Anda di halaman 1dari 18

KANDUNGAN

1.0

Soalan 1 Terangkan Faktor-Faktor Yang Boleh Digunakan Untuk Meramal Hujan

2. 0

Soalan 2 Terangkan Bagaimana Ahli Gelologi Mengenalpasti Klasifikasi Batu Yang Dijumpai Di Sesuatu Tempat

3.0

Soalan 3 Bincangkan Perkaitan Di Antara Ekliptik Dengan Altitut Dan Azimuth Matahari Setiap Hari Di Tempat-Tempat Yang Berbeza

4.0

Soalan 4 Bincangkan Perkaitan Pergerakan Bulan Mengelilingi Bumi Dan Masa Terbit Dan Terbenam Bulan

1.0

TERANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MERAMAL HUJAN

1.1

Konsep Hujan Hujan merupakan kerpasan cecair, berlawanan dengan jenis kerpasan bukan cecair

seperti salji, hujan batu dan hujan ais. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali sebagai virga. Hujan adalah sesuatu yang tidak dirancang namun boleh dijangkakan dengan mengetahui faktor bagaimana hujan akan berlaku.

1.2

Faktor Yang Boleh Membantu Dalam Meramal Hujan Hujan boleh diramal dengan beberapa cara. Berikut adalah beberapa faktor yang

boleh membantu dalam meramal hujan iaitu:

a)

Melihat pada jenis awan Hujan boleh diramal berdasarkan awan di langit. Jika kita dapat lihat langit mendung dan gelap dengan awan cumulonimbus atau nimbostratus maka ia adalah awan yang berpotensi membawa hujan.

i)

Awan cumulonimbus Awan cumulonimbus ini merupakan awan gelap yang membawa banyak jumlah hujan kerana awannya yang lebih besar kerana ia mempunyai partikel air di dalamnya. Hujan dapat diramal dengan melihat awan tersebut yang akan hujan lebat. Warna hitam pekat di bawah awan cumulonimbus ini membawa makna awan inisangat berat dan akan hujan serta guruh dan kilat bersama.

Rajah 1: Awan cumulonimbus

ii)

Awan Nimbostratus Awan nimbostratus juga awan yang membawa hujan yang mantap dengan saiz awan yang tebal dan hitam pekat.

Rajah 2: Awan nimbostratus iii) Awan stratocumulus Awan stratocumulus adalah awan rendah berbentuk lembaran-lembaran berwarna abu-abu atau keputih-putihan atau campuran keduanya. Awan yang tebal, luas, dan bergumpal-gumpal ini biasanya membawa hujan renyai.

Rajah 3: Awan stratocumulus

iv)

Awan Altocumulus juga boleh menghasilkan hujan renyai. Ini kerana terdapat awan hitam yang memberat namun saiz awan yang kecil menyebabkan tidak banyak hujan yang akan turun. Ini kerana kurang partikel air yang telah dikondensasi oleh awan.

Rajah 4: Awan Altocumulus

b)

Suhu persekitaran Hujan juga boleh diramal dengan merasa suhu panas dan angin panas dengan tibatiba. Suhu panas boleh dirasa walaupun awan mendung belum kelihatan. Ini kerana udara panas naik keatas untuk mengalami proses kondensasi supaya partikel air lebih banyak di dalam awan akan disejukkan dan turun menjadi air hujan.

c)

Tekanan udara Tekanan udara juga menjadi penyebab hujan. Kita dapat meramal hujan apabila dapat melihat tekana udara di bawah rendah menjadikan udara lebih ringan untuk naik ke atas. Fenomena ini ini menyebabkan cuaca mendung dan angin yang kuat. i) Arus udara Sejuk Arus udara sejuk ini berlaku apabila terdapat udara sejuk di bahagian belakang arus yang menolak masuk di bahagian bawah udara panas, dan menyebabkan udara panas naik ke bahagian atas lapisan udara, apabila udara panas ini dipaksa naik ke atas, wap air dalam udara panas ini akan termeluwap dan menjadi awan dan hujan yang mungkin akan lebat sepanjang laluan arus udara sejuk ini.

ii)

Arus udara panas. Arus udara panas ini boleh digunakan untuk meramal hujan. Udara panas ini terhasil dimana jisin udara pans bergerak ke jisim udara sejuk. Disebabkan udara panas adalah kurang tumpat, ianya mudah tergelincir dan melalui udara sejuk. Pada mulanua, awan cirrus mungkin terbentuk diikuti oleh awan stratus dan beberapa mendapan sama ada hujan ataupun salji.

Hujan dan suhu adalah berkait rapat antara satu sama lain.Hujan terjadi disebabkan mendakan yang meningkat apabila arus udara panas terhasil

daripada jisim udara panas yang mana udara naik keatas dan menyejuk, seterusnya menyebabkan hujan. Apabila suhu dijadikan tanda aras kepada hujan, apabila suhu sejuk, kemungkinan hari akan hujan kerana awan menyerap titisan air yang sejuk, kondensasi berlaku dan akhirnya meneyebabkan mendakan hujan.

d)

kelajuan angin Kelajuan angin merupakan salah satu factor untuk meramal hujan. Angin laju dan panas tiba-tiba akan menunjukkan bahwa hujan akan turun kerana awan hujan bergerak bersama dengan tiupan angin. Semakin tinggi perubahan tekanan yang ada semakin kuat tiupan angin.Angin . Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak. Angin ini membawa hawa sejuk dari pergunungan dan anginserta hujan yang banyak.

Kawasan yangmempunyai tekanan yang tinggi mempunyai tekanan yang lebih tinggi daripada kawasan sekeliling. Perbezaan tekanan ini boleh menghasilkan angin. Pada kawasan ini, udara adalah lebih tumpat daripada kawasan yang mempunyai tekanan rendah. Hal ini menyebabkan udara akan bergerak daripada kawasan yang mempunyai tekanan yang tinggi ke kawasan yang tekanan rendah. Angina akan bertiup daripada kawasan yang bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan rendah.

Bagi kawasan yang pertekanan rendah, angin biasanya bertiup daripada kawasa yang rendah tekanan disebabkan udara, seperti gas yang mana bergerak dari kawasan yang tekanan tinggi ke tekanan rendah. Apabila angina bertiup di kawasan yang rendah tekanan, udara akan akan bergerak ke atas. Pergerakan udara yang

ditujah ke atas iniboleh menyebabkan bembentukan angina dan menghasilkan hujan.

e)

Kadar Sejatan Faktor kadar sejatan juga mempengaruhi hujan. Keadaan berawan dan suhu merupakan dua faktor terpenting yang saling berkait. Hari yang berawan bermakna kurangnya cahaya matahari dan seterusnya, kekurangan sinaran matahari akanm enyebabkan suhu yang rendah. Ujian daripada data-data sejatan menunjukkan bahawa bulan-bulan berawan atau berhujan mempunyai kadar sejatan yang rendah, sementara bulan kering adalah bulan yang mempunyai kadar sejatan yang tinggi.

2.0

TERANGKAN BAGAIMANA AHLI GELOLOGI MENGENALPASTI KLASIFIKASI BATU YANG DIJUMPAI DI SESUATU TEMPAT

2.1

Pengenalan

Rajah 5: Jenis Batuan

Ahli geologi mengklasifikasikan batu berdasarkan kawasan batu itu dijumpai. Mereka akan mengenal pasti dahulu kawasan batu itu dijumpai dan seterusnya akan mengklasifikasikan batuan yang dijumpainya sepert kawasan:

i) ii) iii)

kawasan itu dari kawasan gunung berapi, kawasan lombong arang batu, kawasan granit kuari

Walaupun kawasan batuan yang dijumpai tidak semestinya dapat menentukan jenis batuan tersebut dengan tepat namun hal ini dapat membantu ahli geologi menentukan jenis batuan tersebut. Ahli geologi juga memerhatikan tekstur batuan untuk mengklasifikasikan jenis batuan dijumpainya. Mereka juga meneliti tekstur batuan yang merangkumi elemenelemen yang menggabungkan batu tersebut serta partikal-partikal batuyang terdapat dalam batu tersebut. Hal ini adalah penting bagi menentukan jenis batutersebut. Ahli geologi mengklasifikasikan batuan kepada beberapa jenis iaitu batuan jenisigneous, batuan jenis sedimentary dan batuan jenis metamorphic.

a)

Klasifikasi Batuan Igneus Batuan jenis igneous boleh diklasifikasikan sebagai batu yang terhasil secara intrusive

ataupun extrusive iaitu bergantung kepada bagaimana batu ini terhasil. Selain itu, itu batuan ini juga diklasifikasikan batu-batu oleh magma ini iaitu dengan mengetahui dari mana mereka membentuk.

Batuan Igneus merupakan batuan yang terbentuk sama ada pada permukaan bumi ataupun di bawah permukaan bumi melalui penyejukan magma yang melimpah keluar atau terperangkap di bawah kerak bumi. Batuan Igneus yang terbentuk pada permukaan bumi disebut Batuan Igneus Ekstrusif. Manakala batuan yang terbentuk di bawah permukaan bumi disebut Batuan Igneus Intrusif atau batuan plutonik.

Terdapat dua jenis pembekuan magma yang membentuk batuan igneus iaitu granitik (asid) dan basaltik (bes). Granitik membentuk batuan plutonik (seperti granite dan rhyolite) dan basaltik membentuk batuan volkanik (seperti basalt dan gabbro). Beberapa contoh batuan igneus yang terdapat di Malaysia seperti Granite (Tampin, N.S. dan Kuala Lumpur), Rhyolite (Lanchang, Pahang), Basalt (Segamat, Johor dan Kuantan, Pahang) dan Gabbro (Wakaf Tapai, Terengganu)..

Selain itu batu igneus terbahagi kepada dua jenis iaitu plutonik dan volkanik. Jenis plutonik mengalami penyejukan yang perlahan dan membenarkan butiran kristal yang terbentuk bersaiz besar berbanding dengan jenis volkanik yang mengalami penyejukan yang cepat dan membenarkan butiran kristal terbentuk bersaiz kecil.

Bagi batu ingneous jenis batu basaltic, batuan ini adalah tumpat dan bewarna hitam. Batuan ini terhasil daripada magma yang kaya dengan iron dan magnesium dan mempunyai jumlah silica yang sedikit. Batu igneous jenis batuan granitic pula adalah batu yang berwarna terang, pudar, kurang tumpat daripada batu jenis basaltic.

Magma granitic ini adalah tebal dan kaku serta mempunyai banyak silica tetapi mempunyai mineral iron dan magnesium yang kurang. Kemudian, geologi mengenalipasti batu igneous ini dengan mengenal pasti batu andesitic iaitu jenis batu yang mempunyai komposisi diantara batu jenis basaltic dan batu jenis granitic.

Batu Gabbro

Batu Basalt Rajah 6: Batuan Igneus

Batu Rhyolite

Berikut merupakan pengkelasan batu igneus berdasarkan ciri-cirinya Komposisi kimia Mineral dominan Granitik Kuarza Andesitik Amphibol Basaltik Piroksen Ultramafik Olivin

Feldspar kalium

Feldspar perantara

Feldspar kaya kalsium

Peroksin

Feldspar kaya natrium Afanitik Tekstur Farenitik Granit Rhyolit Diorit Andesit Gabbro Basalt Periodotit Komatit (jarang) Porfinitik Porfonifik diletakkan pada nama di atas jika batu - berfenokris (phenocrysts). Berkaca Warna batu berdasarkan % mineral gelap) 0% - 25% Obsidian Pumice 25% - 45% 45% - 85% 85% - 100%(

b)

Klasifikasi Batuan Sedimen Batuan sedimen adalah batuan yang terbentuk sebagai hasil pemadatan endapan yang

berupa bahan lepas. Hutton (1875; dalam Sanders, 1981) menyatakan Sedimentary rocks are rocks which are formed by the turning to stone of sediments and that sediments, in turn, are formed by the breakdown of yet-older rocks.

Batu jenis sedimentary pula adalah sejenis batuan yang mengeras bersama pasir dan tanah liat yang berwarna perang ke kelabu. Kebanyakan batuan ini mempunyai bahan-bahan fosil,bijiran mineral, air, serta ais. Sebenarnya jenis batuan ini terhasil apabila sediment ini dimampatkan dan tersusun bersama. Batuan jenis metamorphic pula diklasifikasikan mengikut ciri-cirinya. Biasanya batuan jenis ini adalah keras dan kuat,mempunyai banyak warna serta mempunyai kilatan mika.

Berikut merupakan ciri-ciri batu sedimen detrital dan kimia: Batu sedimen detrital Saiz zarah Kasar (> 2mm) Nama mendakan Gravel (zarah bulat) Gravel (zarah berbucu) Sederhana (1/16 ke 2mm) Halus (1/16 ke 1/256 mm) Sangat halus (< 1/256 mm) Batu sedimen kimia Komposisi Calcite Tekstur Halus ke kasar, berkristal Nama batu Crystalline Batu kapur Tavertine Bercengkerang, pecahan Coquina Pasir Lumpur Lumpur Nama batu Conglomerate Breccia Batu pasir Siltstone Shale

cengkerang disimen longgar Pelbagai saiz cengkerang, Batu kapur pecahan cengkerang disimen dengan simen calcite cengkerang mikroskopik Kapur

tanah liat Kuartza Kristal yang sangat halus ,Chert (warna cerah) Flint (warna gelap) Gipsum Halite Fragmen tumbuhan yang berubah Halus ke kristal kasar Halus ke kristal kasar Butiran halus bahan organik Batu gipsum Batu garam Arang bitumen

Para ahli geologi mengklasifikasikan sesuatu batuan itu dengan menguji saiz bijiran batu serta tekstur batuan tersebut. Bagi saiz bijiran, bijiran mineral yang kasar boleh dilihat oleh mata kasar dan mineral-mineral yang terlibat boleh dikenalpasti dengan menggunakan kanta pembesar. Klasifikasi batuan juga dibuat dengan menguji kekerasan bautuan tersebut.

Para ahli geologi menguji kekerasan batu tersebut, dengan menggunakan beberapa ketetapan. Contohnya, batu yang keras dapat mencalarkan kaca dan besi, kekerasan dalam skala Mohs 6-7 skala. Batuan yang lembut tidak dapat mencalarkan pisau besi tetapi boleh mencalarkan kuku jari tangan dalam skala Mohs 3- 5.5. manakala batuan yang paling lembut tidak booleh mencalarkan kuku jari juga dalam skala Mohs 1-2. Kebiasaanyan batuan jenis igneous adalah kuat dan keras. Selain itu, ujian asid juga digunakan untuk mengklasifikasikan jenis batuan.

3.0

BINCANGKAN PERKAITAN DI ANTARA EKLIPTIK DENGAN ALTITUT DAN AZIMUTH MATAHARI SETIAP HARI DI TEMPAT-TEMPAT YANG BERBEZA Ekliptik matahari adalah laluan lintasan matahari yang tidak dapat dilihat dengan

mata. Altitut pula adalah ketinggian sesuatu objek atau jarak sudut sesuatu objek relative kepada garisan horizon. Azimuth pula adalah sudut mendatar yang dikira mengikut arah jam daripada arah rujukan, kebiasaanya utara, dengan satu titik di garisan horizon yang menyilangi satu titik altitude bagi objek tersebut. Ekliptik, azimuth serta altitut mempunyai perkaitan antara satu sama lain setiap hari ditempat yang berbeza dan musim.

Satah ekliptk mempunyai perkaitan dengan perubahan suhu bumi. Paksi putarannya adalah 23.5 darjah yang condong bersudut tepat dengan satah ekliptik. Perubahan ini berlaku kerana paksi putaran bumi tidak berserenjang dengan satah orbit, Paksi khatulistiwa tidak selari dengan satah ekliptik, tetapi membuat sudut kira-kira 23 26 darjah, yang dikenali sebagai kecondongan paksi. Sudut kecondongan seperti ini menyebabkan beberapa kawasan di bumi mengalami perubahan musim pada masa- masa tertentu.

Hal ini dapat dilihat apabila satu hemisfera adalah sentiasa condong menghampiri matahari dan satu hemisfera sentiasa menjauhi matahari. Dengan kata lain,ekliptik matahari yang tidak selari dengan satah khatulistiwa inilah menyebabkan ada bahagian di bumi pada masa tertentu mengalami musim-musim yang berbeza-beza antara satu tempat ke tempat yang lain.

Hemisfera yang condong lebih dekat kepada matahari menerima lebih banyak sinaran matahari dan mengalami suhu musim panas. Manakala,hemisfera yang condong lebih jauh daripada matahari menerima sedikit sinar langsung yang menyebabkan suhu yang lebih rendah atau musim sejuk. Manakala sesuatu paksi putaran yang selari atau berserenjang dengan satah ekliptik, bumi tidak akan mengalami apa-apa musim.

Contohnya, perkara seperti ini boleh dilihat apabila hemisfera utara mengalami musim panas manakala hemisfera selatan mengalami musim sejuk dan pada bulan Jun. keadaan ini dikenali sebagai solstice musim panas. Pada waktu ini, hemisfera utara adalah lebih tertumpu kearah matahari. Perkara seperti ini boleh dilihat pada bulan disember

sehingga Mac. Altitut dan azimuth matahari pada ketika ini adalah berbeza antara hemisfera selatand an hemisfera utara.

Kecondongan pada paksi bumi iaitu (2326,), juga inimenyebabkan bahagian hemisfera utara menerima cahaya matahari lebih jauh dan berada jauh dari matahari berbanding hemisfera selatan iaitu pada masa ini menerima cahaya matahari secara dekat. Secara ringkasnya, hemisfera utara mengalami musim sejuk, manakala hemisfera selatan mengalami musim panas pada hujung disember, iaitu bermula dari 21 atau 22 Disember. Musim ini dipanggil sebagai soltis musim sejuk. Manakala soltis panas berlaku pada hemisfera utara pada 21 atau 22 june.

Pada hujung bulan Disember matahari juga dilihat berada di kedudukan atas kepala relatif kepada pemerhati yang berada di kawasan yang berada di hemisfera selatan. Kedudukan matahari paling tinggi ini dikenali sebagai zenith. Zenith matahari pada jangka masa ini berada pada altitude 90 ( altitude tertinggi daripada horizon ). Orang-orang yang berada di hemisfera selatan ini akan melihat matahari berada di kedudukan atas kepala, namun ini tidak berlaku kepada orang-orang yang berada di bahagian khatulistiwa dan juga di hemisfera utara.

Ekliptik matahari pada ketika ini berada jauh dari Khatulistiwa dan juga Hemisfera utara. Oleh yang demikian bahagian utara di hemisfera selatan akan melihat altitude

matahari dalam kedudukan lebih rendah kerana matahari terletak jauh dari bahagian itu (khatulistiwa dan hemisfera utara). Kedudukan jauh dari matahari menyebabkan kawasan tersebut tidak menerima lebih cahaya matahari. Maka penduduk di kawasan khatulistiwa dan hemisfera utara melihat kedudukan matahari adalah lebih rendah daripada 90.

Pada bulan Mac ekliptik matahari akan berada di khatulististiwa, hal ini menyebabkan altitut dan azimuth matahari relatif kepada pemerhati akan berbeza antara pemerhati di bahagian hemisfera selatan, Khatulistiwa dan juga pemerhati di Hemisfera Utara. Pada bulan ini secara khususnya, hemisfera utara mengalami musim bunga atau dipanggil sebagai spring equinox.equinox bermaksud sama iaitu temapoh masa bagi malam dan siang adalah sama.

Seterusnya pada 21 atau 22 june, ekliptik matahari akan paling hampir di Hemsifera Utara yang mana hemisfera utara akan lebih condong dan lebih dekat kepada matahari. Perbezaan altitude dan azimuth matahari pada ketika ini meneybabkan perbezaan pada bahagian-bahagian bumi. Dengan kata lain, hemisfera utara mengalami musim panas iaitu soltis musim panas dan hemisfera selatan pula mengalami soltis musim sejuk.

Pada bulan September pula matahari berada tepat di garisan khatulistiwa. Pada ketika ini, tempoh masa semua tempat di bumi bagi siang dan malam adalah sama panjang. Pada bulan September ini dipanggil sebagai fall equinox pada hemisfera utara dan spring equinox pada hemisfera selatan.

Rajah 7: Soltis Matahari

Terdapat beberapa tempat didunia yang mempunyai empat musim. Kawasan yang berbeza mempunyai musim yang berbeza-beza. Perbezaan musim terjadi kerana hemisfera utara dan di hemisfera selatan yang kecondongan paksi.

4.0

BINCANGKAN PERKAITAN PERGERAKAN BULAN MENGELILINGI BUMI DAN MASA TERBIT DAN TERBENAM BULAN Bulan adalah satelit semulajadi Bumi. Ia mengorbit Bumi, sama seperti Bumi

mengorbit Matahari. Pergerakan Bulan pada orbitnya mengelilingi Bumi menyebabkan beberapa keadaan dan ia memberi pengaruh besar pada Bumi. Paksi putaran Bulan sama seperti Bumi, adalah condong sedikit. Para ahli astronomi mengukur kecondongan paksi relatif kepada garisan tegak lurus permukaan rata ekliptik, iaitu permukaan imaginasi melalui orbit Bumi mengelilingi Matahari. Paksi Bumi condong 23.5 darjah dari garisan tegak. Tetapi paksi Bulan hanya 1.5 darjah.

Rajah 8: Pergerakan Bulan Bulan mengorbit mengelilingi bumi sama seperti bumi mengorbit matahari.. Pergerakan bulan pada orbitnya mengelilingi bumi memberi beberapa keadaan dan memberi pengaruh besar kepada bumi. Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan dilihat mempunyai fasa-fasa tertentu di langit.

Perubahan fasa-fasa bulan terjadi disebabkan oleh terdapatnya perbezaan sudut dari tempat yang kita lihat pada bulan. Bulan tidak menghasilkan cahayanya tersendiri tetapi cahaya itu dipantulkan oleh cahaya matahari. Bulan mempunyai empat fasa tertentu dalam

satu kitaran dan berulang-ulang dalam masa 29.5 hari. Perubahan fasa ini adalah dalam keadaan yang tersusun mengikut urutannya tersendiri.

Rajah 9: fasa-fasa bulan

Fasa Bulan terdiri daripada:


Anak bulan Bulan sabit Bulan separa Bulan purnama / penuh

Fasa pertama bulan adalah anak bulan. Anak bulan ini secara kasarnya berkedudukan yang sama dengan matahari dan secara tidak langsung fasa ini tidakkelihatan di bumi. Pada fasa ini, buan dan matahari terbit pada masa yang sama dari timurke barat.

Fasa yang kedua adalah bulan sabit baru. Apabila bulan mengorbit bumi, kita akanmeihat fasa-fasa bulan ini dari satu bentuk ke bentuk yang lain. ). Fasa bulan ini dapat dilihat sehari selepas anak bulan.

Seterusnya selepas satu minggu, separa bulan pula kelihatan.Seminggu selepas itu, fasa bulan hampir purnama pula kelihatan. Dua minggu selepas anak bulan kelihatan, bulan sekarang melalui separuh fasa keseluruhannya. Sekarang, fasa bulan penuh kelihatan dengan jelas di langit. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bulan terbit lebih kurang sama dengan masa matahari terbit dan juga terbenam dalam masa yang sama.

Selepas itu adalah fasa bulan hampir purnama lama. Kemudian diikuti dengan fasa bulansepara lama di mana hanya separuh bahagian yang bersinar. Bulan kelihatan semakin mengecil di mana ia adalah fasa bulan sabit lama. Kemudian, kitaran ini akan berulang dan anak bulan akan menyusuri fasa yang seterusnya dan diikuti dengan fasa-fasa yang lain. Hampir empat minggu, ulan melalui fasa-fasanya. Apabila habis satu kitaran fasa bulan,kitaran yang baru akan bermula semula.

Masa terbit dan terbenam matahari bergantung kepada fasa- fasa bulan itu sendiri. kadang kala bulan kelihatan pada siang hari dan kadangkala pada malam hari. Anak bulan terbit semasa subuh dan terbenam ketika terbenam matahari. Manakala bulan sabit baru pula terbit selepas terbenam matahari.

Masa terbit dan terbenam bulan adalah bergantung kepada fasa-fasa bulan itusendiri. Bulan akan terbit di antara 30 minit atau 70 minit daripada hari sebelumnyasetiap hari. Pada fasa anak bulan, bulan terbit dan terbenam hampir sama dengan masa terbit dan terbenam matahari. Apabila hari demi hari menyusul, di mana fasabulan berubah kepada anak bulan,bulan sabit, bulan separa, separa purnama dan hampir kepada bulan purnama, bulan terbit pada waktu siang (selepas matahari terbit) dan masa terbit bulan meningkat setiap hari sama ada 30 minit atau 70 minit kemudian seperti rajah di bawah. Seterusnya, bulan terbenam pada waktu malamdan semakin lambat setiap malam dengan peningkatan 30 minit atau 70 minit setiap malam.

Semasa bulan separa baru, ia terbit pada pukul 12.00 tengah hari dan tenggelam pada pukul 12.00 tengah malam. Bagi bulan hampir purnama baru, ia terbit pada pukul 3.00 petang dan tenggelam pada pukul 3.00 pagi. Bulan purnama pula, ia terbit pada pukul 6.00 petang dantenggelam pada pukul 6.00 pagi. Bagi bulan hampir purnama lama, ia terbit pada pukul 9.00malam dan tenggelam pada pukul 9.00 pagi. Bagi bulan separa lama, ia terbit pada

pukul12.00 tengah malam dan tenggelam pada pukul 12.00 tengah hari. Bagi bulan sabit lama, iaterbit pada pukul 3.00 pagi dan tenggelam pada pukul 3.00 petang.

RUJUKAN

http://www.scribd.com/doc/169319551/Matahari-3-A

http://www.scribd.com/doc/164746422/FASA-BULAN-2

http://doddys.wordpress.com/2006/10/06/batuan-batuan-di-bumi-jenis-dan-terbentuknya/

http://www.fisikanet.lipi.go.id/utama.cgi?fenomena&1352896307

Anda mungkin juga menyukai