawatan hemodialisis sebanyak dua hingga tiga kali seminggu selama empat jam atau lebih lama untuk setiap sesi untuk menjaga kesihatan mereka.

PEMINDAHAN GINJAL Bagi aplikasi dua ini, saya telah memilih topik osmoregulasi yang melibatkan pengosmokawalaturan yang diaplikasikan dalam pemindahan ginjal. Salah satu kaedah yang digunakkan untuk merawat pesakit ginjal ialah melalui pemindahan ginjal apabila pesakit tersebut mengalami kerosakan kedua-dua ginjalnya. Pemindahan ginjal merupakan suatu prosedur untuk menggantikkan ginjal yang tidak berfungsi dengan satu ginjal yang yang sihat daripada penderma yang sihat. Bagaimanapun, pesakit perlu menunggu untuk mendapat ginjal yang sesuai daripada penderma supaya badannya tidak menolak ginjal yang baru itu. Orang yang sihat boleh menderma salah satu ginjalnya kerana proses pengosmokawalaturan masih boleh dilakukan oleh ginjal yang satu lagi. Dalam proses pemindahan, ginjal yang baru akan diletakkan di bahagian bawah abdomen dan akan disambungkan pada saluran darah dan pundi kencing penerima. Salur vena dan arteri bagi ginjal yang baru akan disambungkan kepada vena kava dan aorta. Ginjal yang bermasalah tidak akan dikeluarkan kecuali ia menyebabkan jangkitan atau meningkatkan tekanan darah pada penerimanya. Pemindahan ginjal adalah lebih baik daripada rawatan hemodialisis kerana pemindahan ginjal memberikan

penerimanya lebih kepercayaan untuk meneruskan hidupnya secara normal. Walau bagaimanapun, permintaan pemindahan ginjal lebih tinggi daripada penderma ginjal. Pemindahan ginjal selalunya bergantung kepada penyesuaian kumpulan darah dan tisu penderma dengan penerima untuk menikmati kehidupan yang sihat dengan mempunyai ginjal yang sihat. Ubat-ubatan seperti (immunosuppressant) iaitu salah satu dadah yang digunakan untuk mengurangkan komplikasi penolakan ginjal. Kadang kala, saudara mara pesakit ginjal boleh mendermakan salah satu ginjal mereka kepada pesakit ginjal kerana tisunya lebih sesuai dan padan kepada penderma dan penerima ginjal. Penderma ginjal boleh meneruskan hidupnya secara normal dengan mempunyai satu ginjal.

Kesimpulannya, sebagai seorang manusia, kita harus menjaga kedua-dua ginjalnya untuk menikmati kehidupan yang sihat dan cergas. Oleh itu, kita harus mengelakkan perbuatan yang negatif seperti minum arah, makan makanan yang mengandungi garam mineral yang banyak dan sebagainya untuk menjaga kedua-dua ginjalnya yang dikurniakan oleh Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai