Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN Jurnal Reflektif minggu 1 (21 Januari hingga 25 Januari 2013 ) Ahmad

Amaluddin bin Mohd Jelani KPLI j-QAF ambilan Januari 2012 (Bahasa Arab) SK Pasir Gudang 4 Tarikh: 21 Januari hingga 25 Januari 2013 1. Isu/masalah/peristiwa Sesi pertama pengajaran dan pembelajaran, saya menghadapi masalah pengurusan masa. Pada minggu pertama praktikum ini, saya merasa agak kekok untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tugas-tudas yang banyak seperti menyediakann bahan bantu mengajar, menyediakan rancangan mengajar dengan terperinci serta menyediakan portfolio serta jurnal mingguan yang perlu disediakan setiap minggu. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tetapi ada beberapa masalah yang saya hadapi. 2. Pandangan dan perasaan terhadap isu/masalah/peristiwa Saya sedar sebagai seorang pendidik, masa amat penting dah harus digunakan dengan baik untuk proses pengajaran Masalah ini menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya berakhir lewat seperti yang dirancangkan. Kesan daripada kelewatan tersebut, masa untuk satu-satu langkah yang dirancangkan dalam buku Rancangan Pengajaran Harian saya telah berubah dan tidak menepati masa yang ditetapkan. 3. Analisis isu/masalah/peristiwa 3.1 Punca/sebab Masalah pengurusan masa berlaku kerana kelewatan murid-murid untuk hadir ke bilik j-Qaf kerana sesi pengajaran dan pembelajaran saya berlaku di sana. Ini menyebabkan semua masa untuk aktiviti didalam buku Rancangan Pengajaran Harian saya beranjak dan tidak tepat seperti apa yang dirancang. 3.2 Kekuatan/kelemahan Segala bahan bantu telah saya sediakan dan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya berlaku di bilik j-Qaf. ini menyebabkan pengajaran saya hanya berpusat di bilik j-Qaf dan tidak efisyen di tempat lain. 4. Cadangan idea untuk menyelesaikan isu i. Berbincang dengan rakan sejawatan supaya saya dapat sama-sama menyelesaikan masalah ini.

ii. Berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan pandangan daripada beliau. iii. Mengingatkan murid untuk hadir ke bilik j-Qaf tepat pada masa yang ditetapkan. iv. Bersedia dengan lebih awal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran saya agar bahan bantu mengajar dapat disusun dengan baik. 5. Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu Saya mengaharapkan agar penyelesaian bagi masalah ini dapat diatasi pada akhir minggu ini agar saya boleh menjalani praktikum pada minggu hadapan dengan lancar dan baik. 6. Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan i. Merancang masa pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terperinci ii. Memberitahu guru pembimbing mengenai masalah ini supaya jadual dapat disusun lebih baik. 7. Tindakan susulan Saya akan bersedia lebih awal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dan mengingatkan murid-murid saya agar datang ke bilik j-Qaf dengan lebih awal dan memastikan masa yang diambil untuk satu-satu aktiviti berjalan dengan tepat sepertimana yang dirancang di dalam buku Rancangan Pengajaran Harian saya.

Pelajar

Guru Pembimbing

Pensyarah Penyelia

. ( )

.. ( )

. ( )

Anda mungkin juga menyukai