Anda di halaman 1dari 3

Topic 1

Nota minggu 1 Minggu 1: Proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Definisi Pengajaran

Sesuatu tugasan & aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru & pelajarnya. Segala yang berkaitan dengan mengajar @ mengajarkan seperti cara, teknik, sistemnya & lain-lain. Dirancang oleh guru secara sistematik & teliti. Dilaksanakan dengan kaedah @ teknik mengajar yang sesuai. Untuk membimbing, menggalak & memotivasikan pelajar agar mengambil inisiatif untuk belajar, memperolehi ilmu pengetahuan & menguasai kemahiran yang diperlukan. Proses menyampaikan ilmu pengetahuan, maklumat, memberi galakan, membimbing, meningkatkan kemahiran, keyakinan serta menanam nilai-nilai murni kepada para pelajar.

Definisi Pembelajaran

Proses memperolehi ilmu pengetahuan @ kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku @ kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, @ sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

Ciri-ciri Pengajaran

Melibatkan guru dan pelajar. Guru sebagai pengajar & pelajar sebagai pembelajar. Hanya bermakna apabila ada pembelajaran. Melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman. Melibatkan proses pemikiran & penggunaan bahasa @ simbol. Ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian. Boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, pelajar & gabungan gurupelajar serta berpusatkan sumber. Meliputi rancangan mengajar . Melibatkan interaksi dua hala. Ada unsur sains dan seni.

Ciri-ciri Pembelajaran

Satu proses yang berterusan.

Secara formal dan tak formal. (Secara formal melalui sekolah membaca, menulis & mengira dsb., Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran).

Mempunyai teori-teori @ mazhab pembelajaran. (Empat mazhab pembelajaran utama behavioris, kognitif, sosial dan humanis.)

Matlamat Pengajaran

Matlamat pengajaran mestilah terang & jelas. Matlamat utama seorang guru ialah menghasilkan para pelajar yang berkualiti dari segi pencapaian akademik & juga perkembangan sahsiah diri. Guru yang dapat merancang semua aspek pengajaran dengan teliti dapat menyampaikan pengetahuan atau isi pengajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tahap keberkesanan yang tinggi dapat dicapai melalui perancangan yang mantap dan rapi. Pengukuran @ penilaian berkaitan keberkesanan pengajaran tidak dapat dibuat berdasarkan apa yang dilakukan oleh guru di dalam kelas sahaja, tetapi perlu berdasarkan kemampuan pelajar melakukan sesuatu & pendapat mereka selepas menerima pengajaran daripada guru.

Prinsip-prinsip Pengajaran & Pembelajaran 1. Pastikan penyertaan aktif pelajar dalam proses pengajaran.

Penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran perlu dipertingkatkan supaya mereka lebih aktif. Pengajar bertanggungjawab melibatkan pelajar dalam pengajaran agar pelajar sentiasa cergas dari segi mental sepanjang masa.

2.Pengajar hendaklah mempelbagaikan kaedah dalam penyampaian pengajaran.


Dalam penyampaian pengajaran, tidak ada satu kaedah tertentu yang benarbenar sesuai untuk semua pelajar pada setiap masa. Pengajar perlu mempelbagaikan kaedah pengajarannya mengikut keadaan pelajar, jenis pelajaran, waktu mengajar dsbnya.

3. Mengaitkan pengisian pengajaran dengan pengalaman pelajar.

Pelajaran akan lebih bermakna sekiranya dikaitkan dengan pengalaman yang ada pada pelajar. Oleh itu pengisian pengajaran hendaklah disokong dengan contoh-contoh yang telah mereka alami.

4.Pengajaran hendaklah memberi pertimbangan kepada perbezaan sifat sifat individu yang ada pada pelajar. 5.Pengajaran haruslah dirancang terlebih dahulu.

6.Pengajar hendaklah lebih banyak menggunakan saranan-saranan daripada perintah.

7.Mewujudkan suasana demokratik dalam kelas.


Perkataan demokratik bermaksud berkongsi kuasa antara setiap ahli dalam komuniti. Guru yang mengamalkan sikap kepimpinan demokratik ialah guru yang sedia berkongsi kuasa dengan murid-muridnya. Pelajar sentiasa mengemukakan pendapat mereka atau soalan jika mereka menghadapi masalah.

8.Sentiasa memberi galakan kepada pelajar.

9.Menggalakan integrasi pengetahuan para pelajar.

10.Mengekalkan dan memberi penghormatan kepada pelajar. (kredibiliti & integriti pengajar)

Anda mungkin juga menyukai