Anda di halaman 1dari 2

SEBERKAS LIDI Di petani dengan Mereka hujung kampung ada seorang tua.

Dia tinggal bersama-sama isterinya yang sudah uzur. ada lima orang anak lelaki.

Anak-anak lelaki mereka sudah besar tetapi mereka malas bekerja. Mereka mahu makan sahaja. Petani itu sangat risau tentang anak-anaknya. Anakanaknya sering berdengki dan selalu bergaduh. Pada suatu hari, petani itu dapat suatu akal. Dia memanggil anak-anaknya. Dia menasihati anak-anaknya. Petani itu memberi sebatang lidi kepada setiap orang anaknya. Dia menyuruh anak-anaknya mematahkan lidi itu. Semua anak-anaknya dapat mematahkan lidi itu. Kemudian, petani itu mengambil pula seberkas lidi. Dia berikan kepada tiap-tiap orang anaknya. Dia menyuruh anaknya mematahkan lidi itu. Mereka tidak dapat mematahkan seberkas lidi itu. "Kamu ibarat sebatang lidi. Senang sahaja dipatahkan," kata petani itu. "Kalau kamu bermuafakat seperti lidi seberkas, kamu tidak akan dikalahkan oleh orang lain," nasihat petani itu lagi. Anak-anaknya berbaik-baik semula. Mereka bermuafakat menolong ibu bapa mereka. Mereka membuat kerja bersama-sama. Ternakan mereka semakin banyak. Ladang mereka subur. Petani itu sangat gembira kerana anak-anaknya sudah saling bekerjasama. NILAI MURNI Hidup bermuafakat akan sentiasa membawa berkat.