Anda di halaman 1dari 9

AMALI 3 Tajuk: Fasa-fasa bulan Tujuan: Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan.

Pengenalan: Fasa bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap, terutama dari bumi. Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi, mengikut perubahan kedudukan bumi, bulan dan matahari. Separuh dari permukaan bulan sentiasa diterangi matahari (kecuali ketika gerhana bulan), dan terang tetapi bahagian yang diterangi itu boleh kelihatan dari 100% (bulan mengambang) hingga 0% (anak bulan atau bulan gelap). Sempadan antara hemisfera yang diterangi dan tidak diterangi dipanggil penamat. Fasa fasa bulan disebabkan peredaran Bulan mengelilingi Matahari dan cahaya Matahari yang jatuh ke permukaannya merupakan fasa yang kita dapat lihat. Kita cuma melihat sebahagian sahaja permukaan Bulan dari Bumi kerana ia berputar mengelilingi Bumi.

Alat dan Radas: Kamera, kertas catatan, pensel Prosedur: 1. Maklumat mengenai terbit dan terbenam bulan daripada buku, majalah, jurnal, surat khabar atau internet dicari. 2. Lokasi sesuai dipilih dan bulan yang terdapat di kawasan itu diperhatikan setiap hari selama sebulan. 3. Pemerhatian dijalankan menggunakan mata kasar. 4. Kamera yang sesuai untuk mengambil gambar digunakan. 5. Tarikh dan waktu pemerhatian direkodkan 6. Kedudukan bulan dan sebarang perubahan bentuk bulan (termasuk juga sama ada hari tersebut hujan atau tidak) dicatatkan ke dalam jadual 7. Data yang diperoleh dianalisis dan ditafsirkan.

Keputusan: Tarikh Pemerhatian Fasa bulan yang sepatutnya kelihatan 12 Februari 2014 12 Rabiulakhir 1435H 15 Februari 2014 Catatan pemerhatian

Cuaca: Langit cerah Waktu : 9pm -9.30 pm Lokasi : Asrama Blok E

( tidak hujan )

Fasa bulan: Bulan hampir purnama Darjah: 90-135 degrees Bulan kelihatan pada malam ini kerana waktu bulan terbenam adalah 4.20 pagi

Cuaca: Langit cerah (tidak hujan ) Waktu ; 9 pm- 9.30 pm Lokasi : Asrama Blok E Fasa bulan : Bulan purnama Darjah : 180-225 Degree Bulan kelihatan pada malam ini. Bulan terbit pada pukul 7.18pm.

15 Rabiulakhir 1435H

Tarikh

Pemerhatian

Fasa bulan yang patut kelihatan

Catatan pemerhatian

18 Februari 2014

Cuaca; Langit cerah Waktu : 9.30-10.30 pm Lokasi : Asrama Blok E Fasa bulan: bulan selepas purnama Darjah : 225-270 degree Bulan kelihatan pada malam ini.

18 Rabiulakhir 1435 H

13 Mac 2012 20 Rabiulawal 1433 H Cuaca: mendung dan hujan. Waktu : 9pm-9.30 pm Lokasi; Asrama Blok E Fasa bulan: separa lama ( tua) Bulan tidak kelihatan malam ini. Ini kerana cuaca di Terengganu agak mendung untuk minggu ini dan kadang-kadang hujan.

Tarikh

Pemerhatian

Fasa Bulan Yang patut kelihatan

Catatan pemerhatian

28 Februari 2014

Cuaca : cerah Waktu : 6.20 pagi Fasa bulan : Sabit lama ( tua ) Lokasi : Asrama Blok E Darjah : 45-90 degree Bulan kelihatan pada waktu pemerhatian

28 Rabiulakhir 1435 H

1 Mac 2014 29 Rabiulakhir 1435 H Cuaca; Langit cerah Waktu : 9pm-9.30 pm Lokasi : Asrama Blok E Fasa Bulan :Anak bulan Bulan tidak kelihatan semasa pemerhatian kerana bulan telah terbenam.

Tarikh

Pemerhatian

Fasa bulan yang patut kelihatan

Catatan pemerhatian

2 Mac 2014 1 Jamadilawal 1435 H Cuaca : cerah Waktu : 9pm-9.30 pm Lokasi : Asrama Blok E Fasa bulan : sabit baru Kedudukan ; Di sebelah barat Bulan dibuat. kelihatan semasa pemerhatian

5 Mac 2014 4 Jamadilawal 1435 Hijrah Cuaca : Langit cerah Waktu : 9 pm-9.30 pm Lokasi : Asrama Blok E Fasa bulan : Separa baru (muda ) Darjah: 90-135 Degree Bulan dapat dilihat semasa pemerhatian dijalankan kerana langit yang cerah

Tarikh

Pemerhatian

Fasa bulan yang patut kelihatan

Catatan pemerhatian

10 Mac 2013 9 Jamadilawal 1435 H Cuaca : langit gelap Waktu : 9 pm-9.30 pm Lokasi : Asrama Blok E Fasa bulan :hampir purnama/ purnama baru. Darjah : 90-135 Degree Bulan dibuat. kelihatan semasa pemerhatian

Perbincangan: Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan mempunyai fasa-fasa yang tersendiri. Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi iaitu sebulan ijtimak. Kita cuma melihat sebahagian sahaja permukaan Bulan dari Bumi kerana ia berputar mengelilingi Bumi. Pemerhatian ke atas bulan dibuat selama sebulan iaitu bermula daripada 12 Februari hingga 12 Mac. Antara fasa bulan yang telah dikenal pasti ialah bulan hampir purnama, purnama, purnama lama, separa lama (tua) bulan sabit lama (tua). Perubahan-perubahan fasa bulan yang diperhatikan bermula daripada 12Februari 2014 sehingga ke 12 Mac 2014 melalui kesemua fasa bulan iaitu daripada anak bulan, sabit baru, separa baru, hampir purnama, purnama, selepas purnama, separa lama dan bulan sabit lama. Fasa bulan baru bermula pada 1 Mac 2014 bersamaan dengan 29 Rabiulakhir1435 Hijrah iaitu bermula dengan anak bulan, bulan sabit baru (2-4 Mac 2014 ), bulan separa baru (5-10Mac 2014). Bulan adalah satelit yang tidak boleh memancarkan cahaya sendiri. Cahaya yang dilihat daripada bumi merupakan cahaya yang dipantulkan oleh matahari. Dari hari ke hari, bentuk dan ukuran cahaya bulan berubah-ubah sesuai dengan posisi bulan terhadap matahari dan bumi. Pada saat ijtimak, seluruh bahagian bumi tidak menerima cahaya matahari kerana bumi, bulan dan matahari sejajar tetapi bukan pada satah yang sama. Bulan tidak kelihatan daripada bumi yang diistilahkan sebagai bulan baru. ini dapat dilihat pada 1 Mac 2014. Ketika bulan bergerak mengelilingi bumi, ada bahagian bulan yang menerima cahaya matahari dan ini menyebabkan kita di bumi terlihat bahagian bulan yang menerima cahaya. Bahagian bulan ini yang terlihat daripada bumi sangat kecil dan membentuk bulan sabit yang dikenali sebagai hilal awal bulan. Ini terjadi pada 2-4Mac 2014. Semakin jauh bulan meninggalkan ijtimak, semakin besar cahaya bulan yang tampak daripada bumi dan ini memperlihatkan fasa bulan sebelum purnama. Contoh fasa ini yang dapat dilihat melalui pemerhatian adalah 12 Februari.

Fasa purnama terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari. Bahagian bulan yang menerima cahaya matahari hampir keseluruhannya terlihat di bumi dan bulan kelihatan seperti purnama. Ini dapat dilihat pada 15 Februari. Bulan mempunyai waktu terbit dan terbenam. Oleh itu, walaupun langit bersih tanpa awan, kita tetap tidak boleh melihat bulan setiap malam. Sebenarnya bulan setiap hari selalu terbit dan terbenam secara teratur namun jikalau kita melihat bulan di waktu yang salah pada malam hari, maka kita tidak akan dapat melihat bulan di langit pada malam tersebut.. Ini kerana setiap malam atau setiap hari bulan terbit dan terbenam pada waktunya yang tersendiri. Contohnya, jika bulan baru muncul, kita tidak dapat melihat bulan tersebut pada malam hari kerana terbit dan terbenam bulan baru hampir sama dengan terbit dan terbenam matahari.