Anda di halaman 1dari 3

.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Abdul Rahin B. Husin yang akan bersara, menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan. Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudahmudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik. Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Ya Zal Jalali Wal Ikram Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

. . .

Doa Majlis Persaraan Tn Hj. Abdu Rahim B. Husin

...
Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami memohon ihsan dan rahmat-Mu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia Tn Hj. Abdu Rahim B. Husin yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, dilimpahkan kehidupan yang berkat, kesihatan yang baik, serta dikurniakan ketenteraman dan ketenangan jiwa.

...
Kurniakanlah kepadanya ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan, sepanjang bergelar seorang guru. Limpahkanlah rahmat dan berkat-Mu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan dan semangat beliau, menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai insan pendidik.

...
Bajailah hati kami dengan iman yang kukuh, hiasilah ia dilubuk hati kami, jauhkanlah kami dari perkara-perkara yang Engkau murkai, tuntunlah hati kami agar sentiasa berada di atas jalan Islam, suburkanlah perasaan cinta kepada-Mu, jua cinta kepada rasul-Mu baginda Muhammad SAW. Ya Allah! Satukanlah hati kami, kuatkanlah silaturrahmi antara kami, jauhkanlah prasangka yang merosakan kesatuan kami, bantulah kami untuk menjadi warga pendidik yang meninggikan syariat-Mu. Lahirkanlah dari madrasah ini, generasi-generasi yang mentaati segala perintah Mu, jua yang takutkan azab Mu.

. , . ,

Anda mungkin juga menyukai