Anda di halaman 1dari 21

PENDAHULUAN Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik.

Sosiolinguistik tertumpu kepada dua entiti iaitu bahasa dan masyarakat. Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur yang mempunyai hubungan yang rapat antara kedua-duanya. Bidang sosiolinguistik merupakan satu bidang yang mengkaji bahasa dan masyarakat yang sangat luas. Ia menumpukan kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. Melalui bahasa, manusia dapat berhubung, menyampaikan buah fikiran dan perasaan.

Dengan bahasa juga mereka dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagai anggota satu masyarakat. Bahasa Melayu yang terdiri dari pelbagai dialek dan ragam sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa. Wujud variasi bahasa yang bermaksud bentuk bahasa yang berbeza bagi maksud yang sama. Perubahan berlaku dalam pelbagai sudut sosiolinguistik masyarakat seperti struktur, nilai, organisasi dan sistem sosial yang akan mempengaruhi aspek lain. Penyesuaian atau penggantian fitur yang berlaku dalam bahasa ini membawa kepada perubahan lain terutama dalam konteks bahasa dari peringkat ke peringkat dalam perkembangan sejarahnya. Bahasa dan budaya mempunyai perhubungan dan penggunaan yang erat serta mempunyai pelbagai fungsi, iaitu penggunaan bahasa untuk pelbagai tujuan bagi menggambarkan sesuatu suasana, menyampaikan maklumat antara penutur dan pendengar, menyatakan atau mengujarkan perasaan dan sebagainya. Perubahan bahasa berlaku pada banyak segi kebahasaan seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, kosa kata, ungkapan, sebutan, laras, wacana, tatabahasa dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, Kepelbagaian bahasa membawa pengertian bermacam-macam jenis bahasa. Kepelbagai bahasa ini juga turut dikenali sebagai kelainan bahasa. Kepelbagaian bahasa merangkumi sama ada besar atau kecil, tinggi atau rendah, dan termasuklah juga aspek dialek-dialek. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan kelainan tinggi dan kelainan rendah dalam bahasa.

KELAINAN BAHASA BERTARAF TINGGI Bahasa tinggi ialah bahasa baku atau bahasa standard dengan penggunaan kosa kata dan nahu yang betul. Ianya bahasa yang digunakan untuk bahan cetakan kekal. Bahasa tinggi hanya sesuai untuk situasi rasmi dan baku (awam @ persendirian). Bahasa bukan sahaja bertindak sebagai lambang penyatuan, tetapi berfungsi sebagai alat yang melambangkan pengasingan apabila dikaitkan dengan nasionalisme. Ragam bahasa baku menekankan kerapian, kejelasan, dan ketepatan baik alam susunan mahupun makna. Bahasa baku menjalankan fungsinya dalam pelbagai bidang. Fungsinya yang paling besar ialah menjadi bahasa pentadbiran, bahasa pendidikan atau ilmu, dan bahasa kesusasteraan. Dengan demikian bahasa baku mengalami proses kecendekiaan untuk memastikan fungsinya itu berkesan. Kecendekiaan bahasa ialah proses yang menyediakan sesuatu bahasa untuk membolehkannya membuat kenyataan-kenyataan yang tegas dan cekap. Maksudnya, bahasa itu mestilah berupaya untuk menyatakan idea yang kompleks dengan teratur dan licin, melalui kosa kata dan perkataan yang tepat dan berkesan

Ciri-ciri Bahasa Melayu Tinggi (BMT) adalah:

(i) Menggunakan sistem ejaan yang lengkap dan betul.

(ii) Menggunakan tatabahasa yang betul.

(iii) Menggunakan sistem morfologi (penambahan) yang betul.

(iv) Menggunakan sistem sendi yang beul.

(v) Menggunakan perbendaharaan kata yang betul.

(vi) Menggunakan semantik (makna) yang betul.

(vii) Menggunakan bunga-bunga bahasa yang betul.

(viii) Menggunakan sistem panggilan yang betul.

(ix) Menggunakan adab-adab berbahasa yang betul.

Bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, sebagai bahasa baku atau standard. Bahasa Melayu tinggi tidak dapat dijelmakan melalui bahasa Melayu basahan, dan sering dikaitkan dengan bahasa persuratan. Bahasa Melayu tinggi juga bukan bahasa Melayu pertuturan (kolokial).

Oleh sebab penggunaan jenis bahasa baku ini berlaku dalam situasi rasmi, maka perlulah ditentukan sifat bahasa ini benar-benar seragam dan mantap pula penggunaannya. Proses pembakuan bahasa berlaku pada banyak tahap antaranya tahap pembakuan sistem tulisan, pembakuan sistem ejaan, pembakuan kosa kata, pembakuan tatabahasa dan pembakuan sebutan.

Pembakuan Sistem Tulisan Pembakuan sistem tulisan bermaksud usaha memantapkan sistem huruf yang digunakan untuk menulis menggunakan bahasa tersebut. Pembakuan dalam sistem tulisan berlaku apabila sistem tulisan rumi diterima sebagai tulisan rasmi bagi bahasa kita. Proses pembakuan ini dilakukan melalui pernyataan dalam perlembagaan persekutuan. Pada umumnya, ada dua jenis bahasa tulisan, iaitu: i. Bahasa tulisan umum: tidak mementingkan semua ciri bahasa tulisan tetapi diterima umum kerana ada kelaziman tertentu. Contoh penggunaannya seperti dalam akhbar, majalah, risalah, iklan, sepanduk, dan lain-lain. ii. Bahasa tulisan rapi: terancang, tersusun, dan disunting dengan teliti.

Pembakuan Sistem Ejaan

Pembakuan sistem ejaan ialah proses yang menentukan sistem ejaan sesuatu bahasa itu bersifat baik dan mantap. System ejaan rumi dirumuskan system penulisannya sejak abad ke-20. R. J. Wilkinson (1904) telah berhasil menyusun asas system ejaan Rumi Bahasa Melayu. Bagi tulisan Rumi bahasa kita, tahap pembakuan yang terakhir adalah pada tahun 1972. apabila kita ( bersama-sama Indonesia) bersetuju untuk menerima sistem penggunaan ejaan baharu. Di Malaysia, system Ejaan Rumi Baharu ialah Ejaan Zaba. Setelah itu, Zaba telah memperkemaskannya sehingga menjadi satu system yang digunkan di sekolah selama 30 tahun. Rancangan pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada tahun1904 dan disempunakan pada tahun 1972. Antara sistem ejaan rumi yang pernah wujud ketika itu ialah: a) Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904)- ejaan sekolah Melayu di Malaya b) System ejaan Zaba (1949) ejaan sekolah hingga 1972 c) System Ejaan Fajar Asia ejaan majalah Fajar Asia (1945-1954) d) System Ejaan Rumi Kongress 1956 ejaan Asas 50 (Angkatan Sasterawan 50)

Pembakuan Sebutan

Pada amnya, boleh dikatakan bahawa bahasa Melayu telah mantap dari segi proses pembakuannya. Sudah wujud bahasa Melayu baku dari segi sistem tulisan, ejaan rasmi, kosa kata dan tatabahasa. Pembakuan sebutan sahaja yang masih belum mantap, kerana aspek ini susah untuk dicapai. Namun, usaha untuk menyeragamkan aspek sebutan sudah dimulakan sejak tahun 1989, iaitu kira-kira 19 tahun dahulu. Dalam masa yang agak panjang itu, proses itu telah berjalan dengan baik, dan jika tidak diusik oleh mana-mana pihak pasti ia akan berhasil. Bahasa lisan dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: i. Bahasa lisan subbaku: bahasa lisan yang tidak terkawal, mengandungi unsur tempatan atau bersifat individu (ideolek). Jenis bahasa yang tergolong dalam kategori ini ialah dialek dan bahasa pasar. ii. Bahasa lisan umum: adanya unsur bahasa basahan, seperti kependekan dan penggunaan kata ganti nama yang kurang rasmi tetapi masih mengekalkan bentuk panggilan hormat dan bersopan. iii. Bahasa lisan terkawal: diungkapkan dalam konteks rasmi, menggunakan bahasa terkawal. Sistem panggilan, tatabahasa dan intonasi amat dipentingkan.

Bahasa Rasmi

Bahasa Rasmi merupakan bahasa tinggi yang digunakan dalam pentadbiran dan segala urusan rasmi. Ini termasuklah dalam sebaran am (media massa), pentadbiran perniagaan, surat-surat rasmi kerajaan seperti borang permohonan, dokumen peribadi yang merangkumi surat beranak, kad pengenalan, minit mesyuarat, urusan pos bangunan syarikat, dewan dan bilik kuliah universiti, pertunangan, pernikahan, dan perkahwinan dan sebagainya hanya bahasa tinggi digunakan.

Bahasa tinggi adalah bahasa yang digunakan dengan kawalan rapi. Dengan perkataan lain, bahasa rasmi ini adalah bahasa persuratan. Dalam dunia persuratan, penggunaan bahasanya dikawal dengan rapi, yakni dikawal berasaskan bahasa bertulis. Oleh sebab itu ejaannya dikawal supaya tiada yang salah, sebutan setiap huruf diucapkan dengan betul, perkataan dan imbuhan lengkap digunakan, frasa dan ayat dibentuk dengan sempurna, perkataan-perkataannya dipilih secara berhati-hati supaya sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. Setiap ayat dan paragraf pula diucapkan dengan intonasi yang sesuai dan sempurna.

Contoh: a. Semoga Ramadhanmu sempurna, Hakikatnya seharum cendana, Iktikadnya seagung singgshsana, Makrifatnya seanggun kencana, Lebaranmu bermakna. Diiringi ikhlas, dilindungi ihsan, dipayungi insaf

Ampunilah dan minta diampuni, Selamat berpuasa dan solat tarawih, Semoga ibadat kita diberkati Allah swt, insyaAllah. Selamat Hari Raya, Salam daripada kami sekeluarga.

Contoh ucapan dalam majlis rasmi: Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, diiringi Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim, Pengarah Pelajaran Negeri Selangor masuk ke dewan. Hadirin yang dihormati, Lagu Negaraku akan dinyanyikan. Sekalian hadirin diminta kerjasama berdiri. Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun serta memeriahkan sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Daerah Kuala Selangor dialah ibu dialah bapa Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam bahagia. Yang Berhormat Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim, Pengarah Pelajaran Negeri Selangor

Contoh Minit Mesyuarat : GABUNGAN GENERASI MELAYU SELANGOR (GENG SELANGOR) Tarikh : 28 Mac 2011 (jumaat) Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Perhentian Kompleks Belia & Sukan Negeri Selangor KEHADIRAN : 01) En. Amirul Hakim bin Mohd Nor - Presiden 02) En. Hafizuddin bin Aini Timbalan Presiden 03) En. Izham Azim bin Mokhtar Naib Presiden 04) Cik Nurul Iman binti Azhan Ketua Penggerak 05) En. Khairul Azlan bin Ariffin Ahli Jawatan Kuasa 06) Pn. Rosmawati binti Mohamad Ahli Jawatan Kuasa AGENDA 1 : ALUAN PENGERUSI 1.1.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Amirul Hakim bin Mohd Nor, President memulakan salam dan mengajak semua yang hadir membaca Al-Fatihah untuk memberkati mesyuarat pada petang ini... AGENDA 2 : PERLANTIKAN SETIAUSAHA, PEN. SETIAUSAHA & BENDAHARI Pengerusi memohon persetujuan semua untuk membuat perlantikan ketiga-tiga jawatan penting dan telah dipersetujui oleh semua yang hadir AGENDA 3 : AHLI JAWATANKUASA TAMBAHAN Majlis telah mendapat persetujuan semua yang hadir untuk melantik 3 ahli jawatankuasa tambahan AGENDA 4 : PERANCANGAN PROGRAM APRIL- JULAI 2011 Pengerusi memaklumkan akan melaksanakan beberapa program untuk bulan april hingga julai 2011 dengan peruntukkan yang telah diperolehi antaranya: Sukaneka Rakan Muda Bestari Kejohanan Futsal Rakan Muda Eksplorasi Rimba Tasik Kenyir ..

Bahasa Kebangsaan Bahasa Kebangsaan adalah merupakan bahasa rasmi, bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar sesebuah negara. Bahasa ini juga kerap digunakan di arena media massa sama ada elektonik mahupun cetak. Di negara kita, kesemua pusat pengajian tinggi menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan di samping menggunakan lain. Bahasa Kebangsaan ini juga turut digunakan di dalam sistem pemerintahan negara, parlimen, majlis konvokesyen dan menjadi bahasa pengantar di seluruh sekolah kebangsaan di negara kita. Bahasa Kebangsaan ini sudah tentu menjadi kemegahan dan kebanggaan bagi sesebuah negara. Kemegahan dan kebanggaan terhadap bahasa kebangsaan ini tercetus atas sebab faktor-faktor berikut; a. Penutur bahasa bersikap positif terhadap bahasa berkenaan

b. Ketaatan bahasa terutama di kalangan para nasionalisme Bahasa menggambarkan kemerdekaan dan kedaulatan Negara c. Menjadi indentiti bagi sesebuah Negara

d. Memiliki sejarah kegemilangan Menjadi bahasa peribumi e. f. g. Menjadi bahasa lingua franca Ramai mengetahui dan boleh menutur bahasa tersebut Bahasa yang berkemampuan

KELAINAN BAHASA BERTARAF RENDAH Penggunaan Bahasa Slanga Kamus Dwibahasa mendefinisikan slanga sebagai kata-kata,ungkapan dan lain-lain yang biasa digunakan dalam percakapan sahaja dan tidak sesuai digunakan dalam penulisan. Bahasa ini biasanya digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk tujuan berkomunikasi. Kata kata slanga ini biasanya diambil daripada kata-kata biasa dan diberi erti tertentu sehingga orang yang bukan ahli kumpulan tersebut tidak akan memahaminya. Aspek geografi memainkan peranan penting dalam pengwujudan slanga ini. Umpamanya bagi perkataan saya dan awak, perkataan yang kerap digunakan ialah gua dan lu bagi negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Kuala Lumpur. Bagi Kedah dan Pulau Pinang ialah aku dan hang. Di Kelantan pula kawe dan demo. Bagi golongan yang berpendidikan pula, istilah yang selalu digunakan ialah I dan you. Contoh Bahasa Slanga : Fulamak, lagu baru Emy Search mantaplah brader. Dia punya tarik sikit punya garing, gua tangkap lentuk, gua cakap lu. Usha/Ushar - pandang/ melihat sesuatu, jika hendak mendekati lelaki atau perempuan perkataan ini boleh digunakan. Cth ayat: aku nk usha awek tu la Tibai/Bedal - dua perkataan ni membawa maksud pukul, tetapi boleh juga membawa maksud main hentam. Cth ayat: tibai jela jawapan dier!

Sengal sengal membawa maksud lenguh2, tapi di salahgunakan membawa maksud entah apaapa Cth ayat: eh sengal lah kau ni.

Penggunaan Bahasa Basahan Bahasa basahan atau bahasa tidak formal biasanya digunakan dalam pertuturan seharian. Zaba menggunakan istilah bahasa cakap mulut untuk menjelaskan bahasa basahan ini. Disebabkan sifatnya yang tidak formal, maka bahasa basahan yang digunakan banyak dipengaruhi bahasabahasa daerah..

Bahasa basahan ini juga ditandai dengan struktur ayat yang lebih pendek. Umpamanya ayat, Kamu hendak ke mana akan menjadi , Nak ke mana? Atau Awak sudah makan atau belum akan menjadi Dah makan belum!. Selain itu bahasa basahan ini juga tidak mementingkan kegramatisan ayat atau tatabahasa. Soal ayat tergantung, ayat tidak mempunyai subjek atau predikat, perkataan tidak sesuai dan sebagainya jarang diambil perhatian. Yang penting ialah orang lain memahami apa yang diperkatakan . Contoh : a) Siapa yang menyuruh awak datang ke mari? Siapa suruh datang? b) Emak pergi ke pasar Emak pergi pasar.

c) Bila awak hendak mendirikan rumahtangga? Bila nak kahwin. Bahasa Baku Mengapa bagaimana hendak ambil sudah pula tidak Bahasa Basahan kenapa Macam mana nak ambik dah pulak tak

Penggunaan Bahasa Pasar Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu

Sesetengah daripada ungkapan atau perkataan daripada bahasa pasar ini telah meresap masuk ke dalam bahasa Melayu sehingga kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa bahasa itu berasal daripada bahasa pasar, bukannya bahasa Melayu yang sebenar. Antaranya ialah ungkapan : Apa boleh buat, apa mau, kasi tau , banyak mahal , sedikit masa , cukup pandai , jangan bilang sama dia , ini orang , dia punya rumah , nanti sikit jam , itu macam la , saya punya anak. Contoh ayat : Itu budak sudah curi saya punya dua ayam Sana punya olang ada baik Kita olang ada satu payung Pandai punya orang Dia punya rumah Jahat punya budak Dia punya bini Ini punya buku manyak mahal Banyak lebat/cantik/mahal Itu dia punya adik

Penggunaan Bahasa Dialek Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor-faktor geografis, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya. Faktor politik contohnya telah membahagibahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek. Contohnya : Awak : -Terengganu: mung - Kelantan: demo -Kedah/Penang: hang -Sarawak: kitak -Negeri sembilan: jang Gaduh : -Terengganu: gocoh -Kelantan: gomo -Kedah: kelahi

Saya : -kebanyakan negeri: aku -kelantan: kawe

-Negeri sembilan: den -sarawak: kamek

Penggunaan Bahasa Rojak Bahasa rojak ini sebenarnya berkait rapat dengan mentaliti dan tanggapan rakyat Malaysia sendiri terhadap bahasa.Jika diperhatikan, penggunaan bahasa rojak lebih selesa dan agak seronok untuk dipertuturkan.Ini adalah kerana, jika bercakap secara bahasa malaysia formal,kita dapat merasakan kebanyakan masyarakat tidak mahu dirinya dilihat sebagai seorang yang terlalu formal. Kita akan berasa ralat apabila kita dengar orang berkata : a. "boleh saya pinjam telefon bimbit saudara?", tetapi kita akan lebih selesa dengan "Boleh I pinjam u punye handphone tak?". b. "saya akan sambung pelajaran membuat ijazah," tetapi kita akan lebih selesa dengan, "I akan sambung degree".

Kedua dua contoh tadi boleh lah menunjukkan bahawa kebanyakan kita menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan seharian. Mungkin ada pihak yang menaikkan isu ini kerana 'geli' mendengar bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris diperadukkan..Cuma yang menjadi isu ialah, ditakuti bahasa rojak ini telah terbawa- bawa dalam penulisan atau bahasa persuratan.Dan ini jelas sepatutnya tidak boleh berlaku untuk mendaulatkan keaslian bahasa .

Selain itu , kita juga dapat melihat deretan papan papan tanda ataupun papan-papan iklan di pelusuk negara yang secara terang dan jelas telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu.

Di plaza tol lebuhraya kini terdapat bahasa papan tanda yang berbunyi, Lorong Touch n Go. Bahasa apakah ini?. Inilah bahasa rojak rasmi. Inilah juga yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak pandai menuras. Satu kerja yang memalukan bangsa sendiri. Kenapa tidak dipakai saja istilah Lorong pacu segera atau Lorong tekan & pacu. Secara jelas penggunaan bahasa Melayu di perkotak- katikkan. Penggunaan bahasa Melayu yang salah dalam media massa Memang tidak dinafikan bahawa media elektronik seperti radio dan televisyen sepatutnya memainkan peranan yang penting usaha pihak kerajaan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu baku. Malangnya , di radio dan televisyen Malaysia, kerap kali juga kita mendengar orang menyebut sesuatu perkataan atau ayat yang tidak tepat atau salah sama sekali sehinggakan maknanya berubah jikalau disebut salah. Misalnya : a) tempoh dengan tempuh b) selok dengan seluk c) lewat dengan liwat d) cucuk dengan cocok e) golongan dengan gulungan

Selain itu terdapat juga kesilapan seperti mengulangi kata jamak mereka sebagai merekamereka atau para guru sebagai para-para guru.

Pemendekkan kata-kata atau istilah dalam Internet

Dewasa ini sekiranya kita singkap lelaman di internet terutamanya lelaman email dan chat kita mungkin akan terperanjat tatkala melihat betapa ramainya atau boleh dikatakan hampir kesemua pengunjung lelaman itu mengeksploitasikan kemudahan bahasa tulisan tersebut dengan pelbagai bahasa tulisan yang serba luas. Perkataan perkataan seperti : Kang ( nanti ), dowang ( mereka ), wokay ( baiklah ), chat ( sihat ) Contoh Penggunaan Akronim Bahasa Melayu di Ruang Siber Kependekan item kerana pengguguran Maksud dalam bahasa Melayu - amik > ambil - tau > tahu - sapa> siapa - aje >sahaja - sket >sikit - iter >cerita - paun > tahun - enin >pening

KESIMPULAN

Daripada penjelasan mengenai neka-neka bahasa di atas tadi, dapatlah kita lihat bahawa penggunaan bahasa rasmi yang mematuhi peraturan-peraturan tatabahasa dan budi bahasa yang dikatakan bahasa tinggi itu ialah bahasa yang rapi, atau lebih mudah dikenali dengan panggilan bahasa persuratan, iaitu bahasa yang digunakan oleh orang terpelajar atau berbudi bahasa adalah bahasa yang kita panggil Bahasa Tinggi. Penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan yang tidak mematuhi semua peraturan tatabahasa dan budi bahasa pula adalah Bahasa Rendah.

Pada tahap ini perlulah pula kita kita mengetahui satu konsep penting bagi menentukan sama ada bahasa yang kita gunakan itu adalah sopan atau tidak. Yakni, adakah bahasa yang kita gunakan itu berbudi bahasa atau tidak. Perkara penting yang perlu kita ingati adalah bahawa setiap neka bahasa ini mempunyai konsep penggunaannya.

Apabila

kita

menggunakan

neka

bahasa

yang

bersesuaian

dengan

konteks

penggunaannya maka kita dilihat sebagai orang yang berbudi bahasa. Apabila kita menggunakan neka bahasa rendah dalam konteks bahasa tinggi, kita dilihat sebagai orang yang yang tidak berbudi bahasa, yakni kurang sopan, malah kurang ajar.

Kemahiran kita menggunakan kata ganti nama, sistem panggilan, sistem gelaran atau peadan taraf yang betul dapat menimbulkan iklim komunikasi yang positif. Namun demikian, dalam peraturan menggunakan bahasa, kita sentiasa dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi kita dengan memberi perhatian kepada aspek-aspek lain dalam bahasa komunikasi.

Biblografi

1. http://abubakar69.blogspot.com/2011/05/bbm-3204-sosiolinguistik-kepelbagaian.html 2. http://www.google.com/search?hl=en&q=bahasa%20dialek 3. http://www.scribd.com/doc/18433659/Tugasan-Linguistik-Dan-Sosiolinguistik-Upload 4. http://www.scribd.com/doc/2676018/contoh-teks-pengacara-Hari-Guru 5. http://dymm.perlis.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=17:c ontoh-surat-memohon-melawat&catid=13:surat-rasmi-jabatan&Itemid=13 6. http://www.gengterengganu.com/v2/penulisan/737-contoh-minit-mesyuarat-ahlijawatankuasa

7. Abdullah Hassan, 1989. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 8. Nik Safiah Karim, 1988. Sosiolinguistik Bahasa Melayu dalam Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 9. Asmah Hj. Omar, 1978. Pengajaran Bahasa Malaysia dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 10. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain ,1982. Pembinaan Bahasa Melayu: Perancangan Bahasa di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai