Anda di halaman 1dari 92

Abang angkat Seseorang lelaki yang lebih tua daripada kita yang mempunyai pertalian darah dengannya tetapi

telah sanggup sebagai anak oleh ibu bapanya. Contoh: Pemuda itu menjadi anak angkat apabila dia tinggal bersama keluarga kami sejak lima tahun lalu. Abang ipar i. Suami kepada kakak. Contoh: Abang ipar saya suka membantu kakak saya ketika memasak di dapur. Abang kandung Anak lelaki seibu sebapa yang lebih tua daripada kita. Contoh: Salah seorang abang kandung saya berkhidmat sebagai tentera di Sarawak. Abang tiri i. Anak lelaki kepada bapa tiri. ii. Anak lelaki kepada ibu tiri. Contoh: Abang tiri saya sering menasihati saya supaya belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Abu Dajal Orang yang suka menghalang atau mengacau orang lain membuat kebaikan atau kebajikan. Contoh: Kami sering diganggu oleh budak-budak yang berperangai seperti Abu Dajal itu semasa kami membuat perbincangan bahasa di bilik darjah. Abui mata Orang yang pandai membuat tipu helah supaya orang lain tidak tahu perkara yang sebanarnya. Contoh: Dua orang warga asing itu berpura-pura bersembahyang di masjid untuk mengabui mata pegawai-pegawai polis yang meronda untuk mengesan pendatang tanpa izin. Abu Jahal Orang yang suka mengacau orang lain yang membuat kebaikan. Contoh: Kita jangan berkawan dengan budak itu kerana perangainya seperti Abu Jahal yang suka mengacau orang lain membuat kebaikan. Abu Nawas Orang yang bijak mencari jalan atau membuat muslihat atau helah untuk melepaskan diri daripada menerima malu dan hukuman. Contoh: Budak itu tidak pernah mendapat hukuman kerana pandai mencari helah seperti Abu Nawas supaya terlepas daripada hukuman. Acak lengan Hendak bergaduh. Contoh: Zahir dan Kamarudin berbahas dalam mesyuarat sehingga mereka mengacak lengan masing-masing.

Ada-ada saja Menghadapi masalah yang tidak putus-putus atau selalu timbul perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Contoh: Mereka berdua tidak ada jodoh kerana ada-ada saja yang menghalang perkahwinan mereka. Ada akal Ada idea / ada buah fikiran. Contoh: Kassim mula ada akal tentang cara untuk menyelesaikan masalah dalam projek sekolah yang terbengkalai itu. Ada angin Seseorang yang mempunyai perangai tidak seperti biasa pada sesuatu ketika atau perangainya selalu tidak menentu. Contoh: Berhati-hati sedikit kalau berkawan dengan Jusuh kerana dia itu ada angin. Ada bakat Ada kebolehan dan keistimewaan dalam sesuatu bidang. Contoh: Swee Lan ada bakat dalam bidang nyanyian kerana suaranya sungguh merdu. Ada dalam hati Dari awal-awal lagi sudah dijangka / sudah diduga. Contoh: Kegiatan haram oleh pemuda itu sudah ada dalam hati Sarjan Hassan dan beliau akan menbuat siasatan lanjut. Ada harapan Berpeluang. Contoh: Doktor menasihati Pak Ali agar selalu makan ubat dan rajin membuat latihan jasmani kerana penyakitnya ada harapan untuk sembuh. Ada hati Seseorang mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu. Contoh: Kamal hanya bekerja sebagai kerani sementara tetapi dia ada hati untuk berkahwin dengan anak hartawan itu. Ada jalan Ada cara untuk mendapatkan sesuatu atau menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh: Masih ada jalan untuk kita mengatasi masalah dadah di negara kita. Ada lubang Mempunyai peluang. Contoh: "Ada lubangkah untuk saya menyertai pertandingan itu, sedangkan saya tidak menjadi anggota pasukan tersebut?" tanya Encik Rosli. Ada otak

Ada fikiran. Contoh: "Saya amat kagum akan kebolehan Amin kerana dia ada otak untuk menjawab soalan-soalan matematik yang sukar itu," kata Cikgu Salim. Ada rezeki Ada peluang untuk mendapat sesuatu hasil. Contoh: "Kalau ada rezeki, saya akan pergi ke Mekah pada tahun hadapan untuk menunaikan fardu haji," kata Encik Zainal. Ada rupa
Mempunyai paras atau wajah yang cantik atau kacak. Contoh: Gadis-gadis yang ada rupa sahaja layak menyertai pertandingan ratu kebaya peringkat kebangsaan.

Ada sengat
Seseorang yang disegani dan berpengaruh. Contoh: Oleh sebab ada sengat, Haji Abdullah selalu dihormati dan disegani oleh penduduk kampung itu.

Ada taring
Ada kuasa. Contoh: Semenjak menjadi pengarah, dia ada taring untuk membuat arahan mengikut kata hatinya.

Adat orang muda


Kebiasaan sikap dan gelagat atau kerenah golongan remaja dan belia. Contoh: Memang sudah menjadi adat orang muda, suka mengelamun dan berkhayal!

Adik angkat
Seseorang yang lebih muda daripada orang yang tidak mempunyai pertalian darah tetapi telah dianggap sebagai anak oleh ibu bapanya. Contoh: Walaupun Rusli hanya adik angkat kami, namun ibu bapa kami melayaninya seperti anak sendiri.

Adik ipar
Seseorang adik lelaki atau perempuan kepada suami atau isteri. Contoh: Sekarang Kamaliah sudah menjadi adik ipar Cikgu Ramlan apabila Cikgu Ramlan berkahwin dengan kakaknya.

Adik kandung
Adik kepada ibu bapa yang sama. Contoh: Walaupun cacat dan rupa parasnya buruk, dia tetap adik kandung saya.

Adik tiri
Anak tiri kepada ibu atau bapa kita dan umurnya lebih muda daripada kita. Contoh: Walaupun Ramlah adik tiri saya, saya tetap kasih dan sayang akan dia seperti adik sendiri.

Adu buku
Hendak bergaduh atau cuba hendak menunjukkan kekuatan dan kehebatan terhadap musuh.

Contoh: Ali dan Busu tidak boleh berjumpa muka kerana mereka sering hendak beradu buku.

Adu domba
Perbuatan melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain supaya bergaduh atau bermusuh. Contoh: Ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab hendak mengadu domba agar anggotaanggota persatuan itu berpecah belah.

Adu mata
Bertentangan mata antara satu dengan lain. Contoh: Jali dan Jalil tidak boleh beradu mata sedikit pun kerana mereka sering sahaja hendak bergaduh.

Adu nasib
Cuba menceburkan diri ke dalam sesuatu bidang untuk memperoleh sesuatu keuntungan atau hasil. Contoh: Pertandingan nyanyian itu berjaya menarik minat ramai peserta untuk mengadu nasib masing-masing.

Adu untung
Adu nasib. Contoh: Pak Salleh berjaya menjadi orang kaya setelah tujuh tahun dia cuba mengadu untung di negeri orang.

Air mata
Tangisan kerana terlalu sedih, terharu, dan rindu atau penuh semangat. Contoh: "Sekiranya kamu menangis hingga kering air mata sekalipun, kucing kamu yang mati itu tidak mungkin akan hidup kembali," kata Kak Leha.

Air mata buaya


Berpura-pura menangis kerana sesuatu muslihat atau helah. Contoh: Air mata Salim itu hanyalah air mata buaya sahaja kerana dia berpura-pura sayang akan bapa tirinya itu.

Air mati
i. Air yang dijerang atau dididihkan telah menjadi sejuk. ii. Air laut atau sungai yang tidak berlaku pasang atau surut. Contoh: i. "Murid-murid digalakkan minum air mati untuk mengelak daripada dijangkiti penyakit berjangkit," kata Cikgu Zaidi. ii. Pak cik Ali turun ke sungai untuk menjala ikan apabila air mati.

Air muka
i. Rupa atau wajah seseorang. i. Maruah diri atau harga diri seseorang. Contoh: i. Air muka budak itu terus berubah apabila Cikgu Hamid membongkar perbuatan jahatnya. ii. Kita mesti menjaga air muka kita daripada dihina di khalayak ramai.

Air pasang

Paras air laut naik. Contoh: Air pasang besar berlaku di laut apabila bulan purnama.

Air surut
Paras air turun. Contoh: Apabila air surut di laut, ramai kaum nelayan turun ke pantai untuk mencari siput dan kepah.

Air tangan
Hasil masakan seseorang. Contoh: Kasih sayang terhadap ibu semakin bertambah jikalau seseorang itu selalu makan air tangan ibunya.

Air tawar Air yang dijampi oleh dukun atau orang lain untuk menjadi ubat atau penawar. Contoh: Dengan keizinan Tuhan, air tawar dapat menyembuh pelbagai jenis penyakit.

Ajak-ajak ayam Mempelawa atau menjemput dengan tidak bersungguh-sungguh dan hanya sekadar untuk mengambil hati. Contoh: Dia ajak-ajak ayam saja untuk makan tengah hari di rumahnya ketika saya pergi menemuinya.

Ajaran sesat Ajaran yang menyimpang daripada ajaran agama yang sebenar. Contoh: Lebai Deraman dituduh telah mengajar ajaran sesat di sebuah masjid di negeri Selangor oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Akal akar Menurut perintah. Contoh: Sebagai pekerja di sesebuah syarikat, kita hendaklah akal akar agar kita tidak dianggap sebagai perosak kepada syarikat.

Akal belut Tipu helah yang licik. Contoh: Pengedar dadah itu akhirnya dapat diberkas oleh pihak berkuasa, walaupun dia menggunakan akal belut sekalipun.

Akal budi Fikiran yang bijaksana. Contoh: Hakim sentiasa menggunakan akal budi apabila hendak menjatuhkan hukuman ke

atas yang tertuduh.

Akal kancil Mencari ikhtiar dengan bijaksana atau berfikir dengan tenang untuk menyelesaikan masalah. Contoh: Walaupun dalam keadaan terdesak, Abu Nawas berjaya menggunakan akal kancilnya untuk melepaskan diri daripada dimurkai oleh raja.

Akal melintas Tiba-tiba mendapat ilham atau idea. Contoh: Dalam perbincangan yang hangat itu, saya mendapat akal melintas untuk menyelesaikan masalah yang dibincangkan itu.

Akal panjang Fikir dengan teliti dan mendalam. Contoh: "Cuba menggunakan akal panjang sebelum kamu keluar rumah ini, Jusuh," Pak Sudin memberi nasihat.

Akal pendek Bodoh atau tidak mampu untuk berfikir secara mendalam. Contoh: "Kita janganlah bertindak menggunakan akal pendek kerana hal ini boleh membahayakan diri kita sendiri," kata Lebai Osman.

Akal sejengkal Fikiran yang cetek. Contoh: "Kamu mempunyai akal sejengkal, oleh sebab itu saya fikir kamu tidak perlu masuk campur dalam hal ini," kata Kamil.

Akal singkat Mengambil keputusan dengan tergesa-gesa atau terburu-buru tanpa berfikir panjang. Contoh: "Oleh sebab menggunakan akal singkatlah, maka kamu berada di penjara ini," kata Salleh.

Akhir kata Kesimpulan dalam sesuatu perbincangan, perbualan, syarahan atau ucapan. Contoh: "Akhir kata, tindakan yang dilakukan oleh remaja itu bertentangan dengan peraturan agama," Encik Karim memberikan kesimpulan.

Ala kadar

Setakat mana yang termampu atau ada. Contoh: Majlis perkahwinan kakak dibuat dengan ala kadar sahaja kerana ibu bapa kami kekurangan sumber kewangan dan tidak mahu dibebani hutang.

Alang kepalang Terlalu atau tersangat sedikit. Contoh: Oleh sebab perbelanjaan pengajian di seberang laut bukan alang kepalang tingginya, kerajaan mengeluarkan biasiswa untuk membantu para pelajar kita di sana.

Alas cakap Sopan berbicara atau tutur kata atau bahasa yang digunakan dalam percakapan yang baik dan berhati-hati agar tidak menyinggung maruah dan perasaan orang lain. Contoh: Semasa bercakap dalam sesuatu majlis, kita hendaklah menggunakan alas cakap agar tidak dianggap biadap.

Alas fikiran Fikiran yang bernas. Contoh: Orang cerdik pandai selalu menggunakan alas fikiran apabila mereka berbincang sesuatu hal.

Alas kaki Memakai kasut, selipar, terompah, dan sebagainya. Contoh: Kamu hendaklah menggunakan alas kaki jika hendak ke belakang rumah.

Alas kata Sopan berbicara atau tutur kata atau bahasa dan berhati-hati atau halus. Contoh: Pengerusi dalam pertandingan berbalas pantun selalu menggunakan alas kata yang lembut agar tidak menyentuh peribadi para penonton.

Alas kubur Orang yang terpaksa bertanggungjawab atas kesalahan orang lain. Contoh: Jamal dijadikan alas kubur atas perbuatan jenayah yang dilakukan oleh kawan karibnya. Alas perut Makan sedikit untuk menahan lapar sebelum mendapat makanan yang mengenyangkan. Contoh: Kumari mengambil alas perut semasa rehat di sekolah.

Ali Baba

Lesen dan hak perniagaan yang dimiliki diberi kepada orang lain untuk menguruskan sesuatu perniagaan atau projek kerana tidak mahu bersusah payah. Contoh: Pemegang lesen perniagaan itu telah mengamalkan perniagaan Ali Baba kerana dia mahu mengaut keuntungan yang cepat tanpa berusaha.

Alih angin Ubah / pindah perniagaan / tempat kediaman / tempat belajar kepada tempat yang baru atau bertukar kepada bidang atau lapangan lain. Contoh: Encik Lim cuba mengalih angin perniagaan ke Australia dengan harapan mendapat kejayaan.

Alih langkah Mengubah strategi atau taktik yang lain. Contoh: Golongan belia kita sekarang harus mengalih langkah baru dalam hidup agar mereka tidak ketinggalan.

Alih muka Mengelak daripada dikenali. Contoh: Orang yang dikehendaki polis itu mengalih muka supaya tidak dapat dikesan.

Alim kucing Berpura-pura baik dan boleh dipercayai tetapi dalam masa yang sama sentiasa menunggu peluang untuk bertindak. Contoh: Jangan percaya akan orang bersikap alim kucing agar kita tidak terpedaya dengan tipu muslihatnya.

Ambil ada Sudah memadai apa yang ada atau sekadar memenuhi syarat. Contoh: Dia membuat latihan itu sekadar ambil ada sahaja untuk mengelak daripada didenda oleh gurunya.

Ambil alih Menggantikan tugas atau jawatan orang atau pihak lain untuk menguruskan sesuatu. Contoh: Semasa Guru Besar bercuti, Encik Shamsul selaku Penolong Kanan Pentadbiran telah mengambil alih tugas Guru Besar itu.

Ambil anak Ambil anak orang lain untuk dijadikan anak sendiri. Contoh: Oleh sebab isteri Encik Mahadevan mandul, dia berhasrat mengambil anak untuk

dijadikan anaknya.

Ambil angin Menghirup hawa yang baik / segar atau berjalan-jalan untuk bersiar-siar sambil melegakan fikiran dan perasaan. Contoh: Haji Aziz membawa keluarganya mengambil angin di Eropah selepas penat bertugas.

Ambil bahagian Turut serta / melibatkan diri. Contoh: Mereka berdua mengambil bahagian dalam peraduan Malam Getaran Jiwa anjuran RTM.

Ambil berat Prihatin, mengambil perhatian / perhatian / tumpuan dalam sesuatu hal. Contoh: Cikgu Raju mengambil berat terhadap pencapaian murid-muridnya.

Ambil berkat Tumpang tuah atau berkat daripada pengaruh orang lain. Contoh: Atas kegigihan dan kejayaan Haji Ali sebagai pemaju perumahan, adiknya ambil berkat beliau untuk membuka perusahaan kilang batu bata di kampungnya.

Ambil hati Rasa tersinggung oleh kata-kata atau perbuatan seseorang terhadapnya. Contoh: "Kamu jangan ambil hati atas kata-kata abang kamu tadi, dia memang berperangai begitu," ibu Kamil memberi nasihat.

Ambil kesempatan Mengambil keuntungan atau mengambil manfaat atas peluang yang ada. Contoh: Mak cik Halimah ambil kesempatan menjual kuih-muih di pasar malam untuk menambahkan pendapatan keluarganya.

Ambil kira Membuat pertimbangan / perkiraan / penelitian / perhitungan. Contoh: "Sebelum membuat keputusan, kamu hendaklah mengambil kira beberapa perkara yang ada di sekeliling kamu," kata Cikgu Yazid.

Ambil langkah Hendak memulakan sesuatu perkara atau tindakan.

Contoh: Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil langkah berhati-hati untuk mengawal pencemaran bahasa yang menular sekarang.

Ambil masa Memerlukan tempoh yang sesuai. Contoh: Untuk menyiapkan sesuatu projek yang diarah oleh guru, pelajar-pelajar tidak boleh menunggu masa yang lama.

Ambil mudah Menganggap sesuatu perkara mudah / remeh / enteng / senang sahaja. Contoh: Hafif selalu mengambil mudah sahaja dalam ujian di sekolah dan akhirnya dia menemui kegagalan.

Ambil muka Membuat sesuatu dengan harapan untuk mendapat pujian. Contoh: Dia menunjuk-nunjukkan hasil usahanya kepada orang ramai untuk mengambil muka daripada majikannya. Ambil peluang Mendapatkan faedah / keuntungan daripada sesuatu keadaan. Contoh: Semasa berkursus di Pulau Langkawi, saya mengambil peluang mengunjungi Under Water World di sana.

Ambil pusing Memberi perhatian / penelitian terhadap sesuatu / mengambil tahu. Contoh: Encik Lim tidak ambil pusing sangat terhadap karenah pekerja-pekerjanya, asalkan mereka dapat bekerja dengan baik.

Ambil untung Mendapat faedah / kepentingan/ memanfaatkan peluang yang ada. Contoh: Haji Hassan tidak ambil untung lagi kerana beliau mahu barang-barang itu cepat habis dijual.

Anak angkat Anak orang lain dipelihara sebagai anak sendiri. Contoh: Puan Rosmawati mengambil anak jirannya untuk menjadi anak angkat kerana dia tidak mempunyai anak sendiri.

Anak asak

Anak patung / boneka. Contoh: Puan Tan tidak dapat mencari anak asak kepunyaan anaknya yang hilang itu.

Anak baju Baju kecil yang dipakai di dalam ; baju dalam, singlet atau baju panas. Contoh: Anak baju yang dipakai oleh abang itu diperbuat daripada kain kapas.

Anak bangsawan Dramatis, pelakon, atau orang berlakon di pentas atau di layar perak. Contoh: Mak Enon ialah anak bangsawan yang termasyhur pada tahun-tahun 60-an.

Anak bapa Anak yang disayangi oleh keluarga, khususnya oleh bapa / ayah. Contoh: Perangai dan tingkah laku Sazali saling tidak tumpah macam ayahnya dan memang tepatlah jika dikatakan sebagai anak bapa kepada ayahnya.

Anak batu Antan / alu lesung tumbuk. Contoh: Kakak tidak dapat menumbuk sambal lada kerana anak batu tidak ada.

Anak bilis Rakyat biasa, orang miskin atau berpangkat rendah atau golongan yang bertaraf rendah. Contoh: Pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur terhadap kegiatan penyeludupan di sempadan dan akan membuat tangkapan sama ada ikan bilis atau jerung.

Anak buah Anak saudara-mara atau orang di bawah jagaan. Contoh: Encik Lim Ah Chang sentiasa menjaga kebajikan anak buahnya.

Anak buangan Anak yang dihalau oleh ibu bapa atau anak yang tersisih daripada keluarga. Contoh: Remaja itu hidup melarat selepas dia menjadi anak buangan kerana dihalau oleh ibu bapanya.

Anak bulan Bulan yang baru terbit setiap awal bulan. Contoh: Anak bulan Ramadan telah kelihatan pada jam 7:05 malam tadi, maka umat Islam dikehendaki berpuasa esok.

Anak busur Anak panah. Contoh: Encik Ramalingam muncul juara dalam pertandingan memanah kerana anak busurnya dapat menepati sasaran.

Anak dacing Batu timbangan. Contoh: Haji Daud tidak dapat menggunakan dacing itu untuk menimbang gula kerana anak dacingnya telah hilang.

Anak dagang Orang asing / orang merantau dan tinggal di tempat jauh dari kampung halaman. Contoh: "Hamba anak dagang yang baru tiba di tempat ini," kata Damak.

Anak dara Perempuan yang masih perawan atau gadis yang belum kahwin. Contoh: Encik Mansur berhasrat masuk meminang anak dara Pak Ayub pada minggu hadapan.

Anak didik Anak murid atau anak yang diasuh / dipimpin / diajar oleh seseorang. Contoh: Ramai anak didik Mahaguru Silat Gayung itu telah berjaya melepasi ujian peringkat akhir.

Anak emas Anak kesayangan ibu bapa atau pekerja yang disayangi oleh majikan. Contoh: Encik Ahmad menjadi anak emas kepada Haji Dahlan kerana dia seorang pekerja yang setia dan rajin.

Anak gahara Anak permaisuri raja dengan keturunan raja juga. Contoh: Yang Teramat Mulia Tengku Zainal ialah anak gahara kepada Sultan Mahmud. Anak gundik Anak raja yang dilahirkan oleh isteri daripada orang kebanyakan. Contoh: Tengku Ahmad itu anak gundik kepada raja yang memerintah negeri ini.

Anak haram Anak yang dilahirkan tanpa perkahwinan yang sah. Contoh: Kasihan anak haram itu kerana tiadalah diketahui siapakah ibu bapanya.

Anak jantan Lelaki yang berani dan sanggup menghadapi cabaran. Contoh: Laksamana Panglima Awang betul-betul anak jantan kerana dia begitu berani menentang lanun-lanun itu.

Anak jati Penduduk tempatan yang asal / anak yang lahir di sesebuah tempat itu/ anak watan sesebuah negara / negeri. Contoh: Anak jati sahaja dibenarkan dikebumikan di tanah perkuburan Datuk Bendahara.

Anak kandung Anak sendiri daripada kedua ibu bapanya. Contoh: Dalam hal itu, Encik Jaffar tidak memihak kepada sesiapa, walaupun anak kandungnya sendiri.

Anak kapal Kelasi / pekerja atau awak-awak di dalam kapal. Contoh: Kapal yang karam di Laut China Selatan itu tidak dapat diselamatkan, kecuali beberapa orang anak kapalnya sahaja.

Anak mata Bulatan kecil di tengah-tengah mata / kelihatan. Contoh: Khasidah tidak nampak anak mata pun sejak bapanya meninggal dunia.

Anak negeri Penduduk sesebuah negeri. Contoh: Menteri Besar memberitahu bahawa anak negeri akan diberi keutamaan untuk mendapat kemudahan yang akan disediakan oleh pihak kerajaan tidak lama lagi.

Anak panggung Anak bangsawan / pelakon pentas / pelakon layar perak. Contoh: Pelakon sekarang hendaklah mengambil iktibar daripada apa yang dialami oleh anak panggung zaman 50-an dahulu.

Buah bibir Bahan perbualan. Contoh: Kejayaan Datuk Azahar Mansur mengeliling dunia dengan kapal layar menjadi buah bibir rakyat Malaysia.

Buah butir Perkara utama dalam percakapan atau bahan-bahan perbincangan. Contoh: Masalah remaja telah menjadi buah butir dalam perbualan mereka.

Buah fikiran Pendapat atau pandangan. Contoh: Dalam hal ini, saya ingin meminta buah fikiran Dato' Hashim, moga-moga urusan ini dapat berjalan dengan lancar.

Buah hati Orang yang disayangi atau kekasih. Contoh: Azmi nampak begitu gelisah kerana buah hatinya tidak kunjung tiba.

Buah mata Orang yang disayangi atau kekasih. Contoh: Amira kelihatan ceria sahaja hari ini, maklumlah sudah mendapat buah mata yang segak!

Buah mulut Bahan perbualan. Contoh: Perbuatan sumbang yang dilakukan oleh pendatang-pendatang asing baru-baru ini menjadi buah mulut penduduk tempatan.

Buah pena Hasil karya seseorang penulis. Contoh: Buah pena sasterawan S. Othman Kelantan sungguh laris di pasaran dan diterjemahkan ke bahasa Jerman.

Buah tahun Sesuatu yang jarang-jarang terdapat. Contoh: Dugong yang ditangkap oleh seorang nelayan Johor pada tahun lepas merupakan buah tahun bagi penduduk Malaysia.

Buah tangan i. Hasil pekerjaan / hasil usaha. ii. Barang yang dibawa dari perjalanan. Contoh: i. Lukisan di sekolah itu adalah buah tangan Cikgu Aji yang pernah mengajar di sini dahulu. ii. Encik Karim membeli beberapa helai kain batik Indonesia sebagai buah tangan kepada anak-anaknya.

Buang air besar Berak. Contoh: Atan cepat-cepat pergi ke tandas kerana dia hendak buang air besar.

Buang air kecil Kencing. Contoh: Mak Piah geli hati sehingga terbuang air kecil kerana melihat telatah Mr. Bean di siaran televisyen. Buang baka Mencemarkan nama baik keluarga. Contoh: "Ayah tidak mahu mendengar perbuatan yang tidak senonoh itu berlaku lagi dan inilah dikatakan membuang baka," kata Haji Hamid.

Buang belakang Tidak peduli. Contoh: "Jangan buang belakang kerana masalah ini harus diatasi," Mak Leha menasihati anaknya.

Buang diri Menjauhkan diri daripada masyarakat. Contoh: Setelah insaf atas perbuatan jahatnya, Budin membuang diri ke negeri orang.

Buang kerja Dipecat daripada memegang jawatan pekerjaan. Contoh: Dia dibuang kerja oleh pihak majikannya kerana didapati terlibat dengan najis dadah.

Buang masa Membazirkan masa / mensia-siakan masa. Contoh: Ramai remaja suka membuang masa di kaki lima dan melepak di pasar raya.

Buang mulut

Tidak berterus terang. Contoh: Dia buang mulut semasa disoal oleh guru kerana ponteng sekolah.

Buat bodoh Buat tidak faham atau buat pura-pura tidak tahu. Contoh: Pak Kadir buat bodoh semasa mendengar penerangan tentang seni pertukangan, walaupun dia mahir dalam hal tersebut.

Buat duit Membuat sesuatu untuk mendapat keuntungan yang banyak. Contoh: Peniaga-peniaga pasar malam buat duit pada musim perayaan kerana jualan mereka laris.

Buat hal Menimbulkan masalah / kesusahan. Contoh: "Jangan buat hal kerana saya belum dapat memberikan keputusan," kata Tok Penghulu kepada beberapa anak pemuda itu.

Buat helah Mencari jalan untuk melepaskan diri. Contoh: Jamal buat helah sakit perut kerana dia tidak mahu berjumpa dengan pengurus .

Buaya darat Lelaki yang suka menukar pasangan wanitanya. Contoh: Kalau sudah dasar buaya darat, nampak sahaja perempuan yang cantik, dia terus hendak menerkam.

Budaya kuning Gaya hidup atau adat resam dari Barat yang tidak sesuai dengan budaya hidup ketimuran. Contoh: Ramai remaja kita terikut-ikut dengan budaya kuning dari Barat yang dianggap lebih baik dan sesuai dengan zaman.

Bujang lapuk Lelaki yang belum kahwin sehingga lanjut usia. Contoh: "Jikalau kamu tidak mencari jodoh sekarang, akibatnya kamu akan menjadi bujang lapuk," kata Pak Dolah kepada anak sulungnya.

Buka hati

Menerima segala-gala dengan perasaan terbuka. Contoh: Jamilah membuka hati untuk menunjukkan kejujuran dan kesetiaan kepada kekasihnya.

Buka jalan Beri peluang. Contoh: Alimin membuka jalan kepada Abu untuk bersama-sama berniaga dengannya digerai itu.

Buka kesempatan Memberi jalan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu. Contoh: Cikgu Lim membuka kesempatan kepada murid-muridnya untuk menyertai perkhemahan itu.

Buka langkah Bermula untuk melakukan sesuatu tindakan. Contoh: Encik Kasim sudah mula buka langkah dalam bidang perniagaan yang baru diceburinya.

Buka mata Sedar daripada kelalaian atau kelemahan serta kelemahan yang ada. Contoh: Setelah beberapa kali mengadakan kursus sivik kepada penduduk di kawasan itu, sekarang baru ada yang buka mata bahawa pendidikan sangat penting.

Buka mulut Memberitahu atau bersuara terhadap sesuatu perkara. Contoh: Pengganas komunis mengancam penduduk kampung supaya tidak membuka mulut kepada pihak berkuasa tentang kegiatan mereka di kampung itu.

Buka pintu Memberi peluang atau kesempatan. Contoh: Kerajaan buka pintu kepada para peniaga untuk berniaga di bangunan baru itu. Buka suara Memberi pendapat tentang sesuatu perkara. Contoh: Pak Mamat turut buka suaranya dalam mesyuarat itu.

Buka telinga Ambil perhatian / teliti.

Contoh: "Apabila guru mengajar, kamu hendaklah buka telinga betul-betul, dan jangan berkhayal tidak tentu arah," kata Cikgu Zaharah kepada murid-muridnya.

Buka Tembelang Membuka rahsia atau keburukan diri. Contoh: Jangan kamu membuka tembelang orang lain dikhalayak ramai, nanti dia mendapat malu!

Buku lima Penumbuk. Contoh: "Kalau kamu tidak mahu bayar hutang aku, aku bagi buku lima!" Rusdi memarahi Atan.

Bulan madu Suami isteri yang pergi bercuti atau melancong ke tempat lain selepas berkahwin. Contoh: Encik Ong akan berbulan madu dengan isterinya di Taiwan setelah majlis perkahwinan mereka selesai.

Bulat fikiran Pendirian yang tetap atau mengambil keputusan yang muktamad. Contoh: "Bulatkan fikiran sebelum kamu meletak jawatan itu," nasihat Encik Samad kepada pegawainya itu.

Bulat hati Pendirian yang tetap atau mengambil keputusan yang muktamad. Contoh: Ah Kaw bulat hati mahu memulakan perniagaan barunya di Kuala Lumpur.

Bulat kata Mencapai kata sepakat dan bersatu. Contoh: Keputusan itu adalah muktamad kerana mereka sudahpun mencapai bulat kata dalam perbincangan tersebut.

Bulat mata i. Keadaan ketika hendak marah. ii. Keadaan terperanjat. Contoh: i. Tok Mamat membulatkan mata kepada anak buahnya yang sangat degil itu. ii. Swee Lan bulat mata ketika terserempak dengan seekor musang.

Bulat suara

Maufakat atau mencapai persetujuan dan mendapat sokongan sepenuhnya. Contoh: Perkara itu dipersetujui dengan sebulat suara dalam mesyuarat tersebut.

Bunga bahasa Kata-kata dan ungkapan yang indah dalam pertuturan atau penulisan, khususnya dalam karya sastera. Contoh: Dalam karya Sasterawan Negara Usman Awang banyak terdapat bunga bahasa yang sangat memikat hati.

Bunga bangsa Anak-anak muda yang menjadi harapan bangsa dan negara pada masa hadapan. Contoh: "Kamu semua ialah bunga bangsa, maka saya berharap kamu belajarlah bersungguh-sungguh, semoga wawasan negara akan menjadi kenyataan," kata Cikgu Yaman kepada murid-muridnya.

Bunga bibir Mengeluarkan kata-kata yang manis. Contoh: Kakak Norma selalu mengeluarkan bunga bibir apabila berbicara dengan saya.

Bunga dedap Perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa. Contoh: Wanita yang menyewa di sebelah rumah saya itu diibaratkan bunga dedap sikap dan kelakuannya sungguh kasar.

Buruh kasar Pekerja yang melakukan kerja-kerja yang berat tenaga fizikal. Contoh: Negara kita memerlukan buruh kasar dari negara-negara asing untuk menyiapkan projek-projek besar negara.

Buruk hati Jahat atau menyimpan perasaan dengki, benci dan dendam. Contoh: Kalau kita sudah tahu bahawa dia seorang yang buruk hati, lebih baik kita jangan berkawan dengannya.

Buruk laku Kelakuan dan perangai yang tidak baik dari pandangan orang. Contoh: Dia seorang yang buruk laku dan menyebabkan ramai kawan tidak suka padanya.

Buruk makan Makan dengan gelojoh / lahap. Contoh: Mak Lijah terperanjat melihat bakal menantunya yang buruk makan itu.

Buruk mulut Mengeluarkan kata-kata yang kasar. Contoh: Setiap guru tidak harus buruk mulut terhadap murid-muridnya.

Buruk perut Banyak makan semua jenis makanan dan berselera sekali. Contoh: Walaupun buruk perut, dia tetap kuat bekerja. Buruk sangka Menaruh perasaan syak wasangka / curiga terhadap orang lain / prasangka buruk. Contoh: Jangan amalkan sikap buruk sangka dalam persahabatan kerana boleh menyebabkan perpecahan sesama sendiri.

Buruk siku Pemberian diminta semula / sikap mengukit kembali setiap pemberian. Contoh: Nampaknya kamu sudah buruk siku sebab kerana sudah memberi sesuatu kepada orang, kemudian memintanya semula.

Buru waktu Menjaga masa supaya tidak ketinggalan atau terlewat. Contoh: Untuk menyiapkan projek ini, kita harus kejar masa, kalau tidak kita akan kerugian besar.

Busuk hati Dengki atau sikap iri hati dan mempunyai niat yang jahat / seorang terhadap orang. Contoh: Sifat buruk hati jirannya telah terdedah apabila dia cuba menggagalkan perniagaannya itu.

Busuk mulut Suka memaki / mengeluarkan kata-kata tidak sopan / kesat. Contoh: Orang yang busuk mulut tidak boleh dijadikan kawan kerana nanti kita akan mendapat malu.

Busung dada Sombong / membangga diri.

Contoh: Dia baru sahaja dapat menjadi pegawai kerani di pejabat kerajaan tetapi sudah mula busung dada.

Buta akal Melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir terlebih dahulu. Contoh: "Kalau hendak lakukan sesuatu perkara, jangan buta akal!" Mak Leha menasihati anak perempuannya.

Buta ayam Penglihatan tidak jelas pada waktu senja dan malam. Contoh: Malim tidak berani berjalan pada waktu malam kerana dia buta ayam.

Buta hati i. Bersifat kejam / tidak berperikemanusiaan / tiada perasaan belas kasihan. ii.Tidak berpengetahuan. Contoh: i. Penjenayah itu sungguh buta hati kerana sanggup merompak dan membunuh. ii. Pada zaman sekarang, orang yang buta hati amat susah kehidupannya.

Buta huruf Tidak tahu membaca dan menulis. Contoh: Kadar penduduk yang buta huruf di Malaysia kini sudah berkurangan.

Buta kayu Tidak tahu membaca dan menulis. Contoh: Walaupun Haji Noor buta kayu tetapi otaknya pintar dan dia berjaya menjadi seorang usahawan.

Buta perut Buat sesuatu perkara dengan tanpa berfikir terlebih dahulu. Contoh: Morgan terpaksa dimasukkan ke hospital kerana dipukul oleh bapanya yang buta perut dan tidak berperikemanusiaan itu.

Buta tuli Membuat kerja tanpa tahu pedoman / tanpa usul periksa terlebih dahulu. Contoh: Jalil membuat kerja dengan membuta tuli, tidak tahu hujung pangkalnya dan akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Buta warna

Tidak dapat membezakan warna. Contoh: Saya tidak boleh melukis lagi kerana sudah buta warna.

Cabar hati Penakut. Contoh: Bunyi buah kelapa jatuh pada tengah malam itu mencabar hati Sudin kerana disangkanya usikan hantu.

Cabut Lari Penakut/ Sifat orang pengecut yang tidak sanggup menghadapi musuh atau cabaran. Contoh: Budak-budak nakal itu cabut lari apabila disergah oleh Pak Hassan.

Cabut nyawa Membunuh. Contoh: "Jangan kamu bimbang kerana lanun itu tidak boleh cabut nyawa kita," Hang Tuah memberitahu Hang Jebat.

Cacing kepanasan Dalam keadaan tidak tenteram / gelisah. Contoh: Kasim kelihatan gelisah macam cacing kepanasan apabila pengerusi majlis menjemput beliau supaya berucap.

Cahaya mata Mendapat anak sendiri / anak baru dilahirkan. Contoh: Setelah berkahwin sudah hampir lima tahun, baharu sekarang Encik Leman mendapat cahaya mata.

Cahaya muka Wajah seseorang yang kelihatan berseri. Contoh: Perasaan gembira Cikgu Gopal memang kelihatan pada cahaya mukanya. Cakap angin Berita yang tidak berasas / berita tidak betul. Contoh: Berita yang saudara dengar itu adalah cakap angin sahaja.

Cakap besar Sikap yang suka membesar-besarkan diri sendiri. Contoh: Ramai orang tidak suka berkawan dengan Budin kerana dia selalu cakap besar.

Cakap di belakang Menceritakan keburukan orang lain ketika orang itu tiada. Contoh: Jangan mudah percaya pada cakap di belakang, sebelum ada sebarang bukti.

Cakap kosong Kata-kata yang tidak ada isi atau tidak berfaedah atau berkesan. Contoh: Perbualan mereka di kedai kopi itu merupakan cakap kosong sahaja kerana sedikit pun tidak boleh dijadikan panduan.

Cakar ayam Tulisan yang amat buruk. Contoh: "Tulisan awak seperti cakar ayam sehingga menyusahkan orang lain hendak membacanya," kata Cikgu Ramlah.

Campur tangan Melibatkan diri dalam urusan orang lain. Contoh: "Jangan kamu cuba campur tangan dalam urusan keluarga saya," Kamal memberi amaran.

Cangkul angin Membuat kerja yang tidak berfaedah. Contoh: Perbuatan kamu itu memang sia-sia sahaja dan boleh dianggap seperti mencangkul angin.

Cari akal Berikhtiar atau berfikir untuk mengatasi sesuatu masalah. Contoh: Jangan putus asa untuk cari akal kerana masalah harus diatasi dengan baik.

Cari fasal Berbuat sesuatu untuk menimbulkan pergaduhan atau kemarahan orang lain. Contoh: Kamu jangan cari fasal di tempat ini kerana di sini bukan tempat untuk bergaduh.

Cari gaduh Membuat sesuatu untuk menimbulkan pergaduhan. Contoh: Jangan cari gaduh tentang perkara yang kecil kerana perkara ini boleh diselesaikan dengan cara berbincang.

Cari jalan Berikhtiar untuk mengatasi sesuatu masalah. Contoh: Jangan bertindak terburu-buru kerana kita boleh cuba cari jalan lain untuk mengatasinya.

Cari makan Kerja untuk mendapatkan rezeki. Contoh: "Bagaimanakah kamu hendak cari makan, kalau kamu malas bekerja?" Mak Limah memarahi anaknya.

Cekal hati Tabah dan gigih dalam menghadapi cabaran. Contoh: Datuk Azahar Mansur sungguh cekal hati sanggup mengelilingi dunia dengan pelayaran solo.

Celik huruf Tahu membaca dan menulis. Contoh: Malaysia mempunyai kadar celik huruf yang tinggi. Kesan daripada perkembangan pendidikan yang pesat.

Celik mata Baru insaf dan sedar. Contoh: Sekarang penduduk Seri Wangi baru celik mata bahawa harta benda yang ada diperut bumi kawasan itu sudah diangkut oleh pendatang asing.

Cemburu buta Cemburu tanpa sebab. Contoh: Isteri Encik Halim cemburu buta menyebabkan rumah tangga mereka tidak aman.

Cepat kaki Pantas berjalan. Contoh: Kamu ini sungguh cepat kaki, sekejap sahaja sudah tiba di tempat yang dituju.

Cepat tangan Orang suka mencuri. Contoh: Jangan biarkan dia masuk ke dalam bilik ini bersendirian kerana, dia itu cepat tangan.

Cermin muka Melihat kepada diri sendiri sebelum membetulkan kesilapan orang. Contoh: "Cerminlah muka kamu terlebih dahulu sebelum menegur kesilapan orang lain," kata Samad.

Cicak kubin Badan seseorang yang tersangat kurus. Contoh: Badan Pak Mamat itu kurus macam cicak kubin semenjak terkena penyakit kencing manis. Cina buta Perempuan yang ditalak tiga kali oleh suaminya dan kahwin lelaki lain dengan bersyarat cerai semula supaya dapat kahwin dengan bekas suami dahulu. Contoh: Bidah itu bercina buta dengan Deraman kerana mahu kahwin semula dengan bekas suaminya.

Cinta monyet Kasih sayang keanak-anakan yang selalu bertukar-tukar kekasih. Contoh: Kebanyakan remaja kita menjalinkan cinta monyet dengan kekasihnya, kemudian berpisah kerana mereka belum mengerti cinta sebenarnya.

Cium tanah Jatuh tertiarap ke tanah. Contoh: Badan sahaja besar, kena penumbuk sulung sebiji, dia sudah cium tanah.

Colek hati Menggelikan hati / menimbulkan rasa lucu. Contoh: Kata-kata YB Encik Jamal itu mencolek hati orang ramai yang hadir di dewan tersebut.

Cuci mata Melihat sesuatu yang cantik atau indah untuk menyeronokkan hati. Contoh: Azman berehat di bawah sebatang pokok dalam taman itu sambil mencuci mata.

Cuci tangan Sikap ingin lari dari bertanggungjawab dan tidak ingin terlibat. Contoh: Baloo tidak bertanggungjawab atas kecuaiannya menyebabkan lembu-lembu itu masuk ke dalam pagar rumah orang.

Cuit hati Geli hati atau menimbulkan perasaan lucu dan jenaka. Contoh: Ustaz Muin menyelitkan kata-kata mencuit hati supaya orang tidak tertidur ketika mendengar ceramahnya.

Cukup bulan i. Genap tempoh bagi perempuan yang mengandung untuk bersalin. ii. Waktu-waktu kebiasaan pekerja dibayar gaji. Contoh: i. "Dekat-dekat cukup bulan nanti, kamu ambil cuti dan balik bersalin di Hospital Kota Bharu," pesan Mak Minah kepada Lisa. ii. "Saya tidak ada duit, maklumlah cukup bulan masih jauh lagi," kata Isma.

Cukup makan Tidak lebih dan tidak kurang untuk markah atau pendapatan iaitu di peringkat pertengahan. Contoh: Gaji yang diterima oleh Pak Seman hanya cukup makan sahaja.

Cukup umur Sudah dewasa atau sudah mencapai baligh. Contoh: Budak-budak yang belum cukup umur tidak dibenarkan menonton cerita-cerita yang berunsur ganas dan seks.

Curi hati Memikat hati / menawan minat dan perasaan seseorang. Contoh: Gadis yang baru berpindah ke kampung Ali itu sungguh cantik sehingga dapat mencuri hati pemuda-pemuda di situ.

Curi masa Melakukan sesuatu tidak menepati waktu yang ditetapkan. Contoh: "Awak selalu curi masa kerana tiap-tiap hari datang lewat," Encik Ismail memarahi salah seorang pekerjanya.

Curi tulang Malas bekerja. Contoh: Orang yang selalu mencuri tulang ketika bekerja sangat dibenci oleh majikan.

Dabik dada Tepuk dada kerana keberanian / sikap ingin menunjuk-menunjukkan kehebatan dan kebolehan diri kepada orang lain. Contoh: Hassan mendabik dada di hadapan orang ramai sambil berkata, "Siapa yang berani

lawan saya, sila masuk, saya tunggu!"

Dada terbuka Sedia mendengar atau menerima pendapat kritikan orang lain. Contoh: Tok Penghulu mendengar pendapat Salleh dengan dada terbuka.

Dakap diri Berdiam diri atau tidak berbuat apa-apa. Contoh: "Lebih baik kamu pergi berkebun sayur daripada asyik dakap diri," ujar Pak Busu kepada Abu.

Daki dunia Harta benda dan kemewahan yang dimiliki adalah bersifat sementara sahaja. Contoh: Jangan asyik mengejar daki dunia sahaja sehingga tidak tidur malam, nanti kesihatan akan terganggu.

Dalam genggaman Sudah pasti dapat atau berjaya diperoleh. Contoh: Juara lumba lari 100 meter sudah tentu berada dalam genggaman Razak kerana dialah yang paling pantas berlari.

Dalam kepala Dalam pengetahuan atau sudah ada dalam ingatan. Contoh: "Senarai pemenang peraduan mengarang itu sudah ada dalam kepala saya," kata Cikgu Zahari.

Dalam tangan Sudah pasti diperoleh atau sudah berjaya dicapai. Contoh: Kejayaan sudah pasti dalam tangan kalau berusaha dengan gigih dan tekun belajar. Dapat akal Memperoleh idea atau timbul ikhtiar dalam fikiran. Contoh: Bapa sudah dapat akal untuk memerangkap musang yang selalu datang mencari ayam.

Dapat hati Menerima atau memperoleh cinta. Contoh: Akhirnya Sudin mendapat hati daripada Haryati setelah sekian lama menunggu.

Dapat terpijak Mendapat sesuatu yang berharga / rezeki dengan mudah / senang dan tidak melalui usaha. Contoh: Pak Husin menganggap untung lumayan yang diperolehnya itu sebagai dapat terpijak kerana jualan duriannya begitu laris.

Darah daging i. Ahli kelurga sendiri. ii. Biasa dilakukan dan sudah sebati dengan kehidupan seseorang Contoh: i. Bagaimana buruk perangainya, dia tetap darah daging aku juga. ii. Perkara seumpama itu tidak menjadi masalah lagi kerana sudah menjadi darah dagingnya.

Darah gemuruh Mudah gugup, hilang pertimbangan apabila berhadapan dengan cabaran dan situasi yang belum pernah dialami. Contoh: Aminah terpaksa berdiam diri seketika untuk menahan darah gemuruhnya setelah mendengar berita buruk itu.

Darah manis Mudah mendapat bahaya atau kecederaan. Contoh: "Bakal pengantin adalah darah manis dan lebih baik jangan keluar rumah," Mak Som memberi nasihat.

Darah muda Sikap, perasaan dan semangat yang berkobar-kobar, cepat marah atau bertindak. Contoh: "Fikirlah baik-baik dan jangan mudah menurut darah muda," kata Pak Mustafa kepada Jusuh.

Darah panas Cepat marah. Contoh: Jangan melawan kata-kata Tok Mamat itu kerana dia mudah darah panas.

Darah putih Keturunan orang bangsawan dan kerabat diraja. Contoh: Orang yang berdarah putih tidak merasa peritnya hidup yang ditanggung oleh kaum petani dan nelayan.

Datang akal Mendapat fikiran / timbul idea dalam fikiran. Contoh: Manaf belum datang akal untuk menyelesaikan masalah itu.

Datang bulan Masa haid bagi perempuan yang sudah mulai baligh. Contoh: Perempuan yang datang bulan tidak boleh duduk di dalam masjid.

Datang hati Tergamak melakukan atau bertindak tanpa membuat pertimbangan yang wajar dan kasihan belas. Contoh: Datang hati dia mencuri harta bapanya sendiri.

Diam-diam ubi Orang diam tetapi banyak ilmu pengetahuan. Contoh: Ustaz ini seorang yang diam-diam ubi sahaja.

Diam membatu Tidak berkata apa-apa atau membisu. Contoh: Jenab diam membatu apabila diberitahu bahawa suaminya telah ditangkap oleh polis.

Dingin hati i. Tidak berminat. ii.Tidak riang. Contoh: i. Encik Yusoff dingin hati terhadap gadis pilihan ibunya. ii. Semenjak kehilangan isterinya, dia kelihatan dingin hati sepanjang masa.

Dingin kepala Berfikiran tenang, tidak terburu-buru. Contoh: Haji Ahmad dingin kepala kerana cuba mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah itu.

Dingin tangan Selalu berhasil dalam melakukan sesuatu. Contoh: Sejak akhir-akhir ini, Pak Utih dingin tangan sahaja sehingga rezekinya melimpah ruah.

Dua hati Rasa bimbang dan waswas atau ragu-ragu. Contoh: Rosli berasa dua hati terhadap kejujuran kekasihnya.

Dua sejoli Sepasang kekasih yang sangat rapat dan selalu kelihatan berdua-duan. Contoh: Dora dan Rahim bagaikan merpati dua sejoli kerana mereka tidak pernah berenggang dalam aktiviti kolej mereka.

Duit kocek Peruntukan wang khusus dibawa ke mana-mana untuk kegunaan jika diperlukan. Contoh: Encik Amin memberi duit kocek sebanyak RM50.00 kepada anaknya yang mengikuti rombongan sekolah membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Duit kopi Wang yang diberikan kepada seseorang dalam usaha untuk mendapatkan sesuatu atau sogokan suatu bentuk rasuah. Contoh: Pemuda yang cuba memberi duit kopi kepada pegawai kastam itu telah ditahan oleh pegawai pencegah rasuah.

Duit teh Memberi wang kepada seseorang dengan tujuan mendapatkan sesuatu. Contoh: Perbuatan menerima duit teh bukanlah suatu amalan yang baik.

Dunia sudah terbalik Keadaan sudah berubah daripada yang asal atau adat biasa. Contoh: Nampaknya dunia sudah terbalik kerana kerana terdapat ibu bapa yang sudah takut untuk menegur anak-anaknya.

Durian runtuh Mendapat rezeki dan harta dengan tidak disangka-sangka. Contoh: Pak Majid dapat durian runtuh kerana tanahnya akan dibayar oleh kerajaan dengan harga yang tinggi.

Emak angkat Wanita yang dianggap sebagai ibu / emak sendiri. Contoh: Saya mempunyai seorang emak angkat yang tinggal di Kota Tinggi.

Emak bidan Gelaran kepada wanita yang menjalankan tugas perbidanan. Contoh: Hajah Fatimah adalah seorang emak (mak) bidan yang sungguh baik dan berbudi bahasa orangnya.

Emak tiri Perempuan yang menjadi isteri kepada bapa. Contoh: Walaupun dia seorang emak tiri tetapi dia melayan saya sebagai anak kandungnya sendiri.

Enak hati Gembira / senang hati. Contoh: Pak Yahya berasa enak hati kerana dia sudah dapat memancing sepuluh ekor ikan.

Enau di hutan Seseorang yang suka hidup bersendirian. Contoh: Hidup Khalid seperti enau di hutan kerana dia tidak suka bercampur dengan masyarakat.

Fasih lidah Pandai berkata-kata atau lancar bercakap. Contoh: Anak saya sudah fasih lidah, walaupun umurnya baru meningkat dua tahun.

Fikiran buntu Tidak dapat berfikir untuk memperoleh idea. Contoh: Fikiran buntu sudah tentu tidak dapat menyelesaikan masalah itu.

Fikiran kolot Fikiran yang ketinggalan zaman. Contoh: Fikiran kolot Pak Bedul itu tidak diterima dalam mesyuarat tersebut.

Fikiran panjang i. Berfikir panjang. ii. Memikirkan sesuatu perkara semula. Contoh: i. Selepas mendengar kata dua ayahnya itu, Ali berfikir panjang. ii. Jikalau kamu berfikiran panjang tentu kamu tidak akan berlaku sedemikian.

Fikiran sempit Fikiran cetek / tidak mahu menerima perubahan dan perkembangan semasa. Contoh: Kita susah hendak berbicara dengan orang yang berfikiran sempit.

Fikiran sihat Fikiran waras atau dapat berfikir dengan baik.

Contoh: Orang yang berfikiran sihat sahaja boleh memberi pendapat yang bernas.

Fikiran suntuk Tidak dapat berfikir dengan jelas. Contoh: Keadaan berfikiran suntuk amat sukar hendak mendapat idea yang baik.

Fikiran tajam Cepat memahami dan mudah pelajaran yang disampaikan. Contoh: Orang yang berfikiran tajam sahaja yang boleh memberi hujah yang bernas di dalam perbahasan.

Fikiran terbuka Sanggup mendengar pandangan orang lain atau mempertimbangkan sebarang cadangan dan kritikan serta sentiasa bersedia untuk berubah. Contoh: Terimalah sesuatu nasihat dengan fikiran yang terbuka.

Fikir dua kali i. Berfikir panjang sebelum bertindak. ii. Memikirkan sesuatu perkara semula. Contoh: i. "Sebelum bertindak sesuatu kamu harus berfikir dua kali, kalau tidak kamu akan menyesal nanti," nasihat Lebai Samad kepada Salim ii. "Keputusan kamu itu aku harap kamu fikir dua kali," kata Pak Rauf kepada anaknya.

Gadai nyawa Sanggup mati, sanggup berkorban, dan menghadapi risiko. Contoh: Tok Janggut sanggup bergadai nyawa untuk menentang penjajah Inggeris. Gaji buta Menerima upah tetapi kerja atau tugas tidak dijalankan. Contoh: Dia dianggap seseorang makan gaji buta kerana sentiasa di tempat kerja dan asyik berbual di kantin pejabatnya.

Gaji pokok Gaji tidak termasuk elaun lain upah yang telah ditetapkan dalam tempoh tertentu tidak masuk elaun. Contoh: Gaji pokok yang diperoleh dan ditambah dengan elaun lain yang diterima oleh Ah Meng agak lumayan juga.

Galang ganti Pengganti diri atau memikul tanggungjawab atau mengambil tugas bagi pihak orang lain.

Contoh: "Awak jangan jadi galang ganti dalam hal ini kerana hal ini adalah antara saya dan dia sahaja," kata Sani.

Galang kepala Taat setia. Contoh: Hang Tuah sangup galang kepala untuk berbakti kepada Sultan Melaka.

Ganti rugi Bayaran yang dikenakan ke atas kerugian disebabkan sesuatu musibah / kecelakaan. Contoh: Encik Jamal menuntut ganti rugi atas kerosakan rumah kedai kerana dirempuh oleh lori.

Ganti tikar Berkahwin dengan bekas adik ipar atau kakak ipar atau abang ipar selepas isteri atau suami meninggal dunia. Contoh: Zahar ganti tikar kerana berkahwin dengan adik isterinya setelah isterinya meninggal dunia.

Gapil Mulut Cerewet / suka berleter. Contoh: "Jangan gapil mulut, nanti malu pada semua jiran kita," kata Encik Shamsudin kepada isterinya.

Gapil tangan Suka mencampuri urusan orang lain. Contoh: "Dia itu bukan cerewet sahaja, bahkan gapil tangan pula," kata Mak Cik Zaleha.

Gatal mulut Suka menceritakan keburukan orang lain. Contoh: Jangan ceritakan apa-apa kepada Mak Cik Bedah kerana dia memang gatal mulut.

Gatal tangan Gemar melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Contoh: "Mengapakah kamu gatal tangan sangat pada perkara yang tidak patut dilakukan," tanya Cikgu Yazid.

Gelak sumbing Ketawa yang dibuat-buat.

Contoh: Orang lain ketawa kerana geli hati tetapi Jalal gelak sumbing kerana mahu ambil hati kawannya.

Gelap fikiran Tidak dapat berfikir (sehingga mengamuk) disebabkan terlalu marah. Contoh: "Jangan mudah gelap fikiran kerana buruk akibatnya nanti," Rajoo menasihati kawannya.

Gelap hati Susah mengingat apa yang dipelajari. Contoh: Berdoalah terlebih dahulu sebelum mengulang kaji pelajaran agar tidak gelap hati.

Gelap mata i. Tidak dapat berfikir dengan waras kerana marah. ii. Lupa diri apabila diberi rasuah. Contoh: i. Oleh sebab gelap mata, Pak Atam terus menempeleng muka anaknya. ii. Jangan mudah gelap mata apabila disogokkan dengan wang.

Gelegar buluh Bercakap besar tetapi tidak mempunyai apa-apa makna. Contoh: Jangan bercakap macam gelegar buluh nanti semua orang benci.

Geli hati Rasa hendak ketawa. Contoh: Geli hati saya menonton Jamali Sadat berjenaka di pentas baru-baru ini.

Gendang deras Bertindak mengikut nafsu. Contoh: Jusuh bersikap seperti gendang deras menyebabkan dia meringkuk di dalam penjara.

Gigit bibir Berasa marah. Contoh: Apabila melihat Pak Mat mengigit bibir, Jumat pun terus cabut lari kerana bimbang Pak Mat akan memukulnya.

Gigit jari Berasa kecewa / hampa atau gagal mencapai sesuatu yang diusahakan atau dihajati. Contoh: Jalil mengigit jari kerana anak dara Pak Haji Wahab akan berkahwin tidak lama lagi.

Gigit lidah i. Tidak malu. ii.Tidak menghirau kecaman orang. Contoh: i. Siva menggigit lidah atas perbuatan yang tidak senonoh itu. ii. Walaupun Samad berkaki tempang, namun dia tetap menggigit lidah, asalkan dia boleh menyertai pertandingan lumba lari itu. Gila bahasa Fikiran tidak sihat sedikit (cepat marah, berani, malu). Contoh: Kadang-kala kami berasa geli hati dengan telatah Akil yang gila bahasa itu.

Gila bayang Mencintai seseorang secara senyap-senyap tanpa diluahkan kepada orang berkenaan. Contoh: Jamil sudah terkena penyakit gila bayang terhadap anak gadis jirannya.

Gila judi Suka berjudi. Contoh: Pemuda gila judi itu sudah ditahan oleh polis.

Gila talak Keinginan untuk rujuk kembali selepas bercerai. Contoh: Ajang sudah gila talak selepas bercerai dengan isterinya.

Golok gadai ( bergadai golok) Sanggup berbelanja berhabis-habisan. Contoh: Encik Yusof sanggup bergolok-bergadai demi kemajuan pelajaran anak-anaknya.

Goyang kaki Bersenang-lenang tanpa membuat sebarang pekerjaan. Contoh: Sekarang dia sudah boleh bergoyang kaki semenjak projek tanaman kelapa sawitnya sudah berhasil.

Gugur hati Jatuh cinta. Contoh: Faruk gugur hati terhadap rakan perempuan sepejabatnya itu.

Gulung lengan baju Bersedia untuk melakukan sesuatu kerja.

Contoh: Kita harus sanggup gulung lengan baju demi kemajuan kampung kita.

Gulung tikar Menutup perniagaan kerana mengalami kerugian. Contoh: Syarikat perniagaan itu sudah gulung tikar kerana menanggung hutang yang banyak.

Gunting dalam lipatan Sikap orang yang sanggup atau mengkhianati dan merosakkan sahabat atau ahli-ahli kumpulan atau negara sendiri. Contoh: Kamaruddin itu nampak sahaja kawan baik tetapi sebenarnya dialah gunting dalam lipatan.

Habis akal Sudah puas berfikir dan berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu. Contoh: Encik Shahrul sudah habis akal untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh keluarganya itu.

Habis ikhtiar Sudah puas berusaha dan mencari jalan untuk mencapai sesuatu. Contoh: Encik Zahir sudah habis ikhtiar untuk berjaya dalam pemilihan ahli jawatankuasa persatuan itu.

Habis modal Sudah ketandusan idea. Contoh: Masing-masing berdiam diri kerana sudah kehabisan modal.

Halwa telinga Sesuatu yang sedap didengar. Contoh: "Kata-kata awak itu biarlah menjadi halwa telinga saya," kata Encik Hasim kepada isterinya.

Hampa hati Berasa kecewa. Contoh: Betapa hampa hati Aziz apabila mengetahui ayahnya tidak mahu menolong langsaikan hutang keretanya lagi.

Hancur hati Terlalu sedih dan kecewa.

Contoh: Hancur hati Mak Tipah apabila mengetahui anaknya terlibat dengan najis dadah.

Hangat-hangat tahi ayam Buat kerja tidak bersungguh-sungguh. Contoh: Pak Him buat kerja hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Hangat hati Sangat marah. Contoh: Pak Badol hangat hati apabila melihat tanamannya habis dimakan lembu.

Hangat kuku Suam-suam / tidak berapa panas. Contoh: Mak bidan memandikan bayi yang baru lahir itu dengan air hangat kuku.

Hanyut fikiran Tidak waras lagi. Contoh: Dia sudah hanyut fikiran semenjak isterinya meninggal dunia. Hapus ke laut Perkara buruk tidak perlu ada dalam ingatan. Contoh: "Ibu janganlah mengukit-ungkit lagi perkara itu lagi kerana hal itu sudah lama saya hapus ke laut," kata Zamri.

Harga diri Maruah / nama baik. Contoh: "Sebagai seorang pendidik, kamu hendaklah menjaga harga diri walaupun di mana kamu berada," kata Encik Kamal.

Harga mati Harga tetap / tidak boleh dikurangkan lagi / tidak boleh ditawar lagi. Contoh: Senarai harga barang di pasar raya adalah harga mati.

Harga pokok Harga asal iaitu mengikut harga modal. Contoh: Saya mengambil untung sedikit sahaja daripada harga pokok.

Harga tetap Harga mati / harga tidak boleh dikurang lagi / harga tidak boleh ditawarkan lagi.

Contoh: Harga barang itu tidak boleh ditawar lagi kerana sudah harga tetap.

Hari depan Masa akan datang. Contoh: Kamu hendaklah mencari pekerjaan yang tetap untuk menjamin hari depan kamu.

Hari kiamat Hari akhir zaman. Contoh: Sampai hari kiamat pun kamu tidak berjaya, kalau kamu hanya berpeluk tubuh tanpa berusaha langsung.

Hari muka Hari hadapan / masa akan datang. Contoh: Kita tidak dapat menduga apa akan terjadi pada hari muka kita nanti.

Hasil tangan Hasil daripada usaha / ciptaan. Contoh: Lukisan dinding di sekolah itu adalah hasil tangan Guru Besar yang lalu.

Hati ayam Penakut / pengecut. Contoh: Kalau hati ayam tidak usah masuk tentera, nanti terkencing apabila dengar bunyi peluru.

Hati batu i. Degil dan sukar untuk mendengar nasihat. ii. Tidak ada belas kasihan. Contoh: i. Ali seorang budak hati batu kerana segala nasihat orang langsung tidak diterimanya. ii. Dia betul-betul berhati batu kerana sanggup melakukan perbuatan kejam kepada anaknya sendiri.

Hati berbulu Marah dan bersikap berdengki. Contoh: Kalau sudah hati berbulu tentulah tidak senang hati kalau orang lain mendapat kejayaan.

Hati berlian Sangat baik hatinya. Contoh: Pak Jais mempunyai hati berlian kerana dia memelihara beberapa orang anak yatim

piatu.

Hati budi Sifat / perangai. Contoh: Kamu berkawan dengannya sudah hampir dua tahun, sudah tentu kamu kenal hati budinya.

Hati busuk Jahat dan dengki serta berniat serong. Contoh: Orang hati busuk sudah tentu tiada siapa yang mahu berkawan dengannya.

Hati jernih Ikhlas / jujur dan baik hati. Contoh: Seorang pemimpin yang mempunyai hati jernih akan mendapat sanjungan daripada rakyat.

Hati kecil Perasaan halus yang timbul kesan daripada sesuatu perkara atau tindakan. Contoh: Walaupun Mak Minah marah akan cucunya itu hati kecilnya tetap sayang akan cucunya.

Hati muda Rasa lebih muda daripada usia sebenar. Contoh: Jangan terlalu mengikut hati muda, nanti kita menjadi papa kedana akhirnya.

Hati perut Bertimbang rasa belas kasihan. Contoh: Dia memang tidak berhati perut kerana sanggup merampas wang di tangan budak kecil itu.

Hati terbuka Sedia menerima sesuatu pandangan atau teguran atau cabaran dengan perasaan tenang. Contoh: Kamal menerima teguran daripada kawannya dengan hati terbuka. Hati tungau Pengecut. Contoh: Memang benarlah dia seorang berhati tungau kerana tunggul kayu disangkanya hantu.

Hati waja Keras hati atau berani serta kuat semangat. Contoh: Orang yang berhati waja sahajalah yang sanggup mendaki Gunung Tahan itu.

Hentam kromo Membuat sesuatu dengan secara melulu tanpa berfikir terlebih dahulu. Contoh: Suatu kerja tidak akan berhasil kalau dilakukan secara hentam kromo sahaja.

Hidung belang Lelaki yang suka mengusik perempuan . Contoh: Pemuda hidung belang itu tersipu-sipu malu apabila dimarahi oleh seorang perempuan.

Hidung putih Lelaki yang suka mengusik perempuan. Contoh: "Kita harus berhati-hati jika berjumpa dengan lelaki hidung putih, nanti kita tidak boleh duduk diam dibuatnya," kata Jamilah.

Hidung tinggi Sombong dan bermegah diri. Contoh: Pemuda hidung tinggi itu tidak pernah menegur kami.

Hilang akal i. Tidak sedar akan diri / pengesan. ii. Gila. Contoh: i. Jamil hilang akal sebentar setelah jatuh dari tangga rumahnya. ii. Sekarang dia sudah hilang akal semenjak kematian kedua-dua orang tuanya .

Hilang harapan Kecewa atau tidak mempunyai keyakinan diri lagi. Contoh: Jangan mudah hilang harapan kerana setiap masalah tentu dapat diatasi.

Hilang ingatan Gila. Contoh: Dia sering bercakap seorang diri kerana sudah hilang ingatan.

Hilang semangat Tersentak kerana terperanjat.

Contoh: Mak Piah hilang semangat setelah mendengar berita kemalangan itu.

Hisap darah Mengambil keuntungan yang melampau . Contoh: Penjajah British menghisap darah rakyat Malaya dengan mengenakan cukai yang tinggi.

Hitam manis Kulit seseorang yang berwarna hitam kemerah-merahan. Contoh: Gadis yang berkulit hitam manis itu ialah anak dara Haji Hassan.

Hitam putih Perjanjian yang dibuat secara bertulis. Contoh: Perjanjian Pangkor adalah perjanjian hitam putih antara Sultan Perak dengan British.

Hujung dunia Sangat jauh. Contoh: Akmal bercita-cita mahu mengembara sehingga ke hujung dunia.

Hutang budi Kebaikan, jasa, pertolongan, dan pengorbanan yang diterima daripada seseorang atau sesuatu pihak. Contoh: Sesetegah budi orang kepada kita kadang-kadang menjadi hutang budi pula.

Hutang darah Perasaan dendam untuk menuntut bela atas kematian seseorang akibat dibunuh. Contoh: "Sekarang aku datang untuk menuntut hutang darah," kata Hang Tuah kepada lanun itu.

Hutang lapuk Hutang sudah lama tidak dibayar. Contoh: "Sekarang Ali Baba mahu berhutang lagi, sedangkan hutang lapuknya yang bertimbun belum dijelaskan," kata Kasim Baba kepada Mardianah.

Hutang nyawa Nyawa seseorang diselamatkan oleh orang lain. Contoh: "Omar sangat terhutang nyawa kepada pemuda itu kerana dialah Omar terselamat

daripada mati lemas," kata Siti kepada ayahnya.

Hutang sekeliling pinggang Terlalu banyak hutang. Contoh: "Kerja tidak mahu, makan besar, mahu hidup mewah, sekarang hutang kamu sudah keliling pinggang," kata Haji Daing.

Ibu angkat Wanita dijadikan ibu sendiri. Contoh: Puan Hasnah inilah yang menjadi ibu angkat saya semasa saya berada di Kelantan. Ibu kandung Ibu sendiri, ibu yang melahirkan anak sendiri. Contoh: "Inilah ibu kandung saya!" Encik Azmin memperkenalkan ibunya kepada kawankawannya.

Ibu keladi i. Orang tua berkelakuan seperti orang muda. ii. Ibu yang beranak banyak Contoh: i. Perempuan tua itu digelarkan ibu keladi kerana dia masih gemar berpakaian seperti anak muda. ii. Walaupun Mak Gayah digelar ibu keladi tetapi dia bangga kerana dapat melahirkan anak banyak.

Ibu pertiwi Negara sendiri; negara yang tempat tumpah darah. Contoh: Walaupun ke pelosok dunia dia pergi, namun hatinya tetap sayang dan ingat kepada ibu pertiwi yang tercinta.

Ikal mayang Rambut yang berombak-ombak. Contoh: Rambut Tuan Puteri Saadong panjang hingga paras lutut, hitam berkilat, dan ikal mayang.

Ikat janji Memeterai / membuat persetujuan. Contoh: Persatuan Mahasiswa ikat janji dengan Haji Leman untuk memajak tanah bagi melaksanakan projek pertanian kontang.

Ikat perut Mengurangkan makan kerana susah.

Contoh: Pada musim tengkujuh, kebanyakan kaum nelayan terpaksa ikat perut kerana tidak boleh mencari rezeki.

Ikut angin Mengikut pendapat orang ramai. Contoh: Kita mesti ikut angin orang ramai, kalau tidak tentu kita dianggap penentang mereka.

Ikut hati Mengikut kehendak hati. Contoh: "Kalau ikut hati aku, budak itu aku humbankan ke dalam laut sana," kata Pak cik Samat dengan perasaan marah.

Ikut jejak Meniru perbuatan / amalan orang yang terdahulu. Contoh: Afifi berazam ikut jejak abang dan kakaknya yang berjaya belajar sehingga ke peringkat universiti.

Ikut telunjuk Akur akan perintah orang. Contoh: Dia itu selalu ikut telunjuk isterinya dan menyebabkan dia kehilangan kawan.

Iri hati Dengki / cemburu. Contoh: Dia iri hati atas kejayaan yang dicapai oleh Ahmad dalam perniagaan.

Isi dada i. Perasaan yang terkandung dalam hati. ii. Kepandaian atau ilmu yang dimiliki. Contoh: i. Kamu mesti luahkan isi dada kamu itu kepadanya supaya dia faham akan keadaan sebenar. ii. Kamu mestilah isi dada kamu dengan ilmu sebanyak yang mungkin untuk mengharungi hidup pada zaman ini.

Isi hati Perasaan / fikiran. Contoh: Setelah Hilmi memberitahu isi hatinya kepada saya, barulah saya tahu mengapa dia sering termenung sejak akhir-akhir ini.

Isi perut

Perasaan / fikiran. Contoh: Kami tidak tahu isi perut Nazir kerana dia tidak mahu memberitahu perkara sebenar.

Itik bertaji Pengecut tetapi bercakap besar. Contoh: Kamu ini bagai itik bertaji, cakap sahaja besar tetapi kalau nampak musuh kamu sudah masuk ke lubang cacing.

Jadi abu Rosak/ musnah sama sekali. Contoh: Permuafakatan mereka sudah menjadi abu setelah berlakunya perselisihan pendapat.

Jadi alat Berkerja demi kepentingan orang lain tetapi hasilnya tidak dikongsi bersama. Contoh: Encik Azahar jadi alat kepada tauke Ah Meng dalam perniagaan itu, sedangkan dia tidak mendapat apa-apa habuan.

Jadi kaki Wakil pihak tertentu atau alat untuk mendapatkan sesuatu peluang. Contoh: Pemuda yang pergi ke rumah kamu tadi sebenarnya telah jadi kaki Haji Yusoff Tukang Emas pada masa dahulu.

Jadi landasan Orang dijadikan alat demi kepentingan pihak tertentu. Contoh: Mogan dijadikan landasan oleh sebuah syarikat kenderaan untuk menarik balik kereta yang gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanannya.

Jadi perkakas Bekerja demi kepentingan orang lain tetapi hasilnya tidak dikongsi bersama. Contoh: Dia ambil budak itu untuk dijadikan perkakas bagi membuat kerja-kerja dapur rumahnya, bukan dijadikan anak angkat sebagaimana yang dijanjikan. Jadi sebutan Selalu diperkatakan tentang kebaikan atau keburukan. Contoh: Sekarang dia sudah jadi sebutan orang, walaupun beberapa kali dia cuba melindungi perbuatan jahat itu.

Jadi umang-umang Bergaya dengan pakaian yang dipinjam. Contoh: Jenal sanggup jadi umang-umang semata-mata kerana ingin bergaya di atas pentas.

Jaga diri Memelihara tingkah laku dan adab sopan. Contoh: "Semasa berada di kampung orang hendaklah jaga diri, kalau tidak kamu akan dibenci orang," nasihat ayahnya.

Jaga hati Memelihara perasaan seseorang. Contoh: Jikalau kita mahu berkawan lama hendaklah kita jaga hati kawan kita.

Jalan belakang Tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan atau saluran yang sah dalam sesuatu urusan. Contoh: Sesuatu perkara atau urusan yang menggunakan jalan belakang adalah dianggap sebgai perbuatan yang tidak bermoral.

Jalan buntu Gagal mendapat persepakatan dalam sesuatu perbincangan. Contoh: Perundingan dalam mesyuarat itu menemui jalan buntu kerana tiada kata sepakat.

Jalan dahulu Meninggal dunia. Contoh: "Saya ingat saya yang akan mati dahulu kerana luka parah, rupa-rupanya dia jalan dahulu, padahal kami sama-sama diserang hendap oleh pengganas," cerita Sarjan Hassan.

Jalan keluar Penyelesaian untuk sesuatu masalah. Contoh: "Kita mesti mencari jalan keluar, jangan biarkan masalah ini berterusan sehingga boleh membawa kemusnahan pula," kata Cikgu Siva.

Jalan mati i. Jalan yang tidak ada jalan keluar atau tidak boleh diteruskan. ii. Jalan yang tidak digunakan lagi. Contoh: i. Rumahnya betul-betul terletak di hujung jalan mati. ii. Semenjak lebuh raya dibuka untuk orang ramai, jalan dekat dengan rumah saya menjadi jalan mati kerana tidak ada orang menggunakannya lagi.

Jalan pintas Jalan terdekat. Contoh: Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu telah membuat jejambat untuk kemudahan menyeberang jalan tetapi ramai pengguna jalan raya masih menggunakan jalan pintas.

Jalan tengah Tidak menyebelahi mana-mana pihak. Contoh: Dalam perkara itu, saya mengambil jalan tengah agar kedua-dua belah pihak berpuas hati.

Jantung hati Kekasih atau orang yang sangat dikasihi. Contoh: Ah Ling menjadi jantung hati kedua-dua orang tuanya, lebih-lebih lagi kerana Ah Ling adalah anak tunggal mereka.

Jatuh air muka Mendapat malu. Contoh: Jaga diri baik-baik semasa kamu berada di sana, jangan sampai jatuh air muka ibu di sini.

Jatuh hati Cinta kepada seseorang. Contoh: Seng Hock jatuh hati kepada Mei Ling tetapi dia berasa malu hendak memberitahu Mei Ling.

Jatuh sakit Tidak sihat / sering uzur / sakit. Contoh: Semenjak ibu jatuh sakit, saya tidak bekerja lagi di sana.

Jauh hati Merajuk. Contoh: Tidak baik jauh hati dengan ibu kamu.

Jejak-jejak bara Berkenaan barang yang bergantung / Hampir sampai ke tanah. Contoh: Kain langsir yang baru dibeli oleh Cikgu Minah nampaknya hanya jejak-jejak bara kerana kain tidak cukup panjang.

Jejak langkah Mencontohi perbuatan orang terdahulu. Contoh: Dalam adat-istiadat meminang, cubalah kita ikut jejak langkah orang-orang dahulu agar perundingan berjalan dengan lancar.

Jinak-jinak lalat Pergaulan yang tidak begitu mesra. Contoh: Mereka masih lagi jinak-jinak lalat, maklumlah mereka baru sahaja berkenalan.

Jinak-jinak merpati (Perempuan) nampak mesra tetapi sukar dipikat. Contoh: Anak gadis Pak Akub itu bagai jinak-jinak merpati. Jiwa besar Bercita-cita tinggi dan akan dilaksanakan cita-citanya. Contoh: Usaha pemimpin-pemimpin yang berjiwa besarlah, maka rakyat negara ini dapat menikmati kemerdekaan yang sejati.

Jiwa hamba Tidak yakin kepada diri sendiri dan tidak bercita-cita tinggi. Contoh: Jangan sekali-kali kita berjiwa hamba kerana kita dapat bersama-sama memajukan negara.

Jolok hati Menguji hati seseorang. Contoh: Mak Minah menjolok hati anak gadisnya kerana dia ingin tahu adakah anak gadisnya itu sudah mempunyai teman istimewa.

Jolok Mata i. Sangat jelas kelihatan atau sangat nyata. ii. Memberi malu. Contoh: i. Gadis-gadis sekarang suka memakai pakaian yang menjolok mata. ii. "Sudahlah makan minum kamu itu aku yang tanggung, kini kamu pula menjolok mata aku pada masyarakat di sini," kata Mak Yam.

Jual diri Menjadi pelacur. Contoh: Ramai wanita di negara jiran terpaksa menjual diri di negara ini kerana tekanan kemiskinan di negara mereka.

Jual mahal Tidak mudah menerima atau menyetujui sesuatu. Contoh: Dia sengaja bersikap jual mahal kerana dia tidak mahu membantu kita dalam masalah ini.

Jual minyak Lelaki yang suka memikat perempuan. Contoh: Jangan mudah percaya pada janji lelaki kerana sesetengah lelaki pandai jual minyak.

Jual murah Mudah atau lekas menerima atau menyetujui sesuatu. Contoh: Pak Hamid berasa menyesal kerana dia bersikap mudah jual murah semasa menjual tanah itu.

Kacang hantu Seseorang yang jahat atau nakal. Contoh: "Kalau ada budak kacang hantu itu, aku tidak dapat duduk senang dibuatnya," rungut Pak cik Noor.

Kaki ampu Memuji dengan tidak ikhlas / puji dengan harapan mendapat pembalasan. Contoh: Encik Adnan seorang kaki ampu itulah sebabnya dia cepat naik pangkat.

Kaki ayam Tidak beralas kaki. Contoh: Murid-murid sekolah sebelum merdeka pergi ke sekolah berkaki ayam.

Kaki bangku Tidak tahu bermain bola. Contoh: Orang yang kaki bangku layak duduk di tepi padang bola sebagai penonton sahaja.

Kaki bodek Memuji dengan tidak ikhlas / puji dengan harapan dapat balasan. Contoh: Orang kaki bodek sering ponteng kerja kerana dia pandai mengampu pegawai atasan.

Kaki botol Orang yang gemar minum minuman keras / ketagih arak. Contoh: Kaki botol itu ditahan oleh polis kerana dia memandu motokar dalam keadaan mabuk.

Kaki judi Suka berjudi Contoh: Setelah Pak Husin ditangkap oleh polis, barulah kami tahu dia rupa-rupanya kaki judi.

Kaki langit Bahagian langit yang kelihatan seperti bercantum dengan bumi. Contoh: Pada waktu senja, keadaan di kaki langit sungguh indah panoramanya.

Kaki lima Lantai di hadapan bangunan atau kedai di tepi jalan yang dijadikan tempat orang lalu-lalang. Contoh: Pihak berkuasa tempatan melarang penjaja-penjaja berniaga di kaki lima kerana menghalang laluan orang ramai.

Kambing hitam Orang yang dipersalahkan dalam sesuatu kejadian. Contoh: Encik Muthu tidak sanggup menjadi kambing hitam dalam kes bangunan runtuh sebelum siap baru-baru ini.

Kambing keramat Orang yang ditakuti dan bebas melakukan mengikut kehendak hatinya. Contoh: Semenjak menjadi pengurus besar dalam syarikat, dia dianggap sebagai kambing keramat kerana sering melakukan apa sahaja mengikut kehendak hatinya.

Karat hati Menyimpan niat yang tidak baik. Contoh: Walaupun dia nampak baik tetapi dia adalah karat hati. Kata dua Amaran terakhir yang mesti diikuti. Contoh: Orang-orang along memberi kata dua, sama ada bayar atau mati kepada peminjamnya.

Kata hati

Bisikan hati / perasaan yang timbul di dalam hati. Contoh: Kalau ikut kata hati saya, sekarang juga saya balik ke kampung halaman, tetapi apa boleh buat kerana masa belum mengizinkan lagi.

Kata putus Keputusan sesuatu rundingan. Contoh: Mesyuarat itu telah mengambil kata putus bahawa pertubuhan tersebut mesti membuka akaun di mana-mana bank yang teguh.

Kaya hati Pemurah / dermawan. Contoh: Kita berharap hartawan yang kaya akan mendermakan wang untuk mendirikan balai raya di daerah ini.

Kecil hati Kecewa. Contoh: Atas kesilapan ibu kamu yang sedikit itu, tidak patut kamu berkecil hati.

Kecut hati Penakut. Contoh: Kecut hati saya semasa terjumpa tapak harimau itu.

Kecut perut Penakut. Contoh: Apabila mendengar anjing menyalak sayu pada tengah malam, saya rasa seram dan kecut perut.

Kena tangan Kena tempeleng. Contoh: Pemuda yang cuba meragut beg Cik Zainab itu terus melarikan diri setelah kena tangan oleh orang ramai.

Kepala angin Berperangai luar biasa / tidak menentu. Contoh: Kami tidak begitu berani menegur Pak Hadi kerana dia kadang-kadang kepala angin.

Kepala batu Bersikap degil.

Contoh: "Kamu semua kepala batu kerana tidak mendengar nasihat saya," kata Cikgu Juriah.

Kepala dingin Tenang dan sabar. Contoh: Lim Ah Chai adalah jenis kepala kerana dingin apa jua masalah dia menghadapinya dengan tenang sahaja.

Kepala udang Bodoh / dungu. Contoh: Walaupun dia berkepala udang, tetapi dengan kesungguhan dan tekun, akhirnya berjaya juga mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan.

Kepiting batu Kedekut / lokek. Contoh: Orang kaya itu terkenal dengan gelaran kepiting batu kerana dia tidak suka menderma untuk kebajikan.

Keramat hidup Orang yang berperangai mulia, yakni jujur dan ikhlas. Contoh: Sungguhpun orang tua itu sudah lanjut usianya, namun dia dianggap keramat hidup kerana dia memiliki akhlak yang mulia.

Kerang busuk Tersengih-sengih tidak menentu. Contoh: Dia tersengih-sengih macam kerang busuk kerana berasa malu setelah kakinya terpijak tahi lembu.

Keras hati i. Cekal / gigih / tidak mudah putus asa. ii. Degil. Contoh: i. Robert berkeras hati mahu menyertai pertandingan mendaki gunung itu. ii. "Kamu jangan berkeras hati, nanti ayah kamu marah," nasihat Mak Eton kepada anaknya.

Keras hidung Menurut sesuka hati. Contoh: Jamilah membuat kerja mengikut keras hidungnya tetapi akhirnya dia terpaksa minta abangnya membantu.

Keras kepala

Degil. Contoh: Mat Jusuh memang keras kepala kerana segala cakap bapanya langsung tidak dipedulikan.

Keras lidah Susah hendak menyebut dengan baik. Contoh: Kalau sudah keras lidah baru hendak belajar bahasa Arab, tentu sebutannya tidak betul lagi.

Keras mulut Tidak mahu dan tidak mudah kalah dalam pertengkaran. Contoh: Mereka berdua itu memang sama-sama keras mulut, masing-masing tidak mahu mengaku kesilapan mereka. Keras tulang Kuat bekerja Contoh: Mat Nor memang keras tulang sebab itulah pendapatannya lebih sedikit.

Kera sumbang Berasa serba salah apabila berada dikhalayak orang ramai. Contoh: Johan kelihatan macam kera sumbang semasa berada di atas pentas itu.

Kering darah Tersirap darah kerana terlalu terkejut. Contoh: "Kering darah saya dibuatnya seekor ular yang hidup dicampakkan kepada saya," kata Jaliah.

Kering hati Kejam / tiada belas kasihan Contoh: Orang yang kering hati sahaja sanggup membunuh orang yang tidak berdosa.

Kerja tangan Kraftangan / kerja-kerja seperti anyaman-menganyam, ukir-mengukir, sulam-menyulam dan sebagainya. Contoh: Tudung saji itu adalah kerja tangan pelajar tingkatan lima sekolah ini.

Ketam batu Pelokek / kedekut. Contoh: Bukan Haji Bakri sahaja yang kedekut, Mak Yam pun jenis ketam batu juga.

Khabar angin Khabar yang tidak boleh dijadikan panduan / pegangan / dijadikan bukti. Contoh: Kamu jangan dengar khabar angin, nanti rosak rumah tangga kamu.

Kucing bertanduk Perkara yang tidak mustahil berlaku. Contoh: Kalau menunggu sampai kucing bertanduk pun, masa yang sudah berlalu itu tidak akan berulang lagi.

Kucing kurap Orang yang dipandang hina. Contoh: "Kalau tidak mempunyai harta dan pelajaran masyarakat akan memandang seperti kucing kurap terhadap kamu," kata ayahnya.

Kuku besi Pemerintahan yang zalim / kejam. Contoh: Pemerintah berkuku besi sudah digulingkan oleh rakyat.

Kurang adab Tidak bersopan / tidak beradab. Contoh: Jagalah tutur kata kamu dan jangan kurang adab semasa bercakap dengan orang tua.

Kurang ajar Tidak bersopan / tidak beradab Contoh: Anak yang kurang ajar tentulah akan memalukan muka kedua-dua orang tuanya.

Kutu embun Merayau waktu malam dengan tanpa tujuan atau sebab-sebab yang munasabah. Contoh: Pada pukul dua pagi masih kelihatan kutu embun merayau di jalan.

Kutu jalan Suka duduk di tepi jalan tanpa tujuan. Contoh: Ayah tidak mahu dengar lagi orang sebut kamu sebagai kutu jalan, Pak Mat marah kepada anaknya yang suka duduk di tepi jalan.

Lampu hijau Dapat isyarat kebenaran. Contoh: Encik Gang Guan Seng telah mendapat lampu hijau daripada ketua syarikatnya untuk membuka perniagaan baru.

Lancang mulut i. Gemar mengeluarkan kata-kata yang menyakiti orang. ii. Gemar membuka rahsia orang lain. Contoh: i. Rogayah lancang mulut sebab itulah orang tidak suka berkawan dengannya. ii. Orang yang lancang mulut menyebabkan ramai orang marah kepadanya.

Langkah baik Permulaan yang baik. Contoh: Satu langkah yang baik mesti diambil semoga urusan kerja tidak tergendala.

Langkah bendul Adik perempuan kahwin dahulu daripada kakaknya. Contoh: Adat orang Melayu, kalau adik mahu kahwin terlebih dahulu daripada kakak, bakal suami terpaksa membawa sedikit barang gantian sebagai bayaran langkah bendul.

Langkah kanan Bernasib baik. Contoh: Nampaknya kamu ini langkah kanan malam ini kerana dapat hadiah istimewa.

Langkah kiri Tidak nasib baik Contoh: Kamu memang langkah kiri apabila kamu tiba sahaja makanan itu habis dimakan orang. Langkah seribu Lari dengan tergesa-gesa kerana takut / pengecut / penakut. Contoh: Apabila Pak Mid melihat Encik Nodin datang, dia pun mula buka langkah seribu dan keluar ikut pintu belakang kedai.

Langkah sumbang Tersilap langkah dalam persilatan atau tarian. Contoh: Penari itu mula langkah sumbang apabila muzik tidak dapat dengar dengan jelas.

Langkah surut

Berundur. Contoh: Dalam pertempuran itu pihak musuh mula buat langkah surut kerana tidak terdaya melawan lagi.

Lapang dada i. Sabar. ii. Berasa senang hati. Contoh: i. Nasib baik saya boleh lapang dada lagi kalau tidak apa akan terjadi kepada budak nakal ini. ii. Sekarang saya sudah lapang dada kerana anak-anak sudah kahwin. Saya tidak ada tanggungjawab berat lagi.

Lapang hati i. Sabar. ii. Berasa senang hati. Contoh: i. Haji Daing memang seorang yang lapang hati segala masalah dihadapi dengan tenang. ii. Sekarang Encik Lim sudah lapang hati kerana segala kerja-kerja diserah kepada Encik Azahar untuk melaksanakannya.

Lapang perut Selalu hendak makan. Contoh: "Semenjak dari tadi lagi kamu tidak berhenti-henti makan memang kamu lapang perut," kata Lua.

Lapik perut Makan sedikit untuk menahan lapar atau sebelum mendapat makanan yang mengenyangkan. Contoh: Sebelum Encik Hafif pergi kerja dia mengambil sarapan pagi di kedai sebagai lapik perut.

Lari-lari anak Berjalan dengan pantas seperti hendak berlari. Contoh: Mak Yah lari-lari anak sambil memegang kayu di tangan kerana hendak menghalau lembu yang masuk kebun sayurnya.

Laut api Kebakaran besar. Contoh: Letupan loji minyak di Kurdis itu menyebabkan laut api yang dapat dilihat dari jarak yang jauh.

Lebai malang Bernasib malang.

Contoh: Berehim menjadi lebai malang pergi tempat kenduri di hulu nasi belum masak lagi, pergi ke hilir jamuan sudah habis.

Lemah hati Tidak tabah menghadap atau tidak tegas. Contoh: Encik Tan lemah hati apabila berhadapan dengan perempuan tua terus ia berundur.

Lemah semangat Lekas putus asa / kecewa. Contoh: Dalam urusan perniagaan kita tidak boleh lemah semangat nanti kerugian yang besar, kata Encik Lim.

Lembik tulang Tidak cergas. Contoh: Kalau lembik tulang tidak boleh kerja di sini kerana pekerja-pekerja di sini semuanya cergas.

Lena ayam Belum nyenyak lagi. Contoh: Raju masih lena ayam, walaupun sudah pukul dua pagi kerana memikirkan nasibnya masa hadapan.

Lengah mata Tidak hati-hati. Contoh: Kemalangan mungkin dapat dikurangkan jika semua pemandu mengawal diri daripada lengah mata.

Lepas angin Sia-sia belaka. Contoh: Pergaduhan antara kedua-dua belah pihak itu tidak dapat diselesaikan, bagai melepas angin sahaja, kerana masing-masing tidak mahu bertolak ansur.

Lepas ayam Boleh berbuat sesuka hati. Contoh: Pemuda nakal itu tidak berani bersikap lepas ayam lagi kerana polis sedang memerhati gerak-gerinya.

Lepas cakap

i. Terlanjur kata. ii. Suka mengata orang. Contoh: i. Saya minta maaf kerana lepas cakap tadi. ii. Kalau kita selalu lepas cakap, nanti orang akan marah kepada kita.

Lepas diri i. Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal. ii. Tidak mahu bertanggungjawab. Contoh: i. Hasnah lepas diri daripada apa-apa kegiatan dalam itu kerana dia sangat sibuk. ii. Dia lepas diri daripada masalah itu kerana dia memang tidak bersalah.

Lepas geram Lakukan sesuatu bagi menghilangkan rasa marah. Contoh: Encik Jone melepas geram dengan menghentakkan kepalanya ke dinding kerana terlalu marah. Lepas tangan Tidak mahu bertanggungjawab atas sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Contoh: Dia lepas tangan dengan mudah sahaja, sedangkan dia telah melakukan perkara tersebut.

Lidah bercabang Cakap berdolak-dalih (Selalu berubah-ubah). Contoh: Encik Moge tidak dipercayai lagi oleh majikan kerana sikap lidah bercabang.

Lidah biawak Cakap bohong / berdolak-dalih. Contoh: Disebabkan dia lidah biawak, semua kawannya tidak percaya lagi kepadanya.

Lidah pendeta Kata-kata daripada orang yang bijaksana yang dalam maksudnya. Contoh: Kata-kata hikmat di dalam buku itu merupakan lidah pendeta yang sangat berguna untuk dijadikan teladan.

Lintah darat Mengambil hasil / faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan. Contoh: Dia tidak ubah seperti lintah darat kerana setiap pinjaman diberi dikenakan faedah yang tinggi.

Lipas kudung Pantas dan cekap membuat kerja.

Contoh: Encik Amin sungguh pantas membuat kerja, bagaikan lipas kudung, kerana sekejap sahaja sudah siap kerjanya.

Luar biasa Ganjil / tidak seperti kelaziman. Contoh: Budak cacat anggota berjaya memperoleh 5A dalam UPSR adalah kebolehan luar biasa.

Luar dugaan Tidak disangka-sangka. Contoh: Kejayaan sebuah sekolah di pedalaman itu mencatat keputusan UPSR dengan cemerlang memang di luar dugaan.

Lupa daratan Berbuat sesuatu yang melampaui batas. Contoh: Semenjak dapat harta pusaka yang banyak, dia sudah lupa daratan dengan berjoli sesuka hati.

Lurus hati Ikhlas. Contoh: Pak Mat memegang bendahari Syarikat Kayu Tanjung Mas sehingga ke akhir hayat kerana dia seorang lurus hati.

Mabuk asmara Keadaan seperti orang gila / hilang akal kerana jatuh cinta. Contoh: Orang yang mabuk asmara hidupnya tidak tentu hala bagaikan orang gila.

Mabuk cendawan Keadaan seperti orang gila / hilang akal. Contoh: Sejak bila pula kamu ini mabuk cendawan sehingga pakaian tidak terurus dan makan minum tidak terjamah?

Mabuk darah i. Pening kepala kerana melihat darah. ii. Pengsan kerana banyak keluar darah. iii. Mengamuk setelah melihat darah. Contoh: i. Ah Meng tidak berani menolong orang kemalangan yang kerana dia sendiri mudah mabuk darah. ii. Katygishu mabuk darah kerana darahnya banyak keluar. iii. Dengan tidak semena-mena, orang tua itu mabuk darah dan mengamuk tidak tentu hala disebabkan oleh kemalangan itu.

Mabuk kepayang Keadaan seperti orang gila / hilang akal kerana jatuh cinta. Contoh: Semenjak putus cinta, dia tidur tidak lena dan makan tidak kenyang macam orang mabuk kepayang.

Main angin Selalu berubah (berputar belit) percakapannya. Contoh: Orang yang main angin tidak boleh dipegang kata-katanya.

Main kasar Bertindak atau bercakap kasar. Contoh: "Awak jangan main kasar dengan saya, nanti saya adukan kepada polis," kata Zainal.

Main kayu tiga Berpura-pura buat baik dengan tujuan berbuat jahat. Contoh: "Saya tidak percaya pada kamu lagi sebab kamu pernah main kayu tiga dengan saya," Ah Pock memberitahu Ah Ming.

Makan angin Bersiar-siar untuk melapangkan fikiran. Contoh: Encik Shamsul makan angin ke Jepun untuk menghilangkan penat lelah berkerja sepanjang masa.

Makan angkat Suka dipuji-puji. Contoh: Kalau mahu suruh Kak Piah membuat kerja, puji-pujilah sedikit, maklumlah dia itu suka makan angkat.

Makan bawang Marah dalam hati. Contoh: Cikgu Minah makan bawang apabila dia mahu marah kepada sesiapa. Makan benak Menarik keuntungan yang besar. Contoh: Kedai Aladin nampaknya makan benak pada musim perayaan tahun ini.

Makan besar

Jamuan makan minum / kenduri. Contoh: Syarikat perniagaan itu membuat makan besar di Pantai Cahaya Bulan kepada anakanak buahnya.

Makan budi Menerima kebaikan orang lain. Contoh: Jangan mudah termakan budi, nanti kita pula akan berasa serba salah.

Makan bunga Mengambil faedah daripada apa-apa yang dipinjam. Contoh: Along makan bunga yang tinggi atas pinjaman yang diberi dan inilah yang menyebabkan peminjam tidak mampu membayar.

Makan dalam Pendiam tetapi banyak berfikir. Contoh: Orang yang bijak suka bertindak dengan makan dalam daripada berbuat bising.

Makan diri Sesuatu perkara yang merosak diri sendiri. Contoh: Jangan berbuat sebarang perbuatan jahat kerana setiap kejahatan akan makan diri.

Makan gaji Bekerja dengan pihak lain untuk mendapat upah tenaga. Contoh: Pak Yaakub nampak berbelanja besar semenjak dua orang anaknya sudah makan gaji dengan kerajaan.

Makan garam Orang yang telah lama hidup dan banyak pengalaman. Contoh: Haji Akub yang makan garam dahulu senang sahaja menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang muda.

Makan hati Terlalu dukacita. Contoh: Sapinah makan hati semejak kematian suami dan hilang tempat bergantung.

Makan nasihat Menerima nasihat yang diberikan. Contoh: Dia itu bodoh kerana tidak makan nasihat orang.

Makan puji Gemar dipuji setelah melakukan sesuatu pekerjaan. Contoh: Orang makan puji biasanya akan melakukan kerja dengan baik lagi, sekiranya kita beri pujian atas usahanya.

Makan suap Menerima rasuah. Contoh: Orang yang makan rasuah itu sudah ditahan oleh pihak berkuasa.

Makan tanggung Sara hidup ditanggung oleh orang lain. Contoh: Sekarang Pak Hamid dan isteri makan tanggung sahaja kerana anak-anaknya yang memberi wang perbelanjaan pada setiap bulan.

Makan tuan Mengena tuannya sendiri (Senjata). Contoh: Parang itu nampak sahaja tumpul, tetapi boleh makan tuan jika tidak digunakan dengan betul.

Malu kucing Berpura-pura malu. Contoh: Jali malu-malu kucing semasa berjumpa dengan Jenab.

Mandi kerbau Mandi dengan tidak bersihkan badan. Contoh: Mereka mandi kerbau sahaja kerana kesuntukan masa.

Mandi peluh Kerja kuat sehingga mengeluarkan peluh yang banyak. Contoh: Pak Kadir bermandi peluh kerana membaiki rumahnya yang dipukul ribut.

Manis mulut Pandai berkata-kata. Contoh: Sejuk hati apabila berbicara dengan Kak Norma, maklumlah dia seorang yang manis mulut.

Masam muka Tidak bertegur sapa. Contoh: Puan Zainab sudah lama bermasam muka dengan jiran sebelah rumahnya.

Masuk ajar Menerima nasihat orang. Contoh: Yaziz seorang yang mudah masuk ajar kerana segala nasihat orang-orang tua diikutinya. Masuk akal Tidak mustahil / boleh diterima / munasabah. Contoh: Pendapat yang dikemukakan oleh Encik Kim Hock memang masuk akal.

Masuk angin i. Sakit kerana kesejukan/ sakit perut ( kembung). ii. Makanan yang telah rosak disebabkan terdedah kepada udara. Contoh: i. Anak Encik Hamid sakit perut kerana masuk angin. ii. Kuih itu tidak boleh dimakan lagi kerana telah masuk angin.

Masuk campur Ambil tahu urusan orang lain. Contoh: Pak Kadir terpaksa masuk campur mengenai perselisihan Pak Him dengan Pak Lat.

Masuk tangan Ambil tahu urusan orang lain. Contoh: Encik Kadir masuk tangan dalam hal urusan projek yang dilakukan oleh Encik Rahman.

Mata air Orang yang dikasihi. Contoh: Semenjak tidak dapat bertemu dengan mata airnya, dia kelihatan muram sahaja.

Mata duitan Tamak akan wang. Contoh: "Kamu jangan berkahwin dengan perempuan mata duitan, nanti kamu menanggung beban," nasihat ibunya.

Mata kayu Buta huruf / tidak boleh membaca.

Contoh: Orang yang buta kayu sahaja tidak boleh membaca perkara yang semudah itu.

Mata keranjang Lelaki yang suka kepada perempuan. Contoh: Lelaki mata keranjang memang tidak boleh lihat perempuan yang cantik sedikit, dia mula hendak mengusik.

Mata percarian Pekerjaan yang menjadi sumber rezeki. Contoh: Mengambil upah menebas dan menebang itulah mata pencarian Zainuddin sejak dari muda lagi.

Mata petai Mata yang tidak dapat lihat dengan betul. Contoh: Goh yang mata petai itu terpaksa duduk di barisan hadapan kelas untuk memudahkan dia melihat tulisan di papan hitam.

Mati akal Tidak tahu apa yang hendak dilakukan / buntu. Contoh: Encik Kamil meminta pendapat daripada Encik Samy kerana dia sudah mati akal untuk menyelesaikan masalah itu.

Mati celik Meninggal dunia sebelum mendapat apa yang dihajati. Contoh: Dia mati celik kerana tidak sempat mendiami rumah yang baru dibinanya itu.

Mati katak Mati sia-sia / tidak dipedulikan. Contoh: Pemuda itu mati katak dalam kemalangan lumba haram tersebut.

Minta diri Minta izin untuk pulang / minta kebenaran. Contoh: Sebelum kamu keluar dewan, minta izin dengan pengerusi terlebih dahulu.

Minta doa Minta pertolongan / perlindungan daripada Tuhan. Contoh: Hajah Minah berdoa agar anak cucunya sentiasa berada dalam selamat sejahtera.

Minta jalan Minta izin untuk lalu / lintas. Contoh: Pak Utih minta jalan daripada Pak Hamid untuk lalu di atas jambatan yang sempit itu.

Minta kasih Mengharap kasih sayang. Contoh: Budak itu minta kasih dari ibu tiri sejak ibu kandung meninggal dunia.

Minta nyawa Minta supaya jangan dibunuh atau diseksa. Contoh: Semasa zaman Jepun dulu, Pak Rashid pernah minta nyawa semasa dia diseksa oleh tentera Jepun, dan mujurlah dia terselamat.

Muka baru Orang baru masuk / ceburi dalam sesuatu bidang. Contoh: Encik Asraf adalah orang baru dalam persatuan itu.

Muka dua Berpura-pura terhadap kedua-dua belah pihak. Contoh: Orang yang bermuka dua tidak boleh diberi kepercayaan kerana ini boleh menyebabkan berlaku perpecahan. Muka-muka Berpura-pura / tidak ikhlas. Contoh: Saya tahu dia bermuka-muka sahaja kerana ingin menyembunyikan perkara sebenar.

Muka selamba Muka yang tidak berubah-ubah sama sedih atau riang gembira. Contoh: Encik Mahmud selalu membuat muka selamba apa apabila menghadapi sesuatu masalah.

Muka tebal Tidak tahu malu. Contoh: Memang budak itu buat muka tebal apabila dia hendak sesuatu daripada kita.

Muka tembok

Tidak tahu malu. Contoh: Budak-budak nakal itu memang muka tembok sebab mereka tidak tahu malu melepak di tepi jalan.

Mulut masin Kata-kata yang biasa menjadi kenyataan. Contoh: Ramai orang tidak berani membantah keputusan yang dibuat oleh Pak Haji Samad kerana mulutnya masin.

Mulut murai Suka bercakap banyak. Contoh: Pagi-pagi lagi sudah terdengar suara bising Mak Bidah sebab dia itu mulut murai.

Mulut tempayan Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia. Contoh: Perkara rahsia seumpama ini janganlah diketahui oleh mulut tempayan, nanti akan heboh pula seluruh kampung.

Murah hati Suka menderma, tidak kedekut / tidak penyayang / tidak bakhil. Contoh: Orang yang bersifat murah hati selalu membantu sesiapa yang memerlukan pertolongan.

Murah rezeki Banyak rezeki. Contoh: Sejak akhir-akhir ini, Pakcik Naim murah rezeki, kerana dia dapat berniaga di pasar borong pada sebelah malam.

Musuh dalam selimut Musuh yang sangat dekat atau yang ada dalam lingkungan sendiri. Contoh: Negara kita harus berhati-hati terhadap musuh dalam selimut agar negara kita tidak menjadi porak-peranda.

Naik angin Lekas hendak marah. Contoh: Berhati-hati dalam tutur kata kerana, sedikit berlaku kesilapan menyebabkan orang naik angin.

Naik darah Menjadi marah. Contoh: "Kamu bercakap berhati-hati sedikit, jangan buat aku naik darah," Vellu memarahi Gopal.

Naik gaji Mendapat gaji (bayaran upah kerja) yang lebih tinggi. Contoh: Encik Armin sudah naik gaji yang lebih baik setelah memegang jawatan baru.

Naik geram Menjadi marah. Contoh: Saya naik geram apabila saya tengok muka budak-budak nakal itu.

Naik kepala Membuat sesuatu yang melampau batas. Contoh: "Jangan biarkan anak-buah naik kepala, nanti susah kita mentadbirnya," nasihat Encik Lim kepada Encik Rama.

Naik lemak Menjadi terlalu manja. Contoh: Afif naik lemak semenjak tinggal bersama neneknya di kampung.

Naik minyak Menjadi marah dan mengganas (menyerang). Contoh: Gembala gajah tidak boleh berbuat apa-apa apabila gajah betina itu naik minyak.

Nama baik Kehormatan diri / maruah diri. Contoh: Kita hendaklah menjaga nama baik kita, keluarga kita dan barulah kita dipandang mulia.

Nasib baik Beruntung. Contoh: Lisa bernasib baik kerana dia tidak mendapat kecederaan yang teruk dalam kemalangan itu.

Neraka dunia Kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan.

Contoh: Semenjak dari muda sehinggalah sekarang, hidup lelaki itu sentiasa penuh derita bagai hidup di neraka dunia. Nyawa-nyawa ikan Hampir-hampir mati. Contoh: Semasa ditemui di pesisir pantai, dia dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan nasib baiklah dapat diselamatkan.

Nyiur setandan Ahli dalam sesebuah keluarga yang tidak sama perangai dan tingkah lakunya. Contoh: Nyiur setandan tidak sama isinya, apatah lagi murid-murid di dalam bilik darjah.

Omong kosong Berangan -angan kosong / cakap kosong. Contoh: Janganlah beromong kosong kerana tiada sebarang faedah.

Orang asing Orang dari tempat lain. Contoh: Kita hendaklah berwaspada dan jangan mudah percaya pada orang asing yang masuk ke kampung kita.

Orang atasan Orang yang berkedudukan / berpangkat tinggi. Contoh: "Ini adalah perintah orang atasan dan saya terpaksa patuh," kata Sarjan Muin.

Orang baru i. Anak yang baru dilahirkan. ii. Orang yang baru berpindah / menetap di sesuatu tempat. Contoh: i. "Tahniah Encik Yusoff kerana mendapat orang baru!" kata Encik Hassan . ii. Haji Ayub menjemput orang baru itu ke majlis kesyukuran di rumahnya.

Orang bawahan Orang yang berpangkat rendah. Contoh: Jangan memandang hina tehadap orang bawahan kerana tanpa orang bawahan sesuatu kerja tidak dapat dilaksanakan.

Orang besar Orang yang berpangkat tinggi. Contoh: Semenjak menjadi orang besar, Encik Zainuddin jarang-jarang balik ke kampung kerana sangat sibuk.

Orang buangan Orang yang diasingkan di tempat lain kerana hukuman politik atau jenayah berat. Contoh: Kebanyakan penduduk di Australia ialah orang buangan dari England pada zaman pemerintahan Queen Victoria yang pertama.

Orang dalam Orang yang bekerja dalam istana raja. Contoh: Jiran saya bekerja sebagai orang dalam di istana lama.

Orang dapur Orang perempuan / kaum ibu / isteri. Contoh: Perbelanjaan anak-anak dan belanja dapur, saya serahkan kepada orang dapur untuk menguruskannya.

Orang gaji Orang suruhan / pembantu rumah. Contoh: Pada masa sekarang, saya tidak memerlukan orang gaji lagi kerana anak-anak sudah besar.

Orang halus Makhluk yang tidak dapat lihat dengan mata kasar seperti orang bunian, jin dan syaitan. Contoh: Berita kehilangan tiga orang kanak-kanak dilarikan oleh orang halus telah mendapat liputan akhbar sepenuhnya kerana kononnya dilarikan orang halus.

Orang harapan Orang yang sangat dipercayai. Contoh: Azam menjadi orang harapan dalam pasukan bolasepak itu.

Orang kebanyakan Orang yang bukan berasal daripada golongan bangsawan. Contoh: Pada zaman dulu, orang-orang kebanyakan tinggal di desa-desa dan bekerja sebagai petani atau nelayan.

Orang lama Orang berpengalaman. Contoh: Encik Busu adalah orang lama dalam syarikat perniagaan itu.

Orang luar Orang dari tempat lain. Contoh: Sekarang sudah ramai orang luar datang berhijrah dan bermastautin di kampung saya.

Orang mendatang Bukan penduduk asal sesebuah kampung atau negeri / negara. Contoh: Orang yang mendatang dari luar negara tidak diberi hak untuk memilih wakil rakyat.

Orang rumah Isteri. Contoh: Pagi-pagi lagi Encik Shahrul dan orang rumahnya pergi ke pasar borong.

Orang serambi Lelaki Contoh: Encik Safiq baru mendapat cahaya mata orang serambi. Orang tengah Orang yang menjadi perantara. Contoh: Tan Sri Razali adalah orang tengah yang sangat disegani oleh ketua-ketua kerajaan di sebelah Asia.

Otak cair Cepat memahami sesuatu. Contoh: Orang otak cair mudah memahami maksud dan matlamat sesuatu perkara.

Otak telur Bodoh / dungu. Contoh: Kalau sudah otak telur, apa-apa yang dicakapkan, dia tidak faham.

Otak udang Bodoh / dungu. Contoh: Kalau otak udang, belajar pun susah hendak pandai.

Pahit getir Pelbagai kesulitan / kesukaran. Contoh: Untuk mencapai kesenangan terpaksa menempuh segala pahit getir terlebih dahulu.

Pahit manis Suka duka dalam kehidupan. Contoh: Sudah menjadi lumrah bahawa dalam hidup ini ada pahit manisnya.

Pahit maung Pelbagai kesulitan / kesukaran. Contoh: Segala pahit maung dalam hidup ini haruslah dihadapi dengan tabah.

Pak Pandir Orang yang lurus dan bodoh. Contoh: Kamu ini seperti Pak Pandir kerana segala yang disuruh kamu tidak faham, Joyah memarahi budak nakal itu.

Pak turut Ikut sahaja arahan orang lain / akur. Contoh: Jangan jadi pak turut tanpa menggunakan akal, jika mahu menjadi orang pandai.

Paling tadah Menyebelahi pihak lain / bertukar kesetiaan. Contoh: Encik Junan sudah berpaling tadah, sekarang dia telah menyebelahi pihak lawan kita pula.

Panas baran Cepat marah. Contoh: Orang panas baran tidak boleh dijadikan kawan kerana jika berlaku sedikit kesilapan kita pula kena marah.

Panas darah Cepat marah. Contoh: Orang muda memang mudah panas darah kerana lebih suka menurut perasaan.

Pandang berat Ambil perhatian / serius. Contoh: Kerajaan kita mengambil berat tentang kemasukan orang asing ke negara kita.

Panjang akal Tidak sempit fikiran.

Contoh: Kalau hendak memilih pemimpin pilihlah orang yang panjang akal agar tidak timbul sebarang kesulitan dalam urusan pentadbiran.

Panjang langkah Suka berjalan. Contoh: "Awak ini betul-betul panjang langkah, tengah malam baru pulang hendak tidur," Mak Timah memarahi suaminya.

Panjang lebar Dihurai dengan satu persatu / dihurai dengan lebih terperinci. Contoh: Pak Mat memberitahu mahkamah dengan panjang lebar bagaimana berlakunya rompakan itu.

Panjang lidah Menceritakan sesuatu hal orang lain. Contoh: Mak Tih panjang lidah ke seluruh kampungnya mengenai peristiwa buruk itu.

Panjang mulut Menceritakan sesuatu hal orang lain. Contoh: Jangan panjang mulut mengenai hal orang lain kerana perbuatan itu tidak baik.

Panjang muncung Suka menceritakan hal orang lain. Contoh: Berita buruk ini kalau diketahui oleh Jenab tentu panjang muncunglah dia ke seluruh kampung.

Panjang tangan Suka mencuri. Contoh: Saraswati terpaksa memberhentikan pembantu rumahnya kerana panjang tangan. Panjang umur Hidup lama. Contoh: Kami berdoa agar ayah dan ibu sentiasa sihat dan panjang umur.

Pasang badan Berhias diri. Contoh: Kadang-kadang kami berasa lucu juga kerana Pak Min selalu pasang badan supaya kelihatan seperti orang muda.

Pasang kaki Mengupah seseorang untuk mendapat maklumat. Contoh: Pihak polis pasang kaki untuk mengintip kegiatan pemuda yang disyaki mengedar dadah itu.

Pasang telinga Mendengar perbualan secara sembunyi-sembunyi / dengan teliti. Contoh: Kita mestilah pasang telinga betul-betul semasa guru sedang memberi penerangan.

Pasar gelap Tempat yang menjalankan urus niaga dengan secara haram. Contoh: Harga kain batik Indonesia di pasar gelap adalah jauh lebih murah.

Patah hati Kecewa / putus harapan (orang berkasih). Contoh: Jamal patah hati kerana kekasih hatinya sudah dirampas orang.

Patah kaki Tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada penolongnya. Contoh: Semenjak jual kereta itu, patah kaki betul saya kerana tidak dapat pergi ke manamana.

Patah kandar Hilang tempat bergantungan. Contoh: Semenjak kematian ayahnya, keluarga mereka hilang tempat bergantung bagaikan patah kandar.

Patah kemudi Hilang kepimpinan. Contoh: Kematian seorang pemimpin tertinggi di dalam sesebuah negara tentulah ibarat patah kemudi bagi golongan rakyatnya.

Patah nafsu Hilang selera. Contoh: Semenjak demam hampir sebulan, dia patah nafsu hendak makan.

Pecah tembelang

Membuka rahsia atau keburukan seseorang. Contoh: Dia suka pecah tembelang dikhalayak orang ramai.

Pejam mata Tidak mahu ambil tahu hal orang lain. Contoh: Haji Ariffin buat pejam mata sahaja apabila sesuatu hal berlaku di kampungnya.

Pekak badak Pura-pura buat tidak dengar (tuli). Contoh: Bujal buat pekak badak sahaja apabila ibu bapa memarahinya.

Peluang keemasan Peluang yang paling baik. Contoh: Sekarang mahasiswa mendapat peluang keemasan untuk melanjutkan pelajaran ke seberang laut.

Peluk tubuh Berdiam diri / malas berusaha. Contoh: Masih ada lagi orang-orang Melayu yang berpeluk tubuh, dan sikap inilah yang menyebabkan orang Melayu mundur dalam perniagaan.

Pembuka selera Makanan yang dapat menimbulkan nafsu orang hendak makan. Contoh: Kuih-kuih Melayu tradisional boleh menjadi pembuka selera.

Pencuci mulut Makanan manis dimakan selepas makan nasi. Contoh: Kuih buah tanjung adalah antara pencuci mulut yang digemari oleh orang Kelantan.

Pendek akal Tidak luas fikiran / pengetahuan / ikhtiar dan sebagainya. Contoh: Jangan pendek akal, gunakan fikiran sedikit, tentu kamu akan peroleh hasrat kamu itu.

Pening lalat Pening-pening sedikit. Contoh: Saufi rasa pening-pening lalat kerana tidak cukup tidur.

Penyapu baru Orang yang baru bekerja. Contoh: Dol rajin kerja kerana dia penyapu baru. Perang dingin Bergaduh dengan tidak bercakap. Contoh: Nampaknya perang dingin antara mereka berdua itu sudah bermula.

Perang mulut Pertengkaran yang mengeluarkan kata-kata yang kesat. Contoh: Pada mulanya perang dingin, tetapi akhirnya membawa kepada perang mulut.

Pikul senjata Berperang. Contoh: Tentera kita sanggup pikul senjata demi mempertahankan maruah negara.

Pilih bulu Mengutamakan sesuatu bangsa / keturunan / kaum. Contoh: Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia tidak memilih bulu dalam hal pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke seberang laut.

Pilih kasih Mengasihi sesuatu pihak / berat sebelah dalam membuat sesuatu keputusan. Contoh: Berlaku kekecohan di kalangan pemain bolasepak adalah disebabkan pengadil membuat keputusan secara pilih kasih.

Pintas jalan i. Mengikut jalan atau laluan yang lebih dekat. ii. Merampas peluang orang lain. Contoh: i. Kita terpaksa pintas jalan untuk ke kampung mereka kerana kesuntukan masa. ii. Kekayaan yang diperoleh itu bukanlah haknya yang sebenar, dia banyak menggunakan pintas jalan.

Pisau cukur Perempuan yang suka menghabiskan wang (harta) lelaki. Contoh: Pak Rauf habis harta kerana berkahwin dengan perempuan pisau cukur.

Potong jalan i. Mengikut jalan atau laluan yang lebih dekat. ii. Merampas peluang orang lain.

Contoh: i. Untuk sampai ke pondok itu, kita terpaksa potong jalan. ii. Dia selalu potong jalan orang lain menyebabkan dia tidak dihormati, walaupun dia kaya.

Potong leher Menjual sesuatu barang dengan harga terlalu tinggi. Contoh: Restoran di Jalan Permai itu suka potong leher, itulah sebabnya pelanggan lari.

Pukul curi Memukul seseorang secara curi-curi. Contoh: Dia itu memang terkenal dengan pukul curi.

Pungutan suara Hal untuk mendapat undi rakyat untuk membuat sesuatu perkara. Contoh: Kerajaan di negara itu mengadakan pungutan suara untuk menentukan masa hadapan rakyatnya.

Puteri lilin Orang tidak tahan berpanas. Contoh: Cik Juliet digelar puteri lilin di sekolah Laksamana kerana mengajar Pendidikan Jasmani sambil menggunakan payung.

Putih hati Ikhlas / jujur. Contoh: Dengan rasa rendah diri dan putih hati, saya terima wang derma ini dan akan serahkan kepada bendahari masjid.

Putih mata Terlepas peluang / kecewa kerana gagal memperoleh sesuatu yang dihajati. Contoh: Penjaga gol itu berputih mata kerana gagal menangkap bola tersebut.

Putih tulang Sanggup mati demi mempertahankan negara dan agama atau sesuatu yang disayangi. Contoh: Tentera kita sanggup berputih tulang demi mempertahankan negara tercinta ini.

Putus akal Buntu / tidak tahu apa yang harus dilakukan. Contoh: Suaminya tidak ada, anaknya pula menangis tidak berhenti-henti sejak dari tadi lagi menyebabkan Puan Hasnah putus akal.

Putus asa Kecewa / hilang harapan. Contoh: Zaharah hampir putus asa untuk mengubat anaknya yang sakit teruk.

Putus hati Tidak berubah. Contoh: Mak Esah sudah putus hati tidak mahu menjual tanah itu.

Putus ikhtiar Buntu fikiran / tidak tahu apa yang harus dibuat. Contoh: Puan Tam Ah Bah putus ikhtiar mengenai penyakit ganjil yang dihidapi oleh anaknya.

Putus nyawa Mati. Contoh: Selagi kita tidak putus nyawa, selagi itulah kita mesti berikhtiar untuk hidup . Quran buruk Orang yang tidak dihormati lagi, walaupun pernah berjasa pada suatu ketika dahulu. Contoh: Orang tua itu menjadi Quran buruk kerana anak-anak muda tidak mengetahui jasanya terhadap kampung itu.

Rabun ayam Penglihatan yang kurang jelas pada waktu senja. Contoh: Pak Mail terpaksa dipimpin oleh anaknya sewaktu berjalan pada waktu senja kerana dia rabun ayam.

Raja sehari Pengantin. Contoh: Tidak lama lagi Encik Afiq akan menjadi raja sehari.

Rambang mata Sukar membuat pilihan. Contoh: Cik Hasnah sudah rambang mata kerana banyak kain hendak dipilih.

Rapuh hati Mudah tersinggung.

Contoh: Orang yang rapuh hati tidak boleh bertahan lama kerja dengan majikan yang selalu mengeluarkan kata-kata yang pedas.

Rapuh iman Tidak kuat iman. Contoh: Orang yang rapuh iman mudah tergoda dengan pelbagai perbuatan haram.

Rendah diri Tidak sombong. Contoh: Memang layak memilih Tuan Haji Sabri menjadi imam kerana seorang yang alim dan rendah diri.

Rendah hati Tidak sombong. Contoh: Encik Bashir seorang hartawan, namun beliau selalu bersikap rendah hati.

Rezeki mahal Sukar / jarang-jarang mendapat keuntungan. Contoh: Jangan mudah berputus asa jika rezeki mahal dalam perniagaan kerana suatu hari nanti mungkin mendapat untung lumayan.

Rezeki murah Mudah mendapat keuntungan. Contoh: Rahman mendapat rezeki murah semenjak dia berniaga di tempat baharu itu.

Ringan kepala Mudah mengerti / memahami / mudah diajar. Contoh: Budak yang ringan kepala itu senang diajar ilmu pengetahuan.

Ringan lidah Peramah. Contoh: Isteri Encik Hasim ringan lidah, tidak kira siapa dia bertegur sapa.

Ringan mulut Cepat bercakap. Contoh: Budak ini ringan mulut kerana umurnya tidak sampai setahun sudah boleh mengajuk percakapan.

Ringan tangan Suka mencuri. Contoh: Kita mesti berwaspada kalau budak itu datang ke rumah kerana dia ringan tangan.

Ringan tulang Rajin. Contoh: Orang yang ringan tulang memang mudah mendapat rezeki.

Sabung nyawa Menempuh bahaya. Contoh: Nelayan-nelayan kita terpaksa menyabung nyawa kerana mencari rezeki di tengah lautan.

Sagu hati Ganjaran sebagai penghargaan. Contoh: Encik David memberi sagu hati kepada pekerja-pekerjanya kerana syarikatnya memperoleh untung lumayan.

Sakit hati Berasa tersinggung / marah. Contoh: Pak Pandir sakit hati mendengar Mak Andih berleter.

Sakit kepala Pening kepala. Contoh: Mary membatalkan hasratnya mahu pergi ke majlis itu kerana dia sakit kepala.

Sakit mata Berasa kurang senang / benci apabila melihat sesuatu. Contoh: "Sakit mata saya apabila melihat perempuan keluar rumah tidak bertudung," kata Haji Hamid. Sakit telinga Sesuatu yang kurang enak didengar. Contoh: Sakit telinga saya apabila mendengar muzik rock yang bising itu.

Salah faham Tidak mengerti / tidak faham perkara yang sebenar. Contoh: Punca mereka bermasam muka ialah kerana salah faham tentang perkara itu.

Salah langkah Tindakan / keputusan yang tidak tepat. Contoh: Tok Mamat berasa menyesal kerana salah langkah menjual tanah itu dengan harga yang murah.

Salah orang i. Bukan orang yang dimaksudkan. ii. Bukan orang yang dipersendakan. Contoh: i. Maafkan saya kerana salah orang! ii. "Jangan awak salah orang kerana kawan saya ini berniat jujur," kata Jamilah.

Salah pilih Tersilap pilih. Contoh: Dia tersilap pilih menantu, mahu mendapat menantu yang baik, tetapi rupa-rupanya mendapat menantu yang jahat macam hantu.

Salah sangka Tidak tepat sangkaannya. Contoh: Jangan menuduh secara melulu, nanti awak salah sangka!

Samar muka Keadaan gelap pada waktu senja / kelihatan tidak jelas. Contoh: Pak Seman pergi ke rumah Encik Hisham dalam samar muka kerana ada hal penting.

Sambil lalu Sambil lewa / tidak sepenuh hati. Contoh: "Kalau emak suruh buat kerja, kau buat sambil lewa sahaja, itulah sebabnya kuih itu jadi rosak," kata Mak Milah.

Sampah masyarakat Orang yang tidak berguna kepada orang ramai dan berakhlak buruk pula. Contoh: Kamu hendaklah belajar bersungguh-sungguh supaya tidak menjadi sampah masyarakat kelak.

Sampai ajal Mati. Contoh: Taatlah kepada perintah Allah, sebelum sampai ajal.

Sampai bulan Sampai waktunya hendak bersalin. Contoh: Puan Lisa dimasukkan ke hospital sehari sebelum dia sampai bulan.

Sampai hati Tergamak / sanggup. Contoh: "Sampai hati Jusuh memukul anak sampai berdarah," kata Penghulu Din.

Saudara baru Orang yang baru memeluk agama Islam; mualaf. Contoh: Kerajaan kita memberi bantuan sebanyak RM500.00 sebulan sebagai sara hidup kepada saudara baru.

Saudara kandung Adik beradik seibu sebapa. Contoh: Dia itu saudara kandung saya, walaupun berlainan warna kulit.

Saudara tiri Adik beradik ibu atau bapa lain. Contoh: Walaupun dia adalah saudara tiri saya, namun hubungan kami tetap seperti adikberadik.

Sebatang kara Seorang diri. Contoh: Orang tua miskin itu hidup sebatang kara di pondok buruk tersebut.

Sebesar kuman Sangat kecil. Contoh: "Aku tidak akan beri harta walau sebesar kuman kepada kamu, jikalau kamu berdegil mahu kahwin dengan Osman," kata ibunya.

Sehelai sepinggang Tidak mempunyai harta benda kecuali yang dipakai sahaja. Contoh: Keluarga mereka tinggal sehelai sepinggang sahaja kerana rumah mereka hangus terbakar.

Sehidup semati

i. Sangat setia. ii. Sanggup menempuh segala kesenangan dan kesusahan. Contoh: i. Mereka berjanji akan sehidup semati sehingga ke akhir hayat. ii. Mereka berdua sudah berikrar sehidup semati walau menempuh pelbagai masalah dan halangan.

Sejuk hati Hilang perasaan marah / reda. Contoh: "Sejuk hati aku apabila mendengar khabar mengatakan perbuatan itu bukan dia yang melakukannya," ujar Haji Abdullah. Sekangkang kera Kawasan / tanah yang sempit. Contoh: "Tanah yang sekangkang kera jangan dijual, miliklah bersama antara kamu tiga beradik itu," pesan Haji Yusoff.

Selisih faham Perbezaan pendapat. Contoh: Mereka sering berselisih faham tentang perkara yang remeh-temeh.

Sempit akal Tidak bijak / tidak panjang fikiran. Contoh: "Perkara yang semudah itu jangan kamu sempit akal untuk menyelesaikannya," jelas Johan.

Sempit dada Tidak dapat menahan perasaan marah. Contoh: "Ayah kamu sempit dada mendengar berita tentang perbuatan kamu yang tidak senonoh itu," kata Mak Limah kepada anaknya.

Senang hati Berasa puas hati / lepas daripada masalah. Contoh: "Saya sudah senang hati sekarang kerana projek yang dirancang itu sudah berjaya," kata Pak Akub.

Senapang bambu Hebat dari segi rupa / suara tetapi pengecut. Contoh: Janganlah kamu takut dengan Daraman itu kerana dia ibarat senapang bambu, bercakap sahaja besar tetapi hatinya penakut.

Sengkang mata

Berjaga / tidak tidur malam kerana membuat sesuatu. Contoh: Ibu sanggup bersengkang mata kerana menjaga anak yang sedang sakit.

Sentuh perasaan Menimbulkan rasa terharu, sedih, dan sebagainya. Contoh: Puisi yang deklamasikan oleh Haji Talib berjaya menyentuh perasaan pendengar sehingga menitis air mata.

Senyum kambing Senyum yang dibuat-buat untuk mengejek. Contoh: Jangan pedulikan dia kerana dia sengaja senyum kambing untuk menyakitkan hati kita.

Senyum simpul Senyum yang menandakan gembira. Contoh: Meriani senyum simpul apabila kami mengatakan suaranya lemak merdu.

Senyum tawar Senyum dibuat-buat ketika berduka. Contoh: Siti Asiah senyum tawar apabila ada orang datang menziarahinya selepas kematian ayahnya.

Separuh mati Terlalu penat / letih. Contoh: Budak itu dipukul sehingga separuh mati.

Serah diri Memberi diri kepada orang yang berkuasa. Contoh: Pengganas komunis meletak senjata dan menyerah diri kepada kerajaan Malaysia.

Serah kalah Mengaku kalah Contoh: Pertubuhan Parti Komunis Tanah Melayu yang diharamkan telah menyerah kalah kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1963.

Serkap jarang Menuduh / meneka secara rambang. Contoh: Pihak polis tidak buat tangkapan secara serkap jarang, kalau tidak ada bukti kukuh.

Setengah masak Fikiran yang kurang matang. Contoh: Dia itu umur sahaja dewasa tetapi fikirannya setengah masak.

Setengah tiang Tidak siuman. Contoh: Gadis itu rupa parasnya cantik tetapi setengah tiang.

Silap mata Permainan yang mengelirukan penonton. Contoh: Satu persembahan silap mata akan diadakan dewan serbaguna pada malam ini.

Simpan hati Menyimpan cita-cita untuk mendapatkan sesuatu. Contoh: Dia berusaha sungguh-sungguh dalam bidang perniagaan kerana dia menyimpan hati menjadi jutawan.

Singkat akal Akal yang cetek. Contoh: Cubalah fikir dengan baik dan jangan singkat akal untuk menyelesaikan masalah itu. Singkat tangan Kedekut / lokek. Contoh: Hulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan pertolongan dan jangan pula kita singkat tangan.

Suntuk akal Tidak luas fikiran / pengetahuan. Contoh: Saya tidak sanggup menerima jawatan itu kerana saya masih suntuk akal lagi.

Tabah hati Cekal / kuat semangat. Contoh: Tabahkan hati menempuh gelombang hidup di dunia yang penuh pancaroba ini.

Tahan hati Cekal. Contoh: Negara kita memerlukan pemuda yang tahan hati dan tahan lasak sebagai pewaris

negara.

Tahan lasak Kuat dan cekap. Contoh: Kalau tidak tahan lasak jangan cuba mendaki gunung itu.

Tahi judi Orang yang selalu berjudi. Contoh: Mak Minah tidak terima pemuda tahi judi menjadi menantunya.

Tahi lalat Bintik / tanda hitam pada kulit manusia. Contoh: Tahi lalat di atas bibir Latifah Omar menjadi daya penarik sebagai bintang filem enam puluhan.

Tahi minyak Cerewet / banyak kerenah. Contoh: Susah untuk memujuk Pak Itam supaya menerima cadangan itu kerana dia memang tahi minyak.

Tajam akal Cepat memahami sesuatu. Contoh: Tentulah senang berbincang dengan orang tajam akal kerana tidak berlaku salah faham.

Tajam hati Fikiran pintar. Contoh: Amalan rajin membaca tentulah akan menjadikan kita tajam hati.

Tak kering gusi Selalu ketawa. Contoh: Lawak Jamali Sadat membuat penonton tak kering gusi.

Tali arus Banyak sekali tidak putus-putus (orang lalu-lalang). Contoh: Pada musim perayaan, kenderaan bertali arus menggunakan jalan raya ini.

Tali barut Barua / orang yang menjadi suruhan pihak tertentu dalam usaha mendapatkan rahsia. Contoh: Dalam filem 'Sarjan Hassan', Salleh Kamil berlakon sebagai watak tali barut tentera Jepun.

Tanda mata Hadiah menjadi kenangan. Contoh: Setiap pelancong yang datang ke mari akan membeli barang-barang buatan Malaysia sebagai tanda mata.

Tangan terbuka Sukacita menerima sesuatu. Contoh: "Saya sedia menerima dengan tangan terbuka," kata Ramasami.

Tangkai hati Orang yang disayangi. Contoh: Encik Lim Ah Chang membeli sebentuk cincin untuk tangkai hatinya.

Tangkai jering Kedekut / pelokek Contoh: Tidak usahlah meminta apa-apa derma daripada hartawan itu kerana dia memang tangkai jering.

Tangkap buta Menangkap orang tanpa soal siasat. Contoh: Polis tidak pernah tangkap buta jika tidak ada bukti.

Tangkap muat Bertindak / melakukan sesuatu tanpa teliti terlebih dahulu. Contoh: "Awak jangan tangkap muat begitu sahaja kalau tidak ada bukti," kata Dollah.

Tarik diri Tidak menyertai. Contoh: Encik Kassim tarik diri dalam pertandingan merebut jawatan pengerusi dalam persatuan tersebut. Taruh hati Berkenan di hati / menyukai kepada seseorang Contoh: Encik Farid taruh hati kepada anak gadis Pak Haji Awang kerana hendak dijadikan

isterinya yang sah.

Tawar hati Kurang semangat / minat kepada sesuatu untuk melakukan. Contoh: Saya tawar hati untuk membeli barang-barang di kedai itu kerana harganya mahal.

Tegang leher Tidak mengaku kalah / berkeras. Contoh: Encik Nawi masih lagi bertegang leher dalam hal itu, walaupun dia benar-benar bersalah.

Tegang urat Tidak mengaku kalah / berkeras. Contoh: Pak Leh bertegang urat untuk mempertahankan pendapatnya dalam mesyuarat itu.

Teguh hati Tidak ubah pendiriannya. Contoh: Teguh hati sungguh pemuda itu, walaupun beberapa kali diugut, namun dia tetap tidak berubah pendiriannya.

Telinga kuali Tahan dimarah oleh orang lain. Contoh: Mat Jusuh buat telinga kuali sahaja apabila dimarahi oleh ibunya.

Telinga lintah Mempunyai pendengaran yang baik / tajam Contoh: Kami menyangka dia tidak mendengar percakapan kami, tetapi rupa-rupanya dia itu telinga lintah.

Telinga nipis Cepat marah. Contoh: Encik Hock sedar dirinya seorang yang telinga nipis dan dia terpaksa keluar dari dewan sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

Telinga tempayan Seseorang yang degil dan tidak mahu dengar kata-kata orang lain. Contoh: Dia itu telinga tempayan kerana segala nasihat guru tidak dipedulikannya.

Teman hidup Suami / isteri. Contoh: Cik Siti Hamidah sanggup menjadi teman hidup Pak Haji Zahir, walau perbezaan umur mereka jauh.

Temu muka Berjumpa / bersua. Contoh: Kali terakhir saya bertemu muka dengan beliau ialah semasa beliau datang ke pejabat ini dahulu.

Terang fikiran Mudah memahami sesuatu. Contoh: Pilihlah orang yang terang fikiran untuk menjadi ahli jawatankuasa persatuan ini.

Terang hati Mudah memahami sesuatu. Contoh: Budak itu terang hati kerana sejak umur enam tahun sudah khatam Al-Quran.

Terang tanah Waktu hampir siang. Contoh: "Apabila terang tanah bolehlah kamu berangkat," nasihat ayahnya.

Tetap hati Tidak berubah fikiran. Contoh: Dia tetap hati kerana apa yang dikatakan itulah yang dilakukannya.

Tidur ayam Tidur yang kurang nyenyak. Contoh: Semalam saya tidur-tidur ayam sahaja kerana baru pindah rumah.

Tidur mati Tidur yang sangat nyenyak. Contoh: Saya tidur mati semalam kerana tidak sedar Pak Jah datang ke rumah saya.

Tiga suku Perangai yang agak-agak kegila-gilaan. Contoh: Saya harap kita jangan ambil hati sangat terhadap budak itu kerana dia tiga suku.

Tikam lidah Bertengkar untuk menegakkan kebenaran. Contoh: Tiada guna bertikam lidah kerana perbuatan sedemikian tidak memberikan sebarang manfaat.

Tinggi diri Bercakap membangga-banggakan diri. Contoh: Semenjak anaknya sudah berjawatan tinggi, Pak Mat sudah pandai meninggi diri. Tinggi hati Bercakap membangga-banggakan diri. Contoh: Dia suka meninggi hati, walaupun kejayaannya tidaklah seberapa.

Tin kosong Bercakap besar tetapi tiada kenyataan. Contoh: Pak Him itu tin kosong kerana bercakap sahaja besar tetapi hasilnya tidak ada.

Titik peluh Hasil usaha. Contoh: Rumah itu dibina daripada titik peluhnya sendiri.

Tolak ansur Toleransi / berlebih kurang dalam sesuatu hal. Contoh: Sikap tolak ansur yang diamalkan oleh rakyat Malaysia menjadi asas kepada perpaduan.

Tulang belakang Orang yang penting / penggerak utama dalam sesuatu organisasi. Contoh: Encik Gopal merupakan salah seorang daripada tulang belakang persatuan itu.

Tulang empat kerat Anggota badan. Contoh: Selagi masih ada tulang empat kerat ini, saya akan berusaha sendiri tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

Tumbuk rusuk Mengamalkan rasuah.

Contoh: Perbuatan tumbuk rusuk adalah haram di sisi undang-undang negara dan agama Islam.

Tunjuk muka Memperlihatkan diri dalam sesuatu majlis. Contoh: Maniam tidak tunjuk muka pun dalam majlis perjumpaan itu.

Tunjuk perasaan Perbuatan menyatakan pendapat / bantahan dan sebagainya dengan perarakan atau rapat umum, demonstrasi. Contoh: Para pekerja di syarikat itu mengadakan tunjuk perasaan kerana majikan mereka tidak membayar gaji.

Turun tangan Melibatkan diri dalam urusan orang lain. Contoh: "Jangan kamu cuba turun tangan dalam pertengkaran mereka, nanti kamu pula diseret bersama oleh polis," kata Encik Kamarul.

Tutup malu Melakukan sesuatu untuk mengelak daripada malu. Contoh: Pemuda itu tidak dapat tutup malu lagi kerana perbuatan jahatnya sudah terbongkar.

Tutup mata Sengaja tidak mahu mengambil tahu. Contoh: Mengapakah kamu tutup mata dan tidak laporkan segera kesalahan tersebut?

Tutup mulut Tidak mahu beritahu / diam. Contoh: Budin mengugut Atan supaya tutup mulut mengenai perbuatan jahatnya itu.

Ular air Sudah hilang bisa / keberanian / bacul Contoh: Salleh sudah jadi ular air kerana dia telah diseret ke penjara.

Ulat buku Rajin membaca. Contoh: Abang saya jarang bermain bola sepak kerana dia ulat buku.

Ulat bulu Orang lelaki yang miang / gatal suka mengacau perempuan. Contoh: Zahari terkenal dengan gelaran ulat bulu kerana dia suka mengacau perempuan.

Untung batu Tidak bernasib baik. Contoh: Kalau malas berusaha, ke mana pergi pun tentu dapat untung batu.

Untung sabut Sentiasa bernasib baik. Contoh: "Saya ini untung sabut kerana hari ini mendapat untung lebih tinggi," kata tauke Lim.

Urut dada Menahan perasaan. Contoh: Pak Khalid mengurut dada apabila diberitahu anaknya mendapat sebuah kereta yang dihadiahkan oleh ibu mentuanya.

Usul periksa Mencari sesuatu kepastian sebelum bertindak. Contoh: Dengan tidak usul periksa, Jenab terus memarahi kepada Mat Jusuh yang melintas di belakang rumahnya. Wang hantaran Wang yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan sebagai perbelanjaan perkahwinan mereka. Contoh: Encik Talib sanggup memberi wang hantaran beberapa banyak yang diminta, asalkan anak gadis Haji Hassan sanggup berkahwin dengannya.

Wang kopi Wang yang diberikan kepada seseorang dalam usaha mendapatkan sesuatu. Contoh: Dia telah memberi wang kopi terlebih dahulu kepada tuan rumah supaya rumah itu tidak terlepas kepada orang lain.

Wang muka Wang bayaran sebagai pendahuluan sebelum dapat barang yang dibeli. Contoh: Puan Ai Ling membayar wang muka sebanyak RM7,000 untuk membeli kereta baru.

Wang panas Wang yang mudah diperoleh. Contoh: Encik Rahman mendapat wang panas kerana menjadi orang tengah dalam urusan jual tanah itu.

Wang pendahuluan Wang bayaran sebagai pendahuluan sebelum mendapat barang yang dibeli. Contoh: Jika hendak membeli sebuah rumah, sediakan wang pendahuluan sebanyak 10 peratus daripada harga.

Wang saku Wang diberi sebagai belanja. Contoh: Encik Hamid memberi wang saku kepada anaknya sekali seminggu.

Wang sogok Wang yang diberi kepada seseorang dalam usaha untuk mendapatkan sesuatu. Contoh: Pemuda itu ditangkap oleh polis semasa cuba memberikan wang sogok kepada pegawai itu.

Yatim piatu Anak yang mati kedua ibu bapa. Contoh: Pada pagi Hari Raya, kita harus bersedekah kepada anak-anak yatim.

Zaman atom Zaman kini. Contoh: Dalam zaman atom ini, kita haruslah menjadi orang terpelajar.

Zaman batu Zaman manusia hidup di dalam gua. Contoh: Muzium negara akan mengadakan pameran mengenai manusia zaman batu pada minggu hadapan.

Zaman meleset Masa / zaman susah. Contoh: Selepas perang dunia kedua, negara kita menghadapi zaman meleset.

Zaman puntung berasap

Zaman dahulu kala. Contoh: Pada zaman puntung berasap, haiwan-haiwan berbadan besar tidak seperti haiwan sekarang.