Anda di halaman 1dari 6

Gigitan dan Sengatan

Gigitan ular Tanda-tanda dan gejala bengkak dan lebam di bahagian yang digigit rasa kesakitan mangsa sukar bernafas dan bercakap renjatan (shock)

Rawatan Pertama
Pulihkan rasa terkejut dan panaskan tubuh mangsa Baringkan pesakit dan jangan bergerak atau menggunakan tenaga. Letakkan kedudukan gigitan di bawah jantung Cuci sekeliling tempat yang kena gigit. Gunakan alat penahan darah bagai kes gigitan ular senduk, katam dan ular laut, tetapi tidak bagi ular kapak kerana ini akan menambahkan kelemayuh (gangrene) Alat penahan darah (pengikat tourniquet) boleh dibuat pada bahagian peha atau lengan bergantung kepada kedudukan gigitan.

Alat penahan darah dibuat 10 cm di sebelah atas gigitan. Kekuatan ikatan adalah sekadar menutup vena-vena dan tidak terlalu ketat untuk menghalang pengaliran darah di arteri-arteri. Alat penahan darah hendak dilonggarkan 60 saat setiap 30 minit dan jangan digunakan lebih dari 8 jam. Tiub getah adalah alat yang terbaik untuk tujuan ini. kaedah ini tidak akan berhasil jika dilakukan 30 minit selepas gigitan. Bawa pesakit ke hospital.

Rawatan kedua
Menghiris kawasan gigitan ular dengan pisau yang disterilkan Sedut keluar bisa dan ludah dari mulut anda Langkah keselamatan : pastikan tiada luka dalam mulut anda sebelum melakukan kaedah ini.

Rawatan Senggatan serangga(lebah)


Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya. Keluarkan sengat dengan penyepit . (penyepit mesti disterilkan atau dibakar hujung untuk membasmi kuman) Elakkan menyepit pundi racun yang biasanya di bahagian atas senggat Sapukan krim antihistamine. Boleh juga sapu dengan menggunakan surgical spirit / larutan ammonia/larutan soda bikarbonat Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak. Beri seketul ais untuk dihisap sekiranya senggatan berada di dalam mulut.

Anda mungkin juga menyukai