Anda di halaman 1dari 34

DEFINISI

PEMULIHAN
- Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371 satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran. - Menurut Pringle (1966) pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang lemah serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

-Menurut Kamus Dewan, pemulihan bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. PEMULIHAN adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul.
PENGAYAAN -Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah.

Faktor-faktor masalah pembelajaran


Faktor peribadi Faktor kurang kecerdasan Faktor fizikal Faktor psikologi Kurikulum tidak sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai. Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik.

Faktor peribadi
keadaan ekonomi keluarga : kerja rumah menjaga adik-adik membuat kerja sambilan masalah sosial segan dan malu

Faktor kurang kecerdasan


berkait rapat dengan masalah mental Ciri-ciri: lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan

Faktor fizikal
Kekurangan makanan yang berzat akan merosakkan kesihatan pelajar: cepat berasa letih, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya Kekurangan tenaga dan semangat kurang sihat : mengambil cuti sakit Masalah kecacatan fizikal

Faktor psikologi
berkait rapat dengan masalah emosi lebih mudah berperasaan takut, benci, diam, malu, tidak berkeyakinan, rendah diri

Peranan guru kelas biasa dalam pelaksanaan pemulihan


mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran menyediakan bahan dalam sesi pemulihan menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

Langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan kelas


Mengenal Pasti murid Penganalisian masalah

Perancangan dan penyediaan bahan

Pengajaran dan pembelajaran

Ujian dan penilaian

Tindakan susulan

Proses pengelolaan sesi pemulihan

Langkah-langkah proses pengelolaan sesi pemulihan kelas


Pengajaran guru Pembelajaran murid

Latihan lisan/ bertulis

Ujian dan penilaian

Langkah-langkah pengajaran pemulihan

Strategi pengajaran- pembelajaran pemulihan


Dibahagikan kepada 2 strategi:
Secara kumpulan

Secara individu

Konsep pengayaan
Sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Dijalankan setelah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.

Objektif-objektif Pengayaan
1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran tertentu. 2. Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk mempertingkatkan pencapaian mereka. 3. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka.

4. Memupuk tabiat membaca melalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan 5. Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya membolehkan mereka terus mencari ilmu. 6. Memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya. 7. Memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.

Contoh-contoh Aktiviti Pengayaan


Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya ditumpukan kepada: bacaan (membaca) tulisan (menulis) kiraan (mengira)

Aktiviti Pengayaan Matematik (Mengira)


1. Permainan

2. Teka-teki 3. Projek

- Ular dan tangga, domino, cantuman nombor dengan bilangan benda, aktiviti juaI beli. - Meneka nombor, waktu, operasi. - Melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri - Membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar, graf turus dan graf melintang.

Penyediaan Bahan Aktiviti Pengayaan


1. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran-

kemahiran yang baru dikuasai oleh murid-murid. 2. Peringkat kesukaran hendaklah sesuaikan dengan kebolehan murid-murid, tanpa memerlukan banyak bimbingan daripada guru. 3. Bentuk aktiviti pengayaan haruslah menarik dan mencabar.

Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan


Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan 3 cara: 1. Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan. 2. Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan. 3. Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan.

Kumpulan cerdas

Kumpulan sederhana

Kumpulan lambat

Aktiviti pengayaan

Aktiviti pemulihan

Teori Pelbagai Kecerdasan


Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang lain. Goleman cuba menerangkan kebolehankebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ.

Jenis-jenis kecerdasan
Kinestetik Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.

Interpersonal
Membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.

Intrapersonal
Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.

Logik-Matematik
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah Boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

Muzik
Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam patern, membezakan antara bunyi dan cipta muzik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.

Verbal-Linguistik
Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat, memahami perkataan

Visual-Ruang
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten (corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

Naturalis
Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

Faedah Teori pelbagai kecerdasan


Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam Memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara Mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan Melalui pemikiran sebegini, kreativiti dan inovasi dapat dicungkil daripada murid

PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS


Definisi Kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mental.

Program yang ditawarkan kepada pelajar berkeperluan khas adalah program inklusif iaitu pelajar berkeperluan khas belajar bersama murid normal di dalam bilik darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira status.

Barirah (1995) menyatakan 4 objektif pendidikan inklusif:

i) Meningkatkan kesedaran murid-murid normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian ahli masyarakat. ii) Murid-murid khas berpeluang menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan
.

iii) Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid khas setanding dengan murid normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.
iv) Untuk mengelak daripada diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran

Anda mungkin juga menyukai