Anda di halaman 1dari 4

Zikreey8hmn h jnh iiinj xvvmxc fnvv Xcbcv gndbn b,hf ggh bnjnn hb gvf ggg fftgfggffffrg ffh rf

Salam sejahtera semua.. Apa khabar?? Saya harap semuanya sihat dan ceria selalu... Hari ini saya hendak menceritakan mengenai "Peribahasa Melayu". Seorang kawan saya telah bertanya kepada saya mengenai perbezaan Peribahasa Melayu, Bidalan dan Perumpamaan. Antara perbualan saya dengan kawan saya: Wani : Kak Yus, saya nak tanya sikit boleh? Yuss : Apa dia Wani? Tanyalah... Wani : Saya keliru sebenarnya, peribahasa, bidalan, perumpamaan dan kiasan tu sama ke maksudnya? Yuss : Owhh...tak sama. Nanti saya terangkan kepada Wani yea. Wani : Terima kasih. Yuss : Sama-sama Wani. Peribahasa menurut kamus dewan edisi keempat, peribahasa merupakan ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu; bidal, pepatah: pegangan mereka yang teguh kepada peribahasa " biar mati anak, jangan mati adat" , sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka. Contoh peribahasa yang lain ialah, "Ayam baru belajar berkokok" bermaksud baru cukup umur dan " Ayam tak patuk, itik tak sudu" yang bermaksud keadaan orang yang hina dalam masyarakat.

Gambar Sekadar Hiasan Manakala menurut, Zaba pula peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peribahasa, klik pada link http://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa. Manakala bidalan pula ialah susunan kata-kata yang digunakan umum dalam masyarakat melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran. Contoh bidalan seperti "jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak" yang membawa maksud semakin kaya semakin sombong dan angkuh.

Gambar Sekadar Hiasan Perumpamaan pula dapat didefinisikan sebagai suatu susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Perumpamaan juga tergolong dalam peribahasa berlapis iaitu mempunyai perbandingan secara terang-terangan dan secara tidak terang-terangan. Contoh perumpamaan yang menyebut perbandingan ialah menggunakan perkataan-perkataan yang tertentu seperti bak, bagai, umpama, laksana, seperti, ibarat dan sebagainya. Antara contoh perumpamaan yang menyebut perbandingan ialah " Bagai tanduk bersendi gading" yang membawa maksud peri rupa orang yang sama cantik seperti sepasang pengantin baru. Contoh yang lain " Seperti gergaji dua mata" yang bermaksud orang yang mendapat manfaat daripada dua pihak yang bergaduh dengan berpura-pura baik dengan kedua-duanya.

Gambar Sekadar Hiasan Manakala perumpamaan yang tidak menggunakan kata penunjuk kebiasaannya berkaitan dengan pelbagai perkara seperti persaudaraan, hati dan pendirian, usaha dan sebagainya. Contohnya: " Potong hidung, rosak muka" yang membawa maksud kerana merosakkan nama baik keluarga, kita sendiri turut mendapat malu. " Bodoh-bodoh sepat, tidak makan pancing emas" yang membawa maksud walaupun seseorang itu bodoh, namun dia juga tahu untuk memilih yang terbaik.

Gambar Sekadar Hiasan Begitulah sedikit sebanyak ilmu yang dapat saya kongsi bersama-sama kawan saya mengenai peribahasa Melayu. Saya berharap generasi pada hari ini tidak melupakan peribahasa Melayu dalam kehidupan sehari-harian. Peribahasa merupakan kata-kata orang zaman dahulu dalam menyampaikan nasihat dan teguran kepada keluarga dan masyarakat. Sekian, Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai